script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kereta Dihempap Lori Tangki Terbalik Sebelum Terbakar, Pemandu Serta Penumpang Disyaki Rentung Di Kampung Lebak Temerloh

TEMERLOH: Pemandu dan semua penumpang disyaki rentung selepas kereta dinaiki dihempap lori tangki minyak yang terbalik sebelum kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang berhampiran Kampung Lebak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, setakat ini, butiran dan jumlah mangsa terlibat belum diketahui.

Menurutnya, pemandu lori tangki berusia 37 tahun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Siasatan awal mendapati kemalangan kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku ketika lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dan petrol dalam perjalanan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk laluan bertentangan," katanya.

Mohd Nasyim berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai gagal mengelak lalu terlanggar bahagian sisi lori tangki tersebut.

"Akibat kejadian lori terbabit terbalik menghempap kereta sebelum di kedua-duanya terbakar.

"Pemandu dan penumpang yang belum pasti bilangannya tersepit dan rentung dalam kereta yang remuk," katanya.

Jelas beliau, pihak bomba mengambil masa untuk memadam kebakaran kerana melibatkan bahan api.

Beliau berkata, pasukan siasatan masih di lokasi untuk pengesahan jumlah dan butiran mangsa terlibat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemandu lori kini ditahan untuk siasatan lanjut," ujarnya. #SinarHarian

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sebanyak 1,003 Kes Kebakaran Terbuka Direkodkan Di Pahang Bagi Tempoh 1 Jan Hingga 31 Ogos Tahun Ini, Luas 2,721.88 Hektar

KUANTAN: Sebanyak 1,003 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini melibatkan kawasan seluas kira...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.