script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Pahang Akan Tingkat Penguatkuasaan Aktiviti Sumber Mineral, Bagi Pastikan Segala Operasi Berkenaan Patuhi Undang-Undang

KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti berkaitan sumber mineral bagi memastikan segala operasi berkenaan mematuhi undang-undang. 

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mengabaikan syarat lesen, permit dan kelulusan ditetapkan. 

"Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa, termasuk melalui penggunaan teknologi pemantauan dan risikan, bagi memastikan hasil bumi negeri diurus secara teratur, bertanggungjawab serta mengikut peruntukan undang-undang," katanya dalam kenyataan media hari ini. 

Sementara itu, Wan Rosdy berkata beliau telah mengarahkan siasatan menyeluruh dilaksanakan melibatkan aktiviti pemindahan bahan mineral disyaki bijih besi di Raub, semalam. 

Beliau berkata hasil risikan termasuk pemantauan menggunakan dron telah mengesan tiga treler yang disyaki membawa bahan mineral keluar dari kawasan perlombongan sebelum ditahan untuk pemeriksaan oleh Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP). 

"Semakan mendapati pemandu mengemukakan Borang 13D dan Delivery Order (DO) daripada kelulusan kawasan lain, bagi tujuan pengangkutan bahan mineral," katanya. 

Wan Rosdy berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati lokasi stockpile atau simpanan stok bahan mineral yang ditunjukkan oleh pemandu berada di luar kawasan perlombongan yang dibenarkan seperti dinyatakan dalam dokumen dikemukakan.

"Pihak penguat kuasa turut mendapati lokasi stockpile tersebut berada di kawasan yang mempunyai Lesen Pendudukan Sementara (LPS), dan ketiga-tiga pemandu gagal mengemukakan dokumen atau kelulusan yang sah berkaitan lokasi berkenaan," katanya.

Susulan itu, beliau berkata pihak penguat kuasa telah menahan tiga pemandu terbabit untuk membantu siasatan serta menyita tiga treler yang dipercayai digunakan bagi aktiviti pemindahan bahan mineral tersebut.

"Ketiga-tiga individu yang ditahan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis, manakala tiga kenderaan yang disita telah dibawa ke Tapak Sitaan UPNP Zon Pahang Tengah di Temerloh," katanya. 

Tindakan sitaan dan tangkapan telah dibuat mengikut Seksyen 137 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001, manakala kesalahan berkaitan maklumat dan kemungkiran terma atau syarat sedang disiasat di bawah Seksyen 159 dan Seksyen 165 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001. #AstroAwani

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Sebanyak 1,003 Kes Kebakaran Terbuka Direkodkan Di Pahang Bagi Tempoh 1 Jan Hingga 31 Ogos Tahun Ini, Luas 2,721.88 Hektar

KUANTAN: Sebanyak 1,003 kes kebakaran terbuka direkodkan di Pahang bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Ogos tahun ini melibatkan kawasan seluas kira...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.