script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Datang Ke Blog Pahang Daily Online (PDO) | Terima Kasih, Sila Berkunjung Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Al-Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

PEKAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Temasya Warisan Pahang, di Muzium Maritim Pulau Beram malam tadi.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah.

Majlis diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun  Mohd Ali Mohd Rustam dan Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.

Ketibaan baginda pukul 8.30 malam disambut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan negeri yang turut hadir sama majlis berkenaan.

Pada majlis berkenaan, Sultan Pahang berkenan melawat pameran Lukisan Jiwa M Nasir sebelum ke pentas utama bagi menyempurnakan titah pelancaran Temasya Warisan Pahang.

Baginda turut berkenan merasmikan pelancaran Yayasan Warisan Tunku Azizah serta mengurniakan hadiah dan Piala Tunku Azizah kepada pemenang pertandingan Tenun Pahang Diraja anjuran Yayasan Tenun Pahang Diraja.

Pada majlis berkenaan, baginda serta semua hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan serta Konsert Khas M.Nasir.

Temasya bertaraf antarabangsa itu meliputi pelbagai aktiviti seperti bengkel kraf, demonstrasi dan interaktif kraf, pameran kraf, demonstrasi makanan warisan, tarian warisan serta pertandingan Piala Tunku Azizah – Pertandingan Tenun Pahang Diraja.

Temasya Warisan Pahang akan berlangsung pada 1 hingga 7 September 2025 di  Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah, Pulau Keladi, di sini.#MalaysiaGazette

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Official Facebook

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Al-Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

PEKAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Temasya Warisan Pah...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.