script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Lelaki Maut, Kereta Yang Mereka Naiki Merempuh Belakang Lori Parkir Tepi Jalan Malam Tadi

KUANTAN: Dua lelaki maut setelah kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang – Kuantan di sini malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kemalangan itu pada pukul 10.08 malam.

Kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Waja dipandu seorang mekanik kereta dengan penumpang hadapan, seorang lelaki yang bekerja di kedai potong bahagian kenderaan dari arah Gambang menghala ke Kuantan.

“Siasatan awal yang dijalankan di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta itu telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori yang diletakkan di bahu jalan,” katanya dalam kenyataan.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa, Zulkifli Mohamad, 43, dan Mohd Hairul Azlin Samud, 39 meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. #malaysiagazette

Share:

Titah Adendum Pengampunan Najib, Pemuda UMNO Akan Mohon Menghadap Sultan Pahang

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO memaklumkan pihaknya akan memohon untuk menghadap Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu Titah Adendum dalam kes pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata pihaknya mahukan keadilan sewajarnya diberikan kepada bekas Presiden UMNO itu yang kini menjalani hukuman penjara.

"Mungkin kita boleh mohon menghadap Sultan Pahang untuk kita dapatkan apakah tindakan seterusnya.

"Kita tunggu juga respon (dan) dalam tempoh ini Najib juga dalam tempoh untuk rayuan semula mengenai titah adendum," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur..

Beliau berkata demikian mengulas soalan media mengenai ketiadaan respon berhubung isu titah adendum itu daripada Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, Pemuda UMNO Pahang meminta kepimpinan tertinggi UMNO memberi penjelasan sama ada wujud atau tidak titah adendum supaya Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.

Setiausaha Pemuda UMNO Pahang, Mohd Azly Norzan berkata, ini kerana perkara itu masih tergantung dan mencetuskan persoalan sehingga kini.

Terdahulu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16. #beritaharian

Share:

Wan Rosdy Nafi Dakwaan Fitnah Kononnya Tanah Rizab Melayu Di Pahang Semakin Berkurangan

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan kononnya kawasan tanah rizab Melayu di negeri ini semakin berkurangan.

Beliau berkata, dakwaan dibuat menerusi satu hantaran di laman TikTok itu tidak lebih sekadar fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri.

"Saya ingin menegaskan bahawa kawasan tanah rizab Melayu di Pahang sejak 1955 sehingga 2023 semakin bertambah daripada 218,326 hektar kepada 444,074 hektar, berbanding keluasan negeri Pahang iaitu 3,597,206.68 hektar iaitu pertambahan daripada enam peratus kepada 12.34 peratus.

"Oleh itu, saya nafikan sekeras-kerasnya hantaran tersebut dan ia satu fitnah dan permainan persepsi negatif untuk memburukkan kerajaan negeri," katanya.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri sentiasa memastikan tanah rizab Melayu terus dipertahankan akan melaksanakan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan tanah secara haram di atas tanah kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai tidak mudah terpengaruh dan menyemak kesahihan terlebih dahulu dengan pihak berwajib. #beritaharian

Share:

Istiadat Berinai Puteri Sultan Pahang Berlangsung Penuh Istiadat Dan Tradisi Di Istana Abdulaziz

KUALA LUMPUR: Istiadat Berinai Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berlangsung dengan penuh istiadat dan tradisi di Istana Abdulaziz, Kuantan, malam tadi.

Istiadat Berinai ini merupakan sebahagian daripada istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung selama tiga hari.

Istiadat ini diadakan sehari selepas Istiadat Akad Nikah yang menyaksikan Puteri Afzan selamat diijabkabulkan dengan FD Idzham FD Iskandar.

Istiadat Akad Nikah tersebut telah disempurnakan oleh Mufti Pahang, Datuk Profesor Asmadi Mohamed Naim, yang diperkenankan oleh Sultan Pahang untuk menjadi wakil rasmi Baginda.

Pada Istiadat Berinai malam tadi, Puteri Afzan tampil anggun dalam busana tradisional berwarna putih, manakala FD Idzham mengenakan baju Melayu sedondon.

Istiadat ini turut dihadiri oleh Keluarga Diraja Pahang, termasuk Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat Bersanding dijadualkan berlangsung esok dan rakyat berpeluang menyaksikan siaran langsung istiadat berkenaan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Tasik KotaSAS.

Majlis perkahwinan diraja ini bukan sahaja menjadi tumpuan rakyat Pahang, tetapi juga menarik perhatian seluruh negara, mencerminkan kekayaan budaya dan tradisi diraja yang masih dipelihara sehingga kini. #astroawani

Share:

Anwar: Hina Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin Di Minta Jangan Guna Jumlah SD Untuk Alihkan Isu

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta tidak menggunakan jumlah akuan bersumpah (SD) sebagai alat untuk mengalihkan isu yang dikaitkan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada ucapan beliau, dikatakan berunsur menghina Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

"Masalah dia apa? Masalah dia adalah kenyataan (Muhyiddin) yang ditafsir sebagai menghina dan mempertikaikan kuasa raja. Itu dia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang mengenakan sepersalinan baju Melayu berona ungu sempat meluangkan masa hampir 30 minit untuk makan tengah hari di Gerai Gertak Merah sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di sini.

Kelmarin, Muyhiddin dilapor menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu beliau menyentuh institusi raja ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

Antara dokumen diserahkan ialah surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022, mengandungi titah perintah Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Media baru-baru ini, melaporkan sebanyak 30 laporan polis diterima berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum) ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri.

Rentetan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, siasatan ke atas bekas Perdana Menteri berkenaan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Mengenai jumlah SD, Anwar berkata, beliau sebelum ini enggan mengulas isu berkenaan selepas mengambil kira ia bukan suatu isu yang perlu diperdebatkan, selain menafikan dakwaan Muhyiddin memiliki sebanyak 115 dokumen berkenaan bagi menyokong beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Beliau berkata, pandangan Majlis Raja-Raja (MRR) dan Peguam Negara ketika itu yang dilantik semasa Muhyiddin menerajui pentadbiran negara menjelaskan jumlah SD diterima Ahli Parlimen Pagoh dipertikaikan, sekali gus menyebabkan ketetapan mengenainya diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

"Saya fikir ini (bilangan SD untuk menyokong pelantikan Perdana Menteri Ke-10) bukan isu. Asyik jaja 115 di mana-mana, tidak betul. Jika dia (Muhyiddin) bawa 115, betullah 115.

"Namun, (ada ahli Dewan Rakyat) yang tandatangan dua (SD) dan Yang di-Pertuan Agong teliti perkara ini untuk lihat orang yang sudah tandatangan.

"Kemudian ada parti yang memberi mandat penuh kepada ketua parti untuk membuat keputusan berkaitan SD dan ia mutlak serta tidak boleh dipertikai," katanya yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan, berlaku pertindihan SD yang ditandatangani ahli Dewan Rakyat ketika peringkat awal proses pemilihan jawatan Ketua Eksekutif negara, pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

"Sebenarnya ada (ahli Dewan Rakyat) tandatangan antara dua hingga tiga SD serta menyerahkan kuasa penuh kepada ketua parti. Sebab itu saya ketika itu mengusulkan (supaya SD dinilai) berdasarkan satu tafsiran, namun ia ditolak dan terima baik (penolakan berkenaan).

"Yang di-Pertuan Agong tertakluk pada Perlembagaan, apabila kedudukan tidak jelas, Muhyiddin kata ada 115 (SD), Anwar kata ada 112 (SD) dan ada orang (ahli Dewan Rakyat) tandatangan dua dan tiga (SD).

"Ada parti berbeza pendapat. Justeru, tuanku terpaksa buka balik dan semak (SD) unruk meyakinkan diri baginda. Sebab itu dalam perlembagaan dikatakan pada hemat baginda.#beritaharian

Share:

Pahang Menuju Ke Arah Negeri Berpendapatan Tinggi, Catat Prestasi Ekonomi KDNK Luar Biasa

PETALING JAYA: Pahang kini menuju ke arah negeri berpendapatan tinggi dengan mencatatkan prestasi ekonomi luar biasa menerusi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Penganalisi Ekonomi Universiti Inceif, Prof. Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, dengan kadar pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus tahun lalu, Pahang bukan sahaja mengatasi purata nasional, tetapi mengukuhkan kedudukannya sebagai antara negeri paling pesat membangun di negara ini.

Katanya, selain itu Pahang juga berjaya mencatatkan kutipan hasil RM1.306 bilion sekali gus mengekalkan prestasi kutipan hasil negeri melebihi RM1 bilion bagi dua tahun berturut-turut.

“Dari segi pelaburan, Pahang tidak ketinggalan apabila mencatatkan RM16.44 bilion pelaburan pada 2023 dengan pelaburan asing menyumbang RM11.666 bilion.

“Kejayaan ini menjadikan Pahang setanding dengan negeri-negeri maju lain seperti Selangor dan Johor,” katanya.

Menurut Baharom, semua kejayaan itu adalah hasil kepemimpinan mantap dan visi pandang ke hadapan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, yang mengemudi pentadbiran negeri sejak Mei 2018.

Jelasnya, pelaksanaan projek infrastruktur utama seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) juga bakal menjadikan Pelabuhan Kuantan antara pelabuhan penting antarabangsa.

“ECRL kini mencapai 70.13 peratus siap, manakala LTU pula berada pada tahap 63.35 peratus, di mana kedua-dua laluan ini dijangka dapat disiapkan pada akhir tahun 2026.

“Pahang dijangka akan menjadi hab ekonomi yang lebih dinamik, mampu menarik pelaburan bernilai tinggi dan menawarkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduknya, terutamanya anak muda tempatan,” ujarnya.

Di samping pencapaian dalam bidang ekonomi dan infrastruktur, Pahang juga mencipta kejayaan gemilang dalam bidang pendidikan.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) telah mencipta sejarah dengan menjadi sekolah terbaik dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 secara keseluruhan di Malaysia.

“Wan Rosdy yang juga Pengerusi Yayasan Pahang, telah menunjukkan kebijaksanaan dalam mengemudi yayasan tersebut, terutamanya dalam aspek pendidikan.

“Dengan sokongan kepemimpinan yang kuat dan inisiatif berterusan, Pahang sedang melangkah ke arah masa depan yang lebih gemilang, sama ada dari segi ekonomi, infrastruktur, atau pendidikan,” tambahnya. #kosmo!

Share:

Kira-Kira 2,000 Rakyat Saksikan Siaran Langsung Majlis Akad Nikah Anakanda Sultan Pahang

KUANTAN: Kira-kira 2,000 rakyat Pahang memenuhi Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK1)  dan Tasek Kotasas bagi menyaksikan secara langsung Majlis Akad Nikah anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangannya FD Idzham FD Iskandar.

Istiadat perkahwinan diraja yang berlangsung di Istana Abdul Aziz itu, disiarkan secara langsung menerusi skrin layar di dua lokasi berkenaan untuk tontonan rakyat.

Meskipun hujan, orang ramai mula memenuhi dataran berkenaan seawal pukul 6.30 petang untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan istiadat perkahwinan diraja itu.

Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama pasangannya FD Idzham FD Iskandar, dinikahkan oleh Mufti Negeri Pahang, Prof. Dato' Dr Asmadi Mohamed Naim di Balai Mahkota Istana Abdul Aziz.

Selesai istiadat akad nikah, Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut berkenan melakukan upacara merenjis kepada kedua mempelai.

Turut hadir pada istiadat akad nikah, anakanda-anakanda Baginda Sultan Pahang, kerabat diraja Pahang serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan isteri.

Istiadat perkahwinan akan diteruskan esok dengan Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan diadakan pada Ahad.

Semua istiadat akan disiarkan secara langsung melalui dua layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Satu dan di Tasik Kotasas. #beritartm

Share:

Khairy: Pertikai Perlantikan Perdana Menteri, Muhyiddin Wajar Mohon Maaf Kepada Sultan Pahang

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar memohon maaf kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerana mempertikai pelantikan Perdana Menteri yang menjadi kuasa mutlak baginda ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata berdasarkan rakaman video, cara penyampaian Muhyiddin dalam ucapannya itu dilihat seolah-olah beliau mempertikaikan kuasa Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam urusan melantik Perdana Menteri.

Beliau berkata, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sepatutnya tidak wajar menyentuh perkara itu dengan mengambil kira prinsip Raja Berperlembagaan.

"Pelantikan Perdana Menteri adalah kuasa mutlak baginda dalam Perlembagaan, jadi Muhyiddin tidak boleh mempersoalkan kenapa, bagaimana dan sebagainya.

"Susulan itu, adalah sesuai untuk Muhyiddin buat sembah maaf kepada baginda kerana ucapannya itu seolah-olah beliau mempertikaikan kuasa Agong," katanya.

Khairy berkata demikian dalam siaran podcast Keluar Sekejap semalam, yang dikendalikan bersama Shahril Hamdan bagi mengulas klip ceramah Muhyiddin ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini yang didakwa mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri.

Sebelum ini media melaporkan, polis akan merakam keterangan Ahli Parlimen Pagoh itu berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).

Siasatan itu dibuat susulan 30 laporan polis termasuk oleh istana Pahang terhadapnya kerana didakwa mempertikai keputusan Al-Sultan Abdullah melantik Perdana Menteri.

Muhyiddin dilaporkan menyebut Yang di-Pertuan Agong tidak mengundangnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun mempunyai sokongan cukup anggota Parlimen.

Kenyataan itu membuatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah murka atas tindakan memperlekeh tugas Al-Sultan Abdullah ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan kenyataannya di Nenggiri, Kelantan itu bukan bertujuan menghina institusi raja, tetapi hanya menyatakan fakta.

Khairy berkata, tindakan Muhyiddin itu seperti mengungkit kejadian lama yang tidak perlu dilakukannya.

"Beliau mengungkit benda (pelantikan Perdana Menteri) yang memang kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong. Sepatutnya 'move on' saja sebab perkara itu sudah terjadi, ia cerita dua tahun lalu. Awak tidak dapat jadi (Perdana Menteri).

"Jadi, kenapa nak jadikan ia sebagai (bahan) ceramah politik," katanya. #beritaharian

Share:

Tengku Mahkota Pahang: Pemerkasaan Generasi Akan Datang Penting Bagi Pertumbahan Ekonomi

KUALA LUMPUR: Usaha memperkasakan generasi akan datang merupakan langkah penting untuk mengekalkan momentum ekonomi Malaysia, titah Putera Mahkota Pahang hari ini.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah negara perlu komited terhadap peluang pendidikan legasi dan memupuk bakat melalui program pembelajaran berterusan dan sesi perkongsian ilmu seperti Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2024.

"Kita mesti menyediakan platform untuk inovator muda menyumbang kepada matlamat kelestarian kita. Dengan menerapkan elemen kelestarian ke dalam kurikulum sekolah, kita boleh menyemai sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan kepimpinan dalam diri kanak-kanak sejak usia muda lagi.

"Ini termasuk langkah-langkah seperti menerapkan teknologi hijau dalam projek sekolah dan membentuk kelab kelestarian untuk menggalakkan pelajar menyelidik dan berinovasi dalam bidang sains alam sekitar," titah baginda menerusi ucapan pada majlis penutup ISES 2024, sambil menambah universiti dan institusi penyelidikan tempatan juga memainkan peranan penting dalam usaha tersebut.

Tengku Hassanal bertitah dengan menyediakan program khusus dalam tenaga boleh baharu, kejuruteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, generasi muda akan dibekalkan dengan maklumat dan kemahiran yang diperlukan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa masa depan.

"Perkongsian dengan institusi antarabangsa dan terkenal boleh menambah baik lagi program ini yang dapat menyediakan perspektif dan kepakaran global kepada pelajar kita," titah baginda.

Menurut baginda, kelestarian adalah usaha yang berterusan dan kemajuan Malaysia dalam tenaga boleh baharu daripada mengembangkan kapasiti solar hinggalah kepada merintis teknologi cekap tenaga menunjukkan komitmen negara untuk meminimumkan jejak karbon.

Putera Mahkota Pahang bertitah pencapaian itu menunjukkan komitmen bersama Malaysia untuk mewujudkan negara yang lebih baik, lebih hijau dan lebih bersih untuk generasi akan datang.

"Walaupun pelepasan karbon kita kurang daripada satu peratus di peringkat global, kita perlu menjadi contoh teladan kepada seluruh dunia," titah beliau.  

Tengku Hassanal bertitah Malaysia akan terus melabur dalam teknologi canggih, menggalakkan penyelidikan dan pembangunan serta melaksanakan dasar yang akan mempercepatkan kemajuan dalam sektor tenaga dan air.

Menurut baginda memupuk persekitaran yang menggalakkan kreativiti dan pembangunan teknologi akan membuka jalan kepada pembangunan jangka panjang dan masa depan yang lebih berdaya tahan.

ISES 2024 yang berlangsung selama dua hari mulai 20 Ogos, dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

Sidang kemuncak yang bertemakan “Mempercepatkan Peralihan Tenaga Melalui Inovasi” itu dihoskan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), dan diuruskan oleh Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd. #bernama

Share:

Rasuah Sindiket Bawa Masuk Warga Asing, Sebelas Pegawai Agensi Penguat Kuasa Di Reman SPRM

PUTRAJAYA: Mahkamah Majistret di sini membenarkan 11 individu termasuk empat penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman kerana disyaki terbabit kes rasuah sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya.

Dari jumlah itu, tiga penguat kuasa lelaki yang berkhidmat di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) direman lima hari sehingga 25 Ogos, manakala seorang lagi direman tiga hari sehingga 23 Ogos ini.

Selain itu, empat pemilik syarikat termasuk dua lelaki dan seorang wanita direman lima hari sehingga 25 Ogos dan seorang pemilik syarikat wanita direman empat hari sehingga 24 Ogos ini.

Turut direman dua orang awam termasuk seorang lelaki dan wanita selama lima hari sehingga 25 Ogos, dipercayai bertindak menjadi wakil ejen sindiket terbabit.

SPRM juga menahan reman seorang lelaki yang juga pengurus syarikat selama empat hari sehingga 24 Ogos ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Nadiah Abd Razak selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Terdahulu, SPRM menahan 12 individu membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi Op Pump dijalankan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan, semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu berkata, mereka ditahan membabitkan empat pemilik syarikat dan tiga orang awam.

Kesemua terbabit dipercayai mempunyai peranan masing-masing bagi menguruskan kemasukan warga asing serta lima penguat kuasa yang bertugas di Terminal 2 KLIA.

Menurutnya, tangkapan ini hasil risikan dijalankan SPRM sejak 2022 terhadap kegiatan sindiket yang bersekongkol dengan pegawai-pegawai sebuah agensi penguat kuasa.

Siasatan mendapati, sindiket ini dikesan membawa masuk wang berjumlah lebih RM4 juta dari 2022 hingga 2024, dipercayai bagi urusan kemasukan warga asing yang turut diagih-agihkan kepada penguat kuasa terlibat.

Azam berkata, modus operandi kegiatan sindiket ini dengan membuat ‘counter setting’ iaitu bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk negara yang sedia menunggu di beberapa kaunter tertentu bagi memudahkan kemasukan kumpulan warga asing berkenaan.

Katanya, kumpulan warga asing yang ingin masuk ke negara ini akan menghubungi ejen berkenaan yang bertindak menguruskan tiket penerbangan termasuk urusan dengan penguat kuasa terlibat.

Ejen berkenaan akan memberikan maklumat kumpulan warga asing terbabit kepada penguat kuasa yang sudah menunggu di kaunter tertentu dan pada masa sama akan memaklum kepada warga asing terbabit untuk pergi ke kaunter terbabit sebaik tiba di negara ini bagi membolehkan mereka dilepaskan tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya.

Kumpulan warga asing ini sepatutnya melalui pemeriksaan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021 iaitu mereka hendaklah mengemukakan pasport atau dokumen yang sah, mempunyai visa, mempunyai tiket perjalanan pergi balik yang sah, mempunyai wang sara diri mencukupi sepanjang berada di negara, perlu menunjukkan alamat penginapan atau booking hotel.

Dalam pada itu, SPRM turut menyita beberapa pasport warganegara Pakistan dan Indonesia, 13 telefon bimbit, barang kemas serta kepingan emas, selain wang tunai berjumlah lebih RM40,000.

Kata sumber, kesemua suspek termasuk seorang penguat kuasa dilepaskan tanpa dibebaskan dengan jaminan SPRM sebelum ini ketika ditahan menerusi Op Pump

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek berkenaan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. #malaysiagazette

Share:

Kemalangan Langgar Lori Kontraktor Siram Pokok, ‘Mana SOP, Ayah Saya Mati Begitu Sahaja?'

KUANTAN: “Ayah saya mati begitu saja. Saya geram, marah,” kata Gee Poh Keong yang kehilangan Gee Len Fatt berusia 63 tahun.

Itu keluhan yang dizahirkan anak kedua mangsa yang maut dalam kemalangan ketika lori milik kontraktor sedang melakukan penyiraman bunga di tengah jalan pada 7 Ogos lalu.

Poh Keong bersama ahli keluarganya menyatakan rasa ketidakpuasan hati terhadap pihak kontraktor dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) yang didakwa tidak bertanggungjawab dan mengunci mulut.

Beliau berkata, sehingga kini kedua-dua pihak berdiam diri dan tidak tampil menemui keluarga mangsa untuk menjelaskan isu berkenaan selain tidak menerangkan prosedur operasi standard (SOP) ketika mengendalikan kerja tersebut.

”Kita harap ada orang boleh bertanggungjawab, ini buat tak tahu sahaja, sehingga ini tiada pihak tampil berhadapan dengan keluarga saya. Minta maaf langsung tak ada.

”Setahu saya lori siram bunga tersebut SOP tidak mencukupi seperti tiada flagman. Kami minta MBK beri penjelsan SOP apakah ada?

“Geram ayah saya mati itu macam sahaja, mahu tanya kenapa tak ada tindakan keselamatan sebelum kerja-kerja di jalankan,” katanya. #malaysiagazette

Share:

Istiadat Perkahwinan Puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Bermula Esok

KUANTAN: Istiadat perkahwinan puteri Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar bakal bermula di Istana Abdulaziz esok.

Menurut kenyataan Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, istiadat perkahwinan diraja itu akan berlangsung pada tiga hari iaitu 22, 23 dan 25 Ogos ini.

Majlis akad nikah diadakan esok diikuti berinai Jumaat ini dan bersanding pada Ahad.

Kesemua istiadat itu dijadualkan pada 8 malam dan disiarkan secara langsung menerusi dua layar besar di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan satu di Tasik KotaSAS.

Pelbagai acara menarik akan turut dianjurkan di kedua-dua lokasi terbabit sepanjang istiadat. #astroawani

Share:

Seramai 100 Orang Mahasiswa Sertai Solidariti Himpunan Raja, Rakyat Berpisah Tiada Di Kuantan

KUANTAN: Kira-kira 100 orang menyertai himpunan yang bertujuan untuk menunjukkan kebersamaan mereka dengan pihak istana Pahang petang tadi.

Himpunan Solidariti Raja dan Rakyat Berpisah Tiada itu berlangsung di padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 dekat sini bermula kira-kira jam 4.45 petang.

Difahamkan penganjur menyasarkan kehadiran lebih ramai orang untuk program tersebut.

Mereka berkumpul untuk menyatakan rasa tidak senang terhadap tindakan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, mempersoalkan peranan Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 2022 lalu.

Tinjauan Malaysiakini mendapati kebanyakan peserta perhimpunan petang tadi itu terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi dari Pahang.

Seorang mahasiswa yang ditemui berkata, dia dan rakannya bertolak dari UiTM Jengka, dekat Maran tengah hari tadi untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Peserta himpunan anjuran Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) itu bersurai kira-kira jam 6 petang apabila dinasihatkan oleh pihak polis.

Perhimpunan hari ini dimulakan dengan ucapan pengerusinya, Aidid Fathullah Abdul Shukur (foto), dan wakil Majlis Belia Malaysia Pahang.

Aidid Fathullah ketika ditemui media selepas itu memberitahu, tujuan utama pihaknya mengadakan himpunan berkenaan adalah untuk menunjukkan bahawa mahasiswa dan anak muda di Pahang mengikuti perkembangan politik negara.

"Tujuan kami berkumpul hari ini adalah jelas... kita nak beritahu kat orang luar sana, kita orang muda ini dengar, bukan tak dengar.

"Kami orang muda cakna... kami Mampan ini nak ingatkan dalam berpolitik janganlah sentuh perkara 3R ini.

"Lagi-lagi apabila sentuh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Sultan Pahang kita... nak berpolitik, berpada-pada jadi kita nak bagi 'signal' kepada mereka, isu 3R tidak patut disentuh," katanya.

Dia turut memaklumkan pihak MAMPSN sendiri sudah membuat dua laporan polis berkenaan hal itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pasukan keselamatan membuat pemantauan di sepanjang himpunan berlangsung.

Katanya ia berjalan dalam keadaan aman dan bebas daripada sebarang insiden tidak diingini.

"Penganjur telah membuat pemakluman berhubung perhimpunan ini sebelum ia berlangsung," katanya. #malaysiakini

Share:

Mufti Pahang Tegaskan Keputusan Sultan Pahang Tidak Sepatutnya Di Pertikai, Jadi Perdebatan

PEKAN: Umat Islam wajib menzahirkan ketaatan kepada kepimpinan sultan yang memerintah kerana peranan Raja-Raja Melayu adalah menjadi payung kepada negeri dan negara.

Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim menegaskan, apa sahaja keputusan yang dilaksanakan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perintahan baginda, adalah untuk kebaikan agama, bangsa, negeri dan negara.

Lebih-lebih lagi kebijaksanaan baginda ketika memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah dirasai oleh rakyat jelata.

”Ahli politik wajib akur dan tidak seharusnya menjadikan keputusan baginda sebagai pendebatan atau pertikaian sehingga tidak menghormati institusi diraja itu.

”Jabatan Mufti Negeri Pahang menjunjung teguran yang dibuat oleh Ke bawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang menegur komen negatif oleh ahli politik terhadap keputusan Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang sebagai YDPA terdahulu.

”Rakyat wajib memberikan ketaatan terhadap keputusan YDPA tersebut kerana baginda telah membuat keputusan berdasarkan fakta tanpa bias, dan untuk kestabilan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Ujar Dr. Asmadi, sebagai rakyat dan umat Islam di Malaysia, kita perlu menghormati pemimpin selaras dengan menghayati prinsip Rukun Negara.

”Kempen dan perbezaan politik dalam kalangan ahli politik seharusnya tidak menyentuh Ke bawah Duli Raja Raja Melayu.

”Keputusan yang dibuat oleh Al-Sultan Abdullah ketika itu telah dibuat setelah mengambil kira kedudukannya sebagai YDPA yang menimbang dengan teliti keadaan sebenar suasana politik negara ketika itu,” tambah mufti.

Baru-baru ini Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah murka dan amat terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ceramah semasa Pilhan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.

Tengku Hassanal menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama, bangsa).

Titahnya, Muhyiddin sengaja memperlekeh serta mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

Meskipun wujud perbezaan idealogi politik dan sebagainya, tetapi ia bukan asbab untuk membelakangkan istitusi istana kerana kedudukan Raja-Raja Melayu merupakan tertinggi dalam negara.

”Raja-raja Melayu telah terbukti menjadi payung apabila keadaan politik tidak stabil sejak lebih lima tahun lalu  khususnya peranan Al-Sultan Abdullah sebagai YDPA. #malaysiagazette

Share:

Sultan Pahang Tidak Dapat Menahan Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan

KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini.

Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar dipermudahkan Allah SWT dan berjalan lancar, sebelum Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambung titah tersebut.

"Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah) ...baca ini.

"...akan kekal hingga ke jannah, insya-Allah. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi Allah SWT," titah yang dibacakan Tengku Mahkota Pahang.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Masjid Al-Falah Perkampungan Sungai Isap 2 dan Doa Selamat Bersempena Istiadat Perkahwinan Diraja, di sini, pada Selasa.

Perkahwinan diraja, Tengku Afzan bersama pasangannya akan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos ini dan akan dipentaskan secara langsung bertempat di Tasek Kotasas dan Padang MBK 1, Kuantan.

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah mengingatkan umat Islam khususnya di negeri itu agar sentiasa memperdalam ilmu agama yang sahih, selari dengan pegangan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan merujuk kepada sumber yang tepat sekiranya terdapat keraguan agama bagi mengelak terjebak dengan ajaran sesat.

"Kebelakangan ini, kita dikejutkan dengan kemunculan kembali saki baki ajaran sesat yang pernah difatwakan sebagai menyimpang oleh jawatankuasa fatwa di seluruh negeri. Walaupun sudah jelas sesat, masih ada segelintir yang taasub berusaha menghidupkan kembali ajaran ini.

"Sekiranya terdapat keraguan atau kekeliruan terhadap mana-mana ajaran atau amalan, jangan segan dan ragu untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama seperti mufti, JAIP (Jabatan Agama Islam Pahang) dan MUIP (Majlis Ugama Islam Pahang). Bukannya kepada ustaz ustazah Facebook dan Tiktok," titah baginda.

Al-Sultan Abdullah juga turut menzahirkan kebimbangan dengan pelbagai kepincangan yang berlaku dalam masyarakat seperti kes pembunuhan tragis, jenayah seksual, dadah, buli siber, rasuah, menunjukkan betapa parahnya penyakit sosial akhir zaman ini.

Justeru, beliau bertitah masjid tidak boleh lagi berfungsi sekadar menunggu jemaah tetapi perlu bertindak lebih proaktif dalam menangani isu ini, dengan menjadi pusat ilmu serta berperanan sebagai agensi pembangunan akhlak dan moral serta pusat sokongan sosial.

"Bukan sekadar itu, masjid perlu memainkan peranan sebagai medium pencegahan dan penyelesaian konflik, bukan pentas yang mencetuskan konfik. Juga jadikanlah masjid ini sebagai ejen kesejahteraan dan kesedaran kesihatan yang berpanjangan," titah baginda. #astroawani

Share:

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin

KUANTAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen menggesa agar gelaran "Tan Sri" yang diberikan kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin ditarik balik.

Menurut Lee, ini kerana kenyataan pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang didakwa memperlekehkan peranan sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dalam pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), telah mengelirukan rakyat. .

"Kenyataan terbaru beliau (Muhyiddin) yang mendakwa bahawa kenyataan beliau di ceramah PRK Nenggiri tersebut adalah berasaskan fakta dan beliau tidak bersalah dalam menuduh Agong tidak melantiknya sebagai perdana menteri walaupun kononnya mempunyai majoriti yang mencukupi, adalah satu lagi kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan mengelirukan orang ramai.

"Kenyataan Muhyiddin bukan sahaja mencabar keputusan Agong tetapi juga cuba menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Gelaran 'Tan Sri' adalah satu penghormatan yang tinggi, dan ia hanya layak diberikan kepada mereka yang benar-benar menjunjung nilai-nilai yang mulia dan menghormati asas-asas kenegaraan kita," kata Lee.

Semasa berucap dalam ceramah PRK Nenggiri, Muhyiddin mempertikaikan alasan dia tidak dijemput oleh Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, meski menurutnya dia mempunyai sokongan yang cukup.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menggesa polis untuk bertindak tegas terhadap presiden Bersatu itu.

Mengulas lanjut, Lee berkata sebagai pemimpin yang pernah memegang jawatan kanan kerajaan, Muhyiddin harus menunjukkan contoh dan menghormati prinsip perlembagaan.

“Malangnya, beliau memilih untuk menyebarkan maklumat yang salah dan mengelirukan, sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang gelaran tertinggi negara.

"Tindakan Muhyiddin ini bukan sahaja mencemar institusi diraja tetapi juga berpotensi menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi berperlembagaan yang kita amalkan. #malaysiakini

Share:

PN Pahang Ikrar Taat Setia Kepada Sultan, Letak Keyakinan Sepenuhnya Polis Siasat Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN), blok pembangkang yang menyandang 17 daripada 47 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, hari ini mengikrarkan taat setia kepada Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ikrar berkenaan, juga kepada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dizahirkan melalui satu kenyataan dikeluarkan Ketua Pembangkang DUN Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam kenyataan itu, Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS, memaklumkan ADUN PN Pahang menyokong titah Tengku Mahkota yang mahu siasatan dijalankan berhubung ucapan Pengerusi PN merangkap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap titah tuanku," katanya yang juga ADUN Cheka.

Kenyataan Tuan Ibrahim itu menyusul sehari selepas Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin meminta semua ADUN negeri itu menyatakan pendirian berhubung kenyataan Muhyiddin kerana Sultan Pahang adalah sebahagian daripada dewan perundangan negeri.

Selain itu, tegas Mohd Sharkar, isu itu juga membabitkan 'air muka' dan maruah rakyat Pahang yang sentiasa menjunjung titah baginda sultan yang menjadi payung negeri.

DUN Pahang mengandungi 47 kerusi, termasuk lima ADUN lantikan. Daripada 17 ADUN pembangkang, PAS menyandang 15 kerusi, dua lagi diwakili BERSATU. Baki 20 kerusi lagi, termasuk tiga ADUN lantikan disandang Barisan Nasional (BN) dan 10 yang lain, termasuk dua ADUN lantikan diwakili Pakatan Harapan (PH).

Sabtu lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Muhyiddin yang didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R dalam kempen politik.

Naib Presiden UMNO itu dilaporkan berkata, beliau kecewa dan terkilan dengan ucapan Muhyiddin ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri yang secara biadab menyentuh kewibawaan Sultan Pahang ketika baginda berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16/

Semalam, Tengku Hassanal menzahirkan kemurkaan dan terkilan atas tindakan Muhyiddin, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Justeru, baginda mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama dan kaum).

Dalam reaksi kepada titah Tengku Mahkota Pahang kemudian, Muhyiddin menjelaskan, ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri, baru-baru ini, tidak melanggar undang-undang negara, berlandaskan fakta dan tidak bermaksud menghina institusi Raja atau ada kecenderungan menghasut.

"Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kenyataan saya," kata Muhyiddin dalam kenyataan menerusi Facebook.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, polis menerima lebih 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung ucapan Ahli Parlimen Pagoh itu yang akan dipanggil memberi keterangan.

Difahamkan, polis sepatutnya merakam keterangan Muhyiddin di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di ibu negara pagi tadi, tetapi ditunda esok berikutan peguamnya berada di Thailand. #beritaharian

Share:

Dua Kemalangan Maut Akibat Lori Siram Pokok Di Lokasi Sama, Kontraktor Wajar Di Ambil Tindakan

KUANTAN: Dua kemalangan maut libatkan lori kontraktor kerja-kerja menyiram pokok berlaku dalam tempoh tidak sampai sebulan di Bulatan Cengkih, jalan pintasan Kuantan - Kemaman dekat sini.

Ini membuktikan terdapatnya pelanggaranan Standrd Operation Procedur (SOP) yang gagal dipatuhi oleh kontraktor terbabit. Justeru, pihak berwajib digesa mengambil tindakan tegas termasuk menamatkan operasi syarikat terbabit, kata aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli kepada pahangdaily hari ini.

"Bayangkan 7 Ogos lalu sudah berlaku kemalangan maut melibatkan kenderaan pacuan empat roda dan semalam 19 Ogos satu lagi kemalangan membabitkan motosikal pula. Kenapa tiada tindakan diambil terhadap kontraktor atas kejadian pertama?.

"Sekurang-kurangnya hentikan operasi dan pihak berwajib buat kejadian apakah ada pelanggaran SOP yang berlaku. Bila tidak dihentikan kerja-kerja berkaitan maka akhirnya satu lagi kemalangan maut terjadi. Dua nyawa melayang begitu saja tanpa pembelaan," kata Shukri.

Menurut beliau lagi, dia pernah mengikuti belakang lori terbabit selepas kejadian pertama berlaku bagi melihat sendiri kerja-kerja penyiraman pokok bunga yang dilakukan.

"Ternyata, memang jelas tidak ada ciri-ciri keselamatan langsung untuk orang awam. Jika dikawasan lain boleh diterima lagi sebab jalan yang ada banyak lampu isyarat. Maka kenderaan dibawa perlahan terutamanya  sekitar Indera Mahkota 2, Indera Mahkota 7 dan Indera Mahkota 8.

"Namun di kawasan bulatan Cengkih, lokasi kejadian itu ternyata berbahaya kerana lori berada dilaluan laju sebelah kanan. Hanya satu dua kon sahaja yang diletakkan, itu pun terkadang tidak disediakan. Papan tanda kerja dan pemegang bendera (merah) hanya berada di atas lori yang sedang melakukan kerja.

"Ini menyebabkan, pengguna jalanraya yang begerak laju dilaluan terbabit tidak sempat mengelak dan mengganggap lori berkenaan sedang bergerak di laluan kanan (memotong). Bila dah dekat baru perasan, dah pasti tak sempat nak elak dan merempuh belakang lori terbabit," dakwa Shukri.

Justeru, beliau menggesa langkah pembaikan dilakukan demi keselamatan orang awam yang lain selepas ini. Sepatutnya selepas kejadian pertama ia sudah dibuat penambahbaikan. Namun, akibat kealpaan pihak terbabit maka terjadilah kemalangan kedua di lokasi sama.

"Sepatutnya beberapa kon diletakkan pada jarak 50  meter dari lori, ia memudahkan pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan masing-masing bila tiba di lokasi. Ini menyebabkan mereka akan lebih berhati-hati melalui kawasan tersebut.

"Keduanya, teknik menyiram pokok menggunakan lori dilaluan utama adalah berbahaya. Kenderaan begerak laju dari kedua-dua arah, mereka tidak sempat mengelak bila tidak nampak isyarat jelas kerja-kerja menyiram pokok sedang dilakukan.

"Langkah terbaik, di kawasan itu disediakan paip khas dalam jarak 20 meter yang boleh menyebur air secara automatik untuk tempoh tertentu. Tidak perlu lagi lori kontraktor mengganggu laluan jalan utama hingga menyebabkan kemalangan," tambah Shukri lagi.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi yang terlibat perlu bertindak segera agar nyawa orang awam yang lain dapat diselamatkan daripada tragedi seperti ini di kemudian hari. Kesemalatan pengguna jalanraya haruslah diutamakan. #pahangdaily

Share:

Penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Maut, Motosikal Rempuh Lori Kontraktor Siram Pokok

KUANTAN: Seorang penuntut Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang mereka merempuh belakang sebuah lori kontraktor kerja-kerja menyiram pokok di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran jejambat Bunga Cengkih di sini pada Isnin.

Dalam nahas kira-kira jam 3.20 petang itu, penunggang dan pembonceng yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, bagaimanapun penunggang motosikal, Muhammad Nafis Ifwat Sasuhilmy, 19, dari Sungai Isap Damai Fasa 3 di sini, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.10 malam ketika menerima rawatan.

Menurutnya, pembonceng berusia 19 tahun juga penuntut Polisas dirawat di hospital sama.

"Pemandu lori dan pekerja menyiram pokok warga tempatan berusia 39 dan 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika lori jenis Isuzu itu dari arah Terminal Sentral Kuantan (TSK) menghala ke arah Semambu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, lori milik kontraktor Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sedang bergerak di lorong kanan membawa muatan air untuk kerja-kerja penyiraman pokok bunga dipercayai dirempuh motosikal jenis Yamaha YZF-R15 dinaiki dua penuntut tersebut yang datang dari arah belakang.

"Akibat kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng dilaporkan cedera dan dihantar ke Pusat Perubatan UIAM bagaimanapun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada 7 Ogos lalu, seorang pekebun maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandu merempuh belakang lori kontraktor yang menjalankan kerja menyiram pokok bunga di laluan itu.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Gee Len Fatt, 63 beralamat dari Jalan Haji Ahmad di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. #sinarharian

Share:

Ucapan Kontroversi Muhyiddin: Speaker Arah Semua Ahli Dewan Negeri Pahang Nyatakan Sikap

KUANTAN: Tujuh belas Ahli Dewan Negeri (ADN) Perikatan Nasional (PN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang mungkin berdepan dengan dilema apabila tidak mempunyai pilihan kecuali menyatakan sikap masing-masing terhadap ucapan kontroversi Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Dipetik media hari ini, Speaker DUN Pahang Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata semua ADN dikehendaki membuat penyataan sikap berhubung kenyataan Pengerusi PN berkenaan.

“Semua ahli yang berhormat (ADN) di negeri ini perlu menyatakan pendirian tegas berhubung perkara tersebut kerana baginda Sultan Pahang merupakan sebahagian daripada dewan perundangan negeri ini.

“Selain itu, ia juga melibatkan air muka dan maruah rakyat Pahang yang sentiasa menjunjung titah baginda sultan yang menjadi payung negeri ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia di sini.

Muhyiddin kini menjadi perhatian apabila didakwa mempersoalkan keputusan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam isu pembentukan kerajaan persekutuan dan pelantikan perdana menteri selepas berakhirnya PRU ke-15 pada 2022.

Dia membuat kenyataan itu semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan.

Muhyiddin yang sempat menjadi Perdana Menteri selama 17 bulan ekoran Langkah Sheraton mendakwa, selepas PRU berkenaan PN memiliki jumlah kerusi Dewan Rakyat yang lebih daripada mencukupi untuk membolehkan dia diangkat sebagai perdana menteri.

Untuk rekod, Al-Sultan Abdullah merupakan Agong ketika itu.

Ada dua pilihan

Baginda bagaimanapun sudah menjelaskan secara terbuka bagaimana proses pembentukan kerajaan dan pelantikan perdana menteri itu dibuat.

Menurut Al-Sultan Abdullah, baginda memberikan tawaran membentuk kerajaan perpaduan kepada Muhyiddin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang namun kedua-dua mereka menolak "sebulat-bulatnya."

Setakat ini kira-kira 30 laporan polis sudah dibuat ke atas Muhyiddin, termasuk daripada pihak istana Pahang sendiri.

DUN pahang mempunyai 47 kerusi termasuk lima ADN lantikan. Daripada jumlah itu BN mempunyai 20 kerusi (termasuk tiga ADN lantikan) dan PH 10 kerusi (termasuk dua adun lantikan).

PN menguasai 17 kerusi dengan dua diwakili Bersatu iaitu DUN Kuala Sentul dan DUN Lepar. Baki 15 lagi merupakan kerusi PAS.

PAS sendiri setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengulas isu ucapan Muhyiddin.

Menjelaskan arahan dibuatnya itu, Mohd Sharkar berkata, ADN Pahang ada dua pilihan bagi menyatakan sikap mereka terhadap ucapan Muhyiddin.

Petama, katanya, dilakukan secara individu manakala kedua dibuat mewakili parti masing-masing. #malaysiakini

Share:

Tengku Mahkota Pahang Murka, Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Di Kenakan Tindakan Tegas

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah murka dan amat terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada Muhyiddin yang secara sengaja menyentuh sentimen 3R (raja, agama, bangsa).

Titahnya, Muhyiddin sengaja memperlekeh serta mempertikaikan tugas dan peranan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-16.

Tegas Tengku Hassanal, Pengerusi Perikatan Nasional telah itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat untuk menunjukkan Al-Sultan Abdullah seolah-olah tidak adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga kelihatan tidak matang dan menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Kenyataan yang dikeluarkan juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat.

“Berdasarkan Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong yang berperanan sebagai Ketua Negara,” titah banginda menerusi kenyataannya tengah malam tadi.

Manakala, Perkara 43(2) pula menetapkan bahawa Perdana Menteri haruslah dilantik dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.

Jelas Tengku Hassanal sungguh pun begitu, Al-Sultan Abdullah tidaklah sewenang-wenangnya membuat keputusan untuk melantik Perdana Menteri walaupun perlembagaan memberikan kuasa mutlak kepada baginda.

Titahnya, Al-Sultan Abdullah ketika itu telah memanggil pakar-pakar perlembagaan, penjawat awam utama negara dan yang terakhir turut secara musyawarah mendapatkan pandangan daripada Majlis Raja-Raja sebelum melantik Perdana Menteri yang baharu.

Menurut Tengku Hassanal Parlimen juga telah meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Disember 2022.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota bertitah keputusan undi percaya tersebut adalah jelas dan selari dengan pertimbangan Yang di-Pertuan Agong ke-16 semasa baginda memilih Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua ahli politik, selaku pemimpin rakyat, mestilah sentiasa berpegang teguh pada Prinsip Rukun Negara dan terus-menerus untuk sentiasa menyatupadukan rakyat agar Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dapat menjadi sebuah negara maju, cemerlang ekonomi, alam sekitarnya lestari dan rakyatnya bahagia,” titahnya lagi. #malaysiagazette

Share:

UMNO Pekan Ingatkan Semua Pemimpin Politik Tidak Mainkan Isu 3R Dalam Kempen Pilihan Raya

PEKAN: UMNO Pekan mengingatkan semua pemimpin politik agar tidak mengamalkan budaya fitnah dan menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pilihan raya.

Ketuanya, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, peringatan itu diberikan bagi menegur tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu 3R ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Menurutnya, sebagai seorang bekas pimpinan tertinggi negara, kenyataan seumpama ini adalah sangat tidak wajar dizahirkan oleh beliau.

"Isu 3R tidak sewajarnya diheret mana-mana pemimpin dalam negara kita meskipun dalam ceramah pilihan raya. Walaupun kita berhasrat untuk mencapai kemenangan tapi (secara) jelas, kita tidak boleh menyentuh perkara berkaitan 3R.

"Apatah lagi mewujudkan fitnah yabg tidak betul sama sekali dan menjejaskan kredibiliti institusi beraja. Kalau (perkara ini) dibiarkan berlaku pada masa akan datang,sudah pasti membawa keburukan kepada negara, serta cara kita berkempen khususnya dalam pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar selepas satu laporan polis dibuat wakil UMNO Pekan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada Ahad.

Lebih 100 ahli UMNO termasuk ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali memberi sokongan sebagai tanda solidariti mempertahankan institusi diraja.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu ceramah telah mengeluarkan kenyataan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Mengulas lanjut, Mohammad Fakhruddin meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan ucapan Muhyiddin dan kenyataan beliau jelas mempersoalkan krebiliti Al-Sultan Abdullah.

Jelasnya, Muhyiddin yang berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran, sepatutnya menunjukkan peribadi yang berhemah tinggi dan bersikap professional apabila turun berkempen di mana-mana kawasan pilihan raya.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar menuntut agar tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan supaya tidak berulang lagi dan menjadi contoh kepada pihak lain.

‘’Kita harap Pekan sentiasa dihormati sebagai bandar Diraja dan dihormati oleh pihak berkepenting.

"Kita di Pekan sentiasa menghormati raja kita, memang di Pekan pusatnya pemerintahannya,kita berasa amat sedih perkara ini berlaku," jelas beliau. #sinarharian

Share:

Sentuh Isu Agama, Raja Dan Kaum Ketika Kempen PRK, Polis Terima 28 Laporan Terhadap Muhyiddin

KUANTAN: Polis Pahang menerima sebanyak 28 laporan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, data tersebut direkodkan pihaknya setakat Sabtu.

"Kita hanya mengumpul laporan kerana kertas siasatan telah di buka di Selangor. Jadi, kita akan merujuk kepada kertas siasatan yang sama," ketika ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, Pemuda dan Puteri UMNO Pekan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana menyentuh isu ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri.

Ketuanya, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, Muhyiddin dalam satu ceramah telah mengeluarkan kenyataan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Beliau berkata, Muhyiddin selaku individu berpengalaman dalam bidang politik, tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi diraja dan perlu menjadi contoh yang baik kepada pemimpin muda.

Katanya, isu itu tidak seharusnya timbul dan beliau sepatutnya lebih berhati-hati.

Terdahulu, laporan polis dibuat oleh Pengerusi Biro Putera Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamed Haekal Mohamed Nasrudin dan Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Nur Hidayah Abd Rahim.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam hantaran di laman Facebook pula menzahirkan rasa kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu. #sinarharian

Share:

Nahas Pesawat Elmina: Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Harun Cadang Ambil Tindakan

BENTONG: Pihak keluarga bekas Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bercadang untuk mengambil tindakan terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos tahun lalu.

Tragedi tersebut menyebabkan Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai ketika itu dan sembilan yang lain terkorban.

Anak Allahyarham, Muhammad Shafieq Hafizilman Johari, 30, berkata, tindakan itu akan diambil selepas hasil laporan akhir dikeluarkan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) membabitkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada Jumaat disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.

"Pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit.

"Difahamkan ada waris mangsa yang lain akan buat tindakan sama... cuma menunggu masa," kata anak sulung daripada lima beradik itu.

Beliau ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Johari dan kesemua mangsa yang terlibat di Kampung Sum Sum dekat Janda Baik di sini pada Ahad.

Majlis melibatkan ahli keluarga dan waris mangsa turut dihadiri Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Abu Adam yang juga ADUN Pelangai mewakili kerajaan negeri.

Muhammad Shafieq berkata, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh biro terbabit.

"Kami letak 100 peratus kepercayaan khususnya pihak kerajaan untuk menggubal kembali terutama lesen juruterbang dan sebagainya.

"Bila lihat hasil laporan penuh yang dikeluarkan, ia berpunca berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak diguna pakai secara elok supaya dapat menjamin keselamatan rakyat yang ingin menggunakan penerbangan khususnya secara peribadi," katanya.

Dalam pada itu, bercerita pemergian Allahyarham bapanya yang telah genap setahun, Muhammad Shafieq mengakui mereka sekeluarga masih bersedih hingga kini.

"Sejujurnya kami masih bersedih selepas setahun... banyak perkara perlu diselesaikan.

"Seperti apa yang saya cakap, kami menunggu tindakan kerajaan untuk membantu kami serta semua waris yang terlibat agar mendapat pembelaan yang sewajarnya," tambahnya.

Jelas beliau, buat masa ini keluarganya juga tidak ingin mendengar rakaman perakam suara kokpit milik pesawat itu kerana tidak mahu menambahkan kesedihan yang dihadapi mereka.

"Secara jujurnya, kami tidak merancang untuk mendengar rakaman suara tersebut," akuinya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pemilihan lokasi majlis itu di Kampung Sum Sum, Muhammad Shafieq berkata, kampung ini dipilih sebagai tanda penghargaan dan hasrat Allahyarham bapanya yang ingin mengadakan majlis di kawasan itu selepas dilantik sebagai Exco Pahang.

"Dua minggu selepas kejadian ada perancangan, sudah ada tarikh nak buat majlis di sini tapi tidak kesampaian selain ia adalah kawasan kampung ayah," katanya.

Dalam kejadian 17 Ogos tahun lalu, pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas di Bandar Elmina ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Mangsa terdiri daripada enam penumpang dan dua anak kapal, serta seorang penunggang motosikal p-hailing dan seorang pemandu e-hailing yang melalui kawasan itu.

Sementara itu, Amizar mengakui turut terkilan selepas mengetahui hasil laporan akhir tragedi tersebut yang disifatkan boleh mengundang tekanan dan kegusaran kepada rakyat Malaysia yang ingin mengambil penerbangan udara.

"Ada sedikit kekecewaan berlaku disebabkan (punca) yang dipanggil kelalaian.

"Kita mohon pihak berwajib untuk mengenal pasti semula, mengkaji bagaimana peraturan atau bagaimana setiap penerbangan serta juruterbang yang diberikan sijil ini perlulah dinilai sebaik mungkin agar perkara ini tidak berulang lagi.

"Kita mohon kepada pihak berwajib untuk sekali lagi menyeru mereka berhati-hati dan mencari cara terbaik dalam memberi perkhidmatan seratus peratus sebab ini melibatkan nyawa manusia," katanya.

Tegasnya, sentuhan dan keperibadian Allahyarham Johari sangat memberi impak buat warga Bentong khususnya di DUN Pelangai. #sinarharian

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.