script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Biar Pun Kalah Tujuh Kali, Sri Pahang FC Masih Perlukan Dollah Salleh Untuk Buat Perubahan !

 

KUANTAN - Dollah Salleh terus diberi kepercayaan membim­bing Sri Pahang biarpun tidak banyak perubahan dilakukan sejak beliau mengambil alih jawatan daripada Thomas Dooley pada awal musim ini.

Dooley, 59, direhatkan selepas dua kali tewas tetapi Dollah, 57, terus membimbing Tok Gajah walaupun sudah tujuh kali kalah dengan terbaharu, dijinakkan 3-0 oleh Penang FC di Stadium Bandaraya, Sabtu lalu.

Sri Pahang kini kekal di tangga kedua tercorot dengan lima mata selepas hanya menang ketika bertemu Sabah sementara dua seri dan tujuh kekalahan.

Walaupun berada di zon penyingkiran tetapi pengurusan Sri Pahang masih menaruh ma­gis bekas pemain kebangsaan itu.

Bagaimanapun itu tidak ­bererti pengurusan Sri Pahang hanya berdiam diri dengan situasi genting yang dialami skuad Tok Gajah ketika ini.

“Sri Pahang kini berada di zon penyingkiran tetapi akan berusaha untuk merubah ­keadaan itu.

“Saya tidak menolak kemungkinan Sri Pahang me­lakukan rombakan apabila jendela perpindahan dibuka Mei nanti,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang kepada Utusan Malaysia.

Bukan lagi rahsia, lima pemain import Sri Pahang gagal mempamerkan kualiti seperti yang diharapkan sehingga ­sering menjadi sasaran kec@man penyokong.

Jentera serangan yang dike­tuai Yevhen Bokhashvili dan ­Pedro Henrique sering gagal menyerlah, malah bekas pe­nyerang dari Ukraine itu hanya mampu menyumbang satu gol setakat ini.

Lee Tuck, Herold Goulon dan Mamadou Wague pula sering diturunkan dalam kesebelasan utama, tetapi ada kalanya aksi mereka tidak menjadi.

Muhammed Suffian tidak menolak kemungkinan pemain tempatan juga tidak bakal terlibat dalam rombakan yang akan dilakuklan Tok Gajah bulan depan.

“Saya cuma boleh katakan rombakan pasti akan berlaku dalam kalangan pemain tidak kira import atau tempatan bagi menghadapi pusingan kedua Liga Malaysia,” katanya.

Pemilihan pemain kali ini akan dinilai oleh barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Dollah bagi mempastikan Pahang sekurang kurangnya kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan. #sumber

Share:

Mayat Dua Beradik Lemas, Terjatuh Jambatan Gantung Sungai Keratong Di Temukan Hari Ini

 

ROMPIN – Pencarian dua beradik yang hilang di Sungai Rekoh, di sini, berakhir apabila mayat mereka berjaya ditemukan di dua lokasi berasingan hari ini.

Mayat pertama, Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan penduduk kampung kira-kira pukul 8 malam semalam pada jarak hampir 100 meter dari lokasi dia terjatuh.

Mayat adiknya, Putri Rama Dhania Azahra,3, pula ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah, di sini, untuk tindakan lanjut.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, dua beradik terbabit terjatuh ke dalam sungai selepas motosikal ditunggang ibunya terbalik ketika melalui jambatan gantung di lokasi berkenaan. #sumber

Share:

Pengurusan Tertinggi Sri Pahang FC Akan Buat Rombakan "Pemain" Dalam Masa Terdekat Ini !

 

KUANTAN - Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan akan berlaku perubahan dalam pasukan itu pada jendela perpindahan pemain.

Bagaimanapun, beliau berkata, segala-galanya terpulang kepada pengurusan tertinggi kelab itu dalam menentukan kedudukan pemain yang beraksi musim ini.

"Apa yang boleh saya katakan ialah perubahan dalam pasukan memang pasti kerana cadangan untuk menukar pemain perlu dilakukan memandangkan kedudukan Sri Pahang dalam saingan Liga Super.

"Namun, keputusan muktamad akan diketahui dalam tempoh terdekat ini sebaik jendela perpindahan pemain dibuka Mei ini," katanya.

Mohammed Suffian berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada akan berlaku perubahan pemain sama ada import dan tempatan dalam memperkasakan kembali pasukan itu.

Ini kerana selepas 10 perlawanan, skuad kendalian Dollah Salleh itu berada di kedudukan kedua tercorot liga dengan sekadar mengutip lima mata.

Hanya satu kemenangan dan dua seri diraih skuad Tok Gajah itu yang menyebabkan peminat setia meluahkan kekecewaan.

Musim ini, Sri Pahang mempertaruhkan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili, Herold Goulon, Mamadou Wague, Lee Tuck dan Pedro Henrique.

Namun, prestasi lima pemain import itu gagal membantu pasukan untuk melakar keputusan membanggakan. #sumber

Share:

Lelaki Di Tahan Untuk Membantu Siasatan Kes Cabul Wanita Di Belakang Pasaraya Di Chukai

 

KEMAMAN - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes cabul wanita di belakang sebuah pasar raya di Jalan Pengkalan Pandan, Chukai dekat sini

Dalam kejadian 9.45 malam Selasa lalu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menunggang motosikal berseorangan untuk pulang ke rumah, sambil ditemani suami yang mengekorinya di belakang.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata mangsa tiba-tiba dihampiri sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali yang memegang dadanya sebelum memecut.

“Terkejut melihat perbuatan biadab suspek, suami mangsa yang berada tidak jauh dari lokasi nekad mengejar motosikal jenis Honda EX5 ditunggang suspek.

“Sejam kemudian, kira-kira 10.45 malam, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dan diserahkan ke Balai Polis Chukai untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Sinar Harian.

Difahamkan, kes sedemikian pernah berlaku dan Hanyan meminta kerjasama mangsa tampil membuat laporan polis.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. #sumber

Share:

Kerajaan Negeri Pahang Mendakwa Vaksinasi Pekerja Genting Ambil Kira Beberapa Faktor !

 

KUANTAN - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang menjelaskan pemberian vaksin kepada pekerja industri perhotelan dibuat atas beberapa faktor termasuk kluster melibatkan Genting Highlands selain pertambahan jumlah vaksin yang diterima negeri itu.

Jawatankuasa itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan antara faktor penting diambil kira ialah kluster Jalan Genting yang berlangsung selama dua bulan dan melibatkan 563 orang serta keperluan menjadikan hotel sebagai tempat kuarantin.

“Pemberian vaksin kepada 3,036 orang daripada sektor perhotelan termasuk tukang kemas (housekeepers), pencuci dan penyelenggaraan adalah melibatkan enam daerah di Pahang dan bukan hanya daripada pekerja Genting Group.

“Ia juga sebagai usaha menggerakkan sektor ekonomi dan sektor sokongan negeri iaitu pelancongan dan pengangkutan,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menegaskan inisiatif itu juga hanya dibuat selepas 32,156 petugas barisan hadapan kesihatan dan perkhidmatan penting, yang disasarkan sebagai penerima vaksin fasa pertama oleh kerajaan Persekutuan, selesai menerima vaksin mereka.

Katanya, Pahang kemudiannya menerima 5,319 dos tambahan dalam fasa pertama yang disasarkan kepada petugas barisan hadapan selain Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk guru komobid dan sebagainya, dengan 3,820 orang guru telah menerima vaksin itu dalam dua fasa berbeza.

Jawatankuasa berkenaan memaklumkan sebanyak 5,600 dos tambahan vaksin Sinovac pula diterima untuk penerima daripada sektor pengangkutan, pihak berkuasa tempatan (PBT), perkhidmatan sokongan klinik (PSK) dan perkhidmatan sokongan hospital (PSH).

Menurut jawatankuasa itu, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Kebangsaan telah menggariskan vaksin Sinovac tidak sesuai untuk diberikan kepada golongan komobid.

Usaha mendapatkan penerima bagi vaksin Sinovac itu telah dimulakan sejak awal Mac lepas dengan 540 orang kategori PSH menerima temu janji vaksin berkenaan selain PSK (104 orang), sektor pengangkutan (1,726 orang), PBT (102 orang) dan perhotelan (3,036 orang).

“Jumlah agihan perancangan asal (untuk sektor perhotelan) ialah 1,575 dos sahaja, namun disebabkan kurang sambutan daripada penerima sektor pengangkutan yang layak walaupun pelbagai usaha dilakukan menyebabkan jumlah penerima sektor perhotelan dinaikkan kepada 3,036 orang,” menurut kenyataan itu.

Jawatankuasa itu juga menegaskan bahawa CITF negeri yang tertakluk kepada CITF Persekutuan komited dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan akan memastikan golongan sepatutnya menerima bekalan seperti digariskan.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan tular di media sosial yang menyatakan sejumlah pekerja syarikat Genting Group menerima vaksinasi Covid-19 atas arahan beliau.

Khairy berkata CITF negeri telah membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja di sektor pelancongan dan CITF Persekutuan hanya mengetahui tentang keputusan tersebut selepas proses vaksinasi kumpulan berkenaan bermula. #sumber

Share:

Daerah "Raub" Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Mulai 30 April-13 Mei

 

PUTRAJAYA - Seluruh daerah Raub dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 30 April sehingga 13 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mukim Gali dan Tras dalam daerah itu pula dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di beberapa kawasan di daerah itu.

“KKM turut mengesahkan Kluster Raub Jaya ini merebak disebabkan aktiviti sosial dan turut dikesan di sekolah serta dalam kalangan pelajar.

“Pelaksanaan PKPB dan PKP di daerah dan mukim-mukim ini untuk memastikan pergerakan penduduk dapat dikawal bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. #sumber

Share:

Jabatan Kesihatan Pahang: Kompaun Masjid Sri Maulana Ikut Garis Panduan Sedia Ada !

 

KUANTAN- Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mempertahankan tindakan pegawainya berhubung kompaun terhadap Masjid Sri Maulana, Pekan pada Selasa lalu.

Pengarahnya, Datuk Dr Bahari Tok Muda Awang Ngah berkata, pegawai berkenaan telah menjalankan tugas mengikut garis panduan dan tatacara sedia ada.

Menurutnya, pegawai itu juga telah menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh hemah dan sempurna.

"Sebarang usaha memperkecilkan tindakan dan prosedur tersebut boleh diertikan sebagai mencabar peruntukkan undang-undang yang diwartakan,"katanya.

Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan pada Rabu sebagai maklum balas terhadap mesej kurang tepat yang tersebar berkisar di media sosial berkaitan isu itu.

Dr Bahari berkata, pihak JKNP telah membuat laporan polis berhubung perkara itu untuk tindakan lanjut.

Masjid Sri Maulana dikompaun RM10,000 selepas didapati gagal menyediakan ​pengimbas bar kod MySejahtera dan buku pendaftaran jemaah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Notis kompaun terhadap masjid itu tular di laman sosial sebelum ini sehingga mendapat perhatian netizen dan ramai yang kurang berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Kompaun tersebut telah dijelaskan dengan pengurangan 50 peratus dan ia disahkan Dr Bahari ketika dihubungi pada Jumaat. #sumber

Share:

Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Saifuddin Abdullah Disahkan Positif Covid 19 Malam Tadi

 

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Pejabat Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” katanya.

Kenyataan itu berkata, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini. #sumber

Share:

Isu "Kalau Nak Rogol Jangan Rogol Bawah 18″, Pelajar Dedah Cikgu Lelaki Buat Lawak Lucah Di Dalam Kelas, Cetuskan Kemarahan Netizen

 

Hujung minggu lepas, tular video seorang pelajar perempuan tingkatan 5 mendakwa seorang guru lelaki buat lawak rogol di dalam kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), yang telah mencetuskan kemarahan netizen.

Dalam video yang dikongsikan ini, Ain Husniza Saiful Nizam berkata pada awalnya kelas tersebut bermula dengan baik bila pelajar dan guru sedang berbincang mengenai topik gangguan seksual dan cara untuk menjaga diri.

Ain berkata lagi, pada awalnya beberapa lawak yang dibuat oleh guru lelaki ini normal namun perlahan-lahan ia menjadi semakin pelik dan lucah.

Kemudian kami mula cakap pasal banyak undang-undang yang melindungi pelajar bawah umur dari gangguan seksual dan serangan seksual.

“Lepastu dia cakap… ‘Oh, nanti korang nak rogol, korang janganlah rogol yang bawah 18, rogol yang atas 18.’

“Dia betul-betul cakap macam tu dan semua pelajar perempuan terdiam tapi pelajar lelaki gelak besar macam kelakar sangat buat lawak pasal rogol.”

Tambahnya lagi, guru tersebut turut mengatakan yang kalau lelaki kena rogol, dorang tak buat laporan sebab pada lelaki benda tu rasa sedap.”

Melalui Twitter peribadi, Ain turut kongsikan tangkap layar aduannya kepada kaunselor namun kaunselor tersebut hanya meminta maaf dari pihak guru tersebut dan mengatakan yang remaja lelaki suka buat lawak kasar tapi tak simpan dalam hati.

“Guru macam ni tak boleh beri muka, perosak akhlak remaja”

Bagi netizen yang mengikut kisah Ain ini telah menujukkan sokongan kepada pelajar ini dan meminta agar guru tersebut segera diberikan tindakan tatatertib.

Dikatakan, Ain dan bapanya telah pun membuat laporan polis terhadap guru tersebut.

Guru seharusnya lebih peka dan prihatin terhadap pelajar lebih-lebih lagi yang bawah umur bila usik tentang topik seperti ini. #sumber

Share:

Polis Sita Dan Menyaman Gelandangan Kerana Tular Gambar Kancil Tiada Bumbung Di TikTok

 

KUALA LUMPUR - Polis menyita dua Perodua Kancil termasuk satu daripadanya tiada bumbung yang tular di media sosial, awal pagi hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kereta berkenaan ditemui di Bandar Metropolitan, Kepong, di sini.

l
Menurutnya, tindakan diambil selepas video tular di aplikasi Tik Tok, baru-baru ini mengenai Perodua Kancil berwarna kuning yang tiada bumbung.

"Kami melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan itu yang dinaiki seorang lelaki berusia 47 tahun dipercayai gelandangan di lokasi berkenaan kira-kira jam 1 pagi.

"Didapati pemandu yang berasal dari Raub, Pahang itu juga tidak mempunyai lesen memandu, selain kereta berwarna kuning tidak tiada cukai jalan, tidak berbumbung dan tayar hadapan sebelah kanan pecah," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkefly berkata, pemandu itu turut menunjukkan sebuah lagi Perodua Kancil berwarna hijau yang tidak mempunyai nombor pendaftaran dan cermin pecah di bahagian pintu belakang sebelah kiri.

"Berdasarkan pemeriksaan, kami mendapati kedua-dua kereta berkenaan tidak layak berada di atas jalan raya dan boleh membahayakan pengguna lain disebabkan ia tidak lengkap, buruk dan sudah lama (usia)," katanya.

Katanya, saman dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesalahan tiada lesen memandu, manakala sitaan kedua-dua kereta dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Difahamkan, pemandu terbabit adalah gelandangan yang tidur dalam kereta dan pernah dua kali dikenakan tindakan (saman serta sita kenderaan) atas kesalahan sama. #sumber

Share:

Dua Beradik Di Khuatiri Lemas Jatuh Jambatan 'Gantung' Di Kampung Rekoh Rompin Semalam

 

ROMPIN - Dua beradik dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai apabila motosikal ditunggang ibu mereka hilang imbangan ketika melalui jambatan gantung Kampung Rekoh, dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Balai Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 pagi mangsa, Dhenis Maulida Puteri Masari, tujuh tahun serta adiknya Puteri Ramadhania Azzahra yang berumur tiga tahun sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibu mereka.

"Semasa kejadian ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, sedang dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Keratong Satu ke rumah mereka di ladang Peetih, di sini.

"Apabila sampai ke tempat kejadian motosikal berkenaan hilang imbangan dan tumbang di atas jambatan, pada masa sama kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai," katanya di sini.

Beliau berkata, polis yang menerima panggilan kira-kira pukul 11.20 pagi bergegas ke tempat kejadian sebelum operasi pencarian digerakkan membabitkan pelbagai agensi bermula 12 tengah hari.

Katanya, operasi disertai 30 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dihentikan pada jam 6 petang.

"Mangsa tidak ditemui hari ini dan operasi mencari dan menyelamat akan disambung esok," katanya.

Beliau berkata, difahamkan motosikal yang ditunggang mereka dikatakan hilang imbangan kira-kira lima meter lagi hendak sampai ke tebing menyebabkan ketiga-tiga mereka terjatuh, dan dua mangsa yang masih kecil terus terjerumus ke dalam sungai.

Katanya, terdapat jaring yang dipasang pada kiri dan kanan jambatan gantung itu tetapi difahamkan akibat kurang penyelenggaran, terdapat lubang besar di beberapa tempat sepanjang jambatan itu.

Mohd Isa berkata, jambatan itu sering digunakan penduduk setempat sebagai laluan pintas memandangkan jalan raya agak jauh, dan difahamkan ibu mereka terselamat dalam kejadian itu apabila dia tersangkut di jaring. #sumber

Share:

Khairy Nafikan Sekumpulan Pekerja Syarikat Genting "Menerima Vaksin" Atas Arahannya !

 

PUTRAJAYA - Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan sekumpulan pekerja syarikat Genting Group yang menerima vaksinasi Covid-19 atas arahannya.

Sebaliknya kata Khairy, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Pahang membuat keputusan untuk memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja di sektor pelancongan melibatkan 56 buah hotel di Kuantan, Genting Highlands, Cameron Highlands, Jerantut, Raub, Mentakab, Bentong, Bukit Tinggi dan Bukit Fraser.

"Saya menafikan saya pernah mengeluarkan apa-apa arahan seperti dakwaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, keputusan CITF Pahang dibuat selepas negeri itu telah selesai memberikan vaksinasi dos pertama sementara menunggu selang masa bagi dos kedua kepada kesemua penerima yang tersenarai dalam kumpulan keutamaan fasa satu.

"Pihak CITF Persekutuan hanya mengetahui keputusan CITF Pahang selepas mereka memulakan vaksinasi kepada kumpulan tersebut," katanya.

Susulan itu, Khairy yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi telah menulis surat kepada kerajaan Pahang pada 12 April lalu dengan menyatakan bahawa keputusan untuk menyenaraikan kumpulan awal penerima vaksin adalah di bawah bidang selia Jawatankuasa Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

"Sehingga mana-mana kumpulan disenaraikan, keputusan senarai keutamaan terdahulu adalah terpakai," katanya.

Tambahnya, penetapan kumpulan penerima vaksin fasa satu PICK adalah mengikut Garis Panduan Penetapan Senarai Petugas Barisan Hadapan seperti dikeluarkan oleh JKJAV pada 1 Mac.

"Semasa tempoh pelaksanaan fasa satu PICK, janji temu vaksinasi diuruskan oleh CITF negeri mengikut senarai yang turut disediakan di peringkat negeri.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa buah negeri yang beranggapan mereka boleh mula memberikan vaksinasi kepada kumpulan penerima lain apabila selesai menjalankan vaksinasi kepada penerima fasa satu," katanya. #sumber

Share:

Covid-19: Kes Positif Baharu Melonjak Kembali Ke Angka 3,412, Jumlah Keseluruhan 401,593 !

 

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kembali mencecah angka melebihi 3,000 dengan 3,142 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 401,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 1,019 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes.

“Seterusnya, Sarawak (416 kes), Johor (194 kes), Kedah (120 kes), Pulau Pinang (98 kes), Sabah (87 kes), Perak (69 kes), Negeri Sembilan (61 kes), Melaka (42 kes) dan Terengganu (40 kes).

“Selain itu, Pahang (15 kes), Putrajaya (13 kes), Labuan (empat kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. – PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kembali mencecah angka melebihi 3,000 dengan 3,142 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 401,593 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 1,019 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes.

“Seterusnya, Sarawak (416 kes), Johor (194 kes), Kedah (120 kes), Pulau Pinang (98 kes), Sabah (87 kes), Perak (69 kes), Negeri Sembilan (61 kes), Melaka (42 kes) dan Terengganu (40 kes).

“Selain itu, Pahang (15 kes), Putrajaya (13 kes), Labuan (empat kes) dan Perlis (satu kes),” katanya dalam ciapan Twitter di sini hari ini. #sumber

Share:

Wan Rosdy Umum Penjawat Awam Di Pahang Akan Terima Bonus Raya Sebanyak RM1,000

KUANTAN - Kira-kira 8,000 penjawat awam meliputi semua gred di Pahang menerima bantuan khas kewangan berjumlah RM1,000 bersempena Hari Raya Aidilfitri pada 7 Mei ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata turut menerima pemberian itu ialah penjawat awam persekutuan dengan gred JUSA C ke atas yang berkhidmat di Pahang sebagai sagu hati daripada kerajaan negeri.

“Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pagi ini yang berasaskan kepada kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli kerajaan negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam.

“Pejabat kewangan negeri akan segera melakukan urusan susulan agar pembayaran dapat dibuat dan diharapkan wang pemberian ini dapat digunakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy juga berharap badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan di Pahang dapat membuat pemberian yang serupa kepada pegawai dan kakitangan mereka. #sumber

Share:

Peniaga Rela Kedai Runcitnya Di Ambil Sebab Tidak Mampu Membayar Kompaun RM50,000

 

KOTA BHARU - "Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, saya memang tidak mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000,".

Demikian luahan Mansah Marjurin, 47, antara tiga peniaga yang dikenakan kompaun RM50,000 Ahad lalu bagi kesalahan beroperasi lebih masa ketika Perintah KawalanPergerakan (PKP).

Mansah yang berniaga kedai runcit di Jalan Chempaka di sini, berkata sememangnya dia tidak mampu untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak sejak tujuh bulan lalu, selain sebuah kereta ditarik pihak bank sejak PKP.

Menceritakan kejadian jam 11.40 malam ketika didatangi empat anggota polis, bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.

"Memang saya sudah tutup kedai dengan semua pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.

"Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota polis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.

"Saya sudah jelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup, namun tetap disaman RM50,000," katanya ketika ditemui hari ini.

Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatannya hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri yang tidak bekerja.

"Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum tampil membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam keadaan terkejut. Mungkin hari ini saya pergi membuat rayuan.

"Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti," katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas, di sini.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga, termasuk seorang peniaga burger pada Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga berkenaan.

"Peniaga itu akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan di bawah Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya. #sumber

Share:

Peniaga Colek Kecewa Goreng Keropok Untuk Anak Pun 'Di Kompaun' Sebanyak RM50,000 !

 

KOTA BHARU - Pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan colek di Kampung Chekok, Tengah meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM50,000 tanpa budi bicara oleh pihak berkuasa, malam semalam.

Mohd. Azizi Mohd. Nor, 42 berkata, dia dan isteri Nik Nawati Nik Lah, 38, terkejut menerima kompaun itu ketika mereka selesai berniaga di kawasan bawah tangga rumah mereka.

“Sebelum anggota polis tiba, saya dan isteri sedang menggoreng keropok untuk hidangan anak-anak selepas selesai berniaga colek. Kami juga sudah menutup kedai ketika itu.

“Bagaimanapun, kami didatangi anggota polis yang terus mengeluarkan kompaun tanpa kami dapat menjelaskan hal sebenar kira-kira pukul 11.30 malam,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiga peniaga dikompaun RM50,000 dalam serbuan polis di tiga buah premis malam semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizi berkata, dia berharap agar kes itu mendapat pembelaan dan mendapat pertimbangan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya dan isteri tidak mampu bayar jumlah RM50,000 malah ini adalah kesalahan pertama kami.

“Saya dan isteri membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan di Jabatan Kesihatan Kota Bharu sebelum ia dipertimbangkan oleh Peguam Negara,” katanya. #sumber

Share:

Khairuddin Abu Hassan Dakwa Beliau Di Tahan Bawah SOSMA, Adalah Untuk Melindungi Najib

 

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa penahanannya oleh pihak polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah untuk melindungi Najib Razak yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin, 59, selaku plaintif ketika membacakan penyataan saksinya berkata, penahanan oleh bekas Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar serta tujuh individu lain adalah semata-mata untuk menghalangnya pergi ke Paris, Switzerland, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura bagi membantu pihak berkuasa di negara berkenaan melengkapkan siasatan dan perbicaraan.

“Pendakwaan telah menggunakan peruntukan di bawah Sosma terhadap saya antara lain menghalang kebebasan saya untuk bergerak ke luar negara bagi membantu siasatan pihak berkuasa di sana berhubung laporan polis (mengenai 1MDB) yang telah saya serahkan dan bagi melindungi kleptokrasi serta salah guna kuasa bekas perdana menteri itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada hari kedua perbicaraan kes samannya terhadap Khalid dan tujuh individu lagi berhubung penahanan dan pendakwaannya di bawah Sosma.

Tujuh individu itu ialah Wan Aeidil Wan Abdullah dan C Muniandy, kedua-duanya pegawai penyiasat di Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi Habibi Majinji, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud, Peguam Kanan Persekutuan Awang Armadajaya Awang Mahmud, bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali dan Kerajaan Malaysia.

Bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata laporan polis yang dibuat pada 12 Dis 2014 berasas dan terbukti apabila pihak berkuasa serata dunia telah menggerakkan agensi untuk menyiasat dan menghalang daripada aset-aset negara Malaysia terus disedut keluar secara salah atau haram.

“Namun, apabila pihak-pihak berkuasa di Malaysia menjalankan siasatan, mereka telah disenyapkan oleh pentadbiran Najib Razak dengan penukaran atau pemberhentian ketua-ketua yang terlibat.

“Sebagai contoh Abdul Gani Patail (bekas Peguam Negara), yang telah membantutkan siasatan isu 1MDB.

“Selanjutnya, siasatan berhubung isu-isu 1MDB telah digantikan dengan orang kepercayaan Najib Razak atas pengaruh tidak wajarnya, sebagai contoh Mohamed Apandi yang antara lain membebaskan nama Najib daripada sebarang pertuduhan berhubung 1MDB.

“Walhal, Najib Razak kini telah disabitkan bersalah di mahkamah berhubung isu SRC International Sdn Bhd, yang berkaitan dengan isu 1MDB,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Quay Chew Soon bersambung esok. #sumber

Share:

Hentikan Penguatkuasaan SOP Layanan ‘Dua Darjat’ Di Negara Ini, Gesa Pemuda PAS !

 

PUTRAJAYA - Pemuda PAS menyeru agar layanan ‘dua darjat’ dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 di negara ini dihentikan segera.

Layanan ‘dua darjat’ seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana kerajaan telah menggariskan SOP yang lengkap sebagai rujukan rakyat, kata Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin dalam kenyataan hari ini.

“Tetapi di mana silapnya? Ada ruang untuk agensi penguatkuasaaan kita tersalah tafsir?” soal beliau.

“Justeru (kami) memohon agar semua pemegang taruh yang bertanggungjawab menggariskan SOP ini dapat duduk bersama dan membincangkan dengan serius masalah ini.”

Khairil Nizam menggesa semua agensi penguatkuasaan bertindak dengan tegas dan telus serta menggunakan budi bicara yang penuh hikmah kepada semua pesalah, tanpa mengira darjat.

“(Ini) terutama pada mereka yang sengaja melanggar SOP,” tambah beliau.

Awal hari ini, usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang juga dikenali sebagai PU Riz, masing-masing dilaporkan dikompaun RM20,000 dan RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Selain itu, 20 anggota keluarga Neelofa akan dikompaun RM1,500 seorang kerana gagal mematuhi peraturan penjarakan fizikal ketika menghadiri majlis akad nikah pasangan itu.

Ini setelah sebulan siasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap dakwaan pelanggaran SOP di majlis yang diadakan pada 27 Mac itu.

Kelmarin, masing-masing seorang peniaga burger dan peniaga colek dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi masa dalam tempoh pelaksanaan PKP di gerai masing-masing di Kelantan.

Ini menimbulkan rasa tidak puas hati warganet kerana dianggap wujud layanan tidak setara.

Kata Khairil Nizam dalam kenyataan hari ini, beliau yakin rakyat bersedia mematuhi SOP semaksimum mungkin, namun rakyat tidak boleh menerima ‘layanan terpilih’.

“Dalam pertarungan kita membendung Covid-19, kepercayaan dan sokongan rakyat adalah amat penting dan kritikal.

“Saya yakin kerajaan hari ini telah melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Tetapi jika kita terus membiarkan isu ‘SOP dua darjat’ serta ketidakadilan ini berterusan, kita mungkin akan menemui titik kegagalan,” katanya. #sumber

Share:

Dakwaa Berniaga Lebih Masa, Penjual Colek Pula "Di Kompaun" RM50,000 Di Kelantan !

 

KOTA BHARU - Rupa-rupanya bukan satu tetapi dua peniaga yang dikompaun RM50,000 di Kelantan membabitkan satu lagi peniaga colek Ramadan di Kampung Chekok Tengah, Pengkalan Chepa di sini kerana didakwa berniaga melebihi masa ditetapkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Ahad.

Peniaga berkenaan, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, dan isterinya, Nik Nawati Nik Lah, 38, mengakui anggota polis telah datang ke kedainya yang terletak di hadapan kediaman mereka pada jam 11.30 malam.

Mohd Azizi berkata, ketika itu mereka masih berada di kedai tetapi sudah menutup lampu dan mengemas barangan sebelum naik ke rumah.

“Cuma, isteri sahaja yang masih menggoreng keropok untuk makan bersama anak-anak, tiba-tiba polis datang meminta kad pengenalan dan memberitahu saya telah melakukan kesalahan kerana berniaga melebihi masa ditetapkan lebih daripada jam 10 malam ketika PKP.

“Saya akui dan faham dengan tindakan dilakukan pihak polis itu, namun tidak menyangka pula nilai kompaun yang ditulis itu adalah RM50,000,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangkakan jumlah kompaun tersebut hanya RM5,000 kerana notis ditulis dalam keadaan samar-samar dan ketika itu lampu kedai juga sudah pun ditutup.

“Apabila saya sedar rupa-rupanya jumlah itu adalah RM50,000, terkejut bukan kepalang sehingga tak mampu nak berkata apa-apa.

“Buntu saya memikirkannya sampai ke hari ini, sahur pun minum air sahaja sebab tidak lalu nak makan nasi. Mana nak 'cekau' RM50,000,” katanya.

Bagaimanapun pasangan tersebut turut sama melakukan rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu pada Selasa bagi memohon jumlah kompaun yang dikenakan itu dapat dikurangkan seminimum mungkin.

“Kami mengharapkan sepenuhnya hasil perniagaan jual colek pada Ramadan dan mi celup pada hari-hari biasa. Ketika PKP, tempoh perniagaan amat pendek untuk peniaga colek seperti kami sekitar dua jam sahaja kerana orang makan colek pada waktu malam.

“Saya berharap sangat sebab kami ada tanggungan ramai iaitu lima anak kandung dan tiga anak saudara dengan tujuh daripadanya berusia 16 sehingga 5 tahun masih bersekolah dan rumah bersama kedai ini pun sewa RM400 sebulan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, pada hari sama, seorang peniaga burger di negeri ini juga dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh PKP di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji.

Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian. #sumber

Share:

Kebenaran Serta Prosedur Operasi Standard Pulang Beraya Pelajar IPT Di Putuskan Esok !

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan kebenaran dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pergerakan pulang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Aidilfitri akan diputuskan esok.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, cadangan kebenaran dan SOP pergerakan itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diputuskan.

Beliau berkata, apa jua keputusan yang dibuat, keselamatan dan kesihatan pelajar kekal menjadi keutamaan bagi KPT.

“Petang tadi saya telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi mendapat maklum balas mengenai cadangan kebenaran dan SOP itu.

“Sesi yang sama juga telah dibuat sebelum ini bersama timbalan-timbalan naib canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Universiti Awam (UA), Persatuan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan MPPK pada 20 April lalu.

“Libat urus itu bertujuan mendapatkan input dan dapatan awal serta persediaan IPT masing-masing mengenai SOP pergerakan pulang pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, semua maklum balas dan pandangan daripada IPT dan pelajar ini akan diteliti dan diambil perhatian terutama berkenaan dengan SOP sebelum dibentang ke MKN untuk diputuskan pada hari esok. #sumber

Share:

Muat Naik Gambar: Neelofa "Nafi" Sindir, Mahu Tolong Peniaga Burger Di Kompaun RM50,000

 

PETALING JAYA – Selang beberapa jam selepas dikenakan kompaun sebanyak RM60,000, perbuatan selebriti berniqab, Neelofa memuat naik sekeping gambar burger dalam InstaStorynya mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen mendakwa pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, menyindir menyindir seorang peniaga gerai burger yang dikompaun RM50,000 baru-baru ini oleh pihak berkuasa.

Gara-gara foto tersebut, isteri kepada penceramah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, itu diserang hebat bahkan disifatkan tidak bersimpati dengan nasib peniaga burger berkenaan.

Tidak berdiam diri, bekas pengacara MeleTOP itu dalam satu perkongsian InstaStory seterusnya memaklumkan dia tidak berniat untuk memerli individu lain,, khususnya peniaga burger terbabit.

“Ya Allah SWT, ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik.

“Sebelum muat naik foto tersebut, saya telah hubungi pihak peguam dan polis untuk bertanyakan secara terperinci mengenai kompaun yang dikenakan terhadap individu berkenaan,” tulisnya dalam InstaStorynya.

Bahkan, pemilik jenama tudung Naelofar itu juga memberitahu dia ingin membantu menyelesaikan bayaran kompaun lelaki tersebut.

“Saya juga minta untuk bantu menyelesaikan bayaran (kompaun) dengan izin Allah SWT,” katanya lagi.

Sementara itu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama peguamnya.

Dalam foto tersebut, peguam Neelofa dilihat sedang mendapatkan jumlah sebenar kompaun yang dikenakan terhadap peniaga berkenaan.

Selain itu, dia turut berkongsi sepotong hadis yang menyatakan tentang kelebihan membantu orang lain yang dalam kesusahan.

“Rasuluallah SAW menjelaskan, kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah SWT akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari Kiamat.

“Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah SWT akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat,” hadis riwayat Muslim.

Kosmo! hari ini melaporkan Neelofa, Pu Riz dan 20 ahli keluarga mereka dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 oleh pihak berkuasa atas kesalahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa majlis pernikahannya dan menyalahgunakan permit rentas negeri pada Mac lalu.  #sumber

Share:

PDRM Sahkan Telah Rakam Keterangan Anwar Ibrahim Berhubung Siasatan 'Rakaman Audio' !

 

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dirakamkan percakapan berhubung siasatan kes penularan rakaman audio perbualan didakwa melibatkan dirinya pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar telah hadir ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman dengan ditemani oleh peguamnya.

“Kenyataan beliau dirakam di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah manakala siasatan dilakukan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam.

“Kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian setelah memperolehi perintah untuk menyiasat mengikut peruntukan Seksyen 108 (2) Kanun Tatacara Jenayah daripada Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat pebualan antara dua individu yang didakwa mirip suara Anwar dan Persiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi tular pada awal April lalu telah mencetuskan kebimbangan dan kegentaran kepada awam yang kemudiannya tampil membuat laporan polis.

“Siasatan dijalankan ekoran 18 laporan polis yang diterima daripada 17 orang wakil politik dan seorang individu awam yang mendesak agar ia dilakukan bagi menentukan kesahihan atau mungkin terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah memalsukan rakaman audio tersebut dengan tujuan untuk mencetuskan kegentaran awam dan mewujudkan perasaan tidak harmoni di antara kedua-dua parti politik.

“Penularan rakaman audio perbualan tersebut telah memberikan pelbagai persepsi negatif dan menimbulkan kebimbangan masyarakat berdasarkan kepada beribu komen-komen netizen di media sosial memandangkan kedua-dua individu berkenaan adalah merupakan dua orang pemimpin parti yang berpengaruh,” jelas beliau.

Huzir menambah, tindakan memanggil Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, adalah merupakan suatu prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan.

“Rakaman percakapan beliau (Anwar) diperlukan bagi membantu siasatan tentang sejauh mana rakaman audio itu dapat disahkan sebagai perbualan di antara beliau dengan Datuk Seri Ahmad Zahid.

“Siasatan terperinci juga perlu dijalankan untuk mengenal pasti individu yang membuat rakaman audio berkenaan, motif ia disebarkan dan sama ada wujud modifikasi rakaman oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan untuk menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegentaran awam,” katanya #sumber

Share:

Peniaga Burger Berniaga 'Lebih Masa" Sewaktu PKP Terkilan Di Kompaun Sebanyak RM50,000

 

KOTA BHARU - Seorang peniaga burger terkilan apabila dikenakan kompaun RM50,000 kerana kesalahan berniaga lebih masa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, Jalan Panji, di sini pada Ahad.

Peniaga berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, didatangi sekumpulan anggota polis pada jam 11.21 malam susulan dikatakan menerima aduan berhubung perkara demikian.

Isterinya, Norlaili Shafii, 37, berkata, dia dan suami ketika itu menyiapkan 15 burger juadah sahur yang ditempah oleh pelanggan dari sebuah kilang di Pengkalan Chepa.

“Kami memang berniaga lebih jam 10 malam tetapi gerai burger ini di hadapan tangga rumah dan di dalam kampung serta menerima tempahan kebiasaannya pada waktu malam untuk dijadikan juadah sahur.

“Tempahan dibuat melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp. Jadi, kami menyiapkannya untuk dihantar secara ‘COD’ kepada pelanggan serta bukannya ada pelanggan makan di kedai,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Menurutnya, mereka bergantung berpendapatan sepenuhnya terhadap hasil menjual burger dan berpindah daripada menjual burger di gerai di tepi jalan Tanjung Chat berikutan pandemik Covid-19 dan PKP sejak tahun lalu.

“Situasi peniaga kecil macam saya tenat sekarang. Kami tidak ada pendapatan lain, pembeli makin kurang kerana tidak dapat keluar.

“Saya cuba berniaga dari rumah dan langsung tidak buka meja makan kerana PKP. Cuma siapkan tempahan pelanggan sahaja, kalau kompaun sampai RM50,000 macam mana nak bayar,” katanya.

Ujarnya, dia merayu kepada supaya tidak dikompaun, namun tetap dikompaun dan terkejut apabila melihat jumlah RM50,000 tersebut.

“Tidak adil bagi kami peniaga kecil yang mencari rezeki. Kami perlukan duit untuk membayar bermacam-macam bil dan menampung kehidupan.

“Berikanlah sedikit kelonggaran kepada kami peniaga yang berniaga pada waktu malam kerana kami bukannya berkumpul beramai-ramai sehingga boleh menyebabkan Covid-19 merebak,” katanya. #sumber

Share:

Polis Kelantan Mendakwa Kompaun RM50,000 Terhadap Peniaga Burger Bukanlah Suka-Suka

 

KOTA BHARU: Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada peniaga burger yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji, di sini yang tular hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun dikeluarkan terhadap peniaga burger itu kerana dia didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Kelantan ketika ini.

Jelas beliau, polis sebelum ini menerima aduan penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa dibenarkan iaitu pukul 10 malam ke atas dengan ramai pelanggan didapati duduk dan makan di situ.

“Kita telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati peniaga itu melanggar SOP yang ditetapkan.

“Pihak polis kemudiannya telah menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan bertindak mengeluarkan kompaun terhadap peniaga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tegas Abdul Rahim, pihaknya bukan mengeluarkan kompaun sesuka hati tanpa budi bicara, sebaliknya tindakan tegas demikian diambil apabila memang terdapat perbuatan yang melanggar SOP ketika dalam PKP.

“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah sampai RM50,000,” katanya.

Terdahulu, tular seorang peniaga burger dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 oleh polis ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri di akaun Facebook miliknya.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya mengecam pihak berkuasa dengan menyifatkan tindakan mengeluarkan kompaun tersebut sebagai zalim tanpa menggunakan budi bicara.

Kelantan kini dikenakan PKP sehingga 29 April depan, susulan kes positif Covid-19 yang terus melonjak naik termasuk hari ini dengan 343 kes dan kekal sebagai tiga negeri paling tinggi kes jangkitan pandemik tersebut. #sumber

Share:

Tiada Lesen Operasi, Pengurus Pusat Hiburan Di Kompaun RM5,000 Di Bandar Sunway PJ !

 

KUALA LUMPUR – Seorang pengurus pusat hiburan di Arena Menteri, Bandar Sunway, Petaling Jaya dikompaun sebanyak RM5,000 dalam satu operasi malam semalam kerana tidak memilik lesan operasi dan menjual menjual minuman keras.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, semasa serbuan dilakukan, polis mendapati seramai 39 orang termasuk pekerja berada dalan premis itu.

“Pemeriksaan lanjut di dalam mendapati pengurus premis berkenaan warga tempatan berusia 39 tahun telah melakukan kesalahan iaitu gagal mengemukakan lesen pusat hiburan yang sah dan tidak mempunyai lesen menjual minuman keras.’

“Pengurus berkenaan dikenakan kompaun dan ditahan untuk siasatan lanjut polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, selain itu seramai 38 orang dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana berada dalam pusat hiburan itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PKPB) (NO. 4) 2021.

Daripada 38 individu yang dikompaun, enam adalah pekerja termasuk tiga wanita berusia antara 27 hingga 53 tahun berada di dalam premis itu, ujarnya.

“Seramai 32 lagi individu termasuk tiga wanita merupakan pengunjung berusia antara 28 hingga 59 tahun dan polis turut merampas 11 botol arak pelbagai jenama, peralatan audio, lima keping resit perniagaan, dan wang tunai RM1,180.

“Kesemua kesalahan dikenakan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976, Seksyen 6(1) Enakmen dan tempat-Tempat Hiburan 1998,dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan (Perbuatan Cuai Yang Mungkin Merebakan Jangkitan Apa-apa Penyakit Berbahaya kepada Nyawa),” katanya.  #sumber

Share:

Peniaga Burger Depan Rumah Langgar SOP Di Kompaun Sebanyak RM50,000 Di Kota Bharu

 

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu mengesahkan bahawa pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada seorang peniaga yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan perniagaan di hadapan rumahnya di Jalan Panji di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, kompaun itu dikeluarkan terhadap peniaga burger itu selepas dia didapati melanggar SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ketika ini.

Katanya, polis menerima aduan daripada penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa iaitu lebih pukul 10 malam selain ramai pelanggan yang duduk dan makan di situ.

“Kita telah menjalankan siasatan lanjut dan mendapati peniaga itu telah melanggar SOP yang ditetapkan.

“Anggota polis kemudiannya telah menyerbu premis terbabit kira-kira pukul 11.30 malam tadi dan mengeluarkan kompaun terhadap lelaki itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tegas Abdul Rahim, polis tidak akan sesuka hati mengeluarkan kompaun dan ia akan dikeluarkan sekiranya terdapat kesalahan yang melanggar SOP PKP.

Katanya, difahamkan, selain burger, peniaga terbabit turut menjual pelbagai makanan lain kepada pelanggan.

“Bagaimanapun, peniaga tersebut boleh mengemukakan rayuan pengurangan kompaun kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan nilainya tidak akan mencecah RM50,000,” katanya.

Terdahulu, tular seorang peniaga burger yang dikenali sebagai Wan Mohd. Faisal yang membuat hantaran di Facebooknya menyatakan bahawa dia dikompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak polis ketika dia sedang berniaga di hadapan rumah.

Keadaan itu menyebabkan ramai netizen marah dan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang sewenang-wenangnya mengeluarkan kompaun kepada peniaga itu. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Menarik Balik Gelaran Datuk Seri Yang Di Kurnia Kepada Nicky Dan Adiknya

 

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan gelaran Datuk Seri yang dikurniakan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow Soon Hee ditarik balik.

Turut ditarik semula ialah gelaran Datuk yang diterima adik Nicky, Liow Wei Loon.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak berkata, penarikan darjah kebesaran Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu berkuat kuasa pada 21 April lalu.

“Penarikan darjah kebesaran itu sebagai menjunjung titah perintah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Dengan ini dimaklumkan Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur kepada penama ditarik balik dan dibatalkan serta-merta,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, darjah itu perlu dikembalikan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.

Sehubungan itu, katanya, penama tidak dibenarkan lagi memakai sebarang gelaran dikurniakan. #sumber

Share:

Padah Langgar SOP Di Restoran, 45 Individu Dikompaun RM1,5000-RM2,000 Di Kuantan

 

KUANTAN - Serbuan yang dilakukan pada pukul 11.55 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Mohamad Noor berkata, hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati sebahagian besar daripada pelanggan di restoran berkenaan gagal untuk mematuhi SOP PKPP iaitu tiada penjarakan fizikal satu meter antara pelanggan.

Beliau berkata, terdapat dua pelanggan telah dikesan kerana gagal untuk mengimbas kod aplikasi MySejahtera termasuk seorang daripadanya cuba menipu dengan menunjukkan sudah mengimbas di restoran itu, tetapi malangnya bertarikh 21 April lalu.

“Ada pelanggan masih tidak faham dan kononnya mendakwa tidak tahu SOP yang membabitkan jarak satu meter.

“Kompaun dikeluarkan ini kerana keadaan sangat rapat dan kami tidak boleh berkompromi dalam usaha menyekat penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, 45 individu yang telah dikompaun itu membabitkan 38 lelaki dan tujuh wanita.


Mohamad Noor berkata, semua individu yang terbabit dikenakan kompaun mengikut kesalahan kategori ketiga Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana kesalahan tiada penjarakan fizikal dengan nilai kompaun antara RM1,500 hingga RM 2,000 untuk setiap individu.

Jelasnya lagi, kompaun turut dikenakan kepada pemilik premis atas kesalahan yang sama dengan jumlah kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal untuk memastikan pelanggan di restoran mematuhi SOP walaupun memberi alasan sudah menasihati pelanggan.

Menurut Mohamad Noor, sekiranya pelanggan ingkar dengan SOP yang ditetapkan, pemilik restoran sepatutnya menghubungi pihak berkuasa sama ada polis atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Dalam kes ini, saya kesal dengan sikap peniaga dan pelanggan yang tidak peduli dan tidak mahu mematuhi SOP.

“Oleh itu, polis akan meneruskan pemantauan pematuhan SOP dari semasa ke semasa dan tiada kompromi jika ada yang melakukan kesalahan,” katanya. #sumber

Share:

Operasi Bazar Ramadan Di Pahang Di Lanjut Ke 2.00 Pagi, Kanak-Kanak Di Benar Masuk !

 

KUANTAN - Operasi Bazar Aidilfitri di seluruh negeri Pahang dibenarkan beroperasi dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan selain kanak-kanak bawah 12 tahun juga turut dibenarkan masuk berkuat kuasa hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Rahim Muda berkata, setiap pengunjung Bazar Aidilfitri akan diberi satu pas masuk dan bilangan pengunjung yang masuk ke bazar perlu dihadkan tertakluk kepada keluasan atau bilangan peniaga di tapak bazar.

Beliau berkata, jika pengunjung adalah dalam satu kumpulan atau keluarga setiap ahli keluarga termasuk kanak-kanak perlu diberi pas masuk.

“Pengunjung yang membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun atau warga emas perlu bertanggungjawab sepenuhnya tentang risiko keselamatan dan kesihatan mereka yang dibawa bersama.

“Setiap lot peniaga hanya dibenarkan menerima satu pelanggan atau satu keluarga dalam satu masa bagi mengelakkan kesesakan dalam lot peniaga,” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Beliau juga berkata, semua pengunjung, peniaga dan petugas di bazar perlu membuat pemeriksaan suhu dan imbasan QR Code MySejahtera dipintu masuk dan mereka yang mempunyai suhu tidak melebihi dari 37.5 darjah celcius sahaja dibenarkan masuk ke bazar.

“Semua pengunjung, peniaga dan petugas di bazar wajib memakai pelitup muka termasuk kanak-kanak selain hand sanitizer perlu disediakan di setiap lokasi kawalan pintu masuk dan keluar.

‘Peniaga pakaian dan kasut dikehendaki memastikan pelanggan tidak mencuba (fitting) sebarang jenis pakaian dan kasut,” katanya.

YB Dato’ Abd Rahim juga mengingatkan Bazar Aidilfitri akan ditutup selama tiga hari untuk pembersihan sekiranya terdapat pengunjung, peniaga atau petugas positif COVID-19.

Beliau juga menegaskan mana-mana pengunjung atau peniaga yang melanggar SOP akan dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa. #sumber

Share:

Semua 53 Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402 Yang Karam Bersemadi Di Dasar Samudera !

 

JAKARTA –  Sebuah kapal selam Indonesia yang hilang di perairan pulau peranginan Bali telah karam, kata Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) semalam sekali gus menghancurkan harapan bahawa 53 krunya akan dapat diselamatkan.

(Gambar dirakam pada 20 Februari 2019 menunjukkan kru dan pegawai KRI Nanggala 402 di pangkalan tentera laut di Surabaya Indonesia. – AFP) 

Ketua TNI-AL, Yudo Margono berkata, pasukan mencari me­nemui serpihan-serpihan KRI Nanggala termasuk barangan dari dalam kapal selam tersebut yang dipercayai kehabisan bekalan oksigen.

Sebilangan kapal perang, pesawat dan beratus-ratus anggota tentera terlibat mencari kapal selam hilang itu. Pihak berkuasa berkata, kapal selam buatan Jerman itu mempunyai bekalan oksigen mencukupi untuk tempoh tiga hari sahaja selepas kehilangan kuasa enjin.

Tarikh akhir itu berlalu awal pagi semalam.

“Kami telah mengubah status KRI Nanggala daripada kapal selam hilang kepada kapal selam karam.

“Kami mempunyai bukti sahih yang dipercayai datangnya daripada kapal KRI Nanggala 402.

“Bagi tempoh beberapa hari ini, kami telah menjumpai serpihan dan barangan dari lokasi terakhir kapal itu menyelam.

“Serpihan itu tidak akan terapung jika tiada tekanan luar atau kerosakan kepada pelancar terpedo,” kata Yudo Margono kepada pemberita sambil menambah, barangan tersebut tidak mungkin berasal daripada kapal lain.

Beberapa pegawai tentera laut berkata, sebilangan item termasuk serpihan torpedo dan botol minyak gris yang digunakan sebagai pelincir periskop kapal selam itu telah ditemui. Mereka turut menjumpai sehelai sejadah yang digunakan oleh kru KRI Nanggala.

Antara serpihan dan barangan milik kapal selam KRI Nanggala yang ditemui dipamerkan pada sesi sidang akhbar.
– Sui Suadnyana/detikcom
Pencarian kapal selam KRI Nanggala tetap diteruskan awal pagi semalam meskipun telah melepasi tempoh masa anggaran ketahanan bekalan oksigen iaitu pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Setelah lebih 72 jam melakukan pencarian, tiada petunjuk ditemui sehingga membawa kepada penemuan serpihan komponen kapal selam pada petang semalam yang memberi keyakinan kepada pasukan tentera untuk mengumumkan status kapal itu kepada ‘subsunk’ (tenggelam).

Misi pencarian kapal selam buatan Jerman itu turut mendapat bantuan daripada negara-negara lain seperti Singapura, Australia, Malaysia, India serta sebuah pesawat Poseidon milik tentera Amerika Syarikat yang dijangka tiba semalam.

Pada Rabu lepas, KRI Nanggala dilaporkan terputus hubungan dengan pusat kawalan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara

Kapal selam itu merupakan satu daripada lima kapal selam dalam armada Indonesia. #sumber

Share:

Kapal Selam KRI Nanggala 402 'Terbelah Tiga', Pada Kedalaman 838 Meter Dasar Laut Di Bali

 

JAKARTA - Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.

“Seramai 53 personel KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti “authentic” itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Menurutnya berdasarkan visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang “terbelah menjadi tiga bahagian” di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 2,690 Kes Positif Baharu Dengan Sepuluh Kematian Di Rekod Hari Ini !

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,690 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif mencecah 392,942 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 2,680 kes adalah penularan tempatan manakala 10 adalah kes import.

“Jumlah kes aktif meningkat kepada 23,753 hari ini.

“Selain itu, sebanyak 283 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 121 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau.

Noor Hisham berkata, 10 lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan yang kesemuanya membabitkan warganegara menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 1,436.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,853 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 367,753 setakat hari ini. #sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.