script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dakwa Menteri UMNO Enggan Letak Jawatan 'Pengecut', Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

 

ARAU - Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melabelkan menteri UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai pengecut, disifatkan kenyataan peribadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata pandangan UMNO pada waktu ini adalah memastikan menteri daripada parti itu terus berkhidmat dalam kerajaan PN sehingga pilihan raya diumumkan.

"Itu pandangan peribadi (Nazri) tapi pandangan UMNO adalah kita bertahan sampai pilihan raya dan buat masa ini kita tak dengar pun UMNO kata suruh berhenti (berkhidmat) sekarang.

"UMNO sudah pun keluarkan keputusan menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya jadi pasal apa nak ubah cakap pula," katanya kepada pemberita selepas Perjumpaan Bersama Wanita UMNO Bahagian Arau di Pusat Khidmat UMNO Arau di Kubang Gajah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, terpulang kepada Nazri untuk membuat kenyataan seperti itu kerana ia tidak mencerminkan suara UMNO.

"Menteri UMNO hanya boleh berhenti apabila pilihan raya dan ini sudah diputuskan jadi tidak perlulah kita 'bermain' cerita ke satu cerita yang merugikan masa kita buat masa sekarang kita tetap bekerjasama seperti biasa (bersama PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia).

"Malah, saya sendiri akan terus memimpin UMNO Perlis dan Barisan Nasional (BN) Perlis sehingga pilihan raya nanti," katanya.

Dalam Kabinet kerajaan PN, menteri UMNO terdiri daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Selain itu, Tan Sri Annuar Musa juga diberikan peranan menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli), Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara.

Dalam kalangan timbalan menteri pula, antara pemimpin UMNO yang dilantik adalah Datuk Mastura Yazid (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I), Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Ahmad Hamzah (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I) dan Datuk Abdul Rahman Mohamad (Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I).

Sebelum ini, Nazri menyindir kelemahan kepemimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memastikan semua menteri dan timbalan menteri UMNO meletak jawatan dalam kerajaan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.