script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dua Cedera Bila Kenderaan Kedutaan China Terbabas Di LPT1


KUANTAN -  Pemandu dan penumpang sebuah kereta milik kedutaan China terbabit dalam kemalangan di Kilometer 240.5 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) di sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2 petang itu, mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Timbalan pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Harul Sani berkata, dua warganegara China itu dalam perjalanan menghala ke Kuantan.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta jenis BMW yang dinaiki dipercayai  terbabas dan melanggar tebing.

"Pihak bomba tiba di lokasi jam  2.15 petang tadi untuk bantuan bagaimanapun kedua-duanya hanya cedera ringan.

“Mangsa diberi rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya. #sumber

Share:

PAKP: Petronas Patut Jadi Pembekal Tunggal Minyak Kerajaan !


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan kewajarannya memilih Petron sebagai “salah satu” pembekal minyak untuk kenderaan kerajaan, kata Timbalan Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Haslihelmy DM Datuk Zulhasli.

“Banyak persoalan boleh ditimbulkan, eloklah kerajaan memberi penjelasan agar tidak ada yang salah sangka mengatakan ianya ada kepentingan kepada Keluarga Perdana Menteri,” katanya.

Kenyataan itu dibuat setelah surat pemilihan Petron, syarikat yang dikaitkan dengan anak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, itu tular.

Sumber kerajaan mengesahkan bahawa surat itu asli dan diedarkan kepada kementerian-kementerian dalam kerajaan.

"Mirzan, adalah pengarah syarikat induk Petron, Petron Corporation yang berpangkalan di Filipina.

Beliau menjadi pengarah dan pemegang saham Petron Corporation sejak 2010. Beliau ketika itu mempunyai 1,000 saham.

Bawah peraturan syarikat, seseorang itu harus menjadi pemegang saham untuk melayakkannya menjadi pengarah.

"Bagaimanapun, Petron Malaysia pada 2013 berkata Mirzan tidak mempunyai sebarang saham atau peranan dalam operasi syarikat itu di Malaysia.

Dalam kenyataan petang ini, Haslihelmy berkata Petronas sepatutnya menjadi syarikat tunggal untuk membekalkan perkhidmatan itu kepada kerajaan.

Katanya, ini memandangkan status Petronas sebagai syarikat utama dalam negara yang menyalurkan hasil kepada kerajaan.

“...dan ini akan memberi kebaikan kepada syarikat dan negara serta rakyat,” jelasnya.

Haslihelmy juga membangkitkan sama ada pelantikan Petron dibuat melalui tender terbuka seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan atau dibuat secara Direct Nego. #PDO
Share:

Hentikan Spekulasi, Tunggu Saya Jumpa Suruhanjaya Sekuriti !


PETALING JAYA: Usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) menggesa orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi berkaitan Lavida Coin yang diperkenalkannya baru-baru ini.

Vida turut meminta orang ramai supaya tidak panik kerana beliau akan menjelaskan perkara itu selepas mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam masa terdekat.

"Saya minta semua bertenang, jangan buat andaian apa-apa sehingga saya bertemu dengan SC.

"Mereka (SC) ada berhubung dengan saya. InsyaAllah saya akan bertemu dengan mereka sekembalinya dari urusan di luar negara dalam masa terdekat," katanya kepada mStar Online.

Menurut usahawan kelahiran Machang, Kelantan itu, beliau bersedia memberi kerjasama terhadap apa-apa maklumat berkaitan Lavida Coin yang diperlukan suruhanjaya itu.

"Kita akan memberikan apa sahaja maklumat yang diperlukan SC, tiada masalah," katanya.

Meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan pengendali terbitan mata wang kripto Lavida Coin, VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies) dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu, Vida berkata ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk meneruskan operasi mata wang kripto tersebut.

"Harus (teruskan) bisnes ini untuk kepentingan ekonomi sejagat. Ini adalah jihad," katanya.

Beliau turut menegaskan Lavida Coin bukan pelaburan wang haram.

"Lavida Coin bukan scam. Saya ada di sini, saya genuine dengan bisnes saya. Saya antara operator yang berani muncul di khalayak ramai bercakap mengenai pelaburan ini.

"Saya tahu pelaburan ini boleh memberi keuntungan kepada masyarakat sejagat. Malah saya perlu mencari satu pendekatan cara untuk jadikan Lavida Coin ini satu mata wang digital paling mahal di dunia," katanya.

BNM pada Rabu menyenaraikan operator di sebalik Lavida Coin dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan.

Senarai Amaran Pengguna Kewangan itu merujuk kepada syarikat dan laman web yang tidak dibenar atau dilulus mengikut undang-undang serta peraturan berkaitan yang ditadbir BNM.

Berdasarkan Amaran Pengguna Kewangan yang dikeluarkan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia mengikut undang-undang berkaitan.

Terdahulu, SC turut memberitahu sedang memantau maklumat sedia ada mengenai mata wang kripto Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti.

Baru-baru ini Vida memperkenalkan mata wang digital atau kripto dikenali Lavida Coin pada harga yang ditetapkan iaitu 1 LVC bersamaan AS$0.66 (RM2.71).

Vida berkata, ia ditawarkan pada harga serendah RM99 bagi 30 unit Lavida Coin sehingga RM9,900 (3,000 Lavida Coin) dan urus niaga dijalankan dalam Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Brunei dan Dolar Amerika Syarikat (AS). #sumber

Share:

PAKP Akui Kerajaan Nak Hapus BR1M Kerana Tiada Idea Cari Duit Selepas Hilang Hasil GST


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP) Haslihelmy DM Datuk Zulhasli menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berdalih atas rancangan pentadbirannya mahu menghentikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang sekarang masih diteruskan atas nama Bantuan Sara Hidup (BSH).

Haslihelmy berkata BR1M sama seperti bantuan kerajaan lainnya, ia membantu meringankan beban golongan miskin.

"Justeru, Tun Dr. Mahathir janganlah berdalih dengan mengatakan BR1M membuatkan rakyat akan bersikap 'manja' atau malas dan hidup 'bertongkat' pada kerajaan.

"Akui sahaja pengumuman mengurangkan dan seterusnya menghapuskan BR1M kerana kerajaan kekurangan pendapatan kesan daripada pemansuhan GST yang menyebabkan negara kehilangan berpuluh bilion," dan barisan kepimpinan baru tiada idea mahu mencari duit, katanya dalam suatu kenyataan malam tadi.

Kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan menjenamakan semula BR1M sebagai BSH dan masih meneruskan pemberian bantuan tersebut pada bulan Mei.
Pada 25 Ogos, Mahathir berkata pentadbirannya menyasarkan untuk mengurangkan pemberian BR1M sedikit demi sedikit sebelum dihentikan dan beliau berkata HARAPAN akan menyediakan peluang pekerjaan sebanyak mungkin melalui pelaburan asing dan dalam negeri.

Menurut haslihelmy, ini menunjukkan HARAPAN mungkir janji pilihan raya, memandangkan Mahathir pernah berjanji pada tahun lalu bahawa BR1M akanditeruskan jika HARAPAN menang PRU14.

"Kerajaan HARAPAN diingatkan tidak terus menzalimi rakyat dengan memansuhkan bantuan-bantuan rakyat yang dibuat oleh Kerajaan terdahulu. Bagi saya, BR1M atau apa pun nama kerajaan HARAPAN ingin perkenalkan wajar dikekalkan dan perlu penambahbaikan untuk memastikan rakyat berpendapatan rendah terbela.

"Sekiranya BR1M dihapuskan tatkala isu kos sara hidup masih lagi menghimpit rakyat ia membuktikan kerajaan HARAPAN di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir gagal menjuarai isu-isu rakyat berbanding Kerajaan terdahulu," katanya.

Untuk tahun ini, keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 akan mendapat BSH berjumlah RM1,500. Keluarga dengan pendapatan isi rumah antara RM3,000 dan RM4,000 akan menerima RM900, manakala RM450 bagi individu yang berusia lebih 21 tahun. #PDO
Share:

RoS: Rafizi Lulus Permohonan Pengecualian Hilang Kelayakan !


KUALA LUMPUR  – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.

Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim dalam satu kenyataan berkata permohonan Rafizi itu diluluskan pada 20 Julai lepas.

”RoS mengesahkan bahawa kelulusan pengecualian hilang kelayakan yang terpakai kepada pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan berdaftar bagi Rafizi adalah berdasarkan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," kata Masyati dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rafizi membuat permohonan demikian berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti.

Beliau bakal menentang penyandang jawatan berkenaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. #sumber
Share:

Pemilhan PKR: Calon Perlu Berhenti Keluarkan Kenyataan Liar !


PUTRAJAYA -- Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar hari ini menggesa calon-calon yang bertanding pada pemilihan parti itu agar berhenti terbabit dalam politik yang tidak sihat dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan liar serta saling mengkritik.

Jayakumar yang mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti bermula 14 Sept hingga 13 Okt itu berkata ini termasuk tindakan calon-calon yang kini mula mengeluarkan kenyataan menggunakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang jawatan presiden parti tanpa bertanding.

“Akhbar hari ini melaporkan mereka yang sedang berkempen untuk diri sendiri mendakwa Anwar mempunyai (calon) pilihan. Saya fikir ini suatu yang nakal,” kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu ketika ditemui pada Jamuan Tengah Hari bersama Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, di sini hari ini.

Beliau mendakwa pemimpin akar umbi juga tidak selesa dengan situasi apabila calon saling menghentam dan mengkritik.

Katanya mereka yang mengintai jawatan tinggi dalam parti seharusnya berkempen dengan kekuatan mereka dalam parti. #sumber
Share:

Wan Azizah: JPP Tentukan Rafizi Layak Bertanding Atau Tidak !


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR akan menentukan sama ada bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli boleh bertanding pada pemilihan parti berikutan kes mahkamah dihadapinya sebelum ini, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah.

“Terpulang kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) ikut cara mana tentukan sama ada PKR dibatal pendaftaran atau tidak. Ini kerana Rafizi sepatutnya tidak mempunyai apa-apa sabitan, beliau tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding.

“Daripada segi parti tiada masalah untuk Rafizi bertanding…,” kata Timbalan Perdana Menteri itu ringkas sewaktu ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar The Sun yang mendakwa PKR berdepan risiko dibatalkan pendaftarannya oleh RoS kerana membenarkan Rafizi bertanding.
Ini kerana undang-undang parti tidak membenarkan mana-mana orang yang didapati bersalah oleh mahkamah bertanding pada pemilihan parti.
Menurut laporan itu, Rafizi juga mendakwa beliau diberi kebenaran khas oleh RoS untuk bertanding.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman ketika ditemui berkata beliau masih menunggu maklumat balas daripada RoS berhubung kedudukan Rafizi sebelum memberikan sebarang kenyataan lanjut.

Seramai 800,000 anggota PKR akan mengundi pada pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung dari 14 Sept hingga 13 Okt depan.
Jawatan Timbalan Presiden PKR bakal menyaksikan pertembungan sengit antara penyandangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan Rafizi.



Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding bagi kerusi presiden PKR selepas tempoh pencalonan ditutup pada 5 Ogos lepas. #sumber
Share:

NGO Gesa Sekat Penggunaan Internet Remaja Bawah 16 Tahun


KUANTAN: Kerajaan disaran mengenakan sekatan terhadap penggunaan internet bagi remaja di bawah umur 16 tahun memandangkan perkembangan pesat media sosial ketika ini ibarat pisau yang boleh menghasilkan sesuatu yang berguna dan boleh juga disalahguna sehingga menghancurkan masyarakat.

Presiden Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang (PAKP), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, kebebasan menggunakan media sosial telah menjadi satu kuasa tanpa batasan yang boleh disalahgunakan oleh sesiapa sahaja malah jelas merosakkan generasi muda.

Menurutnya, sekatan itu juga bertujuan menghalang laman-laman web lucah dan berita tidak benar yang semakin banyak di internet daripada diakses oleh rakyat negara ini terutama golongan kanak-kanak serta remaja yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat.

“Tidak perlu menyalahkan persekitaran di luar rumah jika kerosakan akhlak dan penularan benda-benda negatif begitu mudah diperoleh melalui media alternatif di rumah. Jelas sekali kerosakan akhlak boleh bermula di dalam rumah dan kemudiannya 'dikongsi' bersama rakan-rakan di luar.

"Sekatan yang dimaksudkan amat penting bagi mengawal gejala sosial dan moral golongan bawah umur. Pelbgai sekatan sudah wujud di negara ini seperti pembelian rokok, had umur masuk ke pusat hiburan, ambil lesen memandu, layak bekerja dan berkahwin tetapi negara kita masih tiada sekatan terhadap pelayar internet.




“Kita perlu sedar sentiasa ada pihak yang cuba menyalahgunakan internet dan sistem komunikasi di mana mereka tidak menyebarkan perkara-perkara yang baik untuk masyarakat tetapi hanya sesuatu yang buruk,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Jelas beliau lagi, kawalan terhadap internet lebih mudah dilakukan daripada cuba memperbaiki kerosakan minda yang telah menimpa masyarakat kesan daripada terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.



“Semua laman web lucah yang ada sekarang mudah diakses, bayangkan jika kanak-kanak terdedah dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, mereka akan membesar dengan semua keburukan dan tidak baik untuk pembentukan masyarakat.

“Kerajaan juga perlu memberi fokus kepada pendidikan moral dan unsur keagamaan dalam memastikan rakyat negara ini membesar dengan nilai-nilai murni,” katanya.

Tegas beliau lagi, Malaysia mampu menjadi negara maju walaupun golongan bawah umur disekat dari menggunakan internet kerana telah banyak negara melakukan tindakan sama bagi mengekang masalah yang bakal timbul akibat penggunaan internet yang tidak mempunyai sempadan.

"Lihat saja antara negara yang menyekat penggunaan internet serta medium laman sosial seperti China, Korea Utara, Iran dan Turki. Ini kerana mereka sedar dengan ancaman yang bakal mereka hadapi jika tiada sekatan dikenakan ke atas warganegara mereka.

"Kita mungkin masih memikirkan aspek pembangunan dan kemajuan melalui dunia tanpa batasan, namun keperluan menyekat kebebasan penggunaan internet di kalangan golongan bawah umur ini perlu diteliti dan diberi perhatian khusus oleh kerajaan bagi mengelak sebarang kerosakan akhlak berlaku secara terus menerus di dalam masyarakat hari ini," tegasnya. #PDO
Share:

Azmin: BR1M Perlu Di Hentikan Kerana Terdapat Unsur Rasuah !


IPOH: Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Bagaimanapun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat, katanya.

“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di Parlimen dalam masa yang terdekat.

“Kalau fokus ini untuk daya rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 negeri Perak hari ini.

Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. #sumber
Share:

Datuk Nicol Sumbangkan Emas Kedua Malaysia Di Sukan Asia !


JAKARTA - Ratu Skuasy  Malaysia, Datuk Nicol David mendapat hadiah hari jadi yang tepat buat dirinya apabila memenangi pingat emas dalam acara perseorangan wanita di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Skuasy, Gelora Bung Karno di sini hari ini. 
Pemain nombor sembilan dunia yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35 hari ini, diasak semaksimum mungkin oleh pemain remaja kebangsaan, S.Sivasangari sebelum memenangi perlawanan lima set yang sengit dengan keputusan  11-13, 11-9, 5-11, 11-6 dan 11-8. #sumber
Share:

Vida Gesa Aisyah Pulangkan Semula 'Rantai Berlian', Jika Palsu !


KUALA LUMPUR – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida hari ini memohon Juara Gegar Vaganva musim keempat, Aishah memulangkan kembali hadiah kemenangan berupa seutas rantai berlian yang didakwa palsu.
Sebagai ganti, Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr. Hasmida Othman berkata, dia akan menukarnya dengan Lavida Coin.
“Aishah mungkin tidak faham hadiah rantai berlian itu mempunyai nilai susut. Tidak mengapa, pulangkan semula kepada saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Tambahnya, berlian mempunyai grednya tersendiri dan ada ketikanya harga permata itu tinggi dan ia juga boleh susut nilai.
Vida berkata, sejak Aishah memuat naik status mengenai hadiah kemenangan itu dalam akaun sosial Instagram milik penyanyi tersebut, ia telah memberi reputasi buruk terhadap dirinya sebagai ahli perniagaan.
“Saya dicaci sebagai penipu melalui ruangan komen Instagram oleh orang ramai dan amat sedih dengan situasi tersebut sedangkan saya sekadar ingin membantu mereka di dalam industri hiburan.
"Gegar Vaganza diwujudkan atas ilham saya sendiri,  namun apa yang berlaku ini membuatkan saya tawar hati,” katanya.
Ditanya sama ada beliau sudah tidak mempunyai hasrat untuk menaja program berkenaan musim hadapan, Vida berkata dia perlukan masa untuk memberikan keputusan.
Semalam, Aishah, 53, mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan Datuk Seri Vida sebenarnya tidak mempunyai nilai.
Penyanyi lagu Janji Manismu itu turut memberitahu dia berasa terkilan apabila sehingga kini masih belum menerima lot tanah yang dijanjikan. #sumber
Share:

Renjer Perhilitan Di Lapor Hilang, Di Temui Dekat Anak Sungai !


JERANTUT - Renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang dilaporkan hilang sejak 11 hingga 25 Ogos lalu ditemui berhampiran sebatang anak sungai dekat Hutan Simpan Yong, Taman Negara di sini.
Mangsa, Ahmad Tarmizi Ahmad Japli, 30, dari Kota Bharu, Kelantan ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada pukul 4 petang kelmarin di lokasi yang terletak empat kilometer daripada tapak Kem Pengkalan 2.
Timbalan Ketua Polis Pahang Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa ditemui dalam kawasan pencarian yang merangkumi 40 kilometer persegi daripada kem.
"Mangsa ketika ditemui berada dalam keadaan trauma dan lemah namun, tidak menunjukkan sebarang kecederaan serius berdasarkan kepada keadaan fizikal.
"Bagaimanapun, situasi sebenar bagaimana mangsa hilang dan mampu bertahan selama 14 hari masih belum diperoleh memandangkan dia perlu menjalani rawatan di hospital terlebih dahulu," katanya pada sidang media berhubung penemuan renjer berkenaan di Pejabat Perhilitan Kuala Lipis sebentar tadi.
Turut hadir, Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abu Kadir Abu Hashim, Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohamed dan Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Mazlan Hasan.
Tambahnya, lokasi mangsa ditemui mengambil masa antara tiga ke empat jam berikutan perjalanan ke sana perlu melalui laluan berbukit bukau dan hutan tebal di samping perlu merentasi beberapa anak sungai.
Menurut Mohd. Yusri lagi, operasi pencarian melibatkan 360 orang yang terdiri daripada pegawai, anggota agensi penguatkuasaan, ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.  #sumber
Share:

Anwar Tiada Hasrat Ambil Tindakan Terhadap Hakim Kes Liwat


KUALA LUMPUR: Para hakim yang terlibat dalam pensabitan kes liwat “boleh tidur lena”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau tiada hasrat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya.

Anwar mengulas kenyataan bekas peguamnya SN Nair yang menggesa siasatan ke atas pensabitan itu kerana Agong memberikan pengampunan penuh kepada bekas ketua pembangkang itu kerana wujud “ketidakadilan”.

Oleh itu para hakim yang mensabitkan kesalahan ke atas Anwar tidak melaksanakan keadilan sebenar mengikut undang-undang dan gagal mendukung sumpah kehakiman, kata Nair.

“Saya tidak bermaksud untuk ambil tindakan terhadap hakim yang lalu, mereka boleh tidur lena sekarang. Tetapi kezaliman dan ketidakadilan mesti diperbetulkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Anwar Returns: The Final Twist” di Hotel Hilton Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai tuntutan berkaitan dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwanya dalam kes liwat 2, Anwar berkata peguamnya sedang membuat permohonan meminta ia dipercepatkan.
“Saya harap mahkamah tidak akan menangguhkan kes ini. Kami akan mengemukakan rayuan susulan keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan sebelum ini,” katanya.

Mahkamah Tinggi tahun lepas membatalkan tuntutan Anwar terhadap kerajaan berkaitan dakwaan Shafee menerima wang itu daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar diberikan pengampunan penuh dan semua tuduhannya dipadamkan dari rekod sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan pada Mei. #sumber
Share:

Laporan Polis Di Buat Terhadap Pemilik FB Ugut Fuziah Salleh !


KUANTAN - Tiga laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook bernama Mohd Azmi Ismail yang didakwa mengeluarkan kenyataan kurang sopan dan mengugut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. 

Laporan dibuat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum Sim Chon Siang;  Pegawai Khas Fuziah, Fakhrul Anuar Zulkawi; dan adik ipar Anggota Parlimen Kuantan itu, Razali Abd Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, hari ini. 

Fakhrul Anuar berkata mereka menggesa pihak polis menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun laman sosial berkenaan kerana telah mengeluarkan kenyataan jelik yang mengancam keselamatan Fuziah dan keluarganya. 

"Pemilik akaun itu menggunakan bahasa kesat yang tidak sepatutnya. Jika ada perkara yang mendatangkan perasaan tidak puas hati, dia boleh menegur dan menulis malah boleh berjumpa dengan Yang Berhormat (Fuziah) untuk berbincang. 

"Bukan dengan cara menggunakan bahasa kesat dan makian di laman sosial. Kami mendesak pemilik akaun itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada YB," katanya kepada pemberita di sini.  

Fakhrul Anuar berkata sejak membaca kenyataan itu pada pukul 11 pagi 23 Ogos lalu, kenyataan itu masih belum dipadamkan oleh pemilik akaun berkenaan setakat hari ini. 

Sementara itu, Razali, 53, berkata laporan polis itu perlu dilakukan kerana pemilik akaun berkenaan telah mengugut bukan sahaja Fuziah, malah wanita di dalam keluarganya menerusi kenyataannya. 

"Laporan ini juga demi maruah dan keselamatan keluarga. Kenyataan pemilik akaun itu juga boleh disifatkan sebagai gangguan seksual kepada wanita di dalam keluarga kami," katanya. 

Berdasarkan salinan kepada pihak polis, pemilik akaun berkenaan didakwa mengeluarkan kenyataan itu sebagai reaksi kepada kenyataan Fuziah dalam isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). #sumber
Share:

Kerjasama PAS-UMNO Sebahagian Konsep Gagasan Sejahtera !


ALOR SETAR - Jalinan kerjasama antara PAS dengan UMNO dilihat sebagai  sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar. 

Beliau berkata konsep yang diamalkan PAS adalah dengan menjalinkan kerjasama dengan pihak yang menyokong gagasan Islam atau untuk perkara baik dan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.

"Prinsip asal PAS senang sahaja iaitu kita boleh tolong mana-mana pihak untuk kebaikan rakyat. Pendapat yang tegas juga akan dilontarkan sekiranya perkara itu buruk, kita tidak akan sokong atau bersetuju.

"Konsep ini juga boleh dilihat dalam persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana kita bukan cakap pasal penyelewengan dan asyik salahkan orang sahaja tetapi kita bagi cadangan dan penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvesyen PAS Kedah di sini, hari ini.

Ahmad Shamsuri, yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat berkata demikian ketika diminta mengulas adakah kerjasama yang dijalinkan PAS dengan UMNO adalah sebahagian daripada konsep Gagasan Sejahtera.

Sementara itu, beliau berkata konsep Gagasan Sejahtera itu dilihat telah mencapai sasaran apabila ahli PAS dapat menerimanya selain mengamalkan politik yang matang. #sumber
Share:

Dollah: Skuad Pahang Hadapi Masalah Ketandusan Jaringan !


KUANTAN - Skuad Pahang masih dihantui masalah ketandusan jaringan walaupun memiliki banyak peluang keemasan sehingga terpaksa akur dengan keputusan seri 0-0 ketika bertemu PKNP FC pada saingan kumpulan D Piala Malaysia di sini malam tadi.

Ketua jurulatihnya Dollah Salleh berkata rentetan itu beliau amat mengharapkan penyerang import mereka, Patrick Cruz dapat diturunkan pada perlawanan akan datang bagi memastikan slot ke suku akhir dalam genggaman Pahang.

"Saya sebenarnya berpuas hati dengan permainan Pahang malam ini malangnya tidak ada gol yang diperoleh walaupun bahagian depan banyak mendapat peluang… kita main di tempat sendiri dan tidak dapat mengutip tiga mata penuh.

"Oleh itu, saya berharap sangat penyerang import kita, Patrick Cruz yang kini semakin pulih dari kecederaan dapat bermain… cuma saya tidak pasti dia dapat diturunkan atau tidak apabila kita bertemu Selangor nanti," katanya pada sidang media selepas perlawanan tamat.

Dollah berkata selain ketumpulan jentera serangan, beliau sedikit gusar dengan kecederaan dialami oleh pemain tengah, Muhammad Safuwan Baharudin ketika berhadapan PKNP FC malam tadi. #sumber
Share:

Warga Emas, Menantu Ditemui Mati Di Bunuh Dalam Bilik Sewa


GEORGE TOWN - Seorang warga emas dan menantunya ditemui mati dengan lebih lima kesan tikaman pada seluruh anggota badan dipercayai ditikam menggunakan gunting di dalam bilik sewa mereka di sebuah rumah kedai di Jalan Argyll di sini petang tadi.
Mayat Sarbudeen Shikander, 72, dan menantunya berusia dalam lingkungan 30-an itu dijumpai terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik berkenaan kira-kira pukul 6.20 petang.
Kedua-dua lelaki terbabit dikatakan bekerja sebagai penjual tiket meletak kenderaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan mereka telah menyewa bilik berkenaan sejak setahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam melalui panggilan telefon dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal mendapati kedua-dua mangsa ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan pada leher, tangan dan anggota badan.
"Kita percayai, mangsa telah ditikam dengan menggunakan senjata tajam iaitu gunting berdasarkan kesan cucukan pada seluruh anggota badan. Siasatan awal, terdapat lebih lima tikaman pada badan mangsa.
"Di lokasi kejadian juga kita telah menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 28 dan 52 tahun dipercayai suspek kes tersebut. Ini kerana, suspek berusia 28 tahun itu ditemui dengan kesan darah pada baju dan seluar di luar pekarangan bilik sewa itu," katanya kepada pemberita di sini tadi.
Saravanan memberitahu, kedua-dua suspek turut menyewa di bilik bersebelahan dengan mangsa.
"Suspek pertama ditemui dalam keadaan di bawah pengaruh dadah semasa dia ditahan pasukan polis," katanya.
Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian sama ada ia bermotifkan cemburu ataupun dendam.
"Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen dan siasatan kes tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh," tambahnya. #sumber
Share:

Jenayah: Isteri Tikam Dada Suami Sampai Mati Angkara Wang


GEORGE TOWN - Seorang lelaki warga Thailand maut dipercayai ditikam isterinya dengan menggunakan sebilah pisau pada dada sebelah kiri dalam kejadian pergaduhan di dapur rumah tumpangan di Gat Lebuh Chulia di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.17 malam itu, mayat Suriya Kanchaiyaphum, 36, ditemui dalam keadaan terlentang di kaki lima pekarangan luar rumah tumpangan berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian telah menemui mayat mangsa dengan kesan kecederaan pada dada kiri.
"Kita telah membuat tangkapan ke atas isteri mangsa yang juga merupakan warga Thailand di lokasi kejadian termasuk merampas pisau yang digunakan suspek untuk menikam suaminya.
"Siasatan lanjut mendapati motif kejadian adalah disebabkan pergaduhan antara pasangan suami isteri terbabit berkenaan wang," katanya kepada pemberita di sini. #sumber
Share:

Tun Dr Mahathir Mahu ‘Tembok Besar China Kuantan’ Di Roboh


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dirobohkan.
Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai “Tembok Besar China Kuantan”.


Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing.
“Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini.
“Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
Pekerja dari China 

memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China.



Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk.
“Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan.


“Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk.
“Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.
“Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara,” kata Dr Mahathir.
MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd.
Perlu beri manfaat kepada Malaysia
Dalam wawancara yang berlangsung dalam bahasa Inggeris itu, Malaysiakinibertanya maksud sebenar Dr Mahathir apabila mengatakan “taking down walls”.
Dr Mahathir mengesahkan bahawa ia memberi maksud secara harfiah dan figuratif.
“Taman industri ini dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan kita perlu menguatkuasakan undang-undang kita di dalam taman industri berkenaan.
“Katakan ada jenayah berlaku di dalam sana, ia tanggungjawab kita. Ia bukan tanggungjawab pihak yang memiliki taman itu,” katanya.
Dr Mahathir pulang dari China pada Selasa lalu selepas berbincang dengan Beijing berhubung pengkajian semula beberapa projek mega di Malaysia yang dibiayai oleh negara itu.
Dr Mahathir berulang kali menuduh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjual tanah kepada China sewenang-wenangnya atas nama pelaburan luar.
Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menekankan bahawa pelaburan luar langsung perlu memanfaatkan Malaysia dari segi pengetahuan teknologi selain peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya sekadar memberi syarikat China tanah untuk dibangunkan.
Dilancarkan secara rasmi pada 5 Feb, MCKIP dimiliki 49 peratus oleh Guangxi Beibu Guld International Port Group Co Ltd, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan 51 peratus pemilikan selebihnya adalah konsortium tempatan, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd.
Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd merupakan perkongsian awam-swasta yang terdiri daripada IJM Land Bhd (40 peratus), Sime Darby Property Bhd (30 peratus) dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).
Upacara pembukaan disempurnakan oleh Najib dan Jia Qinglin yang ketika itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Republik Rakyat China.
Dibahagikan kepada tiga fasa, pembangunan 1,219 ekar ketika ini akan disusuli dengan 1,000 ekar dan 800 ekar masing-masing bagi fasa dua dan fasa tiga.
Sebahagian besar fasa pertama, atau 710 ekar, telah dijual kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd, yang merupakan usaha sama antara dua syartikat China – Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan Guangxi ShengLong Metallurgical Co Ltd – menurut jawapan bertulis sidang DUN Pahang bertarikh 14 Sept.
Jawapan bertulis itu menyatakan Alliance Steel, syarikat CHina pertama yang melabur dalam MCKIP, sedang membina loji keluli bersepadu moden yang sudah 50 peratus disiapkan dan dijangka mula beroperasi hujung tahun.
Kerajaan Pahang juga mendedahkan syarikat China yang mengkhususkan kepada bateri kereta berjanji untuk melabur dalam fasa ketiga MCKIP. Laporan media juga menyatakan sebuah lagi syarikat China akan melabur dalam taman industri itu bagi membina kilang aluminium.
MCKIP merupakan projek pertama yang akan dianugerahkan status “Taman Industri Kebangsaan” dan dikatakan akan melonjakkan perkembangan ekonomi tempatan yang akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada warga Kuantan. #sumber
Share:

Mahkamah Keluar Waran Tangkap Kepada Jho Low Dan Bapa !


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Low Hock Peng bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Waran tangkap tersebut dikeluarkan selepas mahkamah membenarkan permohonan polis dan Pejabat Peguam Negara bagi mendapatkan perintah tersebut bagi membolehkan dua beranak itu dibawa pulang bagi menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, ketika mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan berkata, waran tangkap itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (Interpol) untuk mengeluarkan notis merah bagi mengesan serta menahan dua beranak itu.

Katanya, waran tangkap diperoleh selepas pertuduhan terhadap Jho Low serta bapanya dibuat di Mahkamah Sesyen Putrajaya mengikut kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613). 

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah menjalankan siasatan terhadap syarikat 1MDB atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan transaksi kewangan dan urus niaga yang dijalankan syarikat berkenaan. #sumber
Share:

Gergasi Bolasepak Asia Jepun Sekat Kemaraan Skuad Negara


BEKASI, Indonesia - Impian skuad bawah 23 (B-23) negara untuk mencipta kejutan ke atas pasukan gergasi Asia, Jepun dalam aksi pusingan kedua temasya Sukan Asia 2018 tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 di Stadium Patriot Candrabhaga sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara terlebih dahulu mengancam pasukan lawan dengan meraih peluang seawal minit ke-11 tetapi percubaan Safawi Rasid sedikit melepasi palang gol.

Pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee itu terus mengasak dengan meraih peluang kedua hasil rembatan kapten pasukan negara, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 tetapi berjaya ditepis penjaga gol Jepun, Kojima Ryosuke.

Serangan terbaik Jepun hadir pada minit ke-34 hasil tendangan penyerang, Reo Hatate namun kecekapan penjaga gol negara, Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

Tempo permainan pada babak kedua dikuasai oleh skuad negara yang melakukan lebih banyak asakan ke kubu Samurai Biru itu.

Peluang terbaik diperoleh menerui Safawi yang mempunyai peluang berganda dalam tempoh dua minit namun rembatannya sekadar menggegar palang Jepun.

Malang terus menimpa skuad muda Harimau Malaya apabila pengadil dari Iran, Heidari Bijan menghadiahkan sepakan penalti kepada Jepun pada minit ke-89 selepas kekasaran yang dilakukan oleh Dominic Tan ke atas Ayase Ueda.

Ueda kemudian tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut sekaligus memastikan pasukannya mara ke peringkat suku akhir.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini meletakkan sasaran untuk skuad negara melayakkan diri sekurang-kurangnya ke pentas suku akhir pada temasya sukan kedua terbesar dunia ini. #sumber
Share:

Penyokong PH Desak Kerajaan Ambil Tindakan Ke Atas UAI !


KECOH… Penyokong Pakatan Harapan (PH) mendesak kerajaan “Malaysia Baharu” ambil tindakan segera ke atas penceramah agama terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang lebih popular dengan panggilan UAI.

Ia berikutan rakaman video ceramah UAI mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tersebar di media sosial baru-baru ini dilihat seolah-olah mengkritik kerajaan “Malaysia Baharu” PH.
Seorang penyokong PH menggunakan akaun Facebook Harath Omar berkata, orang ramai yang menyokong PH wajar membuat laporan polis ke atas UAI bagi memberi pengajaran kepada penceramah agama itu.
“Mungkin ramai-ramai kita buat laporan polis dan minta menteri agama saman UAI. Kasi ajar sama ini syeikh,” katanya di Facebook
Pemilik akaun Facebook Ihsan Ahmad berkata, kerajaan PH perlu bertegas dan tidak terlalu memberi muka kepada penceramah agama tersebut.
Penyokong PH menggunakan akaun Facebok Azhar Jusoh pula berkata, orang ramai tidak sesuai mendapatkan ilmu agama daripada UAI yang dianggapnya sebagai lebai.
Pemilik akaun Facebook Gaban Ruz pula menegaskan, UAI menjelaskan tentang bab hukum Islam secara sesuka hati.
“Main bedal je jawapannya tanpa ada rujukan yg sahih. Malaysia dah ada Dr.Maza n the geng. Elok rujuk ulama-ulama yang lebih alim dalam bidang agama,” katanya.
UAI dalam ceramahnya menjelaskan kemungkaran yang sedang dicuba diangkat di Malaysia termasuk LGBT sekarang ini disebabkan kesilapan umat Islam yang mengundi dalam PRU-14 pada 9 Mei lalu.
Penceramah agama itu malah menegaskan perkara-perkara dilaknati Allah SWT yang sedang dijulang di negara ini adalah balasan terhadap umat Islam kerana memberi sokongan yang tidak sepatutnya pada PRU-14.
Beliau berkata demikian selepas disoal oleh seorang peserta ceramahnya mengenai hukum menteri “Malaysia Baharu” yang menyokong golongan LGBT secara terang-terangan.  #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.