script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Dakwaan Buat Iklan Khidmat Persundalan, Laporan Forensik Kes 'Hot Daddy' Sedang Di Siapkan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen, hari ini diberitahu, laporan forensik bagi kes 'Hot Daddy' dan dua wanita yang didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X, sedang disiapkan.

Pada sebutan kes itu hari ini, Timbalan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latif memaklumkan kepada mahkamah, terdapat beberapa dokumen berkaitan kes akan diserahkan kepada pembelaan hari ini, bagi tujuan perbicaraan.

Beliau bagaimanapun memohon satu tarikh sebutan baharu bagi menyerahkan baki dokumen berkenaan.

"Sebagai contoh laporan forensik yang memerlukan sedikit masa untuk disiapkan," katanya.

Peguam bela Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh memaklumkan pihaknya tidak membantah sekiranya mahkamah menetapkan satu lagi tarikh bagi sebutan kes untuk penyerahan dokumen.

Sehubungan itu, Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh sebutan lanjut.

Mengikut pertuduhan ketiga-tiga tertuduh iaitu Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, yang dikenali sebagai 'Hot Daddy' dan dua lagi rakan wanitanya Norshazrina Md Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24, didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalannya menggunakan aplikasi X, di mana orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman, di sini pada jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.#sumber 

Share:

Seorang Lelaki Di Khuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Sungai Pahang Di Kampung Ceruk Puting

TEMERLOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke Sungai Pahang, dalam kejadian di Kampung Ceruk Puting, dekat sini pagi tadi.

Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas di Kampung Ceruk Puting, Sungai Pahang, dekat sini pada jam 11.35 pagi semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Fairus Anuwar Abdullah, berkata pihak bomba menerima panggilan kejadian pada jam 11.35 pagi.

"Kami menerima maklumat lelaki tersebut dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dikhuatiri lemas dan ketika ini operasi mencari dan penyelamat masih dilakukan.

"Seramai lima anggota BBP Bukit Angin dan sebuah jentera memulakan operasi pencarian di sekitar sungai di tempat kejadian," katanya. #sumbersumber

Share:

Laksanakan Titah Adendum, Afidavit Difailkan Oleh Wan Rosdy Mesej Paling Kuat Daripada UMNO

KUALA LUMPUR: Afidavit yang difailkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi menyokong permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan rumah merupakan mesej paling kuat daripada UMNO.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, affidavit yang dinaikan itu membuktikan bahawa UMNO tidak membuat permintaan yang tidak wujud.

Mohd. Puad mengesa Kerajaan Perpaduan untuk menghormati titah yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Justeru kerajaan PMX perlu komited melaksanakan titah adendum itu. UMNO bukan minta perkara yang tidak wujud.

“Kerajaan Madani wujud atas prinsip menerima dan menghormati titah nasihat YDP Agong ke-16 ketika itu.

“Justeru amat wajar titah adendum itu juga dihormati oleh Kerajaan Madani. UMNO konsisten dan tidak menikam serta bercuriga,” katanya dalam kenyataan.

Wan Rosdy memfailkan afidavit tersebut menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.

Naib Presiden UMNO itu berkata dia dimaklumkan mengenai titah diraja itu oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan, Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam satu mesyuarat pada 30 Januari.

Beliau merupakan pemimpin kedua daripada UMNO selepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit berkaitan titah diraja mengenai tahanan rumah terhadap Najib.

“Apabila Menteri Besar Pahang Wan Rosdy failkan afidavit menyokong afidavit Zahid Hamidi ia mesej yang paling kuat dari UMNO.

“Zahid adalah Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Wan Rosdy pula adalah Naib Presiden kanan UMNO dan Menteri Besar Pahang. Itulah setiakawan UMNO membela Najib,” kata Mohd. Puad.

Dalam affidavit Wan Rosdy berkata, selain dia dan Ahmad Zahid turut hadir pada mesyuarat itu ialah Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberitahu bahawa ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama) iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.

“Kedua, dengan terbit keputusan pertama, ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI telah mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum) yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” kata Wan Rosdy. #sumbersumber

Share:

Rahsia Di Sebalik Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jadi Sekolah Nombor Satu Terbaik SPM 2023

KUANTAN: Seperti umum ketahui, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan semalam

Keputusan semalam menggemparkan seluruh Malaysia apabila Maahad Tahfiz Negeri Pahang mendapat tempat pertama daripada segi keputusan SPM paling cemerlang. 

Sedikit sebanyak tentang pendidikan tahfiz, Maahad Tahfiz ini merupakan institusi pendidikan kerajaan negeri yang disediakan untuk anak-anak Pahang yang berumur 4 tahun dan ke atas.

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ditubuhkan setelah mendapat titah Diraja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Menurut bebenang yang dikongsikan oleh @WhyBeLiberal di laman X, pengguna itu menceritakan sejarah penubuhan Maahad Tahfiz. 

"Sebuah akademi Al-Quran bertujuan untuk melahirkan para hafiz dan juga qari, qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah Al-Quran.

"Sesi pembelajaran Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) telah dimulakan pada tahun 1996 di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan. Semua pelajar batch pertama dapat biasiswa dari Yayasan Pahang." tulisnya. 

Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Adnan Yaakob telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM10.73 juta.

Kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004 dan telah siap pembinaannya pada 13 November 2005. Pelajar mula pindah masuk pada 1 Julai 2007.

Rahsia di sebalik kecemerlangan pelajar Maahad Tahfiz Pahang

Anak-anak akan mula menghafal surah pilihan sejak dari kecil. Kebiasaannya, ibu bapa akan menghantar anak mereka sejak berumur 4 tahun. 

Selepas tamat, anak-anak boleh terus memohon untuk memasuki Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang.


Pendekatan yang diberikan termasuk Hafazan 30 Juzu' Al Quran dalam tempoh 6 tahun, KSSR, KAFA, persekitaran mesra Bahasa Arab & Inggeris, kemahiran bahasa & berkomunikasi, dan aktiviti kokurikulum yang eksklusif.

Perjalanan ke MTNP dan seterusnya menjadi mudah jika anak-anak dah didedahkan dengan Al Quran sejak dari kecil. Modul ini sepatutnya diguna pakai di seluruh negeri di Malaysia.


Dalam satu ciapan lain, seorang lagi pengguna X mendedahkan terdapat tiga tahap untuk masuk ke Maahad Tahfiz. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Berjaya Noktahkan Miskin Tegar Di Negeri Ini Babitkan 1,946 Ketua Isi Rumah (KIR)

KUANTAN: Kerajaan Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri itu membabitkan 1,946 Ketua Isi Rumah (KIR) sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, berkata beliau dimaklumkan perkara itu oleh Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Pahang, Datuk Fadzilla Salleh, pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini

"Bermula semalam, Pahang berjaya menoktahkan miskin tegar di negeri ini membabitkan 1,946 Ketua Isi Rumah (KIR) sebelum ini. Miskin tegar ialah pendapatan RM1,204 sebulan dan mereka (golongan miskin tegar) berjaya melonjakkan pendapatan lebih tinggi dan terkeluar kategori miskin tegar.

"Kita tahu kemiskinan sangat subjektif dan hari ini mungkin kita noktahkan tetapi tidak mustahil akan ada miskin tegar ini pada masa depan.

"Tetapi kerajaan negeri akan memantau dan berusaha membantu untuk memastikan miskin tegar dinoktahkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang Orang Asli dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Pahang SPM 2023 di Dewan SUK, Wisma Sri Pahang, di sini.

Seramai 99 pelajar Orang Asli dan SMA Pahang menerima antara RM500 dan RM1,100 seorang membabitkan pelajar yang mendapat 5A hingga 11 A iaitu setiap 1A menerima RM100.

Mengulas lanjut pencapaian itu, Wan Rosdy berkata, kejayaan itu hasil daripada usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat Pahang. #sumber

Share:

Tengku Mahkota Pahang: Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur Yang Di Tetapkan

KUANTAN: Kerancakan memartabatkan Islam melalui penubuhan apa jua institusi pendidikan Islam perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama, demikian titah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah setiap institusi harus bergerak di atas landasan ilmu yang benar supaya memudahkan pihak berwajib untuk memberikan bantuan dan menyalurkan apa jua kemudahan.

"Kini pelbagai usaha dijalankan oleh banyak pihak bagi memartabatkan Islam dan menzahirkan kecintaan mereka terhadap agama Islam ini. Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Pahang juga tidak ketinggalan terutama dalam bidang pendidikan.

"Dalam mendukung usaha memartabatkan Islam sebagai Agama Persekutuan melalui al-Quran, betapa subur dan mekarnya penubuhan institusi pendidikan Islam berteraskan al-Quran di bumi Pahang yang tercinta ini," titah baginda.

Tengku Hassanal bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Penutupan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Tengku Hassanal turut bertitah manfaat pembacaan al-Quran tidak dapat disangkal sama sekali malah kebaikannya merangkumi umat manusia sejagat.

Baginda bertitah setiap inti pati al-Quran perlu dihayati dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang baik.

"Al-Quran bukan sekadar untuk dipertandingkan bacaannya atau untuk majlis tilawah semata-mata. Sebaliknya, sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab untuk sama-sama menghayati isi kandungan dan pengajarannya.

"Menghayati al-Quran sebagai panduan lengkap kepada manusia dalam pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan keluarga, hubungan masyarakat, penjagaan alam sekitar, sains, politik, agama, undang-undang, pentadbiran, ekonomi, pengurusan harta dan perubatan," titah baginda.

Tengku Hassanal juga menyeru setiap umat Islam menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan utama setiap isi rumah.

"Setiap isi rumah bukan sahaja perlu ada kitab suci al-Quran tetapi juga naskhah tafsir al-Quran," titah baginda.

Majlis tilawah dan hafazan kali ini menyaksikan qari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi manakala Nor Hidayah Abd Rahman dari Terengganu diumum sebagai johan menunggu bagi kategori qariah.

MTHQK tahun ini menyaksikan Pahang menjadi tuan rumah buat kali ketiga selepas edisi pertama pada 2011 dan kedua pada 2014. #sumber

Share:

Muncul No.1 SPM Terbaik 2023, Alumni Kongsi Fakta Menarik Tentang Maahad Tahfiz Negeri Pahang

KUANTAN: Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menjadi sebutan netizen di media sosial selepas mengungguli tempat pertama di dalam carta sekolah terbaik keputusan SPM 2023 mengikut gred purata sekolah.

Sejak itu, orang ramai mula tertanya-tanya tentang kewujudan sekolah maahad tahfiz yang cukup berprestij ini sehinggakan berjaya mengatasi sekolah-sekolah SBP atau MRSM terkemuka lain pada kali ini.

Baru-baru ini, seorang individu yang juga merangkap sebagai alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang sedia mempromosikan dengan berkongsi beberapa fakta menarik tentang sekolahnya kepada orang ramai.

Sebagai informasi umum, sekolah ini di bawah naungan Yayasan Pahang dan Sultan Pahang. Pelajar-pelajar ini telah mendapat tajaan biasiswa Yayasan Pahang.

Alumni ini berkongsi sedia menerima tajaan sebanyak RM2,000 bagi setiap bulan. Wang tajaan itu pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu RM1,500 untuk kos sara hidup dan RM800 untuk elaun bulanan pada ketika itu.

Namun, kini ibu bapa dikenakan yuran bayaran bulanan sebanyak RM1,650 untuk anak mereka menuntut di sekolah tahfiz ini. Berdasarkan pencarian kami, anda yang bukan berasal dari Pahang pula akan dikenakan yuran bulanan yang lebih tinggi iaitu RM2,150.

Sementara ibu bapa yang bergaji di bawah RM20,000 pula, boleh mendapatkan tajaan di bawah Yayasan Pahang asalkan lulus kesemua fasa temu duga yang diadakan.

Selepas terpilih untuk menuntut di situ, rutin harian bagi pelajar sememangnya sistematik yang mana penuh dengan pengisian dari segi akademik dan juga kesihatan jasmani.

Bermula seawal 6 pagi, mereka akan bangun untuk menunaikan solat subuh lalu diikuti rutin seharian dalam akademik dan rohani. Kemudian, pada sesi petang akan diisi dengan aktiviti riadah dan pada belah malam akan melakukan tugasan sekolah sehingga pukul 11 malam.

Difahamkan mana-mana tahfiz yang mempunyai silibus akademik akan memiliki jadual padat sedemikian.

Bercakap mengenai kelayakan untuk masuk ke MTNP, UPSR perlulah straight A dan boleh hafal sekurang-kurangnya satu muka surat semasa ditemu duga. Penemu duga akan memberi tempoh sejam untuk hafal ayat al-Quran sebanyak mungkin. Di sinilah, ramai individu yang tidak berjaya melepasi untuk ke fasa seterusnya.

Dari segi riadah pula, penawaran sukan sama sahaja seperti sekolah lain cuma ada keunikan tersendiri di mana ada memanah, ekustrian dan golf. Alumni sendiri turut mendedahkan dia pernah menjadi wakil berkuda sampai ke peringkat antarabangsa.

Bagi dia, waktu belajar sememangnya stress kerana perlu menguasai pelbagai perkara.

Dalam pada itu, ada yang berkongsi bahawa fasiliti di MTNP juga sudah menyamai seperti universiti swasta berprestij di luar sana.

Susulan perkongsian alumni tersebut, ternyata ramai netizen terkejut mengetahui betapa hebatnya sistem pembelajaran Maahad Tahfiz Negeri Pahang sekaligus menjadi rencah kepada kejayaan pelajar-pelajarnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga menegaskan dengan pencapaian cemerlang yang ditonjolkan telah membuka mata bahawa tahfiz bukanlah tempat pemulihan ahlak seperti yang dibayangkan sebelum ini. #sumber

Share:

Titah Adendum: Menteri Besar Pahang Sokong Permohonan Datuk Seri Najib Razak Isu Tahanan Rumah

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Pahang memfailkan afidavit, menyokong permohonan Datuk Seri Najib Razak, untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan perintah tambahan dikatakan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 supaya bekas perdana menteri itu, menjalani baki enam tahun penjara di bawah tahanan di rumah.

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengikrarkan perkara itu menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co, di Mahkamah Tinggi, pada Selasa minggu lalu.

Najib, 71, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada 1 April, menerusi Tetuan Shafee & Co.

Najib selaku pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketujuh.

Dalam notis permohonan itu, bekas Ahli Parlimen Pekan itu memohon perintah mandamus mengarahkan sama ada semua responden atau salah seorang daripada mereka menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Pemohon juga memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, semua atau satu daripada responden mesti menguatkuasakannya serta-merta dengan memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau kemudiannya memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #sumber

Share:

Dua Timbalan Menteri Di Lantik Sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Baharu

KUANTAN: Dua Timbalan Menteri dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) susulan penyusunan semula kepimpinan MPN yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu hari ini.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapha Sakmud dilantik sebagai Pengerusi MPN Sabah manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh menjadi Pengerusi MPN Pahang.

Antara ahli MPP yang tersenarai dalam penyusunan semula itu ialah Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh (dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor) dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin (dilantik sebagai Pengerusi MPN Wilayah Persekutuan).

Roland Engan pula dilantik sebagai Pengerusi MPN Sarawak, Ahmad Nazri Mohd Yusof (Terengganu), Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor (Kelantan) manakala Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Aminudin Harun masing-masing kekal sebagai Pengerusi MPN Selangor serta Negeri Sembilan. Menurut Fahmi, PKR turut melantik tiga Ahli MPP baharu iaitu Datuk Dr Sangkar Rasam, Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin.

Beliau berkata, mesyuarat turut membincangkan isu kemanusiaan dan peperangan di Gaza serta ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya dalam usaha perdamaian di kawasan bergolak itu.

Fahmi berkata Anwar, yang juga Presiden PKR, turut memberi penerangan mengenai isu semasa termasuk Perutusan Negara dan dasar kerajaan selain menyeru agar anggota serta penyokong parti menggembleng tenaga dan idea bagi memacu agenda Kerajaan MADANI.

"MPP juga telah membincangkan tahap kesiapsiagaan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN (Dewan Undangan Negeri) Sungai Bakap tidak lama lagi," katanya. #sumbersumber

Share:

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil Umum Rombakan Majlis Pimpinan Di Tujuh Negeri

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan rombakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan selepas enam negeri lain menerima kepimpinan baharu pada Februari lalu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud yang juga Ahli Parlimen Sepanggar dilantik sebagai Pengerusi MPN Sabah, dengan dibantu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Peto Galim selaku timbalan.

MPN Sarawak pula menyaksikan Ketua Cabang Baram, Roland Engan menerajui kepimpinan sebagai pengerusi, manakala Ketua Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari sebagai timbalan pengerusi.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh pula dilantik mengetuai MPN Pahang dengan dibantu oleh Ketua Cabang Lipis, Rizal Jamin.

Di Johor, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dilantik sebagai pengerusi, manakala Ketua Cabang Bakri, Md Ysahrudin Kusni sebagai timbalannya.

Di Terengganu, PKR melantik Ketua Cabang Kemaman, Ahmad Nazri Mohd Yusof sebagai pengerusi dan anggota Cabang Besut, Datuk Dr Mohasdjone @ Mohd Johari Mohd bertindak sebagai timbalan pengerusi.

Di Kelantan, Ketua Cabang Tanah Merah, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai pengerusi, manakala Ketua Cabang Pasir Puteh, Dr Shamsudin Ghani sebagai timbalannya.

Sementara itu, di Wilayah Persekutuan menyaksikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Azman Abidin dilantik sebagai pengerusi dan beliau dibantu Ketua Cabang Kepong, Jayakumar R Muniandy sebagai timbalan.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, penyusunan semula itu dibuat hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada Ahad.

"MPP juga mengumumkan pelantikan Datuk Sangkar Rasam (bekas Pengerusi MPN Sabah), (Ketua Cabang PKR Kuala Terengganu) Azan Ismail dan Datuk Dr Roslan Hussin (Pengarah Latihan) sebagai ahli MPP," katanya.

Pada Februari lalu, PKR melakukan rombakan terhadap MPN di enam negeri melibatkan pimpinan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Kemudian pada Mac, berlaku penolakan kepimpinan bagi MPN Sabah apabila seramai 15 Ketua Cabang PKR di negeri itu sebulat suara menolak kepimpinan Datuk Sangkar Rasam sebagai pengerusi.

Pendirian itu dinyatakan melalui akuan bersumpah (SD) mereka selain turut dimaklumkan dalam mesyuarat MPN. #sumbersumber

Share:

ADUN Lantikan, Pemimpin Pakatan Harapan Pahang Di Gesa Akur Dengan Keputusan Pucuk Pimpinan Parti !

KUANTAN: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Pahang digesa berlapang dada dan menerima keputusan dengan hari terbuka atas pemilihan dua Ahli Dewan Negeri Lantikan yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN ) baru-baru ini.

Dua pemimpin yang dilantik ialah Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Pemerhati politik Pahang, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini berkata beliau ada mendengar desas-desus dan khabar angin terdapat beberapa pihak dalam kedua-dua parti terbabit yang tidak puas hati dengan perlantikan Fadzli dan Rizal.

"Malah difahamkan, ada kumpulan tertentu yang mahu membuat protes terhadap kedua-dua pemimpin terbabit. Ini sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan oleh pemimpin Pakatan Harapan.

"Perlantikan dua pemimpin itu telah dipersetujui dan diluluskan. Tindakan protes mungkin boleh mengeruhkan situasi sebenarnya. Kenapa perlu protes, adakah calon lain yang dilantik juga dipersetujui oleh semua pihak. Dalam politik, semua pihak harus menerima hakikat dan berlapang dada dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi parti." kata Shukri.

Difahamkan, pihak yang tidak boleh menerima kenyataan itu ialah antara calon-calon ADUN Lantikan, namun mereka tidak terpilih. Lantaran itu merasakan diri mereka hebat dan cuba untuk  membuar onar agar nama ADUN Lantikan itu ditukar sebelum kedua-dua mereka mengangkat sumpah pada Ogos ini.

Mengulas lanjut, Shukri yang juga merupakan aktivis masyarakat itu berkata situasi ini tidak bagus untuk masa depan parti itu. Tambahan pula kini Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional dalam Kerajaan Perpaduan di Pahang.

"Sudahlah isu ini dipertikaikan oleh ADUN Pembangkang, kini dalaman parti pula cuba mengambil kesempatan mengeruhkan lagi keadaan. Justeru, saya menyeru mereka yang terlibat agar bermuhasabah diri dalam tindakan.

"Ada kalanya tidak semua kemahuan kita boleh ditunaikan dalam satu-satu masa. Macam saza, lama berjuang bersama Keadilan, namun akhirnya saya terpinggir. Adakah saya kecewa? Tidak sama sekali, saya kini terus berjuang atas landasan aktivis masyarakat." katanya lagi.

Shukri turut menegaskan beliau amat mengenali kedua-dua pemimpin Pakatan Harapan yang dilantik sebagai ADUN Lantikan itu. 

"Mereka berdua orang lama dan mempunyai pengalaman luas dalam parti. Adatlah bila berparti pasti ada yang suka dan tidak suka. Namun, akhirnya kita terpaksa akur dengan pucuk pimpinan. Mereka sudah memilih Fadzli dan Rizal, apa lagi yang mahu dipertikaikan?.

"Hebat manakah kita?. Jika tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti, elok lepaskan jawatan dan berundur. Tidak perlu kita menjadi 'gunting dalam lipatan' yang cuba menjatuhkan parti sendiri akibat tidak setuju dengan sesuatu perkara.

"Teruskan usaha untuk kembalikan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti. Rapatkan ukhwah dan eratkan perpaduan demi masa depan perjuangan. Usahlah cubha menjatuhkan sesama sendiri hanya dek kerana emosi dan amarah masing-masing," tambah Shukri lagi. #PDO

Share:

Wan Rosdy: Patahkan Persepsi, Sekarang Adalah Masa Untuk ‘Ofensif’ Dan Bukan Lagi ‘Defensif

JERANTUT: Sekarang adalah masa untuk ‘ofensif’ dan bukannya ‘defensif’ dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dihujani dengan pelbagai persepsi yang akhirnya merugikan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata persepsi serta fitnah tidak membantu masyarakat serta negeri kerana akhirnya yang rugi adalah masyarakat setempat.

“Kita kadangkala kalah dengan persepsi, sentimen  dan fitnah. Dalam sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) baru-baru ini, ada seorang wakil rakyat  kata, kerajaan negeri Pahang ini teruk. Tak pandai nak belanja. Saya bangun… saya kata, inilah masalah pembangkang ni tak ada kerja lain. Main saja dengan persepsi 15 peratus perbelanjaan untuk tahun ini, sedangkan perbelanjaan itu untuk bulan satu hingga bulan tiga…,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Cawangan Berkelompok UMNO bahagian Jerantut, di sini, baru-baruu ini.

Majlis perasmian disempurnakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah serta pimpinan bahagian yang lain.

Wan Rosdy seterusnya menambah masalah dalaman dan sebagainya perlu dihentikan segera.

“Kalau nak menang, buat cara nak menang. Jangan ada masalah dalaman. Saya dah cakap banyak kali sebagai contoh Multinational Corporation dulu di Jepun, Hitachi Matsushita. Sebab apa tutup sekarang ni?

“Tak ada sebab kita boleh kalah jentera kita kuat dengan Presiden serta pimpinan kita membantu. Datuk Dr Asyraf pun bagi ceramah kepada kita… kerajaan negeri pun dah buat sehabis baik.

“Masalahnya ada masyarakat kita, ada pengundi kita percaya dengan sentimen yang dimainkan. Pilihan raya yang lepas bukan kita tak kuat tetapi antaranya sebab kita ada masalah dalaman. Tak dapat jadi calon sabotaj dan sebagainya.

“Jangan kita sabotaj calon tiga kerusi di Pahang ini, yang kita kalah sebab sabotaj. Jadi kalau kita nak menang, kita buat cara nak menang. Kita bersatu hati dan terus bergerak ke depan,” ujarnya. #sumber

Share:

Wan Rosdy: Pertindihan Jawatan ADUN Lantikan Dan Penyelaras DUN Hanyalah Persepsi Pembangkang

KUANTAN: Dakwaan wujud pertindihan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan dan Penyelaran DUN hanya persepsi pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

Menteri Besar Pahang Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ia kerana  kelima-lima ADUN yang telah diumumkan itu masih belum diberikan pembahagian tugas dan belum menjalani istiadat mengangkat sumpah.

Bagaimanapun, katanya, jawatan-jawatan itu menguntungkan rakyat kerana sudah pastinya kebajikan mereka lebih terpelihara.

Mereka ialah Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Manakala jawatan Penyelaras DUN diletakkan di semua  kawasan Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15  (PRU-15) di negeri ini.

”Kita pun belum buat agihan tugas, ini semua persepsi semua (pembangkang) ini sentimen untuk mengelirukan rakyat. Jadi mereka ni tidak habis-habis membuat dakwaan sebegini. Sedangkan ADUN lantikan ini belum mengangkat sumpah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan pembangkang yang mengatakan ada pertindihan jawatan antara ADUN lantikan dan Penyelaras DUN di negeri ini digalas kepada orang yang sama.

Wan Rosdy secara peribadi berkata, pelantikan itu tidak menimbulkan sebarang masalah namun isu berkenaan belum ada kata putus dan hanya digembar-gembur untuk dijadikan isu politik pembangkang.

Namun keutamaannya adalah fokus kepada rakyat dalam memastikan aspek kebajikan terjaga kepada semua lapisan masyarakat.

”Bagi saya kalau berlapis pun lagi bagus. Kalau ada ADUN lantikan berlapis dengan penyelaras DUN, maknanya kawasan itu mendapat tumpuan lebih, tapi kita tak nak pula kawasan lain yang tertinggal, semua kawasan kita akan jaga maknanya semua rakyat kita akan jaga,” katanya.

Sebelum ini, ADUN Kuala Sentul Datuk Jasri Jamaludin berkata kewujudan ADUN Lantikan tidak berasaskan kepentingan rakyat kerana mereka yang dilantik tidak dapat memberikan perkhidmatan kerana tidak mempunyai kawasan masing-masing.

Malahan ada dalam kalangan jawatan mereka bertindih dengan potfolio yang sedia ada, melantik orang sama tetapi melakukan dua jawatan lebih bermotifkan keuntungan peribadi. #sumber

Share:

ADUN Pembangkang Tidak Memahami Proses Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang

KUANTAN: Kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini memperlihatkan mereka kurang memahami proses meluluskan usul untuk meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang bagi melantik lima ADUN tanpa melalui proses pilihan raya, pada 2020.

ADUN lantikan, Mohd Fadzli Mohd Ramly berpendapat, pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang tidak sepatutnya membuat banyak kenyataan kepada media mengenai isu tersebut.

Menurutnya, tindakan mereka memberikan komen kepada media seolah-olah bercakap tanpa melakukan penyelidikan yang mendalam.

Menurutnya, tindakan mereka memberikan komen kepada media seolah-olah bercakap tanpa melakukan penyelidikan yang mendalam.

"Tak perlu cakap banyak dalam media seperti bercakap dengan cermin. Cermin dulu pada diri sendiri, apa yang mereka buat untuk kawasan mereka. Tiada lain selain merengek minta peruntukan.

"Tunggu sidang dewan (DUN), kita lawan satu lawan satu!" katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Selasa, media melaporkan dakwaan daripada pembangkang yang menyifatkan ADUN Lantikan hanya berdasarkan politik semata-mata.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin, menyatakan bahawa kewujudan ADUN Lantikan sebenarnya tidak berfungsi dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Jasri menegaskan bahawa pelantikan itu lebih berlandaskan kepentingan politik daripada memenuhi keperluan masyarakat.

Senada dengan itu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus berpendapat, kerajaan Pahang gagal mengotakan janji bahawa lantikan tersebut akan mewakili kelompok tertentu seperti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU), dan golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.

Mohd Yazid menambah bahawa lebih mengecewakan apabila kerajaan Pahang menyatakan bahawa ADUN Lantikan itu bukan daripada kalangan politik, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzli berkata, pemimpin Bersatu seharusnya bertanyakan kepada rakan parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas yang berada dalam sidang DUN mengenai perkara itu.

Beliau menekankan bahawa semasa Pindaan Perkara 18 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang diluluskan, ia dilakukan atas dasar perbincangan dan persetujuan bersama, tanpa bantahan termasuk oleh rakan mereka dalam PN.

"ADUN lantikan juga dibuat di Terengganu yang tiada kawasan dan di Sabah juga melibatkan pemimpin politik Pas.

"Nampak benar ADUN Bersatu ini tidak buat kerja rumah dan tidak bersedia untuk bercakap kepada media," katanya.

Pada 13 Mei lalu, lima nama ADUN lantikan diumumkan iaitu Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.

Turut dilantik Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli dan Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Rizal Jamin. #sumber

Share:

Shahaniza: Belum Angkat Sumpah Kenapa Perlu Pertikai Lima hli Dewan Negeri (ADN) Lantikan?

 

KUANTAN: Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Haji Shamsuddin hari ini menempelak kenyataan yang dibuat oleh Ketua Bersatu Bahagian Maran, Datuk Jasri Jamaludin bahawa lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan di DUN Pahang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau berkata lima ADUN yang dilantik belum lagi mengangkat sumpah, maka kenapa perlu ia dipertikaikan dan mendakwa mereka tidak berfungsi.

"Tengoklah dulu nanti, apa fungsi dia. Adalah sebabnya kenapa kita buat dulu usul untuk melantik Ahli Dewan Negeri Lantikan. Contohnya, salah seorang ADN Lantikan tu adalah seorang yang sangat mempunyai latar belakang, pengalaman tentang agama Islam. Jadi dia boleh menjadi orang kata 'check n balance' dalam Dewan Negeri atas perkara-perkara berbangkit tentang Agama Islam, hal ehwal Islam, syiar Islam di negeri Pahang" kata kenyataan beliau di akaun TikToknya.

Manakala katanya, empat orang lagi ADN Lantikan adalah wakil daripada parti-parti politik yang terdiri daripada wakil MCA, wakil UMNO, wakil AMANAH, wakil PKR dan pastinya mereka mempunyai fungsi masing-masing.

Tambah beliau, Ahli Dewan Negeri dengan penyelaras DUN mempunyai fungsi yang berbeza walau pun nampak macam sama.

"Penyelaras DUN hanya menjadi wakil kepada YAB Menteri Besar di tempat masing-masing, Macam saya di Maran ni, menjadi wakil YAB Menteri Besar menyelaraskan program-program kerajaan, menyelaraskan peruntukan-peruntukan kerajaan. Tapi ada perkara-perkara yang saya tak boleh buat. 

"Macam saya tak boleh hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah sebab saya bukan ahli dewan. Banyak keistimewaan ahli dewan yang penyelaras DUN tak ada. Antaranya ialah suara di dewan itu sendiri. Penyelaras DUN tak boleh masuk ke Dewan Negeri dan bercakap, tak boleh bersuara. Kita hanya penyelaras jer kan.

"Jadi bila diberi sebagai Ahli Dewan Negeri Lantikan, boleh duduk dalam dewan dan boleh menyuarakan apa saja yang berkaitan dan boleh berbahas dengan ahli-ahli Dewan Negeri yang lain," tambah beliau lagi.

Beliau turut menjelaskan, ada banyak bezanya antara Ahli Dewan Negeri Lantikan dan Penyelaras DUN.

"Takkan tu pun tak boleh fikir kot.

"Lepas tu dia (Jasri) kata membazir, apa pulak membazirnya kalau demi kepentingan rakyat. Demi kepentingan rakyat tidak ada pembaziran. Pastinya lima Ahli Dewan Negeri yang dilantik itu akan berfungsi sebaik-baiknya untuk membantu kerajaan negeri, khususnya membantu rakyat di negeri Pahang," kata kenyataan Shahaniza lagi.

Shahaniza yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga merupakan Penyelaras DUN Chenor. Beliau dilihat aktif turun ke padang untuk membantu rakyat terutamanya dari segi kebajikan biar pun tewas ditangan calon Perikatan Nasional (PN), Dato' Sri Haji Ismail Abd. Muttalib bagi kerusi parlimen Maran pada Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu.

Melihat kepada gerak kerjanya, Barisan Nasional (BN) mempunyai harapan besar untuk merampas semula kerusi Parlimen dan tiga DUN di Maran yang jatuh ke tangan pembangkang. Tambahan pula mendapat sokongan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) selepas ini. #PDO

Share:

Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat

KUANTAN: Pembangkang di Pahang mendakwa lima Ahli Dewan Negeri (ADN) lantikan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah berlandaskan politik semata-mata.

ADN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin berkata, kewujudan mereka sebenarnya tidak berfungsi, selain tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Lantikan tersebut berdasarkan lantikan politik semata-mata, jadi (saya berpandangan) tiada keperluan sebenarnya melantik mereka ini.

“Saya juga tidak nampak mereka ini memberi manfaat kepada rakyat dan tidak berfungsi. Ini kerana mereka tiada kawasan masing-masing,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai lima ADN Lantikan pada 13 Mei lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, pada Selasa.

Pelantikan kelima-limanya tanpa melalui proses pilihan raya itu diluluskan setelah mendapat majoriti mudah dan diumumkan pada Persidangan DUN.

Lima ADUN lantikan tersebut terdiri daripada Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Sebelum itu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Jasri yang menandatangani surat arahan bertulis itu dikeluarkan kepada semua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Pahang.

Jasri yang Ketua Bersatu Bahagian Maran menjelaskan lantikan berkenaan juga disifatkan membazirkan wang kerajaan Pahang sedangkan perbelanjaan itu boleh disalurkan kepada medium yang lebih strategik.

”Setiap perbelanjaan bagi ADN Lantikan tersebut menelan kos hampir berbelas ribu, setahun RM1 juta, kalau hendak hendak tunggu tiga tahun akan datang bazir hampir RM3 juta.

”Jadi, kalau hendak dibandingkan jumlah tersebut (lebih baik) diberikan kepada ADUN (menang) kawasan masing-masing untuk melaksanakan projek kecil, saya rasa itu lebih bermanfaat kepada rakyat,” jelas Jasri.

Sementara itu, Mohd Yazid pula berpendapat kerajaan Pahang gagal mengotakan janji bahawa lantikan tersebut mewakili kelompok tertentu seperti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) selain golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.

Ujarnya, lebih mengecewakan apabila Kerajaan Pahang mengatakan bahawa ADN lantikan itu bukan daripada politik, namun ia berlaku sebaliknya.

“Empat daripada lima yang dilantik memang ‘clear’ (berlatar belakang politik). Pihak kami rasa lucu sebab kerana apa yang mereka jelaskan tidak seperti dizahirkan.

“Kami bersetuju jika lantikan itu dari golongan profesionalisme,” katanya lagi. #sumber

Share:

Menteri Besar Selangor Lepaskan Jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang

KUANTAN: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang disandangnya sejak 7 Ogos 2022.

Perkara itu dimaklumkan pada mesyuarat MPN Pahang dengan Presiden Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sri Perdana Putrajaya pada Selasa.

Amirudin sepatutnya menamatkan perkhidmatannya pada 2025, namun berbuat demikian lebih awal untuk memberi laluan pemimpin baharu menerajui parti itu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti.

Difahamkan, setakat ini tiada makluman siapakah yang bakal mengantikan tempat beliau setakat ini. Pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat ini. #PDO

Share:

Polis Jerantut Sedang Siasat Wanita Mendakwa Dirinya Imam Mahadi Yang Tular Di Media Sosial


KUANTAN:
  Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Zukri Muhammad berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan berusia 34 tahun dan bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Jerantut.

Beliau berkata semakan juga mendapati ibu kepada tiga cahaya mata itu mempunyai rekod perubatan sebagai pesakit psikiatri di sebuah hospital di Kelantan sejak November tahun lepas.

“Suspek masih lagi menerima rawatan di unit psikiatri buat masa ini dan pemantauan serta siasatan akan diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hantaran mengenai dakwaan wanita terbabit tular di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. #sumbersumber

Share:

Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran

KUANTAN: Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan bekalan sayur dan buah-buahan dalam pasaran negeri adalah selamat dimakan, di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengawal penggunaan racun makhluk perosak dalam sektor perladangan sayur dan buah di negeri ini, dengan objektif menyelaras dan mengawal selia aktiviti-aktiviti pemantauan penggunaan racun makhluk perosak, memastikan kawalan penggunaan racun makhluk perosak bermula dari ladang sehingga ke pasaran.

"Selain itu ia juga akan melaksanakan program latihan dalam kalangan pengusaha dan pengendali racun makhluk perosak, meningkatkan kerjasama di antara agensi yang terlibat di sepanjang rantaian bekalan bermula dari ladang hingga ke pasaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Ir Razali Kassim, dengan lapan anggotanya terdiri daripada Pengarah Kesihatan negeri, Timbalan Setiausaha kerajaan Pahang (Pembangunan), Ketua Polis Pahang, Pengarah Pertanian Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang.

Wan Rosdy berkata jawatankuasa itu juga akan menyelaras dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan mengikut fungsi agensi masing-masing, justeru beliau berharap dengan adanya jawatankuasa ini, kerajaan negeri dapat memastikan sayur dan buah-buahan di pasaran adalah selamat. #sumber

Share:

Pahang Antara Negeri Pertama Salurkan Sumbangan Secara Konsisten, Hantar 30 Tan Barangan Keperluan Ke Gaza

KUANTAN: Pahang antara negeri pertama yang menyalurkan sumbangan secara konsisten ke bumi Gaza. Kali ini Pahang melancarkan penghantaran barang bantuan kemanusiaan sebamyak 30 tan termasuk pek makanan dengan teknologi retort ke negara bergolak itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelepasan kapal bermula 1 Jun ini yang membawa barangan seperti tilam, selimut, pek makanan, dan ubat-ubatan dan dijangka tiba ke destinasi pada 4 Julai ini.

“Misi penghantaran barang bantuan ini hasil kutipan derma menerusi Tabung Pahang4Palestine yang digerakkan setelah penganjuran Himpunan Solidariti Pahang4Palestine di Kuantan pada 28 Oktober tahun lalu.

“Jumlah kutipan derma menerusi Tabung Pahang4Palestine sehingga hari ini (20 Mei) adalah berjumlah RM1.602 juta hasil sumbangan pelbagai pihak di Pahang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook miliknya ketika melakukan Majlis Pelancaran Flag Off Barang Bantuan Kemanusiaan Dari Pahang ke Gaza, Palestin di Pelabuhan Klang hari ini.

Untuk rekod bantuan tersebut merupakan kali kedua dilaksanakan kerajaan negeri setelah menyalurkan wang tunai RM700,000 pada tahun 2021.

Ia termasuk membaik pulih masjid dan sekolah yang musnah dalam serangan rejim Israel menerusi Kempen Dana Tabung Pahang For Palestine dan Pelancaran Projek Rakyat Pahang di Bumi Gaza. #sumber

Share:

Mahasiswa Pahang Terima Bantuan Prihatin RM400 Membabitkan Peruntukan Sebanyak RM14.18 Juta

KUANTAN: Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa menambah jumlah sumbangan sebanyak RM100 kepada RM400 pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata seramai 19,525 mahasiswa dari negeri ini menerima manfaat itu membabitkan peruntukan sebanyak  RM14.18 juta.

Menurutnya, jumlah itu boleh dinaikkan kepada RM500 jika kutipan hasil negeri Pahang bertambah kepada RM1.6 bilion tahun ini.

“Saya sudah berjanji kepada mereka untuk meningkatkan bantuan ini sekiranya berlaku penambahan hasil, kita akan tambah RM100 lagi,” katanya selepas majlis pelancaran BPP Kluster Siswa 2024 di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah, Gambang pada hari ini.

“Hari ini seramai 1,600 siswa-siswi terima sumbangan, bakinya Insya-Allah saya akan ke tempat lain, jika ada kesempatan untuk bertemu mereka,” tambah Wan Rosdy lagi. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Peruntuk RM1.2 Juta, Sasarkan 30 OKU Penglihatan Celik Al-Quran Setahun

TEMERLOH:  Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya 30 orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri itu celik al-Quran pada tahun ini menerusi pembelajaran al-Quran e-braille.

Sebelum itu, Kerajaan Pahang memperuntukkan RM1.2 juta bagi pembelian al-Quran e-braille untuk membantu golongan tersebut di negeri ini membaca al-Quran.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, setakat ini, terdapat 20 peserta yang mempelajari al-Quran braille di pusat aktiviti Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Cawangan Pahang.

Menurutnya, pusat itu akan dijadikan pusat pentadbiran pembelajaran al-quran e-braille yang pertama di Pahang.

"Setakat ini dua kursus berkaitan telah dijalankan dan Insya-ALLAH dengan kerjasama Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) yang menguruskan al-Quran e-braille ia boleh dijayakan.

"Kita berharap supaya tempat ini menjadi pusat pentadbiran pembelajaran e-braille yang pertama di Pahang dan saya rasa mungkin di Malaysia," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau ditemui selepas Ziarah Kasih bersama Pertis yang diketuai pengerusinya, Mohd Bakhri Mohd Said.

Hadir sama, Naib Naib Canselor UniPSAS, Profesor Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Mohd Zawavi memberitahu, modul al-Quran E-braille itu lebih canggih dan lebih menjimatkan masa untuk peserta selain menyediakan tenaga pengajar untuk membantu persatuan terbabit.

"Dengan menggunakan sistem daripada Jerman yang telah dibangunkan anak tempatan proses pembelajaran al-quran e-braille menjadi mudah," jelas beliau.

Sementara itu, Mohd Bakhri bersyukur dan gembira dengan inisiatif kerajaan negeri dan UniPSAS untuk membantu persatuan berkenaan.

"Jika dahulu golongan OKU cacat penglihatan mempelajari al-Quran dengan menggunakan kaedah lama seperti buku braille, kini dengan al-quran e-braille, pembelajaran pelajar lebih berkesan kerana mampu menguasai lebih cepat daripada sebelumnya," jelasnya. #sumber

Share:

Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan

TEMERLOH: Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong bakal dibuka kepada pengguna secara rasminya pada 31 Ogos depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini kerja-kerja naik taraf jambatan tersebut telah mencapai tahap 86 peratus.

Menurutnya, jambatan itu dijangka mampu menampung hingga kira-kira 10,000 kenderaan sehari.

"Berita baiknya difahamkan ia siap dengan sempurna dan ada penjimatan masa. Tahniah kepada kontraktor yang dilantik.

"Projek ini diluluskan bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP3, RMKe-11) Tahun 2020.

"Kaedah perolehan projek ini adalah secara tender terbuka, pembinaan projek dimulakan pada 10 September 2020 dengan kos kontrak semasa berjumlah RM102 juta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun padang bagi meneliti kerja-kerja penyambungan segmental box girder (SBG) jambatan itu di sini pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Hafizah Zakaria.

Ujar beliau, antara skop kerja utama projek adalah membina jambatan baharu bersebelahan jambatan sedia ada berukuran 655 meter (m) panjang dan 11.5m lebar, menaik taraf jalan tuju sepanjang 1.5km, menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan, pengambilan tanah dan pengalihan utitili.

Jelasnya, antara keistimewaan projek itu adalah 'decking system' daripada SBG sepanjang 200m yang digunakan pada rentang utama jambatan (span 4) tersebut merupakan antara yang terpanjang di Malaysia.

"Tahniah pada JKR kerana kebolehan dan kemampuan keseluruhan proses reka bentuk dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga kepakaran tempatan daripada JKR sendiri," tambah beliau.

Projek naik taraf jambatan daripada dua lorong kepada empat lorong adalah sebahagian daripada solusi untuk menyelesaikan isu 'bottle neck' serta kesesakan trafik di jambatan sedia ada terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan. #sumber

Share:

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah Diiktiraf 146 Terbaik Dunia Di Bawah Usia 50 Tahun

KUANTAN:  Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diiktiraf dunia sebagai universiti ke-146 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024.

Pencapaian itu meletakkan UMPSA berada di kedudukan nombor satu terbaik dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) dan ketiga terbaik di Malaysia.

Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, UMPSA merupakan universiti berteraskan kejuruteraan dan teknologi berusia mencecah 22 tahun.

Menurutnya, indikator kekuatan UMPSA adalah kualiti penyelidikannya.

"Universiti ini memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.

"Pencapaian ini membuktikan UMPSA berada di landasan yang tepat selari dengan Pelan Strategik UMPSA 2021-2025 dalam memacu kecemerlangan agar setanding dengan universiti terkemuka di dunia amnya dan di Malaysia khasnya," katanya.

Yuserrie berkata, penilaian THE Young berdasarkan kepada indikator kualiti penyelidikan (30 peratus), reputasi pwngajaran ( 29.5 peratus), persekitaran penyelidikan (29 peratus), tinjauan antarabangsa (7.5 peratus) dan industri (4 peratus).

"Prestasi cemerlang ini tidak dapat direalisasikan tanpa komitmen utuh warga universiti serta kerjasama strategik yang produktif pihak industri, agensi, sektor awam, dan tidak ketinggalan alumni UMPSA," ujarnya.

Tambahnya, UMPSA merakamkan penghargaan tahniah buat warganya yang sentiasa komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran penyelidikan, kolaborasi strategik bersama industri dan pengantarabangsaan program akademik melalui jalinan strategik di pelbagai peringkat dalam dan luar negara.

"UMPSA sentiasa komited mencipta inovasi dan keunikan dalam penawaran program akademik melalui jalinan strategik di peringkat antarabangsa.

"Universiti ini turut menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan kejuruteraan dan teknologi dan program pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) termaju," katanya. #sumbersumber

Share:

Pemuda PAS Pahang Anjur Sambutan Hari Guru Secara Terbuka Di Sebuah Pusat Membeli Belah

KUANTAN: Buat julung kalinya, sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) berlangsung secara terbuka di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu.

Ketua Pemuda PAS  Pahang, Mohd Zarimi Abu Zih berkata, sambutan itu merupakan satu kejayaan besar khususnya di peringkat sektor pendidikan DPPNP apabila mampu mengadakan program sedemikian secara terbuka di tengah-tengah masyarakat.

Menurutnya, sambutan itu dihadiri guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) dan Maahad Tahfiz Al -Istiqamah (MTIS) seluruh Pahang.

"Bertemakan ‘Guru Murabbi Membina Generasi Rabbani’ majlis ini khusus bagi meraikan para guru yang telah berkorban menyampaikan ilmu, mendidik anak-anak daripada peringkat awal sekolah hingga ke peringkat menengah.

"Enam kategori anugerah disampaikan kepada guru Pasti dan Sriti yang berjasa termasuk 'Anugerah Jasa Pendidik’ kepada para pendidik yang telah meninggal dunia," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Terdahulu beliau hadir ke majlis sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan DPPNP yang dirasmikan Pengarah Jabatan Sriti Malaysia merangkap Exco Dewan Pemuda Pas, Azwan Ali Aziz.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang, Dr Firdaus Ismail, Pengarah Sriti Pahang, Muhammad Shukri Shuib dan Ketua Pengarah Sektor Pendidikan DPPNP, Khairul Nizam Che Mustofai.

Mohd Zarimi berkata, kemuncak acara adalah penganugerahan Tokoh Guru Pasti 2024 yang dianugerahkan kepada Muallimah Nurul Ainon Mardiah Abdul Ghani dari Pasti al- Mustaqim, Bera.

"Kita harapkan semoga para guru terus bertekad berjuang mendidik anak bangsa bagi melahirkan pejuang-pejuang agama ALLAH pada masa hadapan, insya-ALLAH," katanya. #sumbersumber

Share:

Konstabel Muhamad Syafik Seorang Yang Berani, Menjadi Kebanggaan Seluruh Warga Pahang

KUANTAN: Konstabel Muhamad Syafik Ahmad Said disifatkan seorang yang mempunyai keberanian tinggi dalam mempertahankan tanah air dan agama.

Wakil rasmi yang juga Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Yunan Abdul Samad  berkata,  rakyat Pahang berbangga dengan pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis itu yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor kelmarin.

”Kita mengharapkan keluarga dapat bersabar atas pemergian menerima qada dan qadar. Sama -sama kita doakan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada, solehin dan para anbia.

”Kita berasa teruja bangga dengan keberanian arwah yang telah terkorban dalam perjuangan mengangkat Islam dan memperjuangkan negara kita daripada unsur ekstremis dan radikalisme yang berpunca dari fahaman sesat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan sumbangan kepada ayah mangsa, Ahmad Said Md Piah di kediamamnya di Taman Seri Mahkota Jaya dekat sini hari ini.

Yunan mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu menyerahkan bantuan awal tersebut bernilai RM8,000 juga menzahirkan rasa hiba terhadap tragedi yang menimpa kepada keluarga wira negara tersebut.

Semalam, Wan Rosdy menggumumkan kerajaan negeri memberi RM5,000 daripada  dan tambahan RM3,000 daripada sumbangan peribadinya kepada keluarga arwah.

Dalam insiden di Balai Polis Ulu Tiram Jumaat lalu, dua pegawai polis maut setelah diserang seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang serta merampas dua laras senapang.

Kedua-dua mangsa, Konstable Muhamad Syafiq Ahmad Said ketika betugas dilaporkan ditembak di bahu dan perut manakala Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar cedera ditetak di bahagian belakang leher dan kepala.

Manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan cedera dikenali Koperal Mohd Hasif Roslan sumber

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.