script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: 'Kluster Tanah Putih', Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan Di Tutup Hingga 3 Feb !

 


KUANTAN - Susulan dakwaan berlaku kes positif Covid-19 dari "Kluster Tanah Putih" di kalangan pegawai kerajaan seperti yang disebarkan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato' Hamdan Hussin memaklumkan penutupan sementara pejabat MPK sehingga 3 Februari ini.

Hamdan berkata semua urusan secara fizikal ditangguhkan buat sementara waktu.

Beliau turut menegaskan, buat masa ini semua urusan secara fizikal ditangguhkan dan pejabat MPK juga ditutup sementara. Semua urusan boleh dilakukan secara atas talian dan pekerja juga diarahkan bekerja dari rumah sahaja.

Hamdan juga menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang urusan yang tidak dapat dilakukan secara atas talian, agar menangguhkan dahulu urusan tersebut.

Sementara itu untuk urusan penting seperti rayuan, maklumat permohonan ditolak atau urusan lain yang tidak boleh dilakukan secara atas talian, orang ramai boleh menghubungi pegawai terlibat atau mengajukan pertanyaan melalui email.

Bagi permohonan permit penghantar makanan pula yang mana tidak boleh dipohon melalui atas talian, mereka boleh menghubungi pegawai bertugas untuk urusan mengambil borang permohonan atau menghantar semula permohonan.

Hamdan turut berkata pada masa ini pihaknya akan menutup pejabat sehingga 3 Febuari namun masih menunggu arahan terkini yang akan diberitahu kelak.

Ia berikutan pemantauan akan dibuat setiap hari dan nasihat dari Pusat Kesihatan Daerah (PKD) serta arahan daripada Setiausaha Kerajaan Pahang. #PahangDaily

Share:

Covid-19: Sebanyak 5,298 Kes Positif Baharu Dengan 14 Lagi Kematian Direkodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini kekal merekodkan angka melebihi 5,000 dengan 5,298 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 214,959 kes.

Menerusi ciapan twitter Kementerian Kesihatan memaklumkan, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,295 kes adalah penularan tempatan.

Dalam masa sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 48,150 kes.

“Sebanyak 14 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 760 kes.

“Terdapat 4,522 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 166,049 kes,” menurut ciapan tersebut di sini hari ini.

Selain itu, sebanyak 313 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 127 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Polis: Anggota Tentera Di Tipu Beli Kenderaan Toyota C-HR Harga Semurah Hanya RM18,000

 

KUANTAN – Hasrat seorang tentera darat untuk membeli sebuah kenderaan jenis Toyota C-HR pada harga semurah RM18,000 akhirnya punah akibat ditipu penjual.

Kejadian bermula pada 20 Januari lalu apabila lelaki berusia 22 tahun tersebut melayari laman sosial Facebook dan melihat iklan jualan kenderaan murah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berururan dengan suspek lelaki yang menggunakan nama Ang.

“Semasa berada di kem tentera di Bera, mangsa berminat untuk membeli kenderaan yang diiklankan laman sosial Facebook.

“Mangsa bersetuju membeli kenderaan itu pada harga RM18,000 dan telah membuat tujuh kali transaksi pemindahan wang ke dalam dua akaun berlainan.

“Selepas memindahkan duit tersebut, mangsa diminta membayar lagi duit berjumlah RM5,000,” ujar Mohd. Wazir menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau, mangsa bagaimanapun tidak melakukan bayaran tambahan tersebut dan tampil membuat laporan di Balai Polis Triang, Bera semalam kerana berasa tertipu.

“Mangsa mengalami kerugian RM13,150 dan tidak melakukan bayaran tambahan seperti diarahkan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 5,728 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Belas Kematian Di Rekod Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Sekali lagi kes baharu merekodkan angka tertinggi dengan 5,728 kes hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 209,661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,723 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 47,388 kes.

“Sebanyak 13 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 746 kes.

“Terdapat 3,805 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 161,527 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 319 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 120 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Pengecualian 'Pembaharuan' Lesen Kenderaan Motor, Lesen Memandu Bermula 1 Feb-31 Mac

 

KUALA LUMPUR -- Kerajaan memberikan pengecualian kepada semua pemilik kenderaan persendirian berhubung pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) berkuat kuasa 1 Feb hingga 31 Mac.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pemandu bagaimanapun perlu memastikan kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan salinan sijil perlindungan kepada anggota penguat kuasa trafik sekiranya diminta.

“Pemegang LKM dan CDL yang telah atau bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan iaitu hingga 30 April 2021,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Wee berkata pengecualian itu dibuat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Bagaimanapun, pengecualian tidak diberikan kepada pemilik kenderaan perdagangan dan pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana perkhidmatan pembaharuan berkaitan mereka dibenarkan beroperasi sebagai perkhidmatan perlu  sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). #sumber

Share:

Jabatan Perhutanan Pahang Dakwa Tidak Ada Aktiviti Pembalakan Di Taman Negeri Rompin

 

KUANTAN-- Tiada kebenaran membalak dikeluarkan atau aktiviti pembalakan sedang berjalan di Taman Negeri Rompin (TNR), kira-kira 180 kilometer (km) dari sini, seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak dua hari lepas.

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) memaklumkan TNR diklasifikasi sebagai hutan perlindungan di bawah Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984 yang tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan komersial dijalankan.

Sehubungan itu, JPNP berkata aktiviti pengusahasilan hutan yang ditularkan itu kemungkinan berlaku dalam kawasan yang diluluskan pembalakan di hutan tanah kerajaan, Mukim Endau/Pontian, Daerah Rompin kira-kira tiga km dari sempadan TNR.

Terdapat zon penampan selebar 1.5 km yang diwujudkan di sepanjang sempadan TNR dengan kawasan sekitarnya, dengan tiada aktiviti pembalakan dibenarkan dalam zon tersebut bagi menjaga persekitaran taman negeri.

"Selain itu, pemantauan dan semakan juga kerap dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan bagi memastikan aktiviti pembalakan di kawasan tersebut tidak melanggar syarat dan sempadan yang ditetapkan," menurut JPNP menerusi kenyataan kepada Bernama di sini, hari ini. #sumber

Share:

Hj Hadi Awang Mohon Batal Saman Berhubung Kenyataan "Menghasut" Penganut Agama Lain !

 

KUALA LUMPUR --  Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan terhadapnya berhubung kenyataan dikeluarkan Presiden PAS itu yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar, lima tahun lalu.

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Abdul Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz &  Zaid semalam.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Abdul Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut.

"Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini. Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April)," katanya selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian hari ini.

Abdul Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua antaranya atas alasan saman itu tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Abdul Hadi pada 9 Dis tahun lalu, antara lain memohon pengisytiharan bahawa Abdul Hadi telah melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Abdul Hadi telah mengeluarkan satu penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang telah diterbitkan dalam sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan oleh sebuah portal pada hari sama. #sumber

Share:

Covid-19: "Rekod Terbaharu" 5,725 Kes Positif Dengan 16 Lagi Kematian Di Catatkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini melonjak kepada 5,725 kes, sekali gus angka tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 203,933 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,268 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 45,478 kes.

“Sebanyak 16 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 733 kes.

“Selain itu, terdapat 3,423 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 157,722 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 301 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Kapal Di Temukan Di Lipis Mungkin Jenis Kapal Stim Dan Terlibat Aktiviti Perlombongan Emas

 

KUANTAN -- Rangka kapal yang ditemukan selepas banjir surut di Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari sini, dua minggu lepas  berkemungkinan jenis steamship (kapal stim) dan terlibat dengan kegiatan perlombongan emas di Penjom yang beroperasi sejak abad ke-19 di kawasan tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata berdasarkan analisis awal, kapal berkenaan dianggarkan panjangnya antara 25 meter sehingga 300 meter.

"Daripada tinjauan permukaan dijalankan, lebih 100 pecahan kayu ditemukan yang dipercayai merupakan sebahagian daripada badan kapal tersebut, ia berdasarkan morfologi dan jenis kayu serta paku yang terdapat pada jumpaan tersebut.

"Turut ditemukan sejumlah seramik dagangan yang seusia dengan relik kapal itu yang terdiri daripada seramik China dan Eropah di sekitar tapak jumpaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Sharkar berkata Jabatan Warisan Negara dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang dengan kerjasama penduduk kampung telah menjalankan proses penyelamatan selama lima hari bermula 19 Jan lepas, meliputi proses mendokumentasi, merekodkan dan memelihara artifak itu untuk ditempatkan di Muzium Warisan Lipis di bawah jagaan Pejabat Daerah Lipis.

Menurut Mohd Sharkar, penyelidikan pada fasa seterusnya dijangka akan melalui proses ekskavasi arkeologi di tapak jumpaan untuk mendapat maklumat secara saintifik dan memastikan kesuluruhan artifak yang tertinggal berkaitan relik tersebut dapat ditemukan.

Tambah beliau, berdasarkan rekod sejarah, terdapat beberapa kapal jenis steamship telah beroperasi atau melalui sungai Pahang di Kuala Pahang sehingga Sungai Lipis, antaranya, SS Amherst yang dilaporkan karam di Kuala Pahang dan kapal Seri Pahang yang dipercayai karam di Paloh Hinai, Pekan.

Selain itu, terdapat sebuah kapal lagi pernah beroperasi di kawasan sama, iaitu SS Senyum yang beroperasi di bawah syarikat perlombongan emas Penjom, namun tiada rekod kapal berkenaan karam ditemui setakat ini.

Pada 14 Jan lepas, sebahagian struktur kapal yang hampir lengkap ditemukan terdampar berhampiran Sungai Lipis oleh penduduk kampung berkenaan setelah banjir teruk mula melanda Pahang pada 3 Jan surut.  #sumber

Share:

Polis Nafi Bandar Temerloh Akan Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

 

TEMERLOH - Polis menafikan khabar angin mendakwa Bandar Temerloh bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab amat dikesali kerana menimbulkan situasi panik dalam kalangan penduduk.

"Perkara (pelaksanaan PKPD) itu tidak benar sama sekali dan daerah Temerloh masih kekal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti daerah lain di Pahang

"Kita percaya khabar angin tersebar disebabkan orang ramai melihat pertambahan anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal laluan keluar masuk di Temerloh, terutama di Taman Temerloh Jaya," katanya.

Menurutnya, sebenarnya pertambahan sekatan itu bagi mengawal pergerakan keluar masuk dan menghalang orang luar memasuki Taman Temerloh Jaya.

Katanya, orang ramai dinasihat mendapatkan maklumat sahih daripada pihak berkuasa serta tidak membuat andaian sendiri bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

"Semua halangan dipasang di sekitar taman perumahan (Taman Temerloh Jaya) itu akan dikekalkan sehingga 8 Februari ini," katanya.

Terdahulu, khabar angin kononnya Taman Temerloh Jaya dikenakan PKPD mula tersebar awal pagi hari ini apabila segelintir penduduk berkongsi gambar sekatan jalan dan lorong di kawasan perumahan itu melalui aplikasi WhatsApp. #sumber

Share:

PRU-15: 'Blok Ketiga' Mahu Tanding 150 Kerusi Parlimen; 40 DUN Selangor, 20 DUN Di Pahang

 

KUANTAN - "Blok ketiga" yang akan mewarnai politik negara pada pilihan raya umum ke-15 tidak lama lagi iaitu TERAS 131, bakal letak calon mereka di 150 kerusi parlimen dan juga kerusi DUN di Selangor dan Pahang.

Difahamkan TERAS 131 bakal dilancarkan secara rasmi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selesai.

Menurut sumber TERAS 131 Pahang berkata kewujudan TERAS 131 ini adalah kerana melihat perbagai kejadian dan tidak tanduk parti politik dalam negara yang memeningkan kepala rakyat.

"Maka itu entiti baru atau blok ketiga telah dibina dalam mewarnai lanskap politik Malaysia untuk menjadi alternatif kepada 31 juta rakyat.

" Asas utama perjuangan TERAS 131 ialah 'Daripada Rakyat Kepada Fakyat' sebagai 'Sinar Baharu Malaysia'. Ia juga untuk merubah sistem tadbir urus negara kepada pentadbiran tanpa parti politik dengan agenda utama penghapusan kartel rasuah secara total dan pemulangan hak rakyat secara telus, " kata sumber itu. 

Sementara itu difahamkan TERAS 131  akan bertanding di DUN Selangor dan DUN Pahang.

"Kita tidak mempunyai manifesto . Tetapi TERAS 131 mempunyai HAK  yang perlu dipulangkan kepada RAKYAT dan ini di sebut sebagai PM-HR.

"TERAS 131 menerima calon semua bangsa dengan status rakyat Malaysia yang bersih dari sudut undang-undang sepenuhnya seperti mana syarat-syarat yang di tetapkan oleh SPR.

"Kita kini mempunyai calon dari  golongan ahli agama, veteran ATM, pesara dan bekas kakitangan syarikat GLC, kakitangan kerajaan dari kumpulan PTD dan ke bawah, golongan professional dalam perbagai bidang  seperti  kasihatan, ahli akedemik, pakar  ekonomi dan  ahli perniagaan," tambah sumber itu lagi.

Sementara itu TERAS 131 kini masih  mengatur perbincangan dengan bekas dan pesara PDRM,  Penjara, RELA dan golongan aktivis serta individu yang mempunyai semangat ingin mentadbir sendiri negara ini dari kongkongan  Parti Politik.

"TERAS 131 kini telah mempunyai 66 calon untuk kerusi Parlimen dan masih memerlukan 84 calon Parlimen. 40 calon di DUN Selangor dan 20 calon di DUN Pahang,"   dakwa sumber tersebut. #PahangDaily

Share:

Covid-19: Sebanyak 4,094 Kes Positif Baharu Dengan Sepuluh Kematian Direkodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 4,094 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 198,208 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 4,086 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 43,192 kes.

“Terdapat 10 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 717 kes.

“Selain itu, sebanyak 3,281 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 154,299 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 303 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 118 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Kerajaan Pahang Setuju Laksana Remisen Bagi 'fi' Daftar Pindah Milik Dan Perintah Jual Tanah

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang setuju laksana remisen bagi fi pendaftaran pindah milik, perintah jual (lelong) tanah. 

Dalam kenyataan media, Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Kerajaan Negeri yang sentiasa responsif kepada aduan rakyat khususnya yang dianggap munasabah, bersetuju meluluskan remisen ke atas fi pendaftaran pindah milik tanah bagi warganegara dan perintah jual (lelong) tanah. 

"Persetujuan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang saya pengerusikan pagi semalam," katanya. 

Dengan persetujuan bagi pelaksanaan remisen ini, kadar fi baharu kini yang berkuatkuasa 1 Februari 2021, ialah sepertimana berikut – 

Fi RM 100 bagi nilaian tanah RM 50,000 dan ke bawah. 

Fi RM 125 bagi nilaian tanah melebihi RM 50,000 hingga RM 100,000. 

Fi RM 500 bagi nilaian tanah melebihi RM 100,000 hingga RM 150,000. 

Fi RM 750 bagi nilaian tanah melebihi RM 150,000 hingga RM 250,000. 

Fi RM 1,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 250,000 hingga RM 300,000. 

Fi RM 1,200 bagi nilaian tanah melebihi RM 300,000 hingga RM 400,000. 

Fi RM 2,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 400,000 hingga RM 600,000. 

Fi RM 3,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 600,000 hingga RM 750,000. 

Fi RM 3,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 750,000 hingga RM 1 juta. 

Fi RM 4,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 1 juta hingga RM 1.5 juta. 

Fi RM 4,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 1.5 juta hingga RM 2 juta. 

Fi RM 5,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 2 juta hingga RM 2.5 juta. 

Fi RM 5,500 bagi nilaian tanah melebihi RM 2.5 juta hingga RM 3 juta. 

Fi RM 6,000 bagi nilaian tanah melebihi RM 3 juta ke atas. 

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri juga katanya telah memutuskan beberapa lagi perkara sepertimana berikut – 

I) Perjanjian jual-beli yang dimatikan setem duti sebelum atau pada 31 Januari 2021, akan dikenakan pada kadar yang lama dan pembayaraan balik akan dibuat kepada pemilik tanah untuk lebihan bayaran fi pendaftaran yang telah dibuat.

II) Fi pendaftaran pindah milik tanah kepada pembeli rumah pertama dikenakan pada kadar minimum, RM 100 sahaja.

III) Pelaksanaan fi pendaftaran pindah milik tanah yang baharu kepada pembeli projek PR1MA Pahang, Rumah Makmur Pahang atau mana-mana projek perumahan di bawah Kerajaan Negeri Pahang diberikan moratorium sehingga 31 Disember 2021.

IV) Memperluaskan pentakrifan pemberian kasih sayang daripada ibu dan/atau bapa kepada anak atau sebaliknya, suami kepada isteri atau sebaliknya, dan antara adik-beradik kandung. Fi pendaftaran pindah milik tanah bagi pemberian ini juga dikenakan pada kadar minimum, RM100 sahaja.

"Dengan pelaksanaan remisen pada kadar-kadar fi baharu yang telah diputuskan ini, adalah diharapkan, dapat melegakan hati semua pihak terutamanya rakyat yang terkesan dengannya, In Sya Allah," tambah beliau lagi. #PahangDaily



Share:

Covid-19: Sebanyak 3,680 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,680 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 194,114 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,674 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 42,389 kes.

“Tujuh kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 707 kes.

“Selain itu, sebanyak 1,858 kes sembuh dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 151,018 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 314 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 122 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Polis Pahang Sedang Mengesan 1,226 Individu Untuk Bantu Siasatan Kes Jenayah Dan Trafik !

 


KUANTAN  -- Polis Pahang ingin mengesan 1,226 individu bagi membantu siasatan kes jenayah dan trafik yang berlaku sekitar negeri ini sejak 2000 sehingga kini.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya telah mengeluarkan waran tangkap kepada 457 individu melibatkan kes jenayah antaranya bunuh, rogol dan samun manakala individu yang dikesan bagi jenayah komersial membabitkan kesalahan tipu serta pecah amanah pula seramai 29 orang.

"Bagi jenayah melibatkan narkotik sebanyak 713 waran tangkap telah dikeluarkan manakala 27 waran tangkap lagi dikeluarkan bagi individu yang terlibat kesalahan trafik," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya, orang ramai boleh merujuk senarai individu dikehendaki menerusi Facebook Polis Pahang dan diharap dapat menyalurkan maklumat dengan segera kepada polis menerusi pusat kawalan kontinjen Pahang di talian 09-5051999/2202

Dalam perkembangan lain, Abd Jalil berkata sebanyak 3,372 permohonan rentas negeri telah diterima semalam dan daripada jumlah itu, 105 terpaksa ditolak kerana alasan yang dikemukakan tidak munasabah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nanyan dalam kenyataan  berkata seorang lelaki dipercayai menikam warga emas berusia 73 tahun di bahagian pinggang dua hari lepas, ditahan di tepi Jalan Besar, di sini pada 3.26 petang tadi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 40 tahun itu memiliki kad rawatan pesakit mental di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Siasatan di tempat kejadian juga menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa yang kini dirawat di wad unit rawatan rapi HTAA disebabkan kecederaan serius di bahagian pinggang sebelah kanan," katanya.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa bersama isterinya yang berada di kawasan parkir Pasar Besar Kuantan, di sini telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang telah menikam mangsa menggunakan pisau. #sumber

Share:

Anwar Fail 'Semakan Kehakiman' , Untuk Cabar Tindakan PM Nasihat Agong Gantung Parlimen

 

KUALA LUMPUR -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Anwar, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam menerusi Tetuan Karpal Singh & Co dengan menamakan Muhyiddin dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu, Anwar memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai oleh Muhyiddin untuk menasihati Al-Sultan Abdullah untuk memasyurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat tersebut tidak konsisten dengan Perkara 150 (3) dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden untuk menasihatkan Al-Sultan Abdullah untuk membatalkan Seksyen 14 Ordinan Darurat berkenaan.

Pada 12 Jan lepas, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19.

Perdana Menteri dalam pengumuman khas darurat pada hari sama menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan Proklamasi Darurat bagi seluruh negara menurut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Jan.

Perkara 150 (1) itu antara lainnya memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam persekutuan sedang terancam.

Ancaman pandemik COVID-19 kini menjadi ancaman besar terhadap kehidupan ekonomi rakyat di negara ini. #sumber

Share:

Minum Di Kedai Buka Perniagaan "Lebih Masa", Enam Individu Didenda Antara RM500-RM650

 

PETALING JAYA  -- Akibat minum di kedai, menjalankan perniagaan melebihi had masa dan bekerja di premis bukan dalam perkhidmatan perlu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0, enam individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda antara RM500 dan RM650 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret M. Barath menjatuhkan hukuman itu ke atas tiga warganegara Bangladesh, Rasouli Madani Mazieh, 39, Shiv Kumar Vats, 42, dan S M Nurul Islam, 56, serta tiga wanita tempatan, V. Krishnamah, 50, G. Letchumi, 51, dan V. Yogeswari, 30, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi.

Mahkamah turut memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara sehari, sekiranya gagal membayar denda itu.

Rasouli Madani dan Shiv Kumar didakwa bersama-sama gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan bagi mencegah dan mengawal apa-apa penyakit iaitu dengan duduk minum di sebuah kedai makan.

Perbuatan mereka itu merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 di Flat Pelangi Damansara, dekat sini, pada 2.30 petang, 16 Jan lepas.

S M Nurul pula didakwa telah gagal mematuhi arahan sama dengan menjalankan perniagaan kedai runcit melebihi tempoh had yang dibenarkan iaitu bermula 6 pagi hingga 8 malam yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 15 peraturan sama di sebuah kedai runcit di Damansara Damai, pada 8.50 malam, 13 Jan lepas.

Bagi Krishnamah, Letchumi dan Yogeswari, mereka didakwa bersama-sama telah gagal mematuhi arahan sama dengan bekerja di kedai nombor ekor di mana perniagaan tersebut tidak tersenarai dalam perkhidmatan perlu yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 4(1) peraturan sama di sebuah kedai nombor ekor di Taman Universiti, di sini pada 5 petang, 17 Jan lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Peraturan 16(1) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Zafirah Syed Mustapa memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap semua tertuduh.

Rasouli Madani dan Shiv Kumar yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan manakala empat lagi yang diwakili peguam S. Kailash memohon denda minimum. #sumber

Share:

Seorang Anggota Polis Marin Di Dakwa Atas 43 Pertuduhan Rasuah Bernilai RM146,350 !

 

IPOH – Seorang anggota polis marin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah bernilai RM146,350 antara Mei 2016 hingga Julai 2019.

Tertuduh, Koperal Zubairi Abdul Mutalib, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas sebagai Ketua Jentera Bot Ronda PSC 16 di Pangkalan Polis Marin, Kampung Acheh, Sitiawan didakwa menerima wang antara RM150 hingga RM4,750 daripada Lim Mee Lan melalui pindahan wang melalui akaun Ambank wanita terbabit.

Suapan itu diterima sebagai dorongan untuk tertuduh tidak mengambil tindakan terhadap 18 buah bot nelayan yang dikatakan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di Maybank Berhad Cawangan Sitiawan di Sri Manjung antara 1 Mei 2016 hingga 30 Julai 2019.

Tertuduh didakwa mengikut kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Aizad Fakhri.

Pada prosiding sama, bapa kepada dua anak itu turut didakwa dengan pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Nurul Wahida menawarkan jaminan sebanyak RM40,000 namun Muhamad Aizad memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan ke atas anak guamnya kepada RM5,000.

Hakim Priscilla Hemamalini kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Mahkamah turut menetapkan prosiding untuk baki pendakwaan ke atas tertuduh sebanyak 101 pendakwaan lagi didengar esok.

Tertuduh gagal membayar jaminan hari ini ekoran waktu yang suntuk dan dihantar ke lokap SPRM. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 3,585 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kemafian Direkodkan Hari Ini

 


PUTRAJAYA – Sebanyak 3,585 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 190,434 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,582 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 40,574 kes.

“Sebanyak 11 lagi kes kematian baharu dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini mencecah 700 kes.

“Terdapat 4,076 kes sembuh dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 149,160 kes,” katanya menerusi maklumat dikongsikan pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 280 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Tahap Pematuhan Tethadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 Di Pahang 97 Peratus

 


BENTONG – Tahap pematuhan orang ramai dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang mula dilaksanakan pada 22 Januari lalu di negeri ini amat baik iaitu pada kadar 97 peratus.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan oleh pihak polis terhadap individu yang didapati melanggar peraturan dan SOP ditetapkan.

“Jumlah kompaun yang dikenakan kepada individu di Pahang setakat ini adalah melibatkan 19 orang dan sebanyak lima premis dikompaun.

“Saya percaya ini (pematuhan lebih baik) kerana kita bukannya baru dalam menghadapi PKP kerana sebelum ini kita pernah merasa PKP,” katanya selepas meninjau Sekatan Jalan Raya (SJR) di Plaza Tol Bentong di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Jasvir Singh Ram Singh dan Ketua Polis daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar.

Menurut Mohd. Yusri, pada masa ini terdapat 34 SJR dilaksanakan di negeri Pahang melibatkan 695 petugas yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, setakat ini jumlah permit harian rentas negeri dan daerah yang telah diluluskan adalah sebanyak 2,263 permit daripada 2,348 permohonan.  #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 3,048 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Direkodkan Hari Ini

 


PUTRAJAYA – Sebanyak 3,048 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 186,849 kes.

Kementerian Kesihatan menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,040 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,076 kes.

“Terdapat 11 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 689 kes.

“Selain itu, sebanyak 3,638 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 145,084 kes,” kata ciapan tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 261 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 101 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Nafi Beliau 'Calon PM', Tok Mat Dakwa Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Daripada Covid-19

 

KUALA LUMPUR - Mohamad Hasan menafikan laporan berita konon beliau dipilih sebagai calon Perdana Menteri daripada gabungan Muafakat Nasional (MN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden UMNO itu menyifatkan penyebaran berita palsu lebih cepat berbanding penularan wabak Covid-19 sambil meminta orang ramai berhati-hati.

“Sila ambil maklum, ini adalah berita palsu (beliau dipilih calon Perdana Menteri MN). Berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding virus Covid-19, berhati-hatilah,” katanya yang memuat naik laporan berita palsu itu di Facebooknya.

Penafian itu turut memaklumkan isu calon perdana menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Laporan palsu itu yang disiarkan pada 22 Jan lalu turut mendakwa, MKT UMNO bersetuju menamakan Mohamad sebagai calon Perdana Menteri MN dan mendapat undian tertinggi berbanding calon lain. #sumber

Share:

Abdul Hadi Sifatkan 'Berbalah' Pasal Jawatan PM Ketika Covid-19 Melanda, Kerja Mengarut !

 


KUALA LUMPUR  -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan  perbalahan mengenai jawatan perdana menteri ketika negara berdepan pandemik COVID-19 sebagai perbuatan mengarut dan tidak peka dengan kesusahan yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

“Perkara yang tak patut kita buat pada masa ini, berbalah siapa nak jadi perdana menteri, nak lantik siapa perdana menteri.

“Suasana sebegini (ketika COVID-19) nak berbahas perkara itu (jawatan perdana menteri), nak cukup undi Parlimen, ini semua kerja-kerja mengarut. Tidak peka dengan wabak yang menimpa rakyat, ini mesti ditolak dan dicegah,” katanya dalam ucapan penangguhan webinar Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan? secara dalam talian di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata antara sebab perisytiharan darurat dibuat segera ialah bagi mengelakkan berlaku kemudaratan lebih besar di negara ini.

“Ada orang kata kenapa tidak dibincang dahulu, kita kena sedar bahawa darurat ini mudarat yang datang dengan segera, yang mesti dibendung dengan serta-merta, tidak boleh dibincang,” katanya,  menambah ada perkara yang boleh dibincangkan ketika darurat seperti tempoh tamat pelaksanaannya.

Pada 12 Jan lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau hingga ke suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. #sumber

Share:

Penjara Bentong Di Kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Di Perketatkan Bermula Hari Ini !

 


PETALING JAYA – Penjara Bentong dan kuarters kakitangannya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 8 Februari 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil ekoran berlaku peningkatan kes positif jangkitan Covid-19 di penjara tersebut.

“Sebanyak 615 kes positif Covid-19 telah direkodkan melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima lima ahli keluarga.

“Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam masa singkat dalam kalangan tahanan di penjara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat untuk memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

Menurut beliau, Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD di Penjara Bentong sama seperti diumumkan sebelum ini termasuk pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli keluarga tidak dibenarkan. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 3,346 Kes Positif Baharu Dengan Sebelas Kematian Direkodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,346 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 183,801 kes.

Angka kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 4,427 kes sekali gus lebih tinggi daripada kes baharu dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 141,446 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,339 kes adalah penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 41,677 kes.

“Terdapat 11 kes kematian dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 678 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 265 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Anwar Dakwa Jumlah Ahli Parlimen Bersetuju Tolak Darurat Saranan PN, 'Lebih' Mencukupi !

 


KUALA LUMPUR - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mendakwa jumlah ahli parlimen yang bersetuju untuk menolak cadangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan darurat "lebih daripada mencukupi".

Setakat ini kata Anwar ada antara 114 hingga 115 ahli parlimen yang sepakat mahukan darurat dibatalkan.

Kata presiden PKR itu lagi dengan jumlah berkenaan cukup untuk memohon perkenan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempertimbangkan usul tersebut dan memanggil sidang khas parlimen dengan segera.

"Sekarang telah mencecah 114 (atau) 115 yang menolak usul PN. Jumlah itu lebih daripada cukup menolak pandangan PN berhubung darurat, (ia) ditolak majoriti ahli Parlimen," katanya dalam program bual bicara Minda Profesor Negara hari ini.

Rabu lalu, Anwar mempertahankan tindakan pembangkang menulis surat kepada Agong untuk memohon perkenan baginda membenarkan parlimen bersidang ketika darurat.

Pada 14 Jan Anwar meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin, sebelum 31 Januari.

PH dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan mereka menghantar surat itu, manakala Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menghantar surat kepada ahli parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka.

Pengisytiharan darurat - yang dikritik parti kerajaan dan pembangkang - seperti disarankan PN membawa kepada penggantungan parlimen serta perlembagaan.

Justeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan darurat sebagai cara untuk dia terus berkuasa walaupun selepas kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Mungkin tak sampai 90

Bagi pihak yang mempertahankan darurat, mereka menyifatkan pandangan yang tidak selari dengan pengisytiharan darurat sebagai menderhaka kepada Agong.

Antaranya bekas setiausaha agung BN Annuar Musa yang mempertikaikan tindakan Ahmad, selain Pemuda PAS yang mendakwa Anwar mengajak ahli parlimen menderhaka.

Di sebalik jumlah yang besar mahukan darurat ditamatkan, Anwar mengakui keputusan mengenainya bergantung kepada ihsan Agong.

“Bagi saya, kalau tanya saya, sekarang jumlah mencukupi. Tapi kena tunggu ihsan dan budi bicara tuanku untuk mendapat makluman lanjut,” katanya.

Anwar turut berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga sedang berbincang mengenai usul darurat itu.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui hasil perbincangan GPS itu.

“Saya tak tahu apakah keputusannya tetapi ternyata kalau ini berlaku. Maknanya yang komited betul mendokong darurat dan penggantungan parlimen itu tak mungkin sampai 90 ahli parlimen, ataupun jauh lebih rendah,” katanya. #sumber

Share:

Wan Rosdy: PKP, Penghantaran Bantuan Banjir Pahang Hanyalah Di Pusat Penyerahan Sahaja !

 

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang menetapkan semua penghantaran bantuan bencana banjir dari luar hanya boleh dilakukan di pusat penyerahan di sempadan negeri iaitu Bentong, Rompin dan Kuantan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ketetapan itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) semalam, dan turut mensyaratkan mereka yang mahu menghantar bantuan mendapat kebenaran rentas negeri daripada polis serta kelulusan sistem ebanjir.gov.my.

"Mereka tidak dibenarkan menghantar barangan itu secara terus ke lokasi atau bertemu mangsa banjir, sebaliknya pengagihan bantuan bencana itu akan dilaksanakan pusat kawalan operasi banjir (PKOB) negeri dan daerah.

"Pergerakan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dari Pahang bagi gotong-royong pasca-banjir masih dibenarkan dengan syarat jumlah peserta terhad antara 10 hingga 15 orang sahaja, selain perlu mendapat kelulusan yang disyaratkan JKKN," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan melaksanakan PKP bagi membendung penularan COVID-19 di Pahang berkuat kuasa semalam, dua hari selepas Pahang pulih sepenuhnya daripada bencana banjir menyebabkan banyak pihak berminat membantu menghulur bantuan pasca-banjir.

Selain itu, Wan Rosdy berkata sepanjang tempoh PKP hingga 4 Feb ini, pasar malam dibenar beroperasi mulai 4 petang hingga 10 malam dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat seperti kawalan laluan masuk, setiap kanopi dijarakkan satu meter dan penjual atau pengunjung bergejala dilarang memasuki tapak perniagaan.

Katanya, kebenaran beroperasi juga diberikan kepada kompleks beli-belah bermula 10 pagi hingga 10 malam kecuali kepada perniagaan berbentuk hiburan dan permainan termasuk kiddie ride, boling, panggung wayang, karaoke, kafe siber, spa dan salon serta pusat urut.

ADVERTISEMENT

"Bagaimanapun, laluan masuk perlu dihadkan bagi mengawal bilangan pengunjung. Pelanggan tidak dibenarkan mencuba (fitting) pakaian dan kasut melainkan dengan penggunaan plastik atau stokin pakai buang, selain tiada pemulangan dibenarkan kepada produk yang telah dibeli," katanya.

Pihak berwajib juga perlu menyediakan cecair pembasmi kuman, tisu dan tong sampah di setiap lokasi mesin pengeluaran wang (ATM) serta pintu masuk kompleks beli-belah, dengan kompleks yang didapati mempunyai kes positif COVID-19 akan ditutup tiga hari bagi tujuan pembersihan.

Walaupun dibenarkan beroperasi, Wan Rosdy menegaskan bahawa kanak-kanak di bawah 12 tahun tidak dibenarkan mengunjungi kompleks beli-belah, pasar malam, pasar raya, pasar tani, pasar borong dan tempat tumpuan orang ramai.

Katanya, beberapa aktiviti ekonomi seperti bazar larut malam, car boot sales, kelas muzik, tarian, seni dan bahasa adalah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP di Pahang.  #sumber

Share:

Tular Berita Kematian Pelawak Jamali Shadat Adalah Palsu, Anak Dakwa Bapanya Kini Sihat

 

KLANG – Berita kematian pelawak terkenal, Datuk Jamali Shadat,78, yang tular di media sosial adalah palsu.

Anak lelakinya, Sazli berkata, bapanya masih berada dalam keadaan sihat di rumah.

“Berlegar berita palsu pasal bapa saya, Tok Jamali meninggal dunia.

“Harap dapat diperbetulkan berita palsu yang tersebar,” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Tangkap layar akaun Facebook Sazli Jamali yang menafikan bapanya meninggal dunia.
Terdahulu tular di media sosial pagi ini berita kematian Jamali yang sebelum ini terbaring dalam keadaan uzur.

Sementara itu, penyanyi kumpulan Lefthanded, Datuk Nash atau nama sebenarnya Nashrudin Elias ketika dihubungi menzahirkan perasaan kesal terhadap pihak tertentu yang menularkan berita palsu itu.

Ujarnya, sejak berita itu tersebar didapati ramai individu dan pihak menghubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagi mengetahui kedudukan sebenar berhubung perkara itu.

“Saya ada menghubungi keluarga Jamali bagi mendapatkan kepastian mengenainya dan mereka (pihak keluarga) tidak mahu isu ini diperbesarkan kerana pelakon veteran itu masih hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM), Datuk Malik Ridzuan berharap pengguna media sosial lebih peka dan tidak menyebarkan berita yang belum diketahui kesahihannya.

“Siasat dahulu dengan ahli keluarganya sama ada betul atau tidak berita tersebut. Sudah pasti baharu kongsi,” katanya. #sumber

Share:

Masjid Kampung Pagar Lama 'Usia 200' Tahun Tetap Utuh Walau Banjir Besar Terjadi Di Lipis

 

LIPIS – Walau sebesar mana banjir yang berlaku di daerah ini sehingga ‘menimbulkan’ bangkai kapal berusia kira-kira 200 tahun yang tertanam di dasar sungai, namun sebuah masjid lama yang telah ditinggalkan tetap teguh.

Masjid Kampung Pagar Lama yang dikatakan berusia 200 tahun dan menjadi pusat dakwah Islam di negeri ini masih kukuh walaupun berkali-kali ditenggelami banjir setiap tahun.

Penghulu Kampung Penjom, Azhar Ismail berkata, masjid yang dipercayai dibina sekitar tahun 1800 itu masih kukuh dan diperbuat daripada kayu jenis merbau.

“Berdasarkan cerita, sebanyak empat batang pokok merbau digunakan bagi membina masjid itu menggunakan kaedah pasak tanpa paku.

“Masjid ini yang ditinggalkan pada 1971 selepas banjir besar yang menyebabkan penduduk berpindah ke kampung baharu masih lagi kukuh pada struktur tiang dan mempunyai lantai serta bumbung, cuma ada bahagian dinding sahaja yang telah dipaku tercabut,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini penduduk di sekitar daerah ini digemparkan dengan penemuan bangkai kapal British abad ke-19 yang terdampar di tepi Sungai Lipis berhampiran Kampung Pagar selepas banjir surut.

Susulan itu pihak Jabatan Warisan Negara telah mengambil bangkai kapal berkenaan untuk melakukan penelitian dan kajian mengenai sejarah kapal yang tertulis British Vivian & Sons ­Shea­ting itu.

Menurut Azhar, masjid berkenaan yang menyerupai reka bentuk masjid di sebuah kampung di Pekan merupakan tempat dakwah dan syiar Islam oleh Kadi Besar Pahang kedua, Ibrahim Hurairah yang meninggal dunia pada 1918.

Katanya, kubur kadi berkenaan terdapat di sebelah masjid berkenaan bersama banyak lagi kubur termasuk kubur-kubur pahlawan seperti Pahlawan 7 Lapis yang kesemuanya ditandakan dengan ‘batu hidup’.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan berbincang de­ngan pihak berkaitan untuk membaik pulih masjid yang menjadi syiar Islam tersebut. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 4,275 Kes Positif Baharu Dengan Tujuh Kematian Di Rekodkan Hari Ini

 

PUTRAJAYA – Pecah rekod sekali lagi apabila kes harian negara melonjak kepada angka 4,275 kes hari ini, sekali gus tertinggi dilaporkan menjadikan sebanyak 180,455 kes di Malaysia.

Pada masa sama, kes sembuh merekodkan sebanyak 4,313 kes iaitu lebih tinggi daripada kes baharu dan angka itu juga tertinggi dilaporkan setakat ini dan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 137,019 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 4,264 kes adalah penularan tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 42,769 kes.

“Tujuh kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 667 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 260 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 103 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Polis: Guru Wanita Kerugian RM27,550 Di Percayai Di Tipu Dek Sindiket Macau Scam

 

KUANTAN - Seorang guru wanita kerugian RM27,550 dipercayai ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Dalam kejadian Rabu lalu, mangsa berusia 57 tahun dari Raub, di sini, dihubungi seorang individu mendakwa pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) Pahang di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek mendakwa mangsa mempunyai akaun dari UOB Bank yang digunakan untuk aktiviti pengubahan wang haram.

"Selepas dimaklumkan mengenai perkara itu, mangsa terkejut kerana tidak mempunyai akaun di bank berkenaan.

"Suspek kemudian memberitahu mungkin ada individu lain menggunakan maklumat mangsa untuk membuat akaun tanpa pengetahuan dan kehadirannya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Wazir berkata, suspek kemudian menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah itu secara dalam talian, sebelum mangsa diminta menyerahkan maklumat dua akaun banknya serta nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) kepada suspek.

"Mangsa yang keliru terus saja mengikut arahan suspek, namun semalam membuat semakan di dua bank itu mendapati wang disimpannya berjumlah RM27,550 lesap dipindahkan ke dalam akaun yang tidak dikenali," katanya.

Beliau berkata, mangsa cuba menghubungi suspek namun mendapati talian sudah disekat, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, semalam.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan polis sedang mengesan nombor digunakan suspek serta pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu," katanya. #sumber

Share:

Wan Rosdy: Sila Daftar ebanjir.gov.my Untuk Sertai Misi Bantuan Kemanusiaan Di Pahang

 

KUANTAN - Permohonan untuk penghantaran bantuan kemanusiaan dari luar Pahang sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dibuat menerusi sistem ebanjir.gov.my, selain mendapat kebenaran rentas negeri daripada polis.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pusat penerimaan bantuan ditetapkan di Bentong, Rompin dan Kuantan.

Katanya, pengagihan bantuan akan dilaksanakan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) negeri dan daerah.

"Kerajaan negeri membenarkan pergerakan rentas daerah bagi badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan Pahang bagi kerja gotong-royong pasca banjir di daerah yang memerlukan sahaja.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
"Jumlah sukarelawan dibenarkan seramai 10 hingga 15 orang sahaja bagi satu NGO atau agensi.

"Permohonan perlu dibuat melalui ebanjir.gov.my dan kebenaran rentas daerah daripada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi operasi perniagaan di kompleks beli-belah dan premis perniagaan, beliau berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diwajibkan dalam usaha menyekat penularan wabak COVID-19.

Katanya, pematuhan itu membabitkan pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal satu meter, penyediaan cecair pensanitasi tangan dan penggunaan aplikasi MySejahtera.

"Peniaga dan pelanggan yang bergejala seperti batuk, demam dan selsema dilarang mengunjungi kompleks beli-belah dan pasar malam.

"Kompleks beli-belah boleh dibuka dan waktu operasi perniagaan dari 10 pagi hingga 10 malam dengan dikehendaki mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Mengehadkan laluan dan pintu masuk ke kompleks untuk mengawal jumlah pengunjung yang terlalu ramai hingga menyebabkan kesesakan dan sukar dikawal," katanya.

Wan Rosdy berkata, penggunaan lif dihadkan mengikut keluasan dan mesti dibuat penandaan jarak satu meter antara pengguna.

Katanya, pelanggan tidak dibenarkan mencuba sebarang pakaian dan kasut melainkan dengan penggunaan plastik dan stokin pakai buang.

"Pelanggan juga tidak dibenarkan membuat penukaran/pemulangan semula pakaian yang dibeli," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan memasuki kompleks beli-belah, pasar raya, pasar tani, pasar malam, pasar borong, pasar harian dan tempat tumpuan yang sesak.

"Diharapkan segala ketetapan oleh kerajaan negeri ini dapat dipatuhi, demi usaha kita bersama-sama dalam menangani dan mengatasi pandemik COVID-19 ini," katanya. #sumber

Share:

JAWI Dan JAKIM Teruskan Misi Bantu Mangsa Banjir Di Pahang

 

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meneruskan Misi Bantuan Kemanusian bagi membantu mangsa banjir di Pahang.

Misi bantuan ini turut diadakan secara kerjasama dengan Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak serta pasukan sukarelawan RINTIS (Rescue In Team Insan Sejahtera) 3.0, JAWI Food Bank dan beberapa badan kerajaan (NGO) lain.

Misi penghantaran sumbangan kali ini membabitkan konvoi 12 kenderaan dengan penyertaan seramai 24 sukarelawan.

Majlis pelepasan program ini disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), misi bantuan itu membawa bantuan makanan keperluan asas seperti beras, tepung, gula dan minyak masak.

Katanya, bantuan juga membabitkan keperluan harian seperti tilam, bantal, dan sejadah bernilai RM78,000 untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

"Konvoi pasukan sukarelawan itu dijangka membuat serahan sumbangan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Temerloh Pahang yang akan disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

"Bantuan kemanusiaan ini adalah siri keempat dilaksanakan JAWI bersama masjid Wilayah Persekutuan dan rakan strategik, selepas misi sama yangdilaksanakan di Pahang dan Kelantan pada minggu lalu melalui sumbangan barangan keperluan asas dan harian bernilai RM275,000," katanya. #sumber

Share:

Masjid, Surau Di Pahang Sediakan Ruang Khas Bagi Penduduk Kembali Dari Luar Dan Musafir

 

KUANTAN - Penduduk Pahang yang keluar dan kembali semula ke negeri ini serta individu yang bermusafir dari luar Pahang, diwajibkan menggunakan ruang khas solat dalam tempoh 10 hari sekiranya mahu menunaikan solat fardu dan solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali berkata pihaknya telah mengarahkan pentadbiran masjid dan surau di negeri ini, supaya menyediakan ruang khas bagi membolehkan individu terbabit menunaikan solat Jumaat dan fardu.

Beliau berkata arahan itu berkuat kuasa bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pahang yang bermula hari ini sehingga 4 Feb, dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Solat Jumaat dibenarkan dengan bilangan jemaah ditentukan berdasarkan kapasiti ruang solat yang dibuka oleh pihak masjid negeri, daerah, kariah dan surau kebenaran Jumaat,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web rasmi JAIP hari ini.

Bagi solat fardu, Zulkifle berkata jemaah dilarang berganjak atau berubah tempat duduk semasa melaksanakan amalan sunat selepas waktu solat Maghrib sehingga Isyak.

“Setiap jemaah wajib mengimbas suhu badan dan merekod kehadiran melalui QR Code MySejahtera dan Moveon (PhgGo) sahaja, yang disediakan di pintu-pintu masuk selain membawa sejadah sendiri bersaiz besar dan memakai pelitup muka dengan sempurna, sepanjang berada di masjid termasuk ketika mendirikan solat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata individu yang bergejala dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan melaksanakan solat Jumaat dan fardu, dalam tempoh PKP itu.

ADVERTISEMENT

Zulkifle turut memaklumkan, aktiviti pengajian ilmu hanya dibenarkan di masjid selepas solat Subuh serta antara waktu Maghrib dan Isyak sahaja, manakala penceramah dari luar Pahang serta aktiviti jamuan selepas pengajian tidak dibenarkan.

Katanya majlis akad nikah di masjid dan surau dalam tempoh berkenaan juga tidak dibenarkan, manakala permohonan kebenaran berkahwin luar negeri dan negara ditangguhkan.

“Majlis akad nikah bagi pasangan pengantin dalam negeri Pahang hendaklah dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah sahaja dan bagi pasangan pengantin yang berlainan daerah, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran rentas daerah.

“Bagi pasangan pengantin luar negeri ini, mereka perlu mendapatkan kebenaran rentas negeri serta mengemukakan keputusan ujian RTK Ag COVID-19, yang dibuat dalam tempoh 72 jam daripada waktu pelaksanaan majlis akad ketika memasuki Pejabat Agama Islam Daerah,” katanya.

Sementara itu, kursus Pra Perkahwinan dan Taklimat Khas Perkahwinan (TKP) secara bersemuka turut ditangguhkan dan peserta dibenarkan mengikuti kursus berkenaan secara dalam talian, yang dianjurkan oleh pihak yang telah dibenarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri lain. #sumber

Share:

Covid-19: Sebanyak 3,631 Kes Positif Baharu Dan Lapan Belas Kematian Di Rekod Hari Ini !

 

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,631 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 176,180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,625 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 42,814 kes.

“Sebanyak 18 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 660 kes.

“Terdapat 2,554 kes sembuh turut dicatatkan dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 132,706 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 251 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 102 kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber

Share:

Gesa Zahid Berundur, Tajuddin Pula Di Minta Beri Laluan Kepada YB Shahar Di Paya Besar

KUANTAN - Selepas kenyataan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmaf Zahid Hamidi mrlepaskan jawatan, terkini seorang netizen pula meminta beliau meletakkan jawatan pula.

Netizen yang menggunakan nama Nazree Rahim menggesa Tajuddin melepaskan jawatan bagi memberi laluan pemimpin muda iaitu YB Shahar Abdullah untuk memimpin UMNO bahagian itu.

"Tajuddin ni pun patut berundur. Jadi Ketua UMNO Paya besar pun tak ada fungsi. Lebih baik serah jawatan tu pada YB Shahar Abdullah MP Paya Besar. Nampak YB shahar jauh lebih bagus dari Tajuddin ni. Time banjir muka tajuddin ni tak nmpk.  Dah tua sangat tu. Elok berundur juga .," kata kenyataan komen beliau di group facebook Warga Kuantan berkenaan isu ini.

Nama Tajuddin sebenarnya sudah hilang dari radar politik UMNO Paya Besar. Malah beliau pernah dikatakan mahu berhijrah ke parti lain sebelum ini. Namun selepas mantan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail dan ADUN Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh meninggal dunia tiba-tiba nama beliau muncul semula.

Shahar pula adalah Ahli Parlimen Paya Besar yang juga merupakan Timbalan Menteri Kewangan II di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional, sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. 

Ramai ahli akan umbi UMNO Paya Besar mahu YB Shahar memimpin bahagian itu agar boleh menarik lebih ramai anak muda bersama parti itu menjelang PRU-15 tidak lama lagi. UMNO kehilangan kerusi DUN Panching kepada PAS pada PRU-14 lalu.# PahangDaily

Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.