script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bilangan Mangsa Banjir Di Pahang Kini Terus Meningkat Kepada 18,400 Orang Petang Ini !

 

KUANTAN - Bilangan mangsa banjir di Pahang terus melonjak kepada lebih 18,400 orang setakat pukul 5. 00 petang tadi berbanding 15,000 orang semalam.

Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah tersebut membabitkan lebih 4,900 keluarga yang ditempatkan di 237 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut sumber itu, Maran masih mencatat angka tertinggi 4,547 mangsa membabitkan 1,297 keluarga.

Daerah Kuantan pula merekodkan kedua tertinggi 2,947 orang melibatkan 775 keluarga, diikuti Temerloh 2,584 mangsa daripada 691 keluarga.

Sementara itu, 632 keluarga melibatkan 2,433 mangsa di daerah Lipis serta 635 keluarga di Raub membabitkan 2,345 orang.

Jerantut merekodkan 1,966 mangsa daripada 466 keluarga, diikuti Rompin 966 mangsa melibatkan 250 keluarga serta Pekan 309 orang (80 keluarga).

Dalam pada itu, daerah Bera dan Bentong masing-masing 196 dan 166 mangsa melibatkan 50 serta 27 keluarga.

Bilangan mangsa dijangka terus meningkat berikutan sungai-sungai utama telah melepasi paras bahaya serta keadaan cuaca tidak menentu di beberapa kawasan. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.