script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Covid-19: Sebanyak '3,170 Kes Positif Baharu' Dengan Dua Belas Kematian Di Rekod Hari Ini

 

PUTRAJAYA  -- Sebanyak 16 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 11 daripadanya adalah kluster di tempat kerja sementara 3,170 kes baharu direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster di tempat kerja membabitkan dua di Kuala Lumpur iaitu Kluster Jalan Terolak dan Kluster Pasar Borong KL; di Johor melibatkan Kluster Seri Bayu, Kluster Tampoi Tujuh dan Kluster Jalan Sempadan serta Kluster Kota Muhibbah dan Jalan Slim masing-masing di Perak.

Juga kluster di tempat kerja adalah Kluster Silimpopon dan Ladang Sebrang (Sabah); Kluster Orion di Kedah serta Kluster Jalan Canang Emas di Selangor.

“Kluster aktiviti keagamaan pula Kluster Taman Sejahtera di Perak, sementara kluster kumpulan berisiko adalah Kluster Mandin Jaya (Pulau Pinang) dan Kluster Jalan Kelapa (Selangor) serta dua kluster jangkitan komuniti ialah Kluster Kampung Tanah Merah (Terengganu) dan Kluster Gunung Raya (Kedah),” katanya.

Bercakap pada sidang media perkembangan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, beliau berkata pengesanan kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster kini 701 dengan 327 kluster yang masih aktif.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 3,170 kes baharu hari ini, 3,162 kes adalah jangkitan tempatan manakala lapan kes import, menjadikan menjadikan jumlah kes aktif mencecah 41,755.

ADVERTISEMENT

Beliau berkata Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 576, diikuti Selangor (545), Johor (423), Sabah (401), Perak (245), Pulau Pinang (171), Kedah (156), Kelantan (135), Sarawak (132), Melaka (106) dan 102 kes di Negeri Sembilan.

“Baki negeri lain pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu dengan 57 kes, Pahang (48), Putrajaya (33) manakala Labuan 32 kes serta Perlis dengan lapan kes,” katanya.

Dr Noor Hisham juga berkata terdapat 260 kes positif COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripada mereka, memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini dan semuanya merupakan warganegara, yang berumur lingkungan 47 hingga 84 tahun dengan latar belakang berpenyakit, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 642 kes.

Kes kematian itu melibatkan empat mangsa di Johor, tiga di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,490 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 130,152 kes atau 75.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.