script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Ismail Sabri: Kabinet Buat Keputusan Tak Haramkan Vape !


PETALING JAYA: Kabinet pada Jumaat memutuskan untuk tidak mengharamkan rokok elektronik atau vape.
"Ini berita baik kepada pengguna vape, pembuat perisa vape dan penjual vape. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan vape. Terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan yang memahami aspirasi belia," kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Facebooknya pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan mempertimbangkan untuk mengharamkan vape.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kementeriannya sedang meneliti daripada sudut undang-undang untuk mengguna pakai pelbagai akta sedia ada bagi membolehkan tindakan tersebut dilaksanakan.
Pada Ogos lepas, menteri kesihatan itu menasihati pengguna shisha dan vape, supaya berhenti menggunakannya buat sementara waktu sehingga keputusan mengenai risikonya diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi.
Rokok elektronik adalah alat yang menggunakan bateri untuk menghidupkan atomizer yang kemudian memanaskan cecair untuk menghasilkan wap yang mengandungi nikotin. #sumber
Share:

Bank Negara, Boleh "Ambil Tindakan Sivil" Ke Atas 1MDB !


PETALING JAYA: Kumpulan 25 Melayu Terkemuka (G25) meminta Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil tindakan sivil ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tanpa melibatkan Jabatan Peguam Negara.
Ia berkata, bank negara "berkeupayaan di bawah kuasanya" untuk mengambil tindakan terhadap 1MDB secara bebas daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) di bawah Seksyen 239 Akta Perkhidmatan Kewangan.
"Memandangkan tindakan bank negara setakat ini adalah di bawah kuasanya dengan mengambil tindakan sivil, Bank Negara boleh bertindak secara bebas tanpa rundingan atau sebarang penglibatan Peguam Negara."
G25 berkata, walaupun keputusan terhadap tindakan jenayah hanya boleh dilakukan oleh AGC, tindakan yang boleh dicadangkan ialah BNM melakukan tindakan sivil kerana ia tidak mematuhi arahan bank dan memohon perintah mahkamah di bawah akta tersebut.
Menurut G25, sekiranya 1MDB tidak mematuhi perintah mahkamah, BNM akan dapat memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap 1MDB.
"Pakar perundangan telah mengesahkan bahawa keperluan untuk tindakan sivil adalah sesuai dan hanya timbul kereana Peguam Negara telah memutuskan tiada alasan untuk mendakwa dan menafikan permintaan BNM supaya kes itu dikaji semula dan diteliti semula," tambahnya.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi sebelum ini berkata, pihaknya memutuskan tidak mengambil tindakan terhadap 1MDB, berhubung kesalahan membuat pendedahan tidak tepat bagi mendapat kebenaran pelaburan, kerana walaupun BNM membuat rayuan semakan semula, ia tidak memberi sebarang bukti tambahan.
Berikutan ini, BNM menarik balik tiga kebenaran pelaburan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang, dan memerintahkan syarikat milik kerajaan itu memulangkan wang pelaburan luar negara berjumlah AS$1.83 bilion (RM7.87 bilion).
G25 berkata, walaupun wang itu sudah dibelanjakan, tidak ada sebab rancangan penghantaran balik tidak boleh dikemukakan kepada bank pusat itu.
Tambahnya, mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan, BNM mempunyai pilihan mengambil tindakan selanjutnya untuk memaksa 1MDB mematuhi arahannya.
"Demi kepentingan negara dan dalam menjalankan kuasanya dengan adil, Bank Negara Malaysia mesti melaksanakan langkah seterusnya dengan mengambil tindakan yang perlu di bawah undang-undang," kata G25. ." #sumber
Share:

Penemuan "Emas Di Lombong Bauksit" Pula Di Dedahkan !!


KUANTAN: Orang ramai kecoh apabila ada pendedahan yang dibuat mengatakan terdapatnya emas di kawasan perlombongan bauksit di sini sekarang. Pendedahan bergambar itu telah dibuat oleh seorang individi bernama Dr.Amirul Amin di laman semang sosia facebook baru-baru ini.

Antara lain kenyataan beliau pada posting terseiut ialah "Bauksit di Kuantan di lombong untuk mendapatkan Emas yang ada di situ. Patutlah projek tersebut tidak dihentikan kerana banyak lagi emas yang ingin di korek untuk permintaan China..".



Pendedahan beliau telah menjadi viral kerana ia disertakan sekali dengan beberapa keping gambar yang berkenaan. Sebelum ini kami ada mendengar berita penemuan berbagai logam selain bauksit di kawasan perlombongan berkenaan. 



Namun, pendedahan yang dibuat oleh beliau ini pasti panas dan mengejutkan semua pihak. Ternyata apa yang dikhabarkan sebelum ini telah menjadi kenyataan. Soalnya, apakah benar emas menjadi punca utama kenapa pihak kerajaan gagal menangani aktiviti perlombongan bauksit secara berhemah?. 



Semua ini menimbulkan persoalan yang cukup memusykilkan ramai pihak sekarang ini. Jika benar, dakwaan ada emas maka sudah pastilah aktiviti ini akan diteruskan untuk tempoh yang agak lama sebenarnya. 



Apapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh Kerajaan Negeri Pahang atas perkembangan terbaru ini. #sumber
Share:

CAP Gesa Kerajaan "Haramkan" Penggunaan E-Rokok Vape !


GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata rokok elektronik atau vape semakin popular dalam kalangan remaja negara ini dan murid sekolah rendah turut tidak terkecuali.

Katanya aduan daripada ibu bapa dan guru beberapa sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan pada jumlah pengguna vape.

"Sudah ada keperluan mengharamkan penjualan vape kerana ia mampu menarik lebih ramai belia mencubanya dan ketagih," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak merancang untuk mengharamkan atau mengawal vape.




Mohamed Idris berkata berbeza dengan jualan rokok yang mengenakan had umur pembelinya, tiada sekatan umur bagi membeli e-rokok dan ini boleh menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dan belia membeli dan menggunakan vape.

"E-rokok sudah diharamkan di Singapura, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki. Kelewatan mengharamkannya di negara ini adalah sukar difahami," katanya.

Bagaimanapun, Mohamed Idris berkata e-rokok dipromosikan sebagai alternatif sihat berbanding menghisap rokok tetapi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok.

Menurut WHO e-rokok belum terbukti terapi terbaik menggantikan nikotin, katanya.

"Di Malaysia, e-rokok dipasarkan sebagai peranti berhenti merokok yang berkesan dan dijual dengan harga antara RM50 dan RM90 manakala bahan cecairnya dalam botol dijual antara RM10 dan RM20," katanya.

Menurutnya e-rokok kini mudah diperoleh di kebanyakan kedai dan ada yang menjualnya secara terbuka di pasar malam. #sumber
Share:

Persatuan Mahu, "Tambang Bas Ekspres" Naik 20 Peratus !


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (Pembawa) mencadangkan kerajaan supaya menaikkan kadar tambang bas ekspres sebanyak 20 peratus.

Presidennya Tajudin Mohd Yunus berkata kerajaan perlu berbuat demikian kerana kadar tambang bas ekspres tidak dinaikkan sejak hampir lapan tahun lepas walaupun kos operasi semakin meningkat.

Beliau berkata demikian dalam surat yang ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, yang diedarkan kepada media di sini.

Menurutnya Pembawa meminta kenaikan kadar tambang bas ekspres antara RM3 dan RM5 bagi satu perjalanan, dan berharap kerajaan menimbang cadangan Pembawa kerana kadar tambang perkhidmatan Transit Aliran Ringan, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan tol juga dinaikkan baru-baru ini. #sumber
Share:

Fitnah: Perdana Menteri Menerima Permohonan Maaf Nizar


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima permohonon maaf bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwa atas tuduhan memfitnah beliau.

"Saya terima permohonan maaf Datuk Seri Nizar Jamaluddin atas fitnah beliau terhadap saya. Islam menuntut umatnya tidak menfitnah atau sebarkan dusta," katanya menerusi catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau pada Khamis.

Semalam, Mohammad Nizar yang didakwa atas tuduhan memfitnah Najib, telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak selepas beliau memohon maaf secara terbuka kepada Najib.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membuat keputusan itu selepas Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak Yusaini Amer Abdul Karim memaklumkan bahawa perdana menteri bersetuju kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.





Mohammad Nizar, 58, yang beralamat di Sungai Rokam di sini, didakwa memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini antara 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu didakwa mengetahui bahawa tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib. #sumber
Share:

Daing Nasir: "Pengurangan Bajet" Latih IPTA, Lebih Efisien !


KUANTAN: Pengurangan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam Bajet 2016 dilihat mampu melatih pihak universiti supaya lebih efisien dalam melaksanakan program masing-masing.

Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim (foto) berkata pengurangan tersebut dilihat satu cabaran untuk IPTA bertindak lebih kreatif bagi memajukan sektor pendidikan tinggi negara dalam merealisasikan pelan strategik universiti mengikut perancangan.

"Kita perlu bersyukur kerana kerajaan masih mampu mengeluarkan bajet yang membolehkan universiti terus beroperasi dengan berkesan.

"Untuk UMP sendiri, pemberian status autonomi pada bulan lepas merupakan antara pengupaya utama transformasi dalam menjadikan universiti ini lebih kompetitif untuk menjana pendapatan sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurut Daing, pemberian status autonomi itu juga membuktikan keupayaan UMP emikul tanggungjawab dalam beberapa aspek tertentu dengan penuh berintegriti antaranya tadbir urus institusi, kewangan, sumber manusia dan akademik.

UMP katanya juga telah melaksanakan perbelanjaan berhemat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggunakan kemudahan guna sama serta mengamalkan beberapa inisiatif penjanaan sumber dalaman sendiri.

Selain itu, inisiatif MyGift UMP juga diperkenalkan dalam melaksanakan endowmen dan tabungan sebagai dana bagi mengadakan pelbagai aktiviti seperti penyelidikan serta menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang.

Katanya, amalan berjimat dan usaha menjana kewangan itu dilaksanakan bagi  memastikan universiti tidak perlu menaikkan yuran pengajian.

Beliau percaya menerusi budaya endowmen itu boleh memupuk amalan menyumbang dan kurang bergantung kepada kerajaan serta dapat memberi bantuan biasiswa atau sokongan kepada aktiviti penyelidikan dan inovasi.#sumber
Share:

Pua Perlulah Letak Jawatan PAC Untuk Debat Dengan Arul !


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua perlu letak jawatan jika mahu mencabar Arul Kanda Kandasamy untuk muncul secara langsung bagi menjawab dakwaan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau yang menyokong perdebatan antara Pua dan Presiden 1MDB itu berkata, ia bagi mengelak konflik berkepentingan kerana Pua yang juga setiausaha publisiti DAP terlibat dalam siasatan ke atas 1MDB.
"Dia (Pua) kena letak jawatanlah. Kalau tidak nanti ada konflik berkepentingan. Dia menganggotai PAC.
"Sebab dia penyiasat (kes 1MDB), jadi tak bolehlah. Dia mesti jadi neutral, kena letak jawatan dahulu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Cabaran Pua itu disambut baik oleh Arul namun turut meminta Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu terlebih dahulu  meletak jawatan dalam PAC.
"Dia (Pua) boleh keluar dari PAC dan debatlah. Kenapa perlu nak debat kalau dia masih anggota PAC," kata Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas.
Bagaimanapun, Nazri menyifatkan tindakan Arul mencabar Pua meletakkan jawatannya dalam PAC bukan satu penghinaan terhadap Parlimen.
"Bukan menghina Parlimen. Dia (Pua) yang hendak ajak debat. Arul kata boleh debat tapi dia berhentilah dari PAC dahulu, betullah tu.
"Mana ada menghina. Banyak kali orang minta saya letak jawatan sebagai Ahli Parlimen, tak menghina pun," katanya.
Dilaporkan Pua berkata, beliau sendiri akan menjadi hos kepada program temubual itu dan bertanyakan soalan, selain memberikan 'seberapa banyak masa dan peluang yang ada untuk Arul menjawab soalan-soalan itu'.
Pua adalah ahli PAC yang menyiasat 1MDB yang mana prosidingnya sebelum ini ditangguhkan selepas empat  anggotanya, termasuk bekas pengerusi, Datuk Nur Jazlan Mohamed, dilantik menganggotai barisan Kabinet dalam rombakan baru-baru ini. #sumber
Share:

1MDB: Tidak Perlu Letak Jawatan, Hanya Untuk 'Temubual !


KUALA LUMPUR: Tony Pua berkata permintaan Arul Kanda Kandasamy supaya beliau meletak jawatan sebagai anggota dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum menjawab soalan mengenai 1Malaysia Development Berhad dalam 'temubual secara langsung' tidak masuk akal.

"Saya tidak terkejut dengan kenyataan Arul Kanda itu. Ia tidak masuk akal," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

"Majoriti (anggotanya) adalah dari BN. Malah pengerusi baharu telah menyatakan bahawa mereka tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengeluarkan saya daripada PAC," kata Pua dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Pada Khamis, Arul Kanda bersetuju menyahut cabaran Pua untuk muncul dalam satu temubual secara langsung bagi melenyapkan sebarang dakwaan yang dibuat terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Presiden 1MDB itu berkata beliau hanya akan berbuat demikian jika Pua meletak jawatan dalam PAC bagi mengelak berlakunya sebarang konflik kepentingan.

"Ia benar-benar tidak relevan. Saya boleh bertanya soalan yang sama di luar PAC dan dia boleh menjawabnya," kata Pua.

Beliau berkata tawaran untuk bertemu Arul Kanda secara langsung di TV masih diteruskan dan beliau berjanji untuk bertindak profesional.

"Saya akan menjaga kesopanan awam. Saya tidak akan menggunakan tangan atau apa-apa saja. Takkanlah dia mahu lepaskan peluang ini untuk memalukan saya?" katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengulas kenyataan Arul Kanda dan berharap isu 1MDB akan diselesaikan tidak lama lagi.

"Saya berharap dengan jawapan beliau itu, orang ramai tidak akan membuat sebarang anggapan berniat jahat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Khamis.

Pua yang juga setiausaha publisiti DAP mendakwa jawapan yang diberikan Arul dalam temuramah secara langsung di Bernama TV hanyalah jawapan 'kitar semula' dan 'tidak mendekatkan rakyat Malaysia dengan kebenaran' mengenai isu itu.

Pua berkata, beliau sendiri akan menjadi hos kepada program temubual itu dan bertanyakan soalan, dan akan memberikan Arul 'seberapa banyak masa dan peluang yang ada dan untuk menjawab soalan-soalan itu'. #sumber
Share:

DAP Persoal RoS Masih Jalankan Siasatan Pemilihan Parti !


KUALA LUMPUR: DAP  mempersoalkan tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang masih menjalankan siasatan terhadap keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu pada 2013 walaupun ia telah mengadakan pemilihan semula.

Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke berkata, siasatan itu masih dijalankan sehingga berlarutan selama dua tahun sedangkan tempoh CEC adalah tiga tahun.

"Tempoh CEC akan berakhir tahun depan tetapi kenapa siasatan masih dijalankan. Kita amat tidak puas hati, seolah-olah RoS cuba memanjangkannya (siasatan).

"Kenapa ambil masa yang begitu panjang? Takkan hendak tunggu pilihan raya umum ke-14? Nanti mereka beritahu pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon bahawa kita tak boleh pakai Roket (DAP) lagi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas jawapan bertulis berdasarkan soalan yang dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri mengenai status siasatan terhadap DAP.

Menurut jawapan bertulis yang dikeluarkan pada Khamis itu,  RoS masih menjalankan siasatan menyeluruh terhadap DAP berikutan pemilihan pada 23 September 2013 kerana pengurusan parti masih belum mengambil tindakan seperti mana yang telah dinasihatkan oleh RoS.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata, DAP tidak tahu-menahu mengenai apa yang dinasihatkan oleh RoS.

"Tak ada apa-apa surat yang minta atau nasihat kita mengenai apakah tindakan yang patut kita ambil.

"Adalah tidak adil kepada DAP kerana memberikan jawapan (bertulis) seperti ini dan menyalahkan kita tidak mengambil tindakan sedangkan kita dah ambil pelbagai tindakan," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa RoS supaya memberi penjelasan mengenai apakah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh parti berkenaan.

"Di manakah keupayaan RoS? Kita sudah beri kerjasama selama dua tahun tetapi masih belum dapat keputusan daripada RoS," katanya sambil mendakwa ia merupakan satu muslihat politik oleh Barisan Nasional (BN).

Pemilihan semula DAP diadakan selepas RoS memberi amaran untuk membatalkan pendaftaran parti itu ekoran berlaku kesilapan dalam pengiraan undi pada pemilihan parti yang diadakan pada Disember 2012. #sumber
Share:

Rahman Dahlan: Mantan Perdana Menteri Perlu Bermaruah


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri perlu bersara dengan bermaruah dan penuh rasa hormat, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Menerusi kenyataan yang dilihat menempelak Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahman berkata, tidak ada parti politik yang boleh bertahan tanpa pemimpin dan ahli yang berjuang secara bersama.

"Kita perlu ada budaya di mana bekas perdana menteri bersara dengan cara yang sewajarnya, dengan maruah.

"Perkara asasnya ialah disiplin dan tidak ada parti politik boleh hidup jika disiplin tidak dipatuhi oleh kedua-dua pemimpin dan pengikut," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Rabu.

Sejak kebelakangan ini Dr Mahathir bertindak mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi tekanan supaya Perdana Menteri itu melepaskan jawatannya. #sumber
Share:

Nazri Aziz 'Cabar' Mahathir Lawan Najib Di Parlimen Pekan !


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu menamatkan karier politik Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohamed Nazri, yang juga anggota Parlimen Padang Rengas, turut mengalu-alukan bekas perdana menteri itu untuk bertanding di kawasannya sekiranya mahu.
"Cara nak jatuhkan Najib, lawanlah beliau di Pekan... Jangan cakap banyak...Anda tahu bagaimana mahu jatuhkan (Najib).
"Kalau tidak mahu lawan Najib, lawan saya di Padang Rengas," katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.
Dr Mahathir secara terbuka terus mengkritik Najib dan mendesak presiden UMNO itu meletak jawatan berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kewujudan RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya.
Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang juga anggota Parlimen Kota Belud, menyarankan Dr Mahathir supaya bersara daripada politik dengan bermaruah.
"Saya harap (ini berlaku) tetapi sudah tentu ia cuma impian," katanya. #sumber
Share:

Ahmad Yaakob: PAS Sanggup Kerjasama Dengan "Musuh" !


KOTA BHARU: PAS akan bekerjasama walaupun dengan 'musuh' selagi berada dalam lingkungan prinsip Islam.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (foto) berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk bekerjasama dalam platform tunggal yang akan membawa kebaikan kepada rakyat.

"Tetapi jangan salah faham...usaha kita untuk menjatuhkan kerajaan BN masih berterusan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Kelantan bekerjasama untuk memenuhi keperluan mangsa banjir Disember lalu.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa bahawa PAS bersedia untuk bertemu dan bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata, langkah itu bukan ke arah membentuk kerajaan perpaduan kerana kerjasama antara parti itu dan kerajaan Persekutuan sebelum ini telah wujud.

Menjawab soalan tidak berkaitan, Ahmad berkata, kerajaan Kelantan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dakwaan bahawa 4,500 hektar hutan telah diberikan kepada kroni PAS.

"SPRM boleh menyiasat perkara itu, kita tiada apa yang hendak disembunyikan," katanya.

Seorang individu bernama Mohd Afiq Ayob membuat laporan kepada SPRM, mendakwa salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin PAS tertentu dan kerajaan Kelantan. #sumber
Share:

Lebih Baik Kerjasama Dengan Musuh Banding Bekas Rakan


KUALA LUMPUR: PAS tidak akan berkerjasama dengan Parti Amanah Negara, menurut Setiausaha Agung parti itu Takiyuddin Hassan (foto).

Beliau berkata lebih baik PAS 'berdiri sendiri' daripada menyertai parti serpihan itu.

"Kita buat cara kita sendiri. Lebih baik bekerjasama dengan musuh kita berbanding bekas rakan.

"Bekas rakan anda tahu semua rahsia anda.

"Jika kita perlu berdiri sendiri, kita akan berdiri sendiri. Tetapi itu tidak bermakna kita tidak akan mempunyai pasangan... kita mungkin ada rakan kongsi baru. Siapa? Hanya tunggu dan lihat," katanya di lobi Parlimen, Khamis.

"Jika ia bukan sebuah parti, mungkin seorang individu," katanya.

Takiyuddin juga memberitahu Amanah untuk 'menjaga urusan sendiri', selepas pengarah komunikasinya, Abdul Khalid Samad memberitahu PAS supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas sama ada parti Islam itu mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional atau menjatuhkannya.

"Apa yang berlaku dalam parti kami adalah urusan kami. Anda jaga parti anda dan kami akan jaga parti kami," katanya.

Mengenai BN, Takiyuddin berkata tidak ada pakatan politik dengan mereka, sambil menambah PAS terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana individu atau pihak untuk kebaikan rakyat.

"Kami kekal sebagai pembangkang. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan Persekutuan. Semua pihak termasuk DAP, untuk perkara baik," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata ini tidak bermakna PAS akan menyertai mereka dalam pilihan raya akan datang.

"Kami tidak akan bekerjasama dengan BN dalam pilihan raya akan datang. Itu adalah sangat jelas. Kami kekal sebagai pembangkang," kata beliau. #sumber
Share:

Ahli Jawatankuasa PAC Tak Di Beritahu Tentang Mesyuarat


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendakwa tidak dimaklumkan tentang mesyuarat pertama yang akan diadakan pada Isnin walaupun pengerusinya yang baharu dilantik, Datuk Hasan Arifin sudah membuat pengumuman mengenainya.
Timbalan Pengerusinya, Dr Tan Seng Giaw (DAP) berkata, mereka hanya mengetahui tentang mesyuarat itu melalui hebahan media.
"Sebenarnya berkenaan mesyuarat Isnin nanti tidak ada lagi dibincang dengan kami.
"Kami tidak diberitahu apa-apa lagi...Kami tidak tahu apa-apa ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.
Seng Giaw yang juga ahli Parlimen Kepong itu berkata, Hasan sama sekali tidak berjumpanya secara rasmi untuk memaklumkan tentang mesyuarat tersebut.
"Dia (Hasan) masih belum bercakap dengan saya secara rasmi, tidak ada," katanya.
Mesyuarat PAC yang seterusnya ditunggu-tunggu banyak pihak terutama bagi yang mahu mendapatkan perkembangan siasatan jawatankuasa itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  yang digantung susulan pelantikan pengerusi terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam kabinet.
Selain Nur Jazlan, tiga ahli PAC lain yang dilantik ke dalam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah Reezal Merican Naina Merican, Mas Ermieyati Samsudin dan Wilfred Madius Tangau.
Isnin lalu Dewan Rakyat dimaklumkan mengenai pelantikan lima ahli PAC yang baru membabitkan wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS.
Lima yang berkenaan ialah Dr Makin Mojigoh (Putatan) menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau,  Ahmad Hamzah (Jasin) akan menggantikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan manakala  Nawawi Ahmad (Langkawi) akan mengambil alih kerusi Timbalan Menteri Luar Reezal Merican Naina Merican.
Selain itu Datuk Koh Nai Kwong (Alor Gajah) pula dilantik menggantikan Timbalan Menteri Kewangan,  Chua Tee Yong yang melepaskan jawatan tersebut pada 25 Jun 2014.
Sementara itu,Takiyuddin Hassan (Kota Baru) menggantikan tempat Ahli Parlimen Tumpat, Kamarudin Jaafar yang menyertai PKR.  #sumber
Share:

Perdana Menteri Akhirnya 'Saman', Liong Sik Kerana Fitnah


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan saman terhadap bekas menteri kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik atas dakwaan memfitnah.

Perdana Menteri memfailkan saman tersebut pada 27 Oktober lalu melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, demikian menurut sumber.

Najib menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Pada Rabu Dr Ling berkata beliau "sabar menunggu" untuk dikenakan tindakan undang-undang daripada Najib berhubung kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

"Saya masih lagi menunggu. Saya seorang yang sangat penyabar. Jangan tergesa-gesa, saya tunggu," kata Dr Ling.




Sebelum ini bekas  Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA itu menerima surat tuntutan daripada wakil peguam Najib yang menuntut beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Liong Sik berkata, beliau tidak akan berundur daripada gesaanya supaya Najib meletakkan jawatan, dan beliau telah bersedia untuk mempertahankan dirinya di mahkamah. #sumber
Share:

Ku Li: Hanya Parti Komunis, Keterlaluan Kesan Pengikutnya


KUALA LUMPUR: Hanya parti komunis yang akan mengesan pergerakan pengikutnya secara keterlaluan, kata veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis, Tengku Razaleigh berkata demikian ketika ditanya mengenai siasatan terhadap tujuh orang ahli Umno.

"Semua organisasi mempunyai peraturan, dan mereka mempunyai hak untuk menyiasat ahli-ahlinya.

"Tetapi hanya organisasi komunis yang akan mengesan pergerakan pengikut mereka, terutamanya organisasi yang mempunyai kepimpinan lemah yang mahu memastikan ahli-ahlinya mengikut pemimpin mereka," katanya.
Beliau bagaimanapun menafikan memanggil Umno sebagai parti lemah.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk berdepan tindakan jika dirinya adalah salah seorang daripada tujuh yang akan disiasat, Tengku Razaleigh berkata sudah bersedia.

"Saya telah berada dalam parti lebih lama berbanding mana-mana orang di dalamnya.

"Saya juga telah berada di Parlimen lebih lama daripada mana-mana daripada mereka," katanya.

Mengenai kemungkinan terdapat perancangan dalam parti untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Razaleigh berkata beliau mendengar tentang hal itu tetapi tidak dapat menentukan kebenarannya.

"Terpulang kepada rakyat untuk memutuskan sama ada beliau perlu disingkir keluar.

"Mereka mempunyai cara mereka sendiri dalam melakukan sesuatu, setiap organisasi ingin melihat ahlinya mengikut pemimpin, itu perkara biasa," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, dia tidak mendengar apa-apa mengenai plot itu.

"Mungkin dia (Tengku Razaleigh) lebih mengetahui dan harus tampil ke hadapan untuk memberitahu Setiausaha Agung parti.

"Jika rancangan itu benar, dia harus mengemukakannya kepada parti dan kita akan membincangkannya di Majlis Tertinggi," katanya.

Ditanya mengapa mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi Umno dibatalkan baru-baru ini, Shahidan berkata tidak sepatutnya andaian berniat jahat dibuat.

"Ia dibatalkan, jadi dibatalkan," kata beliau sambil menambah beliau hanya menyokong kepimpinan Umno semasa. #sumber
Share:

Muhyiddin: Tiada Maklumat Ada Tujuh Ahli UMNO Di Siasat


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai tujuh anggota parti itu yang kini sedang disiasat.
"Saya hanya baca mengenainya di media," jawabnya secara ringkas di perkarangan Parlimen di sini, Khamis.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau sendiri tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.
Ditanya sama ada sedia berhadapan dengan siasatan itu sekiranya beliau adalah salah seorang daripada tujuh individu terlibat, Ahli Parlimen Pagoh itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tujuh individu dalam Umno sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak patut ‘dibuat di khayalak’.
Beliau menambah, hasil siasatan akan dibincangkan di peringkat tertinggi sebelum ia dibawa ke jawatankuasa disiplin parti.
Tengku Adnan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tujuh individu tersebut. #sumber
Share:

1MDB Tidak Pernah "Gagal" Bayar Faedah, Pinjaman Pokok !


KUALA LUMPUR: Syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tidak pernah gagal membayar balik pinjamannya dan komited sepenuhnya untuk melunaskan hutangnya sebanyak RM42 bilion.
Langkah itu akan memberi lebih ruang untuk syarikat melaksanakan pelan rasionalisasinya dengan berkesan, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy.
"Kami secara konsisten menjelaskan bayaran faedah dan pinjaman pokok tepat pada masanya.
"Pada 2015, kami telah membayar balik pinjaman pokok dan juga faedah," katanya kepada pemberita selepas rakaman untuk program khas bertajuk  'Bernama TV dengan Arul Kanda' yang akan disiarkan Rabu pada jam 10 malam di Astro 502, HyppTV 410 dan www.bernama.com.
"Sudah tentu kami mempunyai faedah untuk dibayar apabila tiba masanya," katanya.
Akaun 1MDB yang telah diaudit dan boleh diperolehi orang ramai mulai 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014 menunjukkan jumlah hutangnya berjumlah RM42 bilion.
Arul Kanda berkata, pada Februari 2015, 1MDB telah membayar balik pinjaman RM2 bilion kepada satu konsortium bank tempatan dan berikutan itu ia telah menjelaskan kira-kira RM800 juta bayaran balik pinjaman pokok berkaitan hutang dengan bank tempatan lain.
Pada Jun, 1MDB membayar balik RM3.6 bilion atau US$975 juta pinjaman bersindiket kepada satu konsortium bank asing diketuai Deutsche Bank.
"Pada tahun ini kami secara konsisten memenuhi pembayaran balik pinjaman pokok dan menjelaskan faedah ke atas hutang 1MDB," katanya.
Ketika ini, kata Arul Kanda, 1MDB memberi tumpuan kepada pelan rasionalisasi yang diumumkan pada Jun.
Pelan itu mengandungi tiga bahagian penting - pertama membabitkan jualan ekuiti dalam syarikat tenaga, Edra Global Energy Bhd, dengan harapan dapat mengurangkan hutang 1MDB di antara RM16 dan RM18 bilion melalui penjualan aset tenaga Edra.
Keduanya, ialah pertukaran ekuiti hutang dengan dana kekayaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).
Langkah itu akan menyaksikan IPIC mengambil alih hutang tertentu selepas 1MDB memindahkan wang tunai dolar US dan unit dana milik 1MDB kepada IPIC.
Langkah itu akan mengurangkan hutang 1MDB kira-kira RM16 bilion.
Akhir sekali, jualan ekuiti 1MDB dalam Bandar Malaysia bernilai kira-kira RM11 bilion.
Arul Kanda berkata, jumlah jualan semua aset terbabit akan menyebabkan pengurangan besar dalam jumlah hutang 1MDB.
Bagi Bandar Malaysia, yang menarik minat tinggi pelabur syarikat China, Timur Tengah dan tempatan, beliau berharap 1MDB akan menerima bidaan terikat terakhir untuk rakan kongsi pembangunan dalam tempoh dua minggu.
Menurutnya, rakan kongsi terbabit mungkin terdiri daripada pelabur tempatan dan antarabangsa secara bersendirian atau melalui pembentukan konsortium.
Dua minggu lalu, 1MDB mengumumkan yang empat pembida telah disenarai pendek sebagai rakan kongsi pembangunan untuk semua 197 hektar Bandar Malaysia.
"Kami kekal yakin dalam tempoh beberapa minggu lagi kami akan menerima bidaan terikat terakhir dalam usaha kami memutuskan siapa yang akan menjadi rakan kongsi pembangunan Bandar Malaysia," katanya.
Mengenai Tun Razak Exchange (TRX), Arul Kanda berkata, 1MDB telah menjual beberapa lot tanah di TRX bernilai RM1.3 bilion kepada pelabur tempatan dan antarabangsa.
Menurut beliau, apa yang paling penting adalah untuk memastikan 1MDB memenuhi obligasi hutangnya dan komitmen infrastruktur untuk TRX dan Bandar Malaysia.
"Ini adalah elemen penting bagi memastikan pelan rasionalisasi boleh berjaya.
"Kami sedang memenuhi pembayaran balik faedah dan pinjaman pokok dan kemudiannya kami akan mempuyai ruang untuk mencapai objektif ini," katanya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.