script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mayat Pelajar Di Temui Dengan "Kesan Kelar" Di Lehernya !


GEORGE TOWN: Mayat seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima ditemui dengan kesan kelar di leher di rumah pangsa keluarganya di Bandar Baru Teluk Kumbar, dekat sini malam Ahad.
Mayat Intan Suraya Mawardi, 17, pelajar sebuah sekolah menengah di Teluk Kumbar dekat sini ditemui dalam keadaan terbaring dan berselimut di atas katil oleh bapanya yang pulang ke rumah pada kira-kira 7.30 malam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata semasa bapa mangsa yang bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu pulang ke rumah mereka, beliau memanggil anaknya itu, namun tidak disahut.
Katanya, bapa mangsa terus ke bilik anak sulungnya itu dan didapati mangsa dalam keadaan berselimut di atas katil dan selepas menyelak selimut berkenaan, beliau mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa.
"Mangsa masih lengkap berpakaian dan kita percaya ada kesan pergelutan berdasarkan keadaan bilik berkenaan. Polis masih menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini malam Ahad.
Siti Nor Salawati berkata polis turut menjumpai bantal peluk yang terdapat kesan darah di ruang tamu rumah berkenaan.
"Siasatan juga mendapati tiada kesan pecah pada mana-mana pintu atau tingkap rumah dan tiada sebarang senjata ditemui dalam bilik mangsa atau rumah berkenaan," katanya.
Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan menjumpai dua bilah pisau dipercayai telah dibuang bersama telefon bimbit kepunyaan mangsa di Bayan Lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman pada Isnin, katanya.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata kali terakhir mangsa berhubung dengan ibu bapanya ialah menerusi khidmat pesanan ringkas pada kira-kira 12.00 tengah hari, meminta supaya dihantarkan makanan. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.