script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Hasan Ariffin Dakwa Tugas "Pengerusi PAC" Bukan Tekanan


KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu, Datuk Hasan Ariffin tidak menganggap pelantikannya sebagai satu tekanan.
Hasan berkata, beliau lebih melihat tugas baharunya ini sebagai cabaran sebagai seorang pemimpin negara.
Malahan, beliau juga yakin dapat menangani isu-isu yang timbul berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan baik.
“Saya tak ada masalah menguruskannya (1MDB). Ia bukan tekanan bagi saya. Saya akan jalankan tugas yang ditetapkan Parlimen.
“Tugas ini adalah cabaran, ia satu tanggungjawab besar. Seseorang perlu mengambil tanggungjawab ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.
Ahli Parlimen ini bercakap kepada pemberita sebaik sahaja Dewan Rakyat meluluskan pelantikannya sebagai pengerusi PAC yang baharu, Isnin.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan seterusnya adalah menunggu Jawatankuasa Pemilihan melantik tiga anggota PAC yang baharu dan mesyuarat kali pertama akan dipanggil segera.
Jelasnya, sebagai orang baharu, beliau perlu melihat laporan-laporan Ketua Audit Negara terdahulu sebelum membuat sebarang kenyataan atau tindakan susulan.
Bagaimanapun, beliau meyakinkan masyarakat bahawa siasatan akan dilakukan tanpa rasa takut, demi kepentingan negara.
“Kerajaan telah berjanji bahawa mereka akan menyegerakan siasatan dan kemukakan laporan kepada Parlimen.
“Cakap-cakap bahawa kerajaan sengaja melengahkan siasatan 1MDB itu hanya persepsi,” katanya.
Hasan, yang mempunyai latar belakang dalam bidang ekonomi dilantik sebagai pengerusi PAC setelah pengerusi terdahulu Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri semasa rombakan Kabinet, Julai lalu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.