script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

MH17: Pesawat "Di Tembak" Peluru Berpandu Buatan Rusia


AMSTERDAM: Lembaga Keselamatan Belanda yang akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat MH17 pada Selasa dijangka memaklumkan ia ditembak peluru berpandu buatan Rusia, tanpa mendedahkan pihak yang bertanggungjawab melepaskan tembakan itu.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) itu ditembak di wilayah bergolak oleh puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan mengakibatkan 298 penumpangnya termasuk warga Belanda terkorban.
Menurut laman web http://www.onderzoeksraad.nl/, ia akan menyediakan dokumen yang mengandungi semua aspek siasatan.
Dokumen itu bertajuk 'About the Investigation' akan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Belanda.
Beberapa pihak percaya tindakan pemberontak menembak pesawat itu kerana menganggap ia adalah milik tentera Ukraine.
Laman web itu berkata Pengerusi Siasatan Tjibbe Joustra akan terlebih dulu memaklumkan kepada keluarga mangsa hasil siasatan di The Hague pada 11 pagi (waktu tempatan), sebelum memaklumkan kepada pihak media di pangkalan udara Gilze-Rijen pada 1.15 tengah hari dan mengeluarkan laporan tersebut pada 1.45 tengah hari.
Laporan itu antara lain memfokuskan kepada punca terhempas dan berkaitan isu penerbangan di kawasan zon konflik.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh di ruang udara di selatan Ukraine pada 17 Julai tahun lalu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.