[Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ini jelas terwujudnya satu konspirasi jahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes memandangkan pihak Pendakwaraya sudah menyediakan bukti-bukti yang "tidak relevan" untuk mengaitkan Anwar dengan kes ini. Akan terjadi nanti, peristiwa usung tilam, video, CCTV palsu, DNA palsu dan berbagai-bagai lagi dokumen yang jelas telah dipesongkan. Bahkan, kemungkinan besar laporan perubatan tiga doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful juga akan bertukar daripada tiada tanda-tanda diliwat kepada terdapatnya bukti dia diliwat. Semua ini pasti akan terjadi dalam keadaan mereka tergesa-gesa meneruskan kes ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat diseru berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT agar menghancurkan manusia yang jelas mahu bertindak zalim sesama manusia di mukabumi ini].
..............................
Mahkamah: Hakim Datuk Mohamad Zabidin Bin Mohd Diah Pastinya Menjadi Tumpuan Selasa Ini, Tangguhkan Atau Meneruskan Kes Liwat Anwar !!
[Apa yang berlaku sebenarnya?. Bukankah ini jelas terwujudnya satu konspirasi jahat untuk mempercepatkan perbicaraan kes memandangkan pihak Pendakwaraya sudah menyediakan bukti-bukti yang "tidak relevan" untuk mengaitkan Anwar dengan kes ini. Akan terjadi nanti, peristiwa usung tilam, video, CCTV palsu, DNA palsu dan berbagai-bagai lagi dokumen yang jelas telah dipesongkan. Bahkan, kemungkinan besar laporan perubatan tiga doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful juga akan bertukar daripada tiada tanda-tanda diliwat kepada terdapatnya bukti dia diliwat. Semua ini pasti akan terjadi dalam keadaan mereka tergesa-gesa meneruskan kes ini sebenarnya. Oleh itu, rakyat diseru berdoa dan memohon kehadrat Allah SWT agar menghancurkan manusia yang jelas mahu bertindak zalim sesama manusia di mukabumi ini].
Mahkamah: Datuk Seri Anwar Ibrahim Sekali Lagi Bakal Membuat Permohonan Agar Kes Liwatnya Dengan Saiful Bukhari Di Tangguhkan Selasa Ini !
KUALA LUMPUR, 31 Jan [2.10 pm] - Selasa ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya perbicaraan kes liwatnya ditangguhkan, manakala pihak pendakwaan pula bersiap sedia untuk memulakan perbicaraan kes itu pada hari yang sama. Sama ada perbicaraan yang telah beberapa kali tertangguh dan ditunggu-tunggu itu akhirnya akan bermula, bergantung kepada keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang terlebih dahulu akan mendengar permohonan Anwar bagi penangguhan. Dalam permohonannya yang difailkan hanya lima hari lepas sebelum penetapan tarikh perbicaraan itu, Anwar berkata kes itu perlu ditangguhkan sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadapnya. Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh bagi pendengaran rayuan itu. Pada 1 Disember tahun lepas, Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonan Anwar dan menetapkan sebulan dari 25 Januari bagi perbicaraan. Namun perbicaraan itu ditangguhkan ke 2 Februari oleh Mahkamah Persekutuan sementara menunggu keputusan sama ada membenarkan permohonan Anwar bagi pihak pendakwaan membekalkan dokumen kepadanya bagi membuat persediaan pembelaannya. Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas menolak permohonan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim itu.
[Perbicaraan wajat ditangguhkan selagi rakyat melihat keadilan tidak terwujud dalam kes ini berlandaskan kebenaran yang hakiki. Mahkamah hanya mahu menjalankan perbicaraan bersandarkan kepada akuan sumpah dan repot polis Si Saiful Bukhari semata-mata. Mahkamah langsung tidak mahu mengambilkira andainya Saiful khianat dan membuat fitnah jahat terhadap Anwar berasaskan kepada skrip yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah, amat malang sekali bila perbicaraan dijalankan dalam keadaan timbul berbagai syak wasangkan dan fakta yang jelas menyeleweng dalam kes ini. Terdapat usaha untuk mematikan karier politik mantan TPM itu sebenarnya. Oleh itu rakyat perlu bangkit untuk menyatakan kebenaran, yang hak pasti tertegak dan yang bathil itu pasti dihapuskan. Ulamak terkenal seperti Sheikh Yusoff Qardawi mahukan undang-undang Islam digunakan terhadap kes Anwar, namun kerajaan Islam Malaysia hanya menutup sebelah mata sahaja dan mereka lebih berselera untuk menggunakan undang-undang Sivil yang mudah untuk diperalatkan sesuka hati mereka itu sebenarnya].
Kontroversi: Seperti Di Rancangkan, Mahkamah Persekutuan Akhirnya Memutuskan Anwar Tidak Berhak Dapatkan Dokumen Penting Kes Liwatnya

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008. Antara dokumen penting yang diminta ialah kenyataan-kenyataan saksi yang direkodkan daripada Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur, nota ahli kimia, laporan perubatan dan rakaman CCTV di kondominium tersebut pada waktu kejadian. Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan yang dibuat Anwar agar pendakwa membekalkan beliau dokumen tersebut tetapi keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan selepas membenarkan rayuan pendakwa. Dalam penghakiman tersebut, mahkamah tidak bersetuju dengan pandangan Karpal yang menyatakan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mendapatkan dokumen tersebut, tidak boleh dirayu kerana keputusan itu dibuat pada prosiding mahkamah dan dianggap keputusan muktamad. Karpal berhujah demikian dalam cubaannya untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak menyebelahi Anwar sebaliknya memohon Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, Abdull Hamid memutuskan sebaliknya dengan menyatakan perkara itu boleh dirayu kerana permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tersebut mengikut Seksyen 51 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) bebas untuk dibicarakan, oleh itu perintah hakim Mahkamah Tinggi dianggap perintah akhir yang akhirnya menghapuskan hak-hak Anwar. Susulan keputusan itu, Karpal berkata beliau akan memfailkan permohonan semakan di bawah Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan. Katanya Mahkamah tertinggi itu telah mewujudkan satu kedudukan yang akan melambatkan perbicaraan kes kerana keputusannya membuka ruang kepada pihak-pihak dalam kes mahkamah bagi mengemukakan permohonan interlokutori untuk rayuan. Katanya ini bercanggah dengan Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman yang dipinda pada 1988 bagi mengatasi masalah perbicaraan berlanjutan dengan melarang permohonan interlokutori untuk rayuan. Anwar tidak hadir ke mahkamah hari ini.
Eksklusif: Sandiwara Liwat II, Awas !! Iklan Yang Memaparkan Nombor Telefon Serta Email Anwar Kini Disebarkan Di Laman Blog Penyokong Saiful
Perbicaraan kes "Sandiwara Liwat II" yang paling memalukan sistem kehakiman negara kononnya melibatkan Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Februari ini dijangka bakal mendapat perhatian seluruh dunia. Apa tidaknya, biarpun perbicaraan dan kes itu sendiri dipertikaikan oleh banyak pihak. Namun, berkat usaha yang bersepadu antara penulis skrip, pengarah dan pelakon utamanya maka kes tersebut mahu dibicarakan juga di Mahkamah Sivil tanpa menghormati pandangan tokoh ulamak Islam sedunia termasuk Syeikh Yusoff Al-Qardawi. Kes jenayah syariah yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dibawah undang-undang "Qazaf" itu sengaja dilewat-lewatkan oleh mereka agar keadilan bukan ditegakkan untuk Anwar tetapi kepada Saiful Bukhari Azlan. Belum pernah terjadi dalam sejarah, mangsa mengaku diliwat tanpa bersandarkan laporan klinikal hospital dan disahkan oleh doktor perubatan. Kes yang cukup memalukan ini hanya mahu dijalankan berlandaskan kepada bukti DNA yang kononnya terdapat dalam tubuh Saiful. Soalnya, bagaimanakah DNA Anwar boleh berada dalam tubuh anak muda itu sedangkan pakar perubatan mengesahkan dia masih suci dan tidak ternoda oleh sesiapa pun. Jika kes ini berlaku kepada tertuduh selain Anwar, sudah pastilah ia akan dibuang kes sebenarnya. Tambahan pula, mana mungkin pihak polis dan mahkamah mahu menyiasat serta membicarakan kes tersebut hanya bersandarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh Saiful semata-mata. Tanpa mengambilkira unsur-unsur fitnah dibuat oleh anak muda itu, serta rentetan perjalanan kes yang cukup diragui maka ia mahu diteruskan juga dalam keadaan fakta yang jelas mengeliru dan benar-benar menyeleweng itu. Sepatutnya bukti DNA digunakan selepas laporan perubatan hospital mengesah kejadian itu berlaku. Tetapi jika kejadian pun tidak berlaku, kenapa DNA mahu digunakan?. Bukankah ini menunjukkan sudah ada perancangan jahat dan satu lagi konspirasi peringkat tertinggi untuk mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kes kontroversi ini sebenarnya.Edisi Pahang: UMNO Di Minta Melupakan Hasrat Untuk Pancing Azan Ismail Kerana Beliau Tetap Setia Serta Akan Kekal Berjuang Bersama PKR !!
Mahkamah: Anwar Ibrahim Failkan Permohonan Untuk Tangguhkan Prosiding Bicara Kes Liwatnya
Edisi Pahang: Zakaria, Isu YB Azan Diharap Tidak Pudarkan Semangat Perjuangan PKR Dalam Misi Menawan Negeri Pahang Dalam PRU Ke-13 Nanti !!

Maka itu, apakah jalan penyelesaian terbaik bagi merungkai segala kekalutan yang berlaku dalam PKR Pahang. Kenyatan Dato' Fauzi yang disiarkan dalam Sinar Harian hari ini (28/1) tidak boleh dijadikan alasan isu itu sudah selesai sebenarnya. Mengulas lanjut tentang perkara ini, kami cuba mendapatkan pandangan salah seorang pemimpin kanan PKR Pahang yang juga mantan Pengerusi Perhubungan Negeri iaitu Zakaria Abd Hamid (foto). Beliau kini merupakan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, yang telah banyak mengetahui selok belok perjalanan PKR di negeri Pahang sejak di awal penubuhannya. Menurut Zakarian beliau sangat kecewa dengan situasi yang berlaku ini. "Kita bina bersama PKR Pahang lebih 10 tahun dengan keringat dan airmata, bergolok bergadai demi rasa cinta membela masa depan nasib rakyat. Ianya tercemar dek pertembungan beberapa individu. Hakikatnya tiada gelora dan tiada krisis kepimpinan" katanya. Menurut Zakaria lagi, pemimpin boleh letak jawatan pada bila-bila masa dan tidak perlu disuruh serta dihalang. "Perjuangan rakyat harus diteruskan. Yang tidak mampu bertahan akibat susah berkerjasama, tidak menghormati sesama jemaah, sikap elit dan ego tinggi boleh pergi" tambahnya lagi. Apa jua masalah adalah perkara lazim dalam organisasi dan akan segera diperbaiki kata Zakaria. "Saya yakin rakyat faham proses pembersihan dalam parti adalah perlu untuk memilih antara pemimpin yang banyak berkokok atau yang banyak bekerja" katanya. Disamping itu juga Zakaria menegaskan bahawa semangat perjuangan terus mantap dan tidak akan pudar dengan serangan media perdana dan gerak kerja menawan Pahang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang.
[Kami amatlah berharap agar krisis kepimpinan PKR Pahang dapat diselesaikan dengan segera. Kita tidak mahu ada pilihanraya kecil akan berlaku di kerusi parlimen Indera Mahkota menjelang PRU-13 nanti. Kematangan dan kebijaksanaan kedua-dua pihak untuk merungkai segala kekaluan amatlah diperlukan pada masa ini. Orang tengah perlu dicari bagi membantu memudahkan segala urusan. Tidak perlu mengadakan sidang media atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sebenarnya. Jalan terbaik ialah kembali ke meja rundingan untuk mencari perdamaian. Kini terpulang kepada pihak-pihak yang berkenaan, sama ada untuk menerima atau membiarkan kudis itu terus bernanah. Masa depan rakyat Pahang perlu diberi keutamaan dan bukan kepentingan individu tertentu semata-mata. Niat yang suci dan ikhlas harus datang dari hati setiap pemimpin yang memegang amanah rakyat itu sebenarnya].
Gempar: Azmin Ali Mendedahkan Pemuda UMNO Dipercayai Jadi Dalang Yang Dituduh Membakar Gereja Metro Tabernacle Dekat Desa Melawati KL

[Perkara ini memang sudah kami dedahkan sejak dari awal lagi. Rasionalnya, tidak mungkin penyokong Pakatan Rakyat yang melakukan kerja tersebut. Bukankah ia sesuatu yang berbahaya dan hanya mereka yang dilindungi sahaja tergamat melakukannya. Soalnya sekarang, kumpulan manakah yang begitu teruja dengan isu khalimah Allah ini sebenarnya?. Bukankah kumpulan yang menggelarkan diri mereka Perkasa, Pribumi, Pakida dan sebagainya. Kebanyakkan ahli-ahli mereka bukankah terdiri dari kalangan ahli UMNO itu sendiri. Maka itulah kita tidak hairan mereka sanggup melakukan perbuatan tersebut].
Cyberita: Mahkamah Tinggi Tetapkan 19 Mac Ini Untuk Mendengar Permohonan Khairy Ketepikan Penghakiman Ingkar Saman Fitnah Oleh Anwar !!
Spekulasi: Isu Perletakkan Jawatan Azan Ismail, Apakah Anwar Bakal Merombak Pucuk Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat Pahang Agaknya !


Kontroversi: Kes Liwat, Pihak Polis Cuba Kenakan Tindakan Terhadap Keluarga Anwar Bila Menyoal Siasat Isterinya Selepas Lebih Dari Dua Tahun !!
.jpg)
Isu Perak: MB Zambry Serta Exconya Bagai Cacing Kepanasan Kerana Gusar Ir.Nizar Bubarkan DUN Jika Beliau Menang Di Mahkamah 9 Februari Ini !!

Mahkamah: Isu MB Perak Di Putuskan 9 Februari

Edisi Pahang: Perletakkan Jawatan Azan Ismail Dijangka Memberi Tamparan Yang Cukup Hebat Dalam Menguji Tahap Kepimpinan Dato' Fauzi !!
Azan, Budaya UMNO Mula Menular Dalam PKR
"Saya melihat PKR Pahang kini sudah berpuak-puak dan gejala itu sukar untuk dibendung lagi jika kepimpinan sedia ada tidak dirombak dengan segara. Perkara ini sudah lama berlaku dan sukar untuk diperbetulkan. Budaya UMNO sudah mula masuk dan berakar dalam PKR Pahang" kata Azan (foto). "Saya melihat, jika keadaan seperti ini berterusan maka amatlah sukar dan cukup berliku untuk PKR menawan negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang" tambah beliau lagi. Azan juga mempertahankan kenyataan awalnya bahawa budaya UMNO semakin menular dalam PKR sekarang ini. Kehancuran yang berlaku dalam parti itu akan menimpa PKR jika masih ada pemimpin yang mengamalkan sikap seperti itu. Mereka yang suka mengadu domba dan melaga-lagakan antara satu sama lain, pasti seronok melihat apa yang berlaku ini. Malah menurut Azan, beliau sudah beberapa kali menyatakan pendiriannya ini, namun hasilnya tetap sama. Oleh itu, langkah terbaik ialah beliau menwar-warkan perkara ini agar ia diambil perhatian serius oleh pucuk pimpinan tertinggi PKR Pusat sebenarnya. "Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan ini. Kudis yang sudah sekian lama membara itu akhirnya telah bernanah kini. Ada pihak dalam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang yang sengaja mahu menafikan hak-hak saya sebagai pemimpin dan wakil rakyat. Banyak program yang diadakan dilihat membelakangkan kepentingan pihak saya, biarpun ia diadakan di kawasan parlimen saya sendiri. Konvensyen PKR yang berakhir 17 Januari yang lalu, menatijahkan segalanya. Terbukti terdapat satu pakatan yang mahu menjatuhkan saya secara terhormat. Justeru itulah saya hanya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II dan Pengarah Biro Keahlian PKR Pahang tetapi bukannya Ketua Cabang serta Ahli Parlimen Indera Mahkota" katanya lagi.Dato' Fauzi, PKR Negeri Kini Ditahap Terbaik
Sementara itu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) ketika dihubungi mengatakan beliau tidak terkejut dan sudah menjangkakan tindakan Azan ini. "Saya tidak faham apa yang beliau mahu lakukan sebenarnya. Beliau menyatakan keputusan itu diambil kerana kecewa dengan pentadbiran PKR negeri. Masalahnya PKR negeri Pahang kini berada ditahap yang terbaik dalam usaha untuk menawan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang. Malah PKR kini diterima oleh masyarakat orang asli dan juga para peneroka Felda yang dulunya amat takut untuk menyokong pembangkang" kata Dato' Fauzi. Beliau turut menegaskan memang ada beberapa perkara yang terdapat perbezaan pendapat antara sesama pemimpin, namun ia tidak harus dijadikan isu sehingga perlu mengadakan satu sidang media khas. "Meja rundingan masih terbuka, malahan PKR negeri juga banyak memberi peluang kepada pemimpin meluahkan pandangan, kritikan dan pendapat mereka secara terbuka. Tetapi ia harus dilakukan secara profesional dan bukan dengan menghebahkan kepada musuh. Masalah peribadi tidak boleh diletakkan dihadapan jika mahu perjuangan membela rakyat itu membuahkan hasil. Kita tidak pernah meminggirkan beliau, cuma terkadang ada beberap perkara yang beliau sendiri menolak tawaran untuk menyertainya atau mengambil tanggungjawab untuk menguruskannya. Maka itu, kenapa harus melenting dan bersikap emosi? sedangkan masih banyak ruang musyawarah boleh dilaksanakan sebenarnya" tambah Dato' Fauzi lagi. Kita menerima keputusan Azan melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi Negeri, tetapi ia tidak bermakna kita tidak menghargai khidmat yang telah beliau curahkan selama ini. Oleh itu, tidak perlu Azan menghebahkan bahawa pentadbiran PKR negeri bermasalah. "Sebenarnya kepimpinan negeri semakin kuat dan utuh, terutamanya selepas konvensyen yang diadakan. Malah, kunjungan Anwar ke sini baru-baru ini telah memberi harapan baru buat PKR Negeri Pahang untuk mengorak langkah bagi mengambil alih tampuk kepimpinan negeri ini pada masa akan datang" kata Dato' Fauzi lagi.Fuziah, Tidak Perlu Sensasikan Sangat Isu Azan
Manakala itu, Pengarah Pilihanraya PKR yang baru dilantik Fuziah Salleh (foto) pula menegaskan isu perletakkan jawatan Azan tidak perlulah terlalu disensasikan sangat. Ini katanya, ia boleh melemahkan tumpuan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihanraya akan datang. katanya. Justeru itu kata Fuziah, ia langsung tidak menjejaskan kekuatan parti sebenarnya. Malahan Azan katanya masih lagi Ketua PKR Cabang Indera Mahkota. "Tindakan Azan meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang adalah hak peribadi beliau sebenarnya. Tambahan pula, Azan bukannya melepaskan jawatan Ahli Parlimen Indera Mahkota atau pun lompat parti" "Saya tidak faham kenapa beliau perlu sensasikan isu perletakan jawatannya itu. Beliau sudah menyatakanya di dalam mesyuarat pimpinan parti sebelum itu. Maka itu keputusannya dan tidak perlu menghebahkan menerusi media. Masalah dalaman parti perlulah diselesaikan secara rundingan" kata Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan. Mungkin dalam sesetengah perkara kami tidak sependapat, namun terus terang saya katakan yang kami masih menghormati beliau selaku Ahli Parlimen. Malah, Azan banyak membantu Pakatan Rakyat terutamanya dalam bab-bab berkaitan ekonomi dan kewangan ketika berbahas di parlimen. "Saya hairan dengan tindakan beliau yang mempertikaikan beberapa perkara remeh temeh terutamanya tatkala kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuantan baru-baru ini. Isu-isu tugas, nama, kedudukan dan penghormatan yang dipertikaikan oleh Azan adalah satu isu biasa yang tidak perlulah untuk diperbesarkan sebenarnya. Malahan, kita sudah pun memaklum perkara ini kepada beliau. Memang kita akui, ada kalanya kesilapan dan perselisihan faham berlaku. Namun ia boleh diperbetulkan dari masa ke semasa, dan tidak wajar disensasikan sedemikian rupa" kata Fuziah ketika diminta mengulas isu perletakkan jawatan Azan.[Perletakkan jawatan YB Azan ini sebenarnya sudah lama kedengaran dan dihebahkan oleh ahli PKR sendiri. Justeru itu ia tidak wajar untuk disensasikan sangat kerana memang benar beliau hanya melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi II PKR Pahang. Masih ada dua orang lagi Timbalan Pengerusi yang boleh memikul tanggungjawab yang beliau tinggalkan itu sebenarnya. Cuma, apabila perkara ini dihebahkan menerusi media maka ia sedikit sebanyak telah mencalarkan imej PKR Pahang dan Pakatan Rakyat negeri ini sebenarnya. Jalan penyelesaian masih ada, oleh itu pimpinan PKR Pahang perlu duduk semeja dan mengambil pendirian tegas atas perkara ini. Jika tidak sudah pasti bom jangka yang lebih besar akan meletup sedikit masa lagi. Apakah kita mahu melihat Pakatan Rakyat berputih mata di Pahang, sedangkan mood dan harapan rakyat semakin tinggi menggunung sekarang ini. Rakyat perlu diutamankan dan bukannya kepentingan peribadi masing-masing jika mahu kejayaan dalam PRU-13].
Kontroversi: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail Umum Letak Jawatan Timbalan Pengerusi II Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang Hari Ini !!

[Sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak sebenarnya dengan isu perletakkan jawatan Azan Ismail ini. Namun begitu, sebagai pemimpin beliau bertanggungjawab untuk membuat keputusan yang dirasakan perlu. Perletakkan jawatan Azan tidak menjejaskan PKR Pahang secara keseluruhannya kerana masih ada dua lagi Timbalan Pengerusi sedia ada. Azan mungkin ingin menumpukan perhatian beliau kepada tugas utamanya sebagai Wakil Rakyat Indera Mahkota. Justeru itu perkara seperti ini tidak perlu diperbesarkan sangat kerana Azan bukannya membuat keputusan lompat parti seperti yang sering kita dengan sebelum ini. Semoga kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat dengan isu ini].
Edisi Pahang: Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh Kini Dilantik Sebagai Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Yang Baru Mulai Februari !

[Perlantikkan Fuziah merupakan satu pengikhtirafan baru kepada Parti Keadilan Rakyat di negeri Pahang. Malah, sebagai Ahli Parlimen Kuantan beliau telah banyak berjuang membela rakyat tanpa mengira masa. Beliau juga sanggup bertemu secara empat mata dengan MB Pahang semata-mata bagi membincangkan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasannya, parlimen Kuantan. Justeru itu perlantikan Fuziah diharap dapat mengukuhkan lagi perjuangan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya di negeri ini. Perlantikan beliau juga merupakan tamparan hebat buat Kerajaan Negeri Pahang yang semakin hari semakin hilang popularitinya].
Eksklusif: Gara-Gara Taksub Kononnya Mencari Kebenaran, Saiful Bukhari Azlan Akhirnya Kini Terlupa Siapakah Diri Beliau Yang Sebenarnya !!
Tahun 2010 dikatakan "Tahun Kebenaran" oleh Saiful Bukhari Azlan, anak muda yang masih tidak mahu beralah dan mahu mempertahankan dirinya berada dipihak yang benar dalam kes "liwat" terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Biarpun publisiti terhadap Saiful dilihat semakin berkurangan mutakhir ini, selepas kes berkenaan senantiasa tertangguh-tangguh akibat beberapa masalah teknikal yang terpaksa dielakkan. Terbaru, Mahkamah Persekutuan telah menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari 2010 depan. Maknanya kes tersebut ditangguhkan lagi, biarpun amat mengecewakan pelakon utamanya iaitu Si Saiful Bukhari. Anak muda ini meronta-ronta di dalam blog peribadi beliau mengharapkan sokongan rakyat terhadap dirinya. "Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak" kata Saiful mungkin dalam nada yang merayu.Saiful Tergamak Berdoa, Buktikan Dia Diliwat
Jika Benar Mahu Kebenaran, Ikut Hukum Islam
Atas faktor dan statement mana yang menyebabkan Saiful mahu orang lain mendoakan dirinya itu?. Atas pengakuan beliau diliwat dan laporan polis yang dibuat? Atau atas laporan perubatan yang dikelaurkan oleh doktor pakar yang sah dan lebih relevan?. Maka itu, yang mana satu Saiful mahu umat Islam diseluruh negara percaya yang beliau diliwat?. Jika dalam kes rogol, sudah pasti polis mahu menghantar mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan perubatan sebelum menangkap mana-mana suspek. barulah kes boleh dibuat terhadap tertuduh. Apakah cukup dengan pengakuan mangsa yang kononnya beliau dirogol, maka kita mesti percaya dia memang dirogol?. Begitu juga dalam kes Saiful ini sebenarnya. Apakah kita mahu mendoakan kebenaran terhadap beliau, sedangkan kes yang berlaku sekarang hanyalah berdasarkan kepada laporan polis dan akuan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sedangkan laporan perubatan yang sah daripada empat orang doktor pakar hospital swasta dan kerajaan membuktikan beliau masih "suci dan teruna". Ini bermakna, Saiful tidak dinodai oleh sesiapa pun. Maka itu, kenapa Anwar perlu ditangkap, disoal dan mahu didakwa atas pertuduhan tersebut?. Bukankah ini juga kebenaran yang harus dilihat oleh kita sebenarnya. Sebagai umat Islam, kita akhirnya perlu membawa kes Jenayah Syariah sebegini ke Mahkamah Syariah atas pertuduhan Qazaf. Masalahnya, kenapa begitu lama mahkamah ingin menfailkan kes Qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan?. Kita harus berbalik kepada Islam, namun berbagai alasan yang diberikan oleh pihak terbabit. Kenapa kita harus mencari kebenaran buat Saiful hanya berlandaskan kepada pengakuan dan laporan polis yang dibuatnya.Kenapa Perlu Jumpa Najib, Bukannya Ulamak
Bukankah orang seperti Saiful juga pandai bermuka-muka sebenarnya. Jika tidak, masakan beliau boleh bertemu Perdana Menteri Najib Razak hanya untuk memohon biasiswa, sedangkan beliau ketika itu bekerja di Pejabat Anwar?. Biasiswa apa yang mahu dipohon, sedangkan beliau sudah lama dibuang dari pengajiannya di Uniten akibat terlalu pandai. Masakan, Saiful begitu rapat dan baik dengan Najib Razak sehingga boleh pergi ke rumah PM untuk mengatakan dirinya diliwat oleh Anwar. Kejadian pula berlaku sebelum beliau membuat laporan polis. Kenapa perlu berjumpa Najib, sedangkan kita itu Pak Lah ialah Perdana Menteri. Kenapa Saiful tidak pergi berjumpa Pak Lah?. Kenapa Najib yang ditemui untuk menangis dan mengadu diliwat. Apakah hubungan Najib dan Saiful?. Anak beranak, adik beradik, saudara mara atau apa?. Kebenaran apa yang dimahukan oleh Saiful, sedangkan pihak terbabit langsung tidak mahu memberikan dokumen yang sepatutnya kepada peguam Anwar sebelum hari perbicaraan. Kenapa perlu Saiful berjumpa Najib kemudian baru membuat laporan polis. Kenapakah mereka seakrab itu, sedangkan Saiful bekerja di Pejabat Anwar?. Maknanya Saiful dihantar bekerja di Pejabat Anwar sebagai "Spy Najib" bagi menjatuhkan karier politik Anwar. Berapakah upah dan bayaran yang diterima oleh beliau agaknya.
Saiful berbangga mengangkat tangan keran mahu satu dunia percaya
dia diliwat. Apakah dia cemburu lihat cara Anwar angkat tangan dulu?
Saiful Bangga Dirinya Popular Kerana Kes Liwat
Si Saiful Tidak Sedar Dia Kini Jadi Blogger UMNO
Jika dilihat kepada agenda Saiful, nampak benar kes liwat yang dikatakan berlaku itu adalah bertujuan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebenarnya. Apa tidaknya, Saiful sanggup mengadap pemimpin UMNO dulu sebelum membuat laporan polis. Bukan seorang dua pemimpin UMNO yang ditemuinya, malah ramai lagi sebelum itu. Malahan Saiful juga tersilap, kerana di laman blog peribadi beliau kini terdapat begitu banyak link puak-puak yang menyokong UMNO dan bencikan Anwar Ibrahim. Seolah-olah blog beliau itu kini sudah menjadi sebuah blog politik, sedangkan beliau sepatutnya lebih neutral dalam sesetengah isu. Malahan, beliau juga tidak berminat untuk meletakkan mana-mana link yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Apa yang jelas, Saiful kini sudah terlupa siapa diri beliau sebenarnya. Beliau akhirnya kini menjadi blogger UMNO. Walhal beliau tidak sepatutnya bersikap begitu, kerana jika dia merasakan dirinya tidak dipolitikkan. Tindakan Saiful ini mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya mengikut arahan pemimpin UMNO dalam membuat sesuatu tindakan terhadap Anwar. Sebab itu, kita tidak hairan bila mendengar pertemuan sulitnya dengan pemimpin UMNO dan kelibatnya dilihat bersama proksi UMNO sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar. Malahan beliau juga menghubungi beberapa orang pemimpin UMNO sebelum bertindak mengatakan Anwar meliwatnya dulu. Apakah beliau sedar apa yang dilakukan di dalam blonya itu agaknya?
Negara Islam, Tapi Takut Undang-Undang Qazaf
Sesuatu yang amat aneh dan ajaib berlaku di dunia ini. Sebuah negara Islam seperti Malaysia sanggup menghalang undang-udang Qazaf ditegakkan terhadap seseorang yang menuduh dirinya menjadi mangsa liwat. Bukankah, ia sudah termaktub di dalam undang-undang Islam sebenarnya. Maka kenapa Saiful dan peguamnya takut. Bukan sahaja mereka, malahan pihak pendakwaraya juga amat takut kepada Qazaf. Mereka tahu, Saiful tidak akan mampu mengemukan bukti empat orang saksi bahawa beliau diliwat. Apa yang pasti dan ada hanya empat orang saksi yang membuktikan dirinya tidak diliwat iaitu satu doktor Pusrawi dan tiga lagi doktor pakar Hospital Kuala Lumpur. Maka, kenapa mereka masih mahu mendakwa Anwar?. Bukankah ini bermakna terdapat unsur politik yang menjadi faktor utama kes ini. Terlajak kata boleh diulang semula, tapi terlajak perbuatan sukar untuk dimaafkan. Saiful kini berada di dua persimpangan. Mahu meneruskan atau menarik balik akuan sumpah serta laporan polisnya terhadap Anwar. Jika hanya bersandarkan bukti DNA, bukan sahaja peguam Anwar boleh mempertikaikannya. Malah rakyat sebagai hakim negara juga boleh meraguinya. Tambahan pula Saiful pernah bekerja di pejabat Anwar sebelum itu. Siapalah tahu mereka sudah merancang ketika itu lagi. Cuma tarikh Julai 2008 Saiful terpaksa diarahkan membuat laporan polis, kerana mereka amat takut dengan laporan ahli parlimen BN dikatakan akan melompat ketika itu. Jalan terbaik ialah undang-undang Islam (Qazaf) dikenakan ke atas Saiful, jika terbukti dia gagal membawa saksi dalam kes ini maka secara automatiknya Anwar tidak wajar didakwa atas kesalahan yang belum tentu dilakukannya.
[Apapun, sama-sama kita nantikan episod seterusnya kes tersebut pada 29 Januari ini. Pertuduhan yang bercelaru akhirnya menyukarkan perbicaraan dijalankan secara normal. Mana mungkin perbicaraan dapat dilaksanakan dalam masa kertas pertuduhan dan pendakwaan itu sendiri boleh dipertikaikan. Bukankah kes ini sekali lagi memalukan Malaysia pada mata masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara Islam sendiri. Malah, ulamak tersohor Islam Syeikh Yusoff Qardawi sendiri mahukan Qazaf dilaksanakan terhadap Saiful Bukhari Azlan. Jika tidak bermakna Anwar akan kembali merengkok di Penjara Sg.Buloh kerana mereka sudah menyiapkan segalanya untuk mensabitkan mantan TPM itu. Langkah terbaik, ialah kembali kepada Islam jika kerajaan Malaysia benar-benar merasakan negara ini adalah negara Islam. Tambahan pula apa yang berlaku ini adalah jenayah syariah. Kebenaran yang dicari oleh Saiful Bukhari pula adalah satu ciptaan yang sengaja ingin menguatkan cerita sahaja. Amatlah memalukan bilamana seorang yang tidak disahkan menjadi mangsa, tiba-tiba mahu rakyat dan umat Islam di seluruh Malaysia berdoa agar mahkamah membuktikan dirinya mangsa liwat!!].









