script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Permohonan Qazaf, Mahkamah Tinggi Syariah Tetapkan 17 Februari Ini Untuk Dengar Sebutan Semula Kes Anwar Terhadap Si Saiful !!

KUALA LUMPUR, 13 Jan [12.32 pm] - Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 17 Februari untuk sebutan semula permohonan qazaf oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Hakim Syarie Mohd Shukor Sabudin menetapkan tarikh itu selepas peguam pihak responden, Zainul Rijal Abu Bakar memberitahu mahkamah mereka akan mengemukakan bantahan awal berdasarkan tiga isu terhadap permohonan Anwar itu. Tiga isu itu ialah mengenai bidang kuasa Mahkamah Syariah yang akan mendengar kes ini, prosedur permohonan yang tidak dibuat mengikut Akta Prosedur Mal 1998 serta kelayakan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin, untuk mewakili Anwar. Zainul Rijal memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan bantahan awal tersebut sebelum tarikh sebutan yang telah ditetapkan itu. Dalam prosiding hari ini, Zainul Rijal berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk menjawab dan membalas afidavit Anwar yang telah difailkan sebelum ini. Afidavit jawapan itu akan difailkan serentak bersama-sama permohonan bantahan awal tersebut, kata peguam itu. Terdahulu peguam yang mewakili Anwar, Kamar Aniah Kamaruzaman memberitahu mahkamah bahawa Anwar tidak dapat hadir ke mahkamah pada hari ini kerana menghadiri satu persidangan di Beirut, Lubnan. Pada 7 Januari lepas, Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah bagi perintah supaya pihak pendakwaan meneruskan pertuduhan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan.

Kerajaan BN Cuba Lengkahkan Aduan Qazaf
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib Razak nampaknya bertindak bersepadu dalam cubaan menghalang Mahkamah Tinggi Syariah daripada mendengar permohonan Anwar Ibrahim bersabit aduan qazaf yang dibuat terhadap Saiful Bukhari Azlan. Mahkamah Tinggi itu bersidang mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan perintah mengarahkan JAWI membawa pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan memastikan tidak ada lagi campurtangan politik daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Namun permohonan itu terpaksa di tunda kepada 17 Febuari selepas peguam-peguam JAWI dan Menteri berkenaan mempersoalkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Mereka juga menuntut untuk mengetahui sama ada kes itu akan di dengar mengikut Akta Tata Cara Mahkamah Tinggi Syariah 1998. Turut dipersoalkan ialah status seorang peguam Anwar iaitu Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu).

[Dalam tuntutan notis permohonan itu, Anwar, 63, menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan,
Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam wilayah, Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom sebagai responden. Anwar memohon perintah mahkamah mengarahkan Shamsuddin menggunakan kuasanya yang sedia ada padanya untuk menjalankan prosiding pertuduhan qazaf terhadap Saiful dan menghalang Che Mat dan Jamil daripada menghalang Shamsuddin menjalankan pertuduhan itu. Semoga keadilan Islam dapat ditegakkan].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.