script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sekilas Pandang Isu Semasa Politik Tanahair Ku !!

Ibu Saudara Rosmah Rupanya Turut Dibunuh
Pembunuhan misteri yang berlaku kepada empat sekeluarga di Kg.Batang Rokan, Gemencheh Negeri Sembilan baru-baru ini sungguh memeranjatkan. Selepas 28 tahun misteri pembunuhan Spekaer Dewan Undangan Negeri, Datuk Taha Talib yang menyaksikan Datuk Mokhtar Hashim dihukum penjara seumur hidup, kini ia terjadi lagi di tempat yang sama. Cuma kali ini jumlahnya lebih besar dan agak menggerunkan. Kematian misteri keempat mereka itu juga cukup memeranjatkan kita, apatah lagi salah seorang uang dibunuh itu dikatakan mempunyai hubungan saudara dengan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor sendiri iaitu Sofiah Katas, 80 tahun. Mangsa lain dalam pembunuhan kejam itu ialah Atan Daud, 90, (suami Sofiah) yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan dan Ismail Awang, 76, serta anaknya Siti Khadijah Ismail, 22. Soalnya sekarang, kenapa Rosmah menyepi atas kematian ini dan langsung tidak meluangkan masa untuk menjenguk ibu saudaranya itu. Malah, terdapat kejadian wartawan Suara Keadilan yang dihalang diugut supaya tidak membuat laporan terperinci kes ini. semua ini menimbulkan misteri sama seperti kes pembunuhan Altantunya Shariibuu dulu. Apakah kes ini juga ada sesuatu yang tidak kena. Namun begitu, siasatan masih dijalankan dan suspek yang terlibat itu masih ditahan reman oleh pihak polis. Kita mengharapkan agar nama Rosmah tidak akan dikaitkan dengan kes ini hendaknya. Jika tidak, pasti satu lagi noda akan terpalit di muka Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak selepas ini. Apakah kematian itu boleh dikaitkan dengan siri pendedahan video eksklusif yang pernah didedahkan perihal Rosmah sebelum ini. Apapun, sama-sama kita nantikan kesudahannya.

[Sungguh mengejutkan bila nama Rosmah terpalit gara-gara kes pembunuhan misteri ini. Apa tidaknya, rupanya saudara mara beliau yang tergamak melakukan perbuatan kejam itu. Apakah dek kerana suspek terpengaruh dengan adengan pembunuhan misteri Altantunya dulu, maka beliau sanggup melakukan perbuatan keji ini. Satu lagi kes yang bakal menimbulkan kemusykilan rakyat Malaysia seantero dunia sebenarnya].

Teori Konspirasi Di Sebalik Kemalangan MB Nizar
Kemalangan yang melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir.Nizar Jamaluddin baru-baru ini sungguh mengejutkan ramai pihak. Ada yang berpendapat itu sudah suratan takdir dan tiada apa yang dapat dielakkan. Namun ada pula yang menganggap bahawa kejadian itu telah dirancang dengan rapi oleh puak-puak UMNO Perak. Tambahan pula kejadian itu berlaku berdekatan dengan Bangunan UMNO Perak itu sendiri. Maka bertempiklah puak-puak UMNO kononnya Nizar menerima balasan Allah "Cash" gara-gara sikapnya menjual agama untuk kepentingan politik. Mereka mengatakan, mujurlah Nizar tidak mati dan hanya cedera ringan atas kejadian itu. Ada laporan yang mengatakan bahawa kemalangan itu berlaku selepas Nizar melancarkan sebuah buku komik politik oleh kartunis terkenal Zunar. Difahamkan, semasa pelancaran itu mungkin ada beberapa orang "spy UMNO" yang turut berada dalam program berkenaan. Maka, mereka melihat dan memantau pergerakan Nizar. Lantaran itulah, ketika melalui jalan terbabit, tiba-tiba terpacul sebuah kenderaan yang entah dari mana. Akibat keprihatinan Nizar untuk cuba mengelak daripada terlanggar kenderaan tersebut, maka akhirnya kenderaan yang beliau naiki telah terbalik betul-betul berhampiran dengan bangunan UMNO Perak. Persoalannya, siapakah yang melakukan aksi mengejut itu agaknya. Apakah pemandu terbabit telah diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk memastikan Nizar "menderita" akibat kemalangan tersebut. Mujurlah umur Nizar masih panjang dan beliau dapat diselamatkan oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut.

[Strategi yang digunakan untuk melakukan aksi kemalangan dalam kes ini, hampir sama dengan apa yang sering dilakukan oleh kumpulan "Call Man" workshop kereta selama ini. Ramai yang sudah terkena dan mengalami kemalangan gara-gara tindakan ahli kumpulan terbabit yang sengaja mencipta kemalangan untuk mendapatkan kes baru. Justeru itu kemungkinan besar modus operandi yang sama digunakan terhadap Nizar].

Tergamak Blogger UMNO Salibkan TG Nik Aziz


Gara-gara isu Khalimah Allah dan kes bakar gereja yang melanda negara sekarang ini, maka ramai juga puak-puak UMNO yang menuding jari kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Kononnya kejadian itu telah dirancang dengan rapi susulan pilihanraya di Sarawak tidak lama lagi. Mereka menuduh bahawa ia telah diatur oleh pembangkang dalam usaha menarik sokongan penganut agama Kristian di sana untuk menyokong Pakatan Rakyat. Biar apa pun yang terjadi, terkadang kita agak hairan dengan sikap mereka yang sanggup menghina pemimpin Pakatan Rakyat terutama ulamak dari PAS sendiri. Sebelum ini, telah didedahkan bahawa ramai dikalangan blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib (Kristian) kepada beberapa orang pemimpin PAS atas kejadian tersebut. Sikap kurang ajar mereka ini semakin menjadi-jadi apabila tergamak meletakkan lambang Salib pula pada wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Kami sungguh terkejut melihat paparan ini. Tergamak benar mereka melakukan perbuatan sedemikian, sedangkan perkara ini bukanlah dilakukan oleh pemimpin terbabit. Mereka ini membuktikan kononnya Tuan Guru Nik Aziz turut bersekongkol dengan penganut Kristian dalam merencanakan kejadian yang berlaku baru-baru ini. Tambah parah lagi apabila gambar Nik Aziz diletakkan ditengah-tengah lambang salib berkenaan dan mereka meletakkan perkataan "undi didahulukan, Allah dicemarkan". Sebagai bukti sila klik di sini.

[Sunggup kurang ajar melihat sikap para blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib pada wajah pemimpin PAS, apatah lagi terhadap MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz ini. Biarpun Bloggger bebas seperti kami banyak menulis dan mengutuk kepimpinan kerajaan hari ini, namun setakat ini masih belum tergamak untuk meletakkan lambang Kristian itu terhadap wajah-wajah pemimpun UMNO. Apakah begini sikap yang ingin mereka tonjolkan. Rakyat perlu bijak buat penilaian terhadap semua ini].
Share:

6 ulasan:

  1. PUAK2 UMNO NI AKAN BUAT APA SAJA DEMI MEMASTIKAN TOK GURU SERTA SELURUH PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT TUMBANG SERTA MENGAKU KALAH SBLM BJUANG...

    BalasPadam
  2. Saudara,

    Blog budak tak sekolah tu buat apa nak ambil pusing. Dia dapat upah tanggung anak bini dengan cara itu.

    Yang saya terkejut blog macam itu pun orang baca. Kalau diharap nak tolong dapatkan undi BN, rasanya mengurangkan undi adalah.

    Blog budak ini hanya untuk orang orang yang tak sekolah saja melainkan tok tok UMNO yang pergi sekolah tapi rendam sijil dalam mangkuk Nujum Pak belalang!!

    Kita mesti jadi blogger yang ada kelas bukan macam blog budak budak hingusan macam RPK tu.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya syaitan iblis UMNO kian galak berkokok dgn cara yang tidak mampu dilakukan oleh muslim sejati, hatta kerana mahu kekal kuasa dan mereka ingat rakyat ini mahu ikut agama kafir mereka bertuhankan salib dan sembah Pemimpin2 mereka. Mereka lupa Allah itu maha berkuasa maha mengetahui.

    Tunggulah masa kamu wahai syaitan dan iblis untuk menerima habuan Allah atas apa yang kamu kerjakan. Subhanallah tidak akan kami rela agama kami tok guru kami dicaci dihina.

    Maha suci Allah kami memohon padaMu ya ALlah berikan petunjuk dan hidayah pada mereka kerana mereka jauh terpesong.Nenek Moyang mereka tinggalkan agama yang suci ini namun mereka sanggup gadai demi sebuah kuasa.

    Hancurkan mereka ya Allah jika inilah perjuangan mereka untuk melenyapkan ISLAM dari bumi bertuah ini..Hancurkan mereka spt kamu hancurkan tentera Abrahah

    BalasPadam
  4. Memang padan dengan muka TGNA pun. Yang dia dok maki hamun Orng umno x bersalah xdak pula orang pas nak kata salah.

    Menggadaikan maruah Islam demi kepentingan politik DAP dan PKR yang perjuangan KOSONG!!!!

    BalasPadam
  5. ha ha,

    jelas blogger diatas ni blogger umno,mengaji quranlah sikit baru terang hati.

    BalasPadam
  6. bisnes sup lidah lagi untungSabtu, Januari 16, 2010 2:00:00 PG

    sabor aje lah pemimpin dan pengikut setia pakatan rakyat @ alternatif @ pejuang islam....dah tertulis pun, para munafik ni macam anjing, mengerti jelir lidah, tak mengerti pun duk jelir lidah jugak....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.