
KUALA LUMPUR, 9 Jan [3.35 pm] - Pihak yang merasa diri mereka tidak dilindungi tidak berani membakar dan menceroboh beberapa gereja di Lembah Klang semalam, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (foto). "Saya percaya, hanya mereka yang merasa dilindungi yang berani berbuat demikian," katanya sambil merujuk serangan-serangan sedemikian ke atas pejabat-pejabat parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dan rumah para pemimpin parti-parti tersebut. Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang disifatkannya memberi kata-kata pembakar semangat kepada mereka yang memilih cara yang provokatif dalam menangani isu antara kaum dan agama yang sangat sensitif. "Umpamanya, kalau si ayah kata anaknya tidak boleh dihalang apabila si anak hendak memilih provokasi terhadap jiran, tentulah anaknya fikir bakar rumah jiran pun si ayah tak akan halang," katanya. Mengenai apa yang disifatkannya sebagai kata-kata pembakar semangat itu, Mohamad merujuk berita Bernama yang melaporkan bahawa Najib berkata, kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu. Utusan Malaysia pula melaporkan Najib berkata, mereka yang hendak berhimpun membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan agama lain "tidak boleh dihalang untuk berhimpun asalkan di dalam pagar masjid". Bernama juga melaporkan Hishammuddin berkata, kerajaan tidak menghalangrakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald ketika mengulas rancangan beberapa pertubuhan untuk mengadakan demonstrasi memnantah penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.
"Sepatutnya mereka mencari jalan meredakan suasana tegang memandangkan Mahkamah Tinggi telah menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald itu," kata Mohamad. Mengenai amaran Hishammuddin bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau mengingatkan Menteri Dalam Negeri itu bahawa penggunaan akta tersebut tidak akan meredakan perasaan mereka yang telah diransang dengan kata-kata pembakar semangat tersebut. "Ketegangan tidak akan reda kerana kerajaan Umno tidak akan menangkap dalang-dalang utama ketegangan seperti yang berlaku dalam Operasi Lallang 1987 dahulu. "Kita tahu, mereka akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin pembangkang. "Sejarah Operasi Lalang mungkin akan berulang di mana pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno menggunakan isu perkauman ketika itu," katnya yang turut menjadi mangsa tersebut.

Beberapa bahagian Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Desa Melawati,
Hulu Klang yang terbakar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Beliau berharap mereka yang tidak berpuas hati terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald supaya tidak mengambil kesempatan untuk melepaskan geram secara tidak bertamadun. "Semua orang ada hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara. Tetapi, perbuatan membakar gereja tidak akan menyelesaikan rasa tidak puas hati mereka malah akan menyebabkan orang-orang Islam dipandang negatif. "Soal kaum dan agama sangat sensitif, apa salahnya memilih cara yang lebih tenang seperti mengadakan perbincangan?" katanya. Jika perbincangan diadakan, katanya, banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang termasuk Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam. Empat gereja dilempar bom api, dipercayai ada kaitan dengan kontroversi penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald. Kejadian pertama membabitkan Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Taman Melawati disusuli Gereja Assumption Assunta, Petaling Jaya, Gereja Chappel, Damansara dan gereja Good Shepherd Lutheran Church, di Jalan Othman, Petaling Jaya.
[Perbuatan membakar gereja bukanlah budaya rakyat Malaysia sebenarnya. Namun, apakah yang menyebabkan kumpulan berkenaan bertindak demikian? Soalnya, kenapa pula pihak polis tidak membuat pemantauan yang rapi atau meletakkan anggota mereka di gereaja-gereja sekitar Lembah Kelang selepas kejadian pertama berlaku?. Ramai yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Mungkin ada pihak tertentu yang mendapat "Greenlight" untuk melakukan perbuatan demikian bagi mencetuskan ketegangan kaum di negara kita. Soalnya sekarang, kumpulan mana yang beriya-iya benar mengadakan demontrasi tentang khalimah Allah ini agaknya?. Bukankah kumpulan ini mempunyai "aksess" dengan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Justeru itu, kebakaran gereja yang berlaku sekarang ini berkemungkinan besar juga dilakukan oleh mereka yang menjadi anggota NGO terbabit].
"Sepatutnya mereka mencari jalan meredakan suasana tegang memandangkan Mahkamah Tinggi telah menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan majalah Herald itu," kata Mohamad. Mengenai amaran Hishammuddin bahawa kerajaan tidak teragak-agak untuk menggunakan apa jua cara termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), beliau mengingatkan Menteri Dalam Negeri itu bahawa penggunaan akta tersebut tidak akan meredakan perasaan mereka yang telah diransang dengan kata-kata pembakar semangat tersebut. "Ketegangan tidak akan reda kerana kerajaan Umno tidak akan menangkap dalang-dalang utama ketegangan seperti yang berlaku dalam Operasi Lallang 1987 dahulu. "Kita tahu, mereka akan mengambil peluang untuk melepaskan dendam terhadap para pemimpin pembangkang. "Sejarah Operasi Lalang mungkin akan berulang di mana pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak terlibat mencetuskan ketegangan telah dijadikan mangsa untuk menutup kesalahan Umno menggunakan isu perkauman ketika itu," katnya yang turut menjadi mangsa tersebut.

Beberapa bahagian Gereja Metro Taber Nacre A/G Catholic di Desa Melawati,
Hulu Klang yang terbakar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
[Perbuatan membakar gereja bukanlah budaya rakyat Malaysia sebenarnya. Namun, apakah yang menyebabkan kumpulan berkenaan bertindak demikian? Soalnya, kenapa pula pihak polis tidak membuat pemantauan yang rapi atau meletakkan anggota mereka di gereaja-gereja sekitar Lembah Kelang selepas kejadian pertama berlaku?. Ramai yang merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hal ini. Mungkin ada pihak tertentu yang mendapat "Greenlight" untuk melakukan perbuatan demikian bagi mencetuskan ketegangan kaum di negara kita. Soalnya sekarang, kumpulan mana yang beriya-iya benar mengadakan demontrasi tentang khalimah Allah ini agaknya?. Bukankah kumpulan ini mempunyai "aksess" dengan kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Justeru itu, kebakaran gereja yang berlaku sekarang ini berkemungkinan besar juga dilakukan oleh mereka yang menjadi anggota NGO terbabit].






Elok disiasat segera siapa bakar gereja.jika berlaku lagi gereja dibakar selepas ini,rakyat akan menganggap polis tidak cekap dan buat keja sambil lewa.
BalasPadamtok cadangkan elok semua rumah ibadat dikawal polis 24 jam.tok bimbang lepas ni manalah tahu ada anasir jahat yang cuba bakar masjid pula.
sepatutnya isu nama Allah ini tak perlu dipanaskan dalam media.macamana dengan kristian ortodoks di mesir yang guna nama Allah selama seribu tahun.Di sana ada universiti Al Azhar.
tok tak pernah pun dengar berita ada tunjuk perasaan di Mesir guna kalimah Allah.
Sepatutnya perkara ini boleh dielakkan lebih awal.
ramai yang menganggap ketua hakim negara tak cekap kerana gagal tangani isu awal-awal.ini yang tok dengar di kedai-kedai kopi.tun zaki azmi pula bekas timbalan pengerusi jawatankuasa tatatertib umno.
patutlah mereka yang bersembang di kedai kopi menganggap umno nak perguna isu kalimah Allah untuk tarik undi melayu yang beragama islam.Benarkah?tapi nampaknya isu kalimah Allah ini seperti memerangkap UMNO.
Mengapa kita tak adakan perbincangan ilmiah dengan pihak gereja.apa yang kita perlu tunjukkan?bukan mudah mengekalkan keamanan.memusnahkannya memang mudah
hairan juga macam ada satu perancangan jahat 3 buah sekali jalan... nak tanya rangkaian mana banyak rangting.... abang ah-long ka.. kah..kah..kah
BalasPadamkerja -kerja budak bodoh yang perbuatan nye dilindungi oleh UMNO, kerja runtuh masjid , hina agama penganut lain, ini semua siapa yang lakukan kalau tak budak-budak baghal
BalasPadamyang bernaung bawah bendera UMNO
Takkan le org UMNO yg buat.OrangX UMNO sume nya baikX noh!
BalasPadamorg2 tak umno mmg baik.... ialah baik utk mengata dan menuduh org... dunia...dunia
BalasPadam