script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Konvensyen PKR Pahang 2010 Berjaya Menggilap Harapan Rakyat Membuat Perubahan Besar Menjelang Pilihanraya Umum Akan Datang

KUANTAN, 17 Jan [5.30 pm] - Konvensyen PKR Pahang 2010 telah bermula sekitar jam 10.30 pagi tadi, Dewan Restoran Tan Jung, Jalan Hj.Ahmad dekat sini. Pendaftaran perwakilan telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Seramai 920 perwakilan dari cabang-cabang PKR seluruh negeri Pahang telah mengambil bahagian dalam konvensyen ini. Antara pemimpin yang dilihat hadir ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Zakaria Hamid (Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat), Tn.Hj Abd Rahman Yusof (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terenggani) serta lain-lain pemimpin peringkat negeri yang lain. Sekitar jam 11.00 pagi, YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) yang baru tiba dan diikuti oleh YB Yaakob Sapari (Exco Kerajaan Negeri Selangor) mewakili Menteri Besar Selangor. Sementara itu sekitar jam 11.30 pagi, Shamsul Iskandar Md Akin (Ketua AMK Pusat), Zulfikar (Exco AMK) dilihat tiba dengan sambutan laungan reformasi. Konvensyen dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Fuziah Salleh selaku Pengarah Program. kemudian diikuti oleh Dato' Fauzi Abd Rahman. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sessi pembentangan kertas kerja bersama Moderator Rizal Jamin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang. Pembentangan kertas kerja pertama telah dibuat oleh YB Saifuddin Nasution dengan tajuk "Menggilap Harapan Rakyat: Peranan Dan Tanggungjawab PKR".

Selepas itu YB Yaakob Safari membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Memenuhi Harapan Rakyat: Satu Tanggungjawab Besar PKR". Pembentangan kertas kerja ketiga dibuat oleh Shamsul Iskandar dengan tajuk "Peranan AMK Dalam Membentuk Kerajaan". Selepas pembentangan kertas kerja sekitar jam 12.45 petang, sessi soal jawab telah diadakan dimana beberapa soalan dikemukakan kepada ahli panel. Program diteruskan sekitar jam 2.20 petang, di mana sesi perbahasan utama telah disampaikan oleh YB Fuziah Salleh. Beliau telah membahaskan tajuk "Peranan PKR Untuk Menarik Sokongan" dan ikuti rumusan perbahasan oleh YB Zuraida Kamaruddin dengan tajuk "Parti Keadilan Rakyat Menjana Perjuangan". Sebelum itu beberapa orang perwakilan PKR Pahang telah tampil mewakili tiap-tiap zon iaitu Pahang Barat, Pahang Timur dan Pahang Tengah untuk membuat perbahasan. Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di dewan konvensyen sekitar jam 4.45 petang dengan diiringi oleh paluan kompang, tarian singa, alat muzik tradisional dan persembahan silat. Beliau kemudian telah menyampaikan ucaptama dan menutup majlis. Majlis berakhir sekitar jam 5.45 petang sebelum satu sidang media diadakan selepas itu. Anwar banyak diajukan soalan terutamanya mengenai isu "Khalimah Allah" yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.

Dato' Fauzi: "Malaysia Is The Missing Country"
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), hari ini menegaskan Malaysia kini sudah boleh digelar sebagai "Missing Country". Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan ketika merasmikan Konvensyen PKR Pahang pagi tadi. Dato' Fauzi menegaskan bahawa banyak kejadian aneh berlaku di negara mutakhir ini. Kehilangan misteri menjadi-jadi di sana sini menyebabkan rakyat takut untuk menyatakan kebenaran. "Kes Teoh Beng Hock misalnya, biarpun mendiang Teoh dijumpai mati di Pejabat SPRM Selangor namun mati-mati pihak terbabit menyatakan yang mereka tidak bertanggungjawab atas insiden tersebut. Malah segala bukti-bukti dihilangkan begitu sahaja dan banyak fakta yang tidak masuk akal didedahkan kepada umum" katanya. "Kes Noritta misalnya, pembunuhan misteri itu tidak terjawab hingga ke hari ini kerana kehilangan pembunuh sebenarnya. Hingga ke hari ini polis masih gagal mengesan dua lelaki misteri yang dipercayai melakukan jenayah tersebut", tambah beliau lagi. Kehilangan terus berlaku selepas itu dalam kes Altantunya, dimana rekod perjalanan masuk wanita Monggolia itu ke negara ini telah hilang dan akhirnya wanita itu sendiri dihilangkan menggunakan letupan bom C4. Terbaru, negara turut digemparkan dengan kehilangan engin pesawat jet pejuang ATM yang bernilai jutaan ringgit" katanya. Kehilangan yang berlaku ini mengesahkan lagi kepada rakyat bahawa kerajaan UMNO BN sememangnya sudah tidak boleh dipercayai lagi. Mereka bukan sahaja menghilangkan semua barang bukti kes-kes tertentu, malah turut gemar menghilangkan wang rakyat dan harta negara sesuka hati mereka kata Dato' Fauzi sambil mendapat tepukan gemuruh perwakilan.

Saifuddin: Double Standard Terus Jadi Amalan

Sementara itu Setiausaha Agung PKR yang baru YB Saifuddin Nasution (foto), dalam ucapannya pula menyatakan bahawa menggilap harapan rakyat adalah satu usaha menjadikan hasrat, impian dan cita-cita rakyat semakin cerah dan akhirnya mencapai kenyataan. "Rakyat adalah sumber kuasa dan kuasa itu adalah amanah. Amanah politik itu jaga agama, jaga tanahair, jaga bangsa, jaga maruah kehormatan dan jaga harta benda" katanya. "Politik dalam sebuah negara demokrasi pula adalah kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun, hak bersuara dan hak untuk berpersatuan. Politi berwibawa, bertanggungjawab, prestasi, insaf, berlapang dada, berakhlak mulia, displin, berjiwa besar dan mengamalkan sikap rendah diri" tambah Saifuddin. Beliau juga turut menegaskan dirinya amat kecewa dengan amalan undang-undang dan perlembagaan negara pada masa ini. Terdapat kepincangan yang nyata bilamana amalan "double standard" masih lagi diamalkan kepada rakyat."Dalam kes himpunan 100 ribu rakyat Jalan Kebun misalnya, mahkamah telah membebaskan 10 orang yang didakwa atas kesalahan tersebut namun Peguam Negara menggunakan kuasanya untuk merayu atas pembebasan itu. Namun, dalam kes pembunuhan Altantunya pula Peguam Negara hanya berdiam diri dan tidak merayu apabila mahkamah membebaskan Razak Baginda dari pertuduhan membunuh wanita Monggolia itu. Sebaliknya ada orang lain yang dijadikan kambing hitam untuk mengelirukan rakyat" kata Saifuddin. Inilah masalah yang berlaku di Malaysia hari ini. Rakyat bawahan ditekan dengan berbagai undang-undang dan hukuman, sebaliknya mereka yang ada hubungan rapat dengan pemimpin UMNO BN akan dilepaskan daripada sebarang dakwaan.

YB Yaakob: Rakyat Pahang Perlu Tiru Selangor

Sementara itu, Exco Selangor YB Yaakob Sapari (foto), dalam pembentangan kertas kerjanya pula menyeru rakyat Pahang supaya membuat perubahan dengan segera jika tidah mahu mereka terus hidup dalam situasi yang cukup tidak menyenangkan. Rakyat Pahang perlu mengikut jejak langkah sahabat mereka di Selangor yang kini menikmati berbagai faedah dan kebajikan selepas menghumbankan UMNO BN dalam pilihanraya umum yang lalu. Kebajikan rakyat terus terbela dan dijaga seperti peruntukan RM2500 untuk setiap kali berlaku kematian, akaun simpanan RM100 sebulan untuk bayi yang baru lahir sehingga berumur 18 tahun. kemudahan air percuma 20 meterpadu, peruntukan RM1000 kepada para pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT, menaikkan gaji guru-guru KAFA daripada RM700 pada zaman UMNO BN ke RM1000 serta banyak lagi faedah-faedah rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sejak mengambilalih tampuk pimpinan kerajaan negeri. Rakyat Selangor kini gembira dan cukup selesa bersama Pakatan Rakyat, tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh media arus perdana. Oleh itu, rakyat Pahang wajar mengikut jejak langkah di Selangor. Memang pada asalnya ramai yang tidak menyangka Selangor yang merupakan sebuah negeri termaju di Malaysia berjaya ditakluki Pakatan Rakyat. Namun, berkat usaha dan penerangan yang berterusan maka ini dapat dilaksanakan. Oleh itu rakyat Pahang jangan menyangka negeri ini juga sukar untuk ditakluki biarpun Perdana Menteri kini merupakan orang Pahang. Rakyat perlu bijak memainkan isu, jika mahu membuat perubahan. Jangan biarkan negeri terus diperintah oleh UMNO BN lagi.

[Konvensyen sehari yang diadakan itu telah berjaya mencapai matlamat rakyat Pahang untuk meyakinkan mereka tentang perubahan besar yang akan dibawa. Justeru itu, rakyat perlu bijak berfikir dan membuat penilaian sewajarnya jika mereka mahu terus dibela. Berada dibawa pemerintahan UMNO BN sejak sekian lama, bukan memberi kesejahteraan kepada rakyat malah mereka terpaksa menanggung bebaban yang tidak sewajarnya. Harta benda dan khazanah negeri terus dirompak oleh pemimpin UMNO yang tidak jujur dan telus untuk berkhidmat kepada rakyat. Paling utama ialah mereka rela mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan bukannya ikhlas serta bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Tanah dan hutan negeri ditarah serta ditebang secara rakus oleh mereka tanpa menghiraukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah kemewahan dan wang yang merimpah ruah untuk mengenyakkan tembolok mereka. Memperkayakan diri, kroni dan saudara mara sudah menjadi sebati dalam jiwa pemimpin UMNO. Maka itulah kita tidak hairan, mereka yang baru bergelar pemimpin boleh hidup mewah dan kaya raya dengan tiba-tiba. Semua itu adalah kerana fokus utama mereka ialah untuk itu. Membela rakyat dan mengambil berat masalah rakyat adalah perkara kedua yang akan dilakukan bila berlaku desakan dan sebagainya. Inilah dia sikap UMNO BN sejak sekian lama].
-Galeri Bergambar Menyusul Kemudian, Harap Maklum-
Share:

4 ulasan:

  1. hidup PKR!!! tumbangkan BN!!!....hari ini semua duit dari penat lelah kita semuanya dia nak kaut secara paksa....semuanya pasal diut....Berak pun dah naik harga ke 50 sen!!!....tapi, kata pak menteri, itu semua masih rendah berbanding negara jiran.....maka penyokong BN karat pun pakat tepuk sorak ramai2....lawak batul senario hari ini.

    BalasPadam
  2. Macam ni lah hasil didikan acuan karat dosa BN memerintah berjaya mengaratkan otak otak rakyat yg bebal lg dungu ini.yang mereka tahu tepuk sorak bila bos mereka kata brg tempat kita masih jauh murah dari negara jiran lain.

    tepuklah sepuas hati kamu kerana bos kamu suka melihat kamu bertepuk mcm kera kena belacan. "petikan kata arwah p.ramli" terlolong mcm lotong dihutan yg kehausan susu. yang kamu dapat subsidi berganda...bijak bijak..kamulah rakyat terbijak dalam dunia ini.

    aku tk sabar nk dengar pengumuman harga baru petrol selepas subsidi bos kamu kasi....rindu lak isi petrol dgn RM2.70 seliter tau. masih harga terendah antara negara jiran kita tau. terima kasih kerajaan kerana bagi kami subsidi.

    BalasPadam
  3. Harapan Rakyat??? Maksud nya dari sumber muka-muka pengkianat bangsa ni? Baik lupa kan saja lah. Orang pun dah mual dan muak dengan lakonan dari semua para pelakon songsang dan tempang belaka ni...

    BalasPadam
  4. Tolonglah jangan serlahkan logo pkr yg seperti di atas tu, kerana dibimbangi orang akan menagitkannya dengan freemason pula..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Tengku Ampuan Pahang Mencuri Perhatian Bila Duduk Bersama Graduan Lain Sebagai Seorang Pelajar Pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-42

GOMBAK:  “Saya masuk ke dewan ini sebagai Tengku Ampuan Pahang. Saya duduk bersama saudara dan saudari sebagai seorang pelajar. Saya melangk...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.