script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Mahathir Dakwa "Ops Lalang" 30 Tahun Lalu Ialah Keputusan Polis


KIRA-kira 30 tahun selepas Operasi Lalang, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan keputusan untuk menahan 106 individu dan menutup tiga akhbar merupakan keputusan polis semata-mata.

Malah beliau berkata mempunyai sedikit pilihan tetapi terpaksa menerima keputusan tersebut.

Namun, perspektif peribadinya terhadap kebanyakan mereka yang ditahan dalam operasi itu telah berubah mengikut peredaran masa dan keadaan.

"Apabila saya berada di dalam kerajaan, saya memarahi mereka kerana saya mahu menang dalam pilihan raya. Namun mereka tidaklah begitu teruk daripada yang disangka.

"Kini saya bersama-sama dengan mereka. Dan saya menjadi rapat dengan mereka," kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dipetik dalam satu temubual bersama sebuah portal dalam talian baru-baru ini.

Sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir menandatangani perintah tahanan ISA.

Pengkritik berpendapat bahawa polis tidak boleh melakukan sebarang tangkapan tanpa mendapatkan tandatangannya.

Pada ketika ini, pendirian Dr Mahathir tetap kukuh.

Bekas Presiden Umno itu menegaskan bahawa operasi tersebut diputuskan oleh polis dan beliau tiada pilihan melainkan mengikuti nasihat mereka.

Dalam buku berjudul Conversations With Mahathir Mohamad: Doctor M: Operation Malaysia yang ditulis Tom Plate pada 2011, Dr Mahathir dipetik sebagai berkata beliau kecewa dengan tindakan tegas yang dilakukan pihak polis.

"Baiklah, saya akan mengendalikannya dengan cara berbeza kecuali polis mahu melakukan perkara ini kerana mereka mengatakan ia perlu.

"Saya sebenarnya bertemu dengan semua pemimpin pembangkang (sebelum ini) dan memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.

"Dan anda tahu apa polis lakukan? Polis tahan mereka. Kredibiliti saya terjejas," kata Dr Mahathir seperti dipetik dalam buku tersebut.

Dr Mahathir dalam temubual itu baru-baru ini tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju dengan cara polis melakukan penangkapan tersebut.

"Saya tidak bersetuju dengannya. Saya bertanya kepada polis untuk menerima bahawa kita perlu menghapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

"Polis tidak bersetuju. Saya terikat dengan nasihat keselamatan polis, tidak boleh menentang polis," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar turut memberitahu beliau bahawa sebagai Perdana Menteri beliau perlu mendengar nasihatnya berhubung isu keselamatan negara.

"Beliau kata begitu. Dan sebenarnya, saya tidak melawan polis kerana saya bergantung kepada mereka. Soal keselamatan adalah tugas polis.

"Jadi jika beliau berkata kita perlu tahan individu tertentu, maka teruskan. Namun selagi saya boleh membebaskan mereka secepat mungkin," kata Dr Mahathir. #sumber

Share:

Lelaki Yang Punyai "Alat Kelamin" Terbesar Dunia Selamat Di Bedah


SEORANG lelaki yang mempunyai alat kelamin terbesar di dunia selamat menjalani pembedahan yang mengubah kehidupannya.

Horace Owiti Opiyo, yang dikenali sebagai Forence, dari Kibigori, Kenya, mula menyedari terdapat ketumbuhan pada alat kelaminnya pada tahun 2006 ketika berusia 10 tahun.
Prosedur awal membuang ketumbuhan itu dibuat pada tahun 2007 tetapi ia muncul semula beberapa tahun kemudian.

Lelaki yang kini berusia 20 tahun itu kemudian didiagnosis menghidap elephantiasis (untut) pada alat kelaminnya yang mana ia akan membengkak sehingga 20 kali lebih besar dari saiz purata.

Lama-kelamaan, ketumbuhan ini menyebabkan kerandut dan zakar Forence membesar sehingga saiz hampir satu meter panjang.

Dia berkata: "Mula-mula ia sangat kecil, macam bisul. Kemudian saiz penumbuk saya, sebelum berkembang menjadi lebih besar."

Forence akhirnya terpaksa berhenti sekolah kerana kerandutnya semakin besar dan berat (5kg) menyebabkan dia tidak dapat memakai pakaian atau berjalan dengan mudah.
Rakan-rakan kelas sering mengusiknya dan dia tidak mampu lagi menanggung kos untuk menjalani pembedahan.

Forence mula menghabiskan lebih banyak masa di rumah yang dikongsi bersama dengan abangnya, Eliza dan neneknya, Salina.

Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.

Forence berkata: "Saya beritahu nenek bahawa saya dijangkiti penyakit, tetapi saya tidak pasti apa penyakitnya. Ia boleh jadi sumpahan. Saya tahu ia bukan dari Tuhan, tetapi syaitan."

Sesetengah penduduk tempatan percaya ubat herba boleh menyembuhkan penyakit ini dan Salina menasihati cucunya supaya menggosok ubat herba pada alat kelaminnya.
Forence menambah: "Kesakitan semakin tak dapat ditahan, saya langsung tidak boleh berjalan atau duduk."

Dalam usaha untuk membantu Forence, jirannya, Duncan Otieno, telah mengambil gambar alat kelamin Florence dan menyiarkannya di Facebook sambil mengharapkan bantuan.
Posting itu tular dan sampai ke pengetahuan isteri Gabenor Kisumu, Olivia Ranguma, yang meminta seorang doktor untuk menilai keadaan Forence.

Ambulans dihantar untuknya segera. Doktor-doktor di Hospital Jaramogioginga Odinga memeriksa Forence dan dia didiagnosis dengan 'elephantiasis Scrotal'.

Dr Emmanuel Benge menjelaskan: "Dalam bahasa perubatan ia dipanggil 'lymphedema' yang mana tisu anda telah membengkak.

"Dalam kes ini adalah alat kelaminnya, jadi ia disebut elephantiasis. Scrotal elephantiasis boleh disebabkan oleh gigitan nyamuk yang menyuntikkan larva ke dalam aliran darah. 

Larva matang menjadi cacing parasit invasif, yang menghalang sistem saliran badan menyebabkan lymphedema, atau bengkak tisu, dan penebalan kulit. Imbasan menunjukkan bahawa di dalam kerandut Forence, adalah dua buah zakar yang sihat."

Hospital telah menjalankan dua pembedahan bagi membantu Florence.
Ketua pembedahan, Dr Dan Raburu berkata: "Kami memberi tumpuan kepada mencari dan meletakkan testis di tempat yang betul.

"Kami kemudiannya menumpukan kepada membuang tisu, kulit, daging dan lemak yang berlebihan di sekelilingnya dan membina semula batang zakar supaya ia dapat dilihat."
Forence berkata: "Saya sangat gembira dapat menjalani pembedahan, saya langsung tidak takut."

Dia berkata: "Ketika saya bangun, saya terkejut tubuh saya sangat ringan. Seluruh kesakitan telah hilang.

"Saya dapat berenang sekarang. Sebelum ini saya tidak dapat pergi dekat dengan air kerana ketumbuhan itu.

"Sekarang saya boleh berlari dan saya boleh bermain bola sepak. Sekarang saya bebas!". #sumber

Share:

Timbalan Menteri: "Letak Bayi" Di "Baby Hatch" Bukan Satu Jenayah !

KUALA LUMPUR: Ibu yang melahirkan bayi tidak sah taraf tidak perlu takut meletakkan bayi mereka di “Baby Hatch” kerana ia bukan kesalahan jenayah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata kerajaan berharap ibu-ibu berkenaan memilih meletakkan bayi mereka di Baby Hatch dan tidak membuang bayi tersebut di merata tempat, yang merupakan kesalahan jenayah.
“Dalam hal ini, keselamatan dan kesihatan bayi tersebut akan lebih terjamin kerana Baby Hatch merupakan fasiliti selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudannya, bayi dapat ditinggalkan dengan selamat.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai impak penubuhan Baby Hatch di negara ini serta adakah dengan kewujudannya, bayi dapat ditinggalkan dengan selamat.
Azizah berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, sebanyak 59 kes buang bayi dilaporkan sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Beliau berkata kes buang bayi mencatatkan peningkatan setiap tahun sejak 2013.
“Sebanyak 90 kes buang bayi dilaporkan pada 2013, seterusnya meningkat kepada 104 kes pada 2014, 111 kes pada 2015 dan 115 kes pada 2016,” katanya.
Dalam pada itu, Azizah berkata setakat ini, 8 pusat Baby Hatch diwujudkan di Hospital KPJ seluruh negara melibatkan 2 di Kuala Lumpur dan setiap satu di Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Pahang.
Katanya, Baby Hatch turut ditempatkan di tiga Pusat Perlindungan OrphanCARE di Kuala Lumpur, Sungai Petani di Kedah dan Johor Bahru, Johor. #sumber
Share:

Pembunuh 'Pengasas Ambank' Di Jatuhkan Hukuman Gantung Hari Ini


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penarik kereta yang dituduh membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank), Hussain Ahmad Najadi, 4 tahun lepas.

Koong Swee Kwan, 48, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2.00 petang pada 29 Julai 2013, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati mandatori.

Koong sebelum ini dipenjarakan 18 tahun atas pertuduhan cubaan membunuh isteri Hussain, Cheong Mei Kuen, 50, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata peguambela Datuk Michael K L Chee gagal membangkitkan keraguan mengenai dakwaan ke atas Koong.

Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Koong atas tuduhan membunuh Hussain dan hukuman penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh Cheong.

Bagaimanapun pada 14 Disember 2016, panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap Koong dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Hussain terbunuh manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. #sumber
Share:

"Bajet 2018": Najib, Penuhi Hasrat Rakyat Adalah "Cabaran" Terbesar

PUTRAJAYA: Cabaran terbesar dalam penyediaan Bajet 2018 adalah usaha untuk memenuhi jangkaan rakyat, dan sejauh mana ia dapat dipenuhi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam taklimat kepada editor media hari ini, Perdana Menteri berkata pasukan bajetnya berbincang dan bekerja keras dalam tempoh yang lama untuk menyediakan Bajet 2018 memandangkan semua pihak mempunyai harapan yang tinggi.
Najib mahu rakyat memahami matlamat bajet kerana ia mesti mencerminkan pengurusan ekonomi, kewangan dan fiskal negara yang kukuh.
Bajet 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3.30 petang esok.
“Ia pertama kali bermula pada 3.30 petang memandangkan Maghrib masuk pada 7 malam. Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar, dan tidak berpanjangan kepada waktu Maghrib.
“Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentangan Bajet boleh ditukar,” katanya dan menambah ucapan beliau tidak terlalu panjang namun ada banyak perkara yang akan beliau perkatakan.
Bagi Najib, penyediaan Bajet 2018 merupakan satu lagi cabaran besar memandangkan apa sahaja yang beliau kata atau lakukan akan diterima dan diinterpretasi sebagai bajet pilihan raya.
Walaupun mudah untuk melabelnya begitu, Najib berkata kerajaan pada hakikatnya sentiasa konsisten dalam memperkenalkan projek-projeknya.
Malah, beliau berkata cadangan bajet pembangkang lebih populis.
“Bajet pembangkang bukan berasaskan fakta dan angka, dan akan menyebabkan ‘lubang besar’ dalam kewangan kerajaan. Mereka tidak mempunyai kepimpinan yang padu dan ini dicerminkan dalam cadangan bajet yang kurang kredibiliti dan konsistensi.
“Ini menunjukkan langkah mereka tidak populis sepenuhnya dan tidak dapat disokong dengan angka seperti hasil. Langkah yang dicadangkan juga tidak boleh dilaksanakan, dan oleh itu tidak sesuai,” kata Najib.
Mengenai bahagian saksama yang akan diperoleh pembangkang dalam Bajet 2018, beliau berkata ia merupakan tanggungjawab moral.
“Ada antaranya, sebagai contoh, bekalan air, sudah menjadi tanggungjawab moral kerajaan persekutuan untuk menyediakan bekalan air. Kita tidak boleh menafikan bekalan air bersih untuk rakyat hanya kerana kami tidak memerintah negeri. Malah ada lebuh raya yang melalui negeri-negeri pakatan pembangkang.
“Kami mahu membuktikan kami bertanggungjawab dan ada masanya kami mahu melangkaui politik. Kami perlu memenuhi obliasi moral sebagai kerajaan,” kata Perdana Menteri. #sumber
Share:

Nazri Mahu Pengkritik Nyatakan 'Kesalahan' Jho Low Di Malaysia !

SHAH ALAM: Menteri Datuk Seri Nazri Aziz membidas pengkritik dan meminta mereka senaraikan pelbagai kesalahan yang didakwa dilakukan Low Taek Jho di Malaysia sebelum meminta tindakan diambil terhadap ahli perniagaan itu.
Bekas menteri undang-undang itu berkata di Malaysia, tindakan hanya boleh diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dilakukan di negara ini.
“Saya mahu tahu apakah kesalahan yang dia lakukan di Malaysia.
“Selama ini Tun Dr Mahathir Mohamad berkata satu dunia tahu mengenai Jho Low dan hanbya Malaysia yang nampaknya tidak tahu.
“Kesalahan itu, jika ada dilakukan, berlaku di luar negara. Biar negara itu yang ambil tindakan.
“Di Malaysia, beritahu kami apakah kesalahan yang sudah beliau lakukan,” kata Nazri.
“Saya pasti kalau dia lakukan kesalahan di sini, tindakan akan diambil terhadapnya mengikut undang-undang kita,” katanya pada sidang media selepas mengunjungi Les’ Copaque Production Sdn Bhd hari ini.
Nazri diminta menjelaskan mengapa kes terhadap Jho Low diisytiharkan tutup oleh pihak berkuasa tempatan ketika negara lain masih menyiasat ahli perniagaan itu.
Pendakwaraya di Singapura menamakan Jho Low sebagai watak utama dalam siasatan berkaitan 1MDB, dan mendakwa beliau menggunakan wang yang boleh dikesan ke dana kerajaan itu untuk manfaat peribadi.
Pendakwaraya dalam fail ke mahkamah berkata kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang kononnya dilaburkan 1MDB dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd didakwa disalurkan ke sebuah akaun bank yang didakwa milik Jho Low, yang menghilangkan diri daripada perhatian masyarakat.
Di Dewan Rakyat pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata permohonan dibuat kepada Interpol untuk menjejaki Jho Low.
Tidak lama kemudian, Zahid berkata kenyataannya sudah dimanipulasikan media sosial.
“Sehingga hari ini, polis telah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut.
“Bagaimanapun, media berkenaan seolah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low. Itu sama sekali tidak benar,” kata Zahid dalam kenyataan. #sumber

Share:

Najib Pertahankan 1MDB, Berjaya Jimat RM200 Bilion Untuk Negara !

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam penulisan blognya 3 hari sebelum pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini.
Perdana menteri berkata 1MDB sebenarnya memainkan peranan membetulkan perjanjian berat sebelah melibatkan industri jana kuasa elecktrik yang ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin, dipercayai merujuk bekas perdana menteri yang kini menjadi seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk ‘Tiada lagi perjanjian pilih kasih’,” katanya dalam catatan panjang blog di bawah tajuk “Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia”.
Menurut Najib, 1MDB turut membiayai pembinaan 8 pangkalan tentera, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, di samping memberikan beribu-ribu biasiswa dan menaja jemaah haji.
“Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang baik,” katanya.
Najib turut mempertahankan dasar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2015.
Menurutnya, kadar 6% lebih rendah berbanding negara lain.
“Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST – tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu,” kata Najib.
Najib akan membentangkan Bajet 2018 pada Jumaat ini, dalam apa yang disifatkan sebagai “bajet pilihan raya” memandangkan ia belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum yang mesti diadakan menjelang separuh tahun depan. #sumber
Share:

1MDB: Kerajaan Tak Bertanggung Jawab 'Tutup Fail' Siasat Jho Low !

PETALING JAYA: Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan yang dilaporkan menutup fail siasatan berkaitan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang polis Malaysia menutup fail dan tiada lagi permintaan daripada Interpol mengenai kes itu, perlu dijelaskan.
Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat daripada jawatannya pada Jun 2016 berkata, 2 penjelasan bertentangan Zahid semalam mengenai status Jho Low mengelirukan.
“Amat memalukan bila mana seorang timbalan perdana menteri membuat kenyataan di Parlimen, sama ada kenyataan beliau itu benar ataupun beliau tidak bercakap benar untuk menjelaskan jawapan kepada ahli Parlimen Gombak.
“Jadi ini suatu perkara yang harus dijelaskan dan saya fikir disebabkan siasatan Interpol dikatakan oleh Datuk Zahid itu sudah selesai, tak ada penemuan apa-apa, maka kes itu ditutup, itu satu tindakan amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam rakaman video dimuat naik ke Facebooknya hari ini.
Beliau berkata, ada keperluan untuk memastikan jika kerajaan pusat, Kementerian Dalam Negeri atau polis yang membuat permintaan rasmi bagi mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan Jho Low serta membawanya ke Malaysia untuk didakwa dalam kes yang dikatakan ada kaitan dengan 1MDB.
Semalam, pejabat Zahid mengeluarkan kenyataan menafikan laporan berdasarkan jawapannya di Parlimen pada sebelah pagi yang polis Malaysia mendapatkan bantuan Interpol untuk mengesan kedudukan Jho Low.
Menurut kenyataan itu, jawapan timbalan perdana menteri terhadap soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Azmin Ali pada sidang Dewan Rakyat pagi semalam jelas menyatakan tiada kes untuk disabitkan.
Berdasarkan rakaman video sidang Dewan Rakyat semalam, Zahid dilaporkan menjawab soalan Azmin dengan berkata: “Mengenai kes itu, kita memang telah mengemukakan permintaan kepada Interpol untuk mencari di manakah orang yang telah dimaksudkan oleh Yang Berhormat Gombak.
“Dan kita amat yakin bahawa pihak Interpol bertindak secara profesional dan PDRM masih belum memperolehi sebarang maklumat terperinci daripada pihak Interpol.
“Namun, kita yakin apa yang telah dilakukan oleh beberapa pihak di peringkat antarabangsa, terutamanya agensi perisikan telah dimuktamadkan dan kita yakin kes itu tidak lagi relevan, kecuali yang dibangkitkan oleh ahli-ahli politik yang tidak puas hati dengannya,” kata menteri dalam negeri itu di Dewan Rakyat semalam.
Hari ini, Azmin berkata, beliau akan berbincang dengan rakan Pakatan Harapan lain sama ada akan merujuk Zahid ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana menafikan kenyataannya berhubung bantuan Interpol untuk mengesan Jho Low.
Pada 12 Julai lalu, pendakwa raya di Singapura dilaporkan berkata, Jho Low ialah watak utama dalam siasatan berkaitan 1MDB dan beliau menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan itu untuk tujuan peribadi.
Jho Low menerima sejumlah wang yang “amat besar”, dengan kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) untuk 1MDB laburkan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dilencongkan ke akaun bank miliknya. #sumber
Share:

Skandal 1MDB: Azmin, Kenapakah Zahid Gagal Jawab Soalan Mudah?


KUALA LUMPUR: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang gagal menjawab persoalan mudah berkait isu skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) mengaitkan, ahli perniagaan muda, Jho Low.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, Zahid Hamidi cuba memanipulasi kenyataan asal yang dikeluarkan Timbalan Perdana Menteri itu di Parlimen, semalam.
“Beliau secara jelas menjawab pertanyaan saya di Parlimen dan memaklumkan bahawa polis telah menghubungi Interpol untuk mengesan Jho Low.
“Beliau juga memaklumkan Kerajaan Persekutuan masih belum menerima sebarang laporan akhir berhubung kes itu.
“Persoalannya, bagaimana Zahid Hamidi boleh nyatakan dalam kenyataan terkini bahawa kes itu sudah ditutup sedangkan laporan akhir masih belum diterima?
“Dalam tempoh kurang 24 jam, Zahid Hamidi membuat kenyataan u-turn. Ia sepatutnya satu soalan mudah kepada TPM untuk menjawab pertanyaan saya secara tepat di Parlimen,” katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pagi ini.
Mohamed Azmin diminta mengulas penafian Zahid Hamidi dalam kenyataannya mengenai bantuan Interpol bagi Interpol mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Mohamed Azmin mengemukakan surat tuntutan kepada ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya PDRM menahan dan membawa pulang Jho Low ke negara ini.
Bagaimanapun, permohonan berkenaan ditolak mahkamah tinggi bulan ini selepas hakim membenarkan bantahan awal dikemukakan Pejabat Peguam Negara yang mewakili polis. #sumber
Share:

Bukti "Hansard" Parlimen "Azmin-Zahid", Isu Interpol Jejaki Jho Low !


Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]:
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya kerjasama yang dijalin di antara pihak Polis Diraja Malaysia dengan Interpol bukan sahaja menumpukan persoalan gerakan militan ataupun gerakan-gerakan ideologi yang boleh mencetuskan ketegangan agama di rantau ini.
Akan tetapi juga kerjasama yang diwujudkan melibatkan aktiviti ataupun jenayah perdagangan dan juga kewangan di mana pihak Polis Diraja Malaysia boleh mendapatkan bantuan Interpol untuk menahan seseorang dan menyiasat bagi sesuatu kes yang telah banyak dinyatakan.
Saya telah membangkitkan perkara ini beberapa bulan yang lalu, di mana pihak Polis Diraja Malaysia perlu mendapatkan khidmat Interpol untuk locate ataupun mengenal pasti kedudukan Jho Low yang telah disebut dalam banyak laporan di peringkat antarabangsa, di mana beliau terlibat secara langsung dalam jenayah kewangan dan perdagangan.
Persoalan saya ialah di manakah kedudukan PDRM dalam perkara ini? Apakah PDRM akan mendapat bantuan Interpol untuk mengenal pasti kedudukan Jho Low dan mendapat kerjasama daripada pihak Interpol untuk menahan dan membawa balik Jho Low bagi tujuan penyiasatan di atas skandal kewangan yang terbesar dalam negara pada hari ini?
Jadi, saya pohon pandangan daripada Yang Amat Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi:
Walaupun soalan itu tidak kena mengena dengan soalan asal tetapi saya ingin menyebutkan bahawa kerjasama dengan Interpol bukan hanya terjalin erat, malah presiden baru Interpol adalah merupakan Naib Menteri MPS, Vice Minister of Public Security of China.
Mengenai kes itu, kita memang telah mengemukakan permintaan kepada Interpol untuk mencari di manakah orang yang telah dimaksudkan oleh Yang Berhormat Gombak.
Kita amat yakin bahawa pihak Interpol bertindak secara profesional dan PDRM masih belum memperoleh sebarang maklumat terperinci daripada pihak Interpol.

Namun, kita yakin apa yang telah dilakukan oleh beberapa pihak di peringkat antarabangsa, terutamanya agensi perisikan telah dimuktamadkan. Kita yakin kes itu telah tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli-ahli politik yang tidak pernah berpuas hati mengenainya. #sumber
Share:

Azmin Ali Bidas Tindakan 'U-Turn' Zahid Hamidi Dalam Isu Jho Low !


SHAH ALAM: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi membuat pusingan “U” terhadap kenyataannya mengenai Malaysia meminta bantuan daripada Interpol untuk mengesan Low Taek Jho, atau Jho Low dibidas Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin di laman media sosial Twitter berkata cubaan Zahid memutarbelitkan fakta tidak berhasil.
Dalam tweet seterusnya, Mohamed Azmin juga bertanya sama ada Zahid “dimarahi” oleh “bosnya”.
Di Dewan Rakyat semalam, Zahid Hamidi berkata Polis Malaysia telah meminta bantuan Interpol untuk mengesan Low, yang dikenalpasti watak utama dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Beliau menjawab soalan Mohamed Azmin, yang juga ahli Parlimen Gombak.
Bagaimanapun, Zahid Hamidi kemudian berkata ucapannya telah “dimanipulasi”, dan menjelaskan yang permintaan bantuan Interpol tidak lagi aktif kerana fail kes melibatkan Low sudah ditutup.
Penyiasat AS mendakwa bahawa Low adalah dalang penyelewengan wang daripada firma belaburan negara 1MDB. Lokasinya sekarang tidak diketahui.
Mohamed Azmin sebelum ini memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa polis dan ketua polis negara menangkap Jho Low.
Bagaimanapun, ia ditolak oleh mahkamah awal bulan ini selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara yang mewakili polis. #sumber
Share:

Pembangkang Gesa Big Bos SPRM Perjelas Tuduhan Skandal Di Bali !

KUALA LUMPUR: DAP hari ini mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad tampil membuat penjelasan berhubung spekulasi sama ada beliau merupakan individu yang terlibat dalam hubungan sulit dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo membuat desakan itu susulan penularan video yang dipercayai dirakam di Bali, Indonesia.
“Saya meminta Dzulkifli, sama ada benar atau tidak dialah individu di dalam video yang tersebar yang didakwa dirakam di Bali, Indonesia.
“Beliau kena jawab spekulasi bahawa individu itu yang kini sedang beredar di kalangan orang ramai adalah dirinya. Sekiranya itu bukan dirinya, maka saya minta beliau nyatakan secara terbuka,” katanya semasa sidang media di Parlimen hari ini.
Katanya, penjelasan Dzulkifli dapat membersihkan nama beliau sebagai pengerusi SPRM.
“Tindakan itu perlu untuk membersihkan nama dirinya yang mempunyai kedudukan di dalam SPRM. PDRM atau mana-mana agensi penyiasatan perlu sedar bahawa imej agensi mereka tidak boleh dikompromi dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini adalah untuk memastikan keyakinan masyarakat terhadap mereka.
“Saya membuat gesaan ini sebagai seorang wakil rakyat kerana SPRM ditubuhkan berasaskan undang-undang, yang diluluskan di Parlimen pada 2009. Malah jawatan ketua pesuruhjaya SPRM merupakan jawatan khas yang terkandung di bawah Seksyen 5 akta berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan pasukan khas menyiasat tuduhan itu.
Polis turut mengesahkan sedang menyiasat video tersebut. #sumber
Share:

Kemalangan: Pemandu Dakwa Bas DI Hadapan Berhenti Tengah Jalan


PEMANDU bas ini menceritakan detik-detik cemas kemalangan yang meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dalam kejadian berdekatan Plaza Tol Juru, Pulau Pinang pada awal pagi Selasa.

Salah seorang daripada mangsa yang maut adalah rakyat tempatan. #sumber

Share:

Lapan Wanita 'Maut' Selepas Bas Bertembung Di Lebuhraya PLUS !

BUKIT MERTAJAM: Lapan pekerja maut selepas dua bas dan sebuah van kilang membawa kira-kira 40 penumpang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 (KM147) Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala berdekatan Plaza Tol Juru di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata kemalangan di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun itu dipercayai berlaku selepas sebuah daripada kenderaan itu dikatakan hilang kawalan dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi ini.
“Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala 2 lagi maut dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ). Semua yang maut adalah wanita.
“Identiti mangsa masih belum dikenal pasti” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian itu, 32 mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya dan Sungai Bakap untuk rawatan lanjut. #sumber
Share:

Ceroboh 'Kedai Pajak' Kenderaan, Dua Orang Aktivis PPIM Di Dakwa

KAJANG: Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi dan rakannya Ali Salimin hari ini dibawa ke Mahkamah Kajang untuk didakwa atas tuduhan menceroboh sebuah kedai pajak Julai lalu, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan.
Mereka hadir untuk menyerah diri sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kajang.
“Kedua-duanya dituduh melakukan perbuatan khianat dan menceroboh. Kita akan tengok apa kandungan pertuduhan dan berharap mendapat jaminan yang baik dan dibebaskan hari ini,” kata Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Datuk Hishamudin Hashim, ketika ditemui pemberita di IPD Kajang.
Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.
Pada 10 Julai lepas, kira-kira 30 pemilik kereta dengan beberapa aktivis PPIM didakwa memecahkan mangga kunci pagar di stor kenderaan syarikat itu dengan tujuan mengambil semula kenderaan masing-masing sehingga berlaku kekecohan.
PPIM juga dilaporkan mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap aduan mangsa kereta pajak gadai di syarikat kenderaan itu.
Susulan itu, seorang pengurus eksekutif syarikat terbabit turut membuat laporan polis pada hari sama. #sumber
Share:

Kes Bunuh "Pengasas AmBank", Keputusan Di Ketahui Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Oktober ini untuk keputusan kes seorang penarik kereta yang berdepan pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isterinya 4 tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Datuk Michael K L Chee di akhir kes pembelaan.
Koong Swee Kwan, 48, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2.00 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, membawa hukuman mati mandatori.
Koong juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Cheong Mei Kuen, 50, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Pada 5 September 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Koong atas tuduhan membunuh Hussain dan hukuman penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh Cheong.
Bagaimanapun pada 14 Disember 2016, panel 5 hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap Koong dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.
Dalam kejadian itu, Hussain maut manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. #sumber
Share:

Orang Asli Mendakwa Di Perdaya Melepaskan "Tanah" Di Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Seorang Orang Asli daripada suku Semai di sini mendakwa seramai 5 guru sebuah sekolah berhampiran kampungnya memperdaya komunitinya supaya menjual 2.4 hektar tanah yang dilindungi di Kampung Tiga, Pos Terisu.
Dakwaan itu dibuat Ismail Garak, seorang pengawal keselamatan, dan disokong setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, B Suresh.
Suresh memberitahu FMT, guru terbabit membina ladang di sebahagian tanah yang dibeli dan menyewakan sebahagian lagi kepada penduduk Cameron Highlands.
Menurutnya, guru terbabit bagaimanapun dipindahkan ke sekolah lain kerana masalah disiplin.
Beliau berkata, mereka meyakinkan Tok Batin, Yusof Din supaya menandatangani kontrak penjualan tanah itu.
Yusof, yang adik perempuannya berkahwin dengan Ismail, meninggal dunia 2 tahun lalu.
“Apabila anda bertemu Orang Asli dengan membawa dokumen, sangat mudah menakutkan mereka untuk menandatangani apa-apa sahaja,” kata Suresh.
Suresh berkata penduduk Cameron Highlands sering menganggap Orang Asli hanya berminat dengan wang.
“Ia sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk menabur wang kepada Orang Asli supaya mereka keluar dari situ,” katanya.
Selepas Yusof meninggal, Ismail dan isterinya membuat laporan polis dalam usaha membatalkan kontrak tersebut.
Ismail berkata beliau dengan bantuan PSM cuba menghubungi penyewa di tanah itu, tetapi tidak berjaya.
“Polis tidak membantu kami dan lelaki yang menyewa tanah itu enggan berjumpa kami. Ketika kami ke rumahnya, dia melarikan diri,” katanya.
Baru-baru ini, suku kaum Semai mendakwa pegawai polis yang menyiasat kes berkenaan cuba membeli tanah untuk dirinya daripada guru terbabit.
Pegawai itu bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut. #sumber
Share:

TPM "Nafi Laporan", Polis Mohon Bantuan 'Interpol' Jejaki Jho Low !

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung jawapannya terhadap soalan tambahan Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Azmin Ali mengenai bantuan Interpol mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low di Dewan Rakyat hari ini.
“Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan secara tegas laporan yang dibuat oleh beberapa media sosial yang telah memanipulasikan jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sedang meminta bantuan Interpol bagi menjejak ahli perniagaan Jho Low.
“Jawapan timbalan perdana menteri ketika di sidang Parlimen pagi ini ke atas soalan tambahan ahli Parlimen Gombak jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan.
“Hubungan yang baik telah terjalin antara polis dan Interpol dalam menyiasat kes ini.
“Sehingga hari ini, polis telah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut.
“Bagaimanapun, media berkenaan seolah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low. Itu sama sekali tidak benar.” #sumber
Share:

PKR Dakwa Adanya Bukti Rasuah, Gesa SPRM Siasat PM Dan Shafee

PUTRAJAYA: PKR hari ini menyerahkan “bukti” berhubung dakwaan Tan Sri Shafee Abdullah menerima RM9.5 juta daripada Pedana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa agensi anti-rasuah menyiasat dakwaan tersebut secara serius.
Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin membuat laporan terhadap dakwaan itu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini hari ini.
“Isu RM9.5 juta itu bukan isu baharu, namun kita lihat belum ada tindakan serius diambil,” kata Shamsul kepada pemberita selepas penyerahan “bukti” itu.
“Kita ada bukti dan telah kemukakan. Ikut prosedur kita tak boleh dedah lagi dan mereka beri jaminan dalam masa 7 hari bekerja, kita akan dapat maklum balas.”
Shafee ketika ditanya pemberita pada 9 Jun lepas berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan itu nanti.
Beliau berkata demikian selepas bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman untuk membatalkan pensabitan liwat atas alasan mahkamah tidak membuat keputusan yang adil kerana Shafee selaku pendakwaraya dalam kes itu didakwa menerima sejumlah wang daripada Najib.
Anwar memfailkan saman itu selepas portal Sarawak Report mendakwa Shafee menerima wang itu secara 2 kali pada 2013 dan 2014.
Pada 12 Jun lalu, mahkamah tinggi mengarahkan kerajaan supaya respon kepada saman itu, dan mengarahkan Shafee memfailkan respon kepada permohonan meminta mahkamah mengarahkan beliau mendedahkan transaksi akaun bank antara Ogos 2013 dan Mac 2014.
Shamsul hari ini berkat walaupun keputusan permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula Anwar akan diputuskan esok, PKR masih mahu SPRM menyiasat dakwaan itu.
“PKR tidak kenal masa. Kita minta siasat juga walaupun kes sudah habis,” katanya. “Sebab kita lihat ada percanggahan kenyataan daripada kerajaan yang mengatakan Shafee hanya dibayar upah guaman sebanyak RM1,000 untuk perkhidmatannya berbanding dakwaan dia menerima RM9.5 juta itu.”
Pada 11 Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata Shafee hanya dibayar RM1,000 untuk khidmatnya sebagai pendakwaraya dalam kes liwat II di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, berdasarkan kepada maklumat yang diberikan Jabatan Peguam Negara. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.