GOPENG [7.30 pm] - Terbongkar !! salah seorang bekas Exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima
habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri
Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng
Dr Lee Boon Chye (foto) ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai. Malah Dr Lee berkata
bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran
dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak
RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong UMNO dan BN.
"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak. Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.
[Ini satu lagi maklumat sulit yang pasti akan diakatakan sebagai "Fitnah" oleh puak-puak UMNO dan BN. Maka itulah, kini baru kita sedar kenapa tidak mahu diadakan sidang DUN khas bagi membuat undi tidak percaya kepada Nizar. Ini kerana mereka takut ADUN Bebas terbabit berpaling tadah setelah merungut tentang cara bayaran RM3 juta itu].
IPOH [5.12 pm] -
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) mendesak Mufti Perak,
Harussani Zakaria (foto) supaya meletakkan jawatan berikutan kenyataan beliau dalam sebuah majalah yang disifatkan sebagai berbaur perkauman dan tidak sensitif terhadap perasaan golongan bukan Islam di negara ini. Mufti yang dilihat sebagai pro-Umno itu dikatakan membuat kenyataan tersebut dalam satu temubual yang disiarkan dalam majalah
Milenia Muslim (MM) keluaran Mei 2009 THN 7 Keluaran 82. "Rata-rata kenyataannya bersifat "racist" dan tidak memikirkan perasaan rakan-rakan bukan Islam. DPPN Pk ingin menegaskan bahawa Perlembagaan Malaysia jelas menerangkan Islam adalah agama rasmi dan agama lain bebas untuk diamalkan. Begitu juga hak kaum-kaum lain untuk hidup saksama dinegara tercinta ini," kata Setiausaha DPPN Perak,
Dr Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya.
[Kemungkinan besar Mufti Perak akan sertai pilihanraya umum akan datang dan kemudiannya dilantik ke kabinet baru Malaysia jika BN masih lagi terus berkuasa. Ada juga kemungkinan beliau akan dimalukan oleh rakyat Perak sekiranya menjadi calon nanti].Manek Urai, BN Ada Peluang Untuk Menang
KUALA KRAI [3.30 pm] - Parti PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa
Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu. Ketua Penerangan UMNO,
Ahmad Maslan (foto), berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada
pilihan raya umum 1978 dan
pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan UMNO mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini. Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat.
"Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat Pas tidak pernah kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di
Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.
[Kenyataan dan tindakan Ahmad Maslan ini nampaknya ada kebenarannya. Namun begitu beliau harus sedar bahawa sebelum pilihanraya umum ke-12 lalu, BN lebih angkuh bila mengumumkan Awang Adek Hussin sebagai Menteri Besar dan Kelantan akan diambil alih oleh BN. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya pula].Pemimpin JI Akan Di Tahan ISA Dua Tahun
JOHOR BAHARU [3.10 pm] -
Ketua Wakalah Jemaah Islamiyah (JI) Singapura,
Mas Selamat Kastari (foto), yang ditangkap polis Malaysia awal bulan lalu dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Adalah difahamkan, turut dikenakan perintah tahanan selama dua tahun di bawah ISA ialah
Abdul Matin, seorang anggota biasa JI yang ditangkap oleh polis, juga pada awal April lepas. "Mas Selamat Kastari akan ditahan selama dua tahun di bawah ISA di Pusat Tahanan di Kamunting, Taiping," kata sumber dalaman mengenai penangkapan pemimpin JI Singapura itu.
[Kerajaan mahu mengkaji penggunaan ISA, namun dalam masa yang sama ISA terus digunakan terhadap mereka yang belum tentu bersalah sebenarnya. Justeru itu, kita mendesak supaya Mas Selamat dibicarakan secara adil dan saksama bukannya ISA].Penyokong Parti Di Larang Kawal Lalu Lintas
GEORGETOWN [2.55 pm] - Penyokong parti politik atau calon yang bertanding pada pilihan raya kecil
Dewan Undangani Negeri (DUN) Penanti dilarang sama sekali bertindak mengawal dan mengatur lalu lintas.
Pegawai Perhubungan Media PDRM bagi pilihan raya kecil itu,
Superitenden Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata semua kawalan lalu lintas adalah dalam bidang tugas dan kuasa polis.
"Penyokong juga dilarang mengiringi individu lain atau tokoh tertentu sehingga menyebabkan penutupan jalan dan tidak mematuhi lampu isyarat iaitu melanggar lampu merah. "Bila mereka bertindak sendiri sehingga menutup jalan, ia pasti akan menimbulkan masalah dan kesesakan lalu lintas," katanya.
[Penyokong pembangkang memang akan dihalang, tetapi penyokong BN senantiasa diizinkan. Inilah bukti yang SPR tidak telus dalam melaksanakan tugas mereka. Biarpun BN tidak bertanding di Penanti, namun terdapat sumber mengatakan calon bebas adalah jelmaan BN sebenarnya].Kemelut PPP, ROS Siasat Segera Status Parti Itu
PUTRAJAYA [2.52 pm] -
Pendaftar Pertubuhan (ROS) melakukan siasatan segera berhubung status mesyuarat agung luar biasa (EGM)
Parti Progresif Penduduk (PPP) dan kedudukan dua presiden parti itu. Pendaftar Pertubuhan,
Datuk Md Alias Kalil (foto), berkata siasatan dilakukan secepat mungkin bagi membolehkan laporan mengenainya diserahkan kepada Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak, sebelum
Mesyuarat Agung PPP pada 7 Jun ini.
"Kita sedang siasat. Kena buat secepat mungkin. Seperti yang PM mahukan perkara itu diselesaikan segera," katanya.
Pemuda UMNO P.Pinang Sokong Teng Di Singkir
GEORGETOWN [2.50 pm] -
Pemuda UMNO Pulau Pinang menyokong saranan seorang pemimpin kanan Gerakan supaya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang,
Datuk Dr Teng Hock Nan (foto), disingkir kerana kebanyakan pendapatnya bercanggah dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional.
"Kami setuju dengan pendapat Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, yang mahu Dr Teng disingkirkan kerana mengeluarkan saranan yang boleh menjejaskan keselamatan negara. "Kalau dilihat, kenyataan yang selalu dikeluarkan Dr Teng juga bercanggah dengan pucuk pimpinan dan kerajaan," kata
Ketua Pemuda UMNO P.Pinang,
Norman Zahalan.
[Bila kenyataan pemimpin bercanggah mahu disingkir. Tetapi bila pemimpin UMNO Bukit Bendera membuat kenyataan bercanggah tentang isu perkauman hingga beberapa orang telah ditahan ISA ketika itu, apa Pemuda UMNO buat?. Inilah bukti yang mereka cakap tak serupa bikin sebenarnya. Teruskan perjuangan buat Dr.teng Hosk Nan].Mufti Perak Berat Sebelah Dan Pro UMNO
KUALA LUMPUR [2.40 pm] - Sikap berat sebelah dan pro-Umno yang ditunjukkan oleh Mufti Perak,
Harussani Zakaria terus menerima kritikan hebat. Penasihat Undang-Undang PAS,
Mohamed Hanipa Maidin (foto) berkata kenyataan menghentam langkah Pakatan Rakyat mengadakan kempen puasa sunat dan mogok lapar yang dibuat oleh Harussani menimbulkan persoalan sama ada Mufti tersebut benar-benar faham krisis politik Perak atau memilih untuk mendengar daripada pihak kerajaan sahaja. Beliau bangkitkan beberapa isu penting kemelut politik di Perak telah yang gagal difahaminya.
[Ternyata Mufti Perak kini telah di"UMNO"kan oleh pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan beliau kini bebas mengeluarkan pandangan yang menyebelahi kerajaan. Apakah yang terjadi kepada Mufti yang cukup popular dengan kelantangannya ini dulu?. Segalanya telah berubah sekarang, setelah dikatakan mendapat habuan lumayan dari mereka].AKIM Akan Bertanding Di DUN Manek Urai
KOTA BAHARU [2.33 pm] -
Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya kecil
Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang kosong berikutan kematian penyandangnya,
Ismail Yaacob, pada 22 Mei lalu. Presidennya,
Hanafi Hamat (foto), berkata beliau sekali lagi mempertaruhkan nasibnya untuk bertanding di Manek Urai selepas kecundang pada pilihan raya kecil kawasan
Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu. Hanafi hanya meraih
92 undi dalam pilihan raya itu yang dimenangi
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[Penyertaan AKIM dalam pilihanraya hanyalah sebagai pengacau undi yang tidak memberi apa-apa kesan sebenarnya. Lebih elok AKIM berusaha menambah jumlah keahlian mereka dan mempopularkan dulu parti itu sebelum berangan-angan untuk menang pilihanraya. engan jentera yang tidak cukup, tidak wajar AKIM letakkan calon sebenarnya].Fitnah, Anwar Menfailkan Saman RM100 Juta
KUALA LUMPUR [1.50 pm] - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), memfailkan
saman fitnah RM100 juta terhadap Menteri Luar,
Datuk Anifah Aman dan
Kerajaan Malaysia. Anwar mendakwa beliau difitnah Anifah pada sidang media di
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat di Washington. Dalam pernyataan tutntutannya,
Anwar mendakwa Anifah memfitnahnya apabila menyatakan beliau menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan wang untuk beliau melompat parti.
[Langkah yang diambil oleh Anwar adalah wajar bagi memberi pengajaran kepada Menteri UMNO, Anifah Aman agar tidak berkokok terus diluar negara pada masa yang akan datang. Beliau sepatutnya menyatakan pandangan dan hala tuju kerajaan dan bukannya menyalahkan individu-individu tertentu di luar negara tambahan pula di Amerika yang selama ini dituduh mempunyai hubungan rapat dengan Anwar].
BUKIT MERTAJAM [1.30 pm] - Calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti,
Aminah Abdullah (foto), menafikan beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 13 Mei lalu. Sebaliknya, katanya, pertemuan itu diaturkan seorang daripada mereka yang menghubungi beliau untuk menyatakan hasrat berjumpa di rumahnya di
Jelutong, Pulau Pinang. Aminah yang juga
bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut mencabar Pengerusi Perhubungan PKR negeri,
Datuk Zahrain Mohamed Hashim supaya mendedahkan satu peristiwa berlaku di sebuah
hotel di Nibong Tebal yang berkaitan soal maruah.
"Saya beri masa selama 24 jam untuk menjawabnya," katanya.
[Aminah Abdullah kini bebas mengeluarkan kenyataan seolah-olah ada pihak dibelakangnya yang sedang menjaga beliau. Apakah Aminah sebenarnya merupakan calon tajaan UMNO dan Barisan Nasional di DUN Penanti. Sila siasat siapakah jentera kerja beliau ketika kempen pilihanraya ini sekarang. Mungkin juga puak-puak UMNO sendiri]. Polis Minta Bantuan Interpol Jejak Raja Petra
KUALA LUMPUR [12.30 pm] - Polis akan meminta bantuan Interpol sekiranya diperlukan untuk mengesan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (foto), berkata polis sedang berusaha mengesan kedudukan penulis blog itu selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya. "Jika diperlukan kami akan minta bantuan Interpol," katanya. Mahkamah Sesyen di sini semalam sekali lagi mengeluarkan waran tangkap ke atas Raja Petra selepas beliau tidak hadir untuk perbicaraan kes fitnah Rosmah Mansor dan dua yang lain. Ini merupakan kali kedua dikenakan terhadap penulis blog itu selepas gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya 23 April lalu.
[Polis begitu bersusah payah mahu menggunakan bantuan Interpol untuk menjejaki Raja Petra, tetapi gagal mendapatkan kerjasama untuk menjejaki Hilmi Malek seperti yang kami dedahkan sebelum ini. Apakah ini menandakan wujudnya konspirasi untuk kes Elizabeth Wong dulu].