script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Misi Tawan Felda, 101 Orang Ahli UMNO Keluar Parti Dan Sertai PKR Di Felda Lepar Utara

KUANTAN [12.45 pm] - Seramai 101 orang ahli UMNO Felda Lepar Utara dekat sini bertindak menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam. Majlis penyerahan borang telah disempurnakan oleh Dato' Fauzi Abd Rahman (foto), Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang dan dihadiri oleh kira-kira 200 orang penduduk setempat. Majlis penyerahan borang keahlian semalam telah diketuai oleh Saudara Atan iaitu bekas Ketua Cawangan UMNO Lepar Utara. Menurut beliau, keputusan ini diambil selepas menyedari yang mereka sering ditipu dengan berbagai dakyah yang ditaburkan oleh para pemimpin UMNO selama ini. Sedangkan, nasib dan masa depan generasi Felda pada masa akan datang terus terabai tanpa pembelaan yang sewajarnya. "Pemimpin UMNO setempat pasti gelisah dengan kemasukan kami ini, kerana tonggak kekuatan parti itu di kawasan Parlimen Paya Besar telah berjaya dibolosi. Malah ramai ahli UMNO kawasan ini yang kecewa sebenarnya melihat senario semasa yang menyaksikan Ahli Parlimen dan tiga ADUN dalam kawasan Paya Besar telah dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Displin UMNO baru-baru ini. Biarpun mereka tidak mengakui bahawa kes itu melibatkan unsur rasuah politik wang, namun kami yakin dan percaya bahawa unsur itu berlaku. Tambahan rasuah sebenarnya sudah menjadi darah daging UMNO sejak dulu, kini dan selamanya" kata beliau.


Pemangku Ketua PKR Bhg Lepar Tn Hj.Zahari dan Saudara Atan

"Selaku ahli UMNO saya tidak pernah merasa tertekan dalam perjuangan selama ini. UMNO boleh menggunakan segala kemudahan awam yang ada dan tidak pernah timbul masalah samada perjumpaan itu ada permit atau tidak. Bila melangkah ke Pakatan Rakyat. Semuanya nampak kelihatan sukar, tidak ada lagi peluang menggunakan kemudahan orang ramai. seolah-olah semua kemudahan tersebut hanya disediakan untuk puak-puak UMNO sahaja" tambah Atan lagi. Menurut maklumat, berikutan dengan tindakan dan keputusan itu pihak polis dilihat senantiasa berlegar dan memantau kawasan kediamannya. Namun, baginya itu adalah pengalaman baru dan membuatkan beliau lebih cepat matang dalam perjuangan ini. Dalam majlis tersebut Saudara Atan telah menyerahkan 94 borang keahlian yang sudah ditandatangani, sementara 7 lagi borang sedang diisi ketika majlis itu berlangsung. Buat masa ini keahlian UMNO di Felda Lepar Utara adalah seramai 400 orang. Susulan daripada 101 orang ahli menyertai PKR dan akan diikuti oleh 100 lagi yang lain dalam masa terdekat ini. Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Biro Orang Asli & Felda PKR Pahang, Tuan Hj.Suhaimi Said, Timbalan Pengerusi Perhubung III PKR Pahang, Saudara Ram, pemangku Ketua Bahagian Lepar iaitu Tuan Hj.Zahari dan Timbalan Ketua AMK Pahang, Saudara Kamarul Hatta. Maka keahlian penyokong Pakatan Rakyat bakal mengatasi keahlian UMNO di kawasan berkenaan. Difahamkan juga atu seminar mengenai "Masa Depan Peneroka-Peneroka Felda" akan diadakan di Felda Lepar Utara bagi memantapkan kefahaman para peneroka disana tidak lama lagi.

[Perkembangan ini bakal menjadikan satu tamparan hebat buat UMNO Paya Besar yang kian bergolak sekarang ini antara Team Ketua Bahagian, Tajuddin Sulaiman dengan Ahli Parlimen, Manan Ismail. Malah difahamkan lebih ramai lagi ahli UMNO dirancangan Felda seluruh Pahang akan bertindak menyertai Pakatan Rakyat. Tahniah diucapkan kepada Pengerusi Biro Felda dan Orang Asli PKR Pahang iaitu, Tuan Hj.Suhaimi Said atas daya usaha beliau yang tidak berputus asa dalam memastikan "Misi Tawan Pahang" berjaya dalam pilihanraya umum akan datang. Buat masa ini, warga Felda menjadi senjata sulit BN untuk menang di Pahang. Mereka disuap, diugut dan disogokkan dengan berbagai habuan supaya mengundi BN dalam setiap kali pilihanraya. Namun, sekarang ini mereka mula sedar akan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak pengurusan Felda sendiri semenjak Najib berkuasa. Malah, Felda juga dilihat telah lari dari matlamat asal penubuhannya oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, iaitu ayahanda Najib sendiri].

Share:

9 ulasan:

  1. peneroka gen-2 felda jengka 15Jumaat, Mei 08, 2009 4:53:00 PTG

    tahniah. syabas kpd felda lepar. selamat datang ke dalam ketuanan rakyat. suara kita suara rakyat.

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada peneroka
    minda kelas pertama, yg inginkan
    perubahan. lepas ni kalau
    kita memerintah, kita buat litar
    formula one dalam kawasan felda,
    tiket hanya rm10 sahaja.

    BalasPadam
  3. Begitu rendah sekali daya pemikiran sesetengah peneroka felda a.k.a LKTP. Mentaliti longkang, begitulah tahap mentaliti peneroka yg tak sedar diri dan tak mengenang budi..

    BalasPadam
  4. Bagus masuk PKR... nanti harga sawit dinaikkan supaya anak felda lebih cepat kaya. dan yang mana dok kat bandar leh balik ke felda masing2 uruskan kebun. kalau sebulan leh dapat 12K. Aku sanggup jadi pekerja ladang.

    >>> Budak Kampung<<<

    BalasPadam
  5. Bagus masuk PKR... nanti harga sawit dinaikkan supaya anak felda lebih cepat kaya. dan yang mana dok kat bandar leh balik ke felda masing2 uruskan kebun. kalau sebulan leh dapat 12K. Aku sanggup jadi pekerja ladang.

    >>> Budak Kampung<<<

    BalasPadam
  6. azizan pak long tak masuk ke?

    BalasPadam
  7. Adakah ini bersifat sementara sahaja. Sekiranya peneroka masuk PKR untuk mendapat sesuatu atau mencari keuntungan rasanya kena dinilai semula. Pastinya kerajaan BN lebih mudah memberi. Di Malaysia bukannya semua orang Melayu jadi peneroka. Nasib Melayu bukan peneroka lebih patut dibela, lebih derita. Terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan sesuap nasi.

    BalasPadam
  8. LKTP tu ape?
    Langkah Kerajaan Tipu Peneroka
    heh heh heh heh, tu ditukar ke Felda.Memang betul mentaliti peneroka rendah sebab diorang bukan ada ijazah,diploma, SPM pun berapa kerat, yang buang daerah pun ada.Dok dikampong, tok penghulu pun pening, rekomen masuk rancangan. aman kampong.

    BalasPadam
  9. Time kasih Arwah Tun Razak,
    sebab bagi kat orang felda 10 ekar tanah.

    Aku jugak sokong umno, tapi bukan kata 10 ekar, rumah kos rendah nak dapat pun payah.

    pandai2 la nak hidup, lanie aku
    dah masuk Pas, Alhamdulillah semenjak, dua menjak ni, hati menjadi tenang sebab selalu dok dengar kuliah2 kat mesjid, banyak perkara agama yang aku tak tau dah
    aku tau.

    dulu selalu jugak main nombor, kadang2 pi jugak urut mengurut, sekarang bila selalu kat mesjid dok dengar ceramah, semuanya dah aku tinggalkan.

    betul kata orang2 tua2, kalau kita kawan dengan penjual minyak wangi, baju kita akan terkena wangiannya. kalau kita kawan dengan tukang besi, baju kita jugak akan terkena percikan apinya.

    usia makin hari makin tua,
    nampak macam pandai agama, rupa2nya
    masih banyak yang kita tak tau.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.