script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Kemelut Belum Berakhir, Keputusan Tiga Hakim Menangani Kes Ini Membuktikan Hak Rakyat Perak Perlu Dikembalikan Dengan Segera!

Rakyat Perak dan Malaysia di seluruh negara kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memberikan kemenangan TKO 3-0 kepada Zambry Abd Kadir, bagi memutuskan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah. Ramai yang berpendapat, bahawa keputusan ini jelas menunjukkan bahawa hakim-hakim Mahkamah Rayuan tidak merujuk kepada keputusan Hakim Abd Aziz di Mahkamah Tinggi dalam membuat keputusan ini. Malah rakyat sebenarnya bukan mempertikaikan keputusan yang dibuat, tetapi cara keputusan itu diputuskan. Bayangkan satu keputusan penting yang sepatutnya mengambilkira hak demokrasi rakyat Perak ini diputuskan hanya dalam masa lima minit sahaja. Bukankah ini jelas membuktikan kepada kita sememangnya keputusan itu sudah ditentukan oleh "tangan-tangan ghaib" yang mahu mempertahankan kuasa dan tidak mahu "diaibkan". Ramai yang berpendapat mengatakan tiga hakim terbabit telah mendapat arahan agar membuat keputusan yang berpihak kepada Zambry. Tambahan pula mereka mengambil masa satu hari untuk membuat keputusan itu. Ini bermakna, macam-macam boleh terjadi dalam tempoh itu. Ada kemungkinan besar, mereka menerima tekanan atau pun habuan supaya berpihak kepada kerajaan. Ramai yang melihat, PM Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab membuat percaturan ini biarpun beliau dipercayai berada di luar negara ketika kes ini dibicarakan.

Di zaman yang serba canggih hari ini, macam-macam boleh berlaku. Hanya dengan satu SMS sahaja, sudah cukup untuk merubah segalanya. Inilah yang menjadi kemusykilan dihati rakyat sebenarnya. Keputusan yang jelas tidak adil ini dapat dilihat sejak awal kes ini lagi. Ia berikutan tindakan Zambry menfailkan permohonan rayuan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengsytiharkan Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah. Maka, Hakim Ramly Md Ali dikatakan telah membuat satu keputusan yang cukup luar biasa bila mana hanya beliau seorang yang mendengar kes itu dan diputuskan dalam masa tidak sampai beberapa jam kemudiannya. Malah hakim itu juga mengikhtiraf bahawa Zambry boleh menjalankan tugas sebagai Menteri Besar, biarpun Nizar disahkan sebagai Menteri Besar oleh Mahkamah Tinggi sebelum itu. Keduanya, agak aneh pula bila mahkamah yang sama terpaksa pula mengambil masa beberapa hari untuk mendengar permohonan rayuan Nizar bagi mengenepikan keputusan yang dibuat oleh hakim terhadap Zambry itu. Mahkamah kemudiannya memutuskan tarikh baru yang dipinda kemudiannya ke 22 Mei 2009 iaitu semalam. Maka bermulalah episod malang tatkala ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan mengambil masa hanya liman minit untuk memberi kemenangan TKO 3-0 kepada Zambry Abd Kadir. Bukankah ini amat mengelirukan rakyat sebenarnya. Sudahlah sebelum itu mahkamah menolak permohonan Zambry untuk mendapatkan lima orang hakim bagi mendengar kes tersebut. Alasan yang diberikan kerana permohonan itu agak lewat, walhal dizaman ICT dan teknologi maklumat seperti hari ini alasan seperti itu sebenarnya amatlah tidak relevan sama sekali pada zaman ini.

Maka kini, segalanya sudah bermula. Kemelut politik Perak sebenarnya tidak akan selesai selagi hak rakyat tidak dikembalikan. Malah, difahamkan Pakatan Rakyat Perak tetap akan mengadakan kempen mogok lapar pada hari Selasa ini, bagi mendesak Sultan Perak untuk memperkenankan pembubaran DUN Perak bagi membolehkan demokrasi itu subur semula menerusi pilihanraya kecil negeri yang lebih adil. Jika keputusan ini dianggap sebagai kemenangan buat Zambry, UMNO dan Barisan Nasional maka mereka ternyata tersilap membuat percaturan sebenarnya. Apa sahaja boleh berlaku di Perak, dalam keadaaan majoriti tipis tiga ADUN yang kononnya memihak kepada mereka. Kenyataan tiga hakim Mahkamah Rayuan semalam, bahawa Sultan Perak membuat keputusan yang tepat untuk memecat Nizar setelah mendapati beliau telah hilang majoriti di DUN adalah amat dangkal sekali. Walhal seantero dunia tahu bahawa sidang DUN tidak pernah diadakan untuk membuktikan perkara itu berlaku. Malah undi tidak percaya tidak pernah dilakukan terhadap Nizar di DUN Perak. Maknanya Nizar tidak kehilangan jawatan beliau sebenarnya. Maka, apakah jenis hakim agaknya bila membuat keputusan yang ternyata tidak berlandaskan fakta-fakta yang sah. Mereka seolah-olah mengikut skrip yang telah ditetapkan oleh pihak tertentu, lantaran membuat keputusan yang jelas menyimpang dari prinsip keadilan dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia hari ini. Apakah kenyataan hadis bahawa daripada tiga hakim, dua akan masuk neraka tetapi hanya satu yang akan masuk syurga. Maknanya dalam kes ini apakah ketiga-tiga hakim itu telah sepakat untuk bersama-sama menuju kehancuran?

[Justeru itu, buat rakyat Perak diharap dapat bersabar dan teruskan perjuangan bagi menuntut pembubaran DUN dengan segera. UMNO dan BN amat takut dengan suara rakyat, lantaran itulah mereka mencari jalan untuk mengesahkan kuasa yang dirampas secara paksa itu. Mereka tahu, jika DUN dibubarkan dan pilihanraya negeri diadakan maka kesemua nama-nama pemimpin seperti Zambry, Nasaruddin, Jamaluddin Razi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan lain-lain lagi bakal menangis kerana tidak mungkin bergelar YB atau wakil rakyat selepas ini. Maka itulah, demi kuasa dan takut dengan senario yang bakal terjadi mereka seboleh-bolehnya akan terus melakukan tindakan yang diluar batas-batas amalan demokrasi ini. Mereka tergamak dan sanggup untuk mencemarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang terkandung dalam prinsip rukunegara itu sebenarnya. Keputusan hakim menangani kes ini juga menjelaskan kepada kita betapa Sultan Perak perlu mendengar suara rakyat jika tidak mahu negeri itu terus terumbang-ambing].

Share:

20 ulasan:

  1. inilah masalahnya org2 pakatan ni... kalau semua menyebelahi mereka baru mereka boleh terima kenyataan,,, kata beriman tapi tak boleh menerima qada dan qadar Allah... semua keputusan yg menyebelahi bn adalah konspirasi ... tak paham

    BalasPadam
  2. bukan masalah tidak boleh terima bang oiii..masalahnya ada kekeliruan yang nyata.

    1. Keputusan 5 minit (giler ke apa)
    2. Keputusan 3-0 (tidak masuk akal)
    3. Tidak rujuk kes Mahkamah Tinggi
    4. Kes Zambry 2 jam dan lulus
    5. Kes Nizar kena 5 hari
    6. Mintak 5 hakim, 3 saja diberi
    7. Kes tunda2 ikut suka2

    Itulah antara kekeliruannya. Kalau mahkamah berjalan OK dan steady org tak pertikaikna. ingat mahkamah reban ayam ker? ini bukan bicara kes politik umno cawangan. kita berdebat kat sekolah pun lebih dr 5 minit.. ini namanya mahkamah 5 minit..hancur..lebur..

    BalasPadam
  3. bawa pengaduan ke makamah yahudi gerrenti maaaddd nizar menang,hhaaaa,hhheeee dabada beedu

    BalasPadam
  4. Lawan atau tanding dlm pilihanraya untuk menyelesaikan kemelut sekarang adalah wajar. Lawan secara gentlement, parti mana yang menang atau kalah perlu terima hakikat bahawa parti itu tidak lagi mendapat sokongan rakyat, jgnlah bn mempertahankan rampasan kuasa yang di buat. PR akan membuat rayuan di mahkamah persekutuan itu adalah hak mereka yang di benarkan dlm proses undang undang. Terang lagi di suluh bn nak pertahankan kuasa di perak bukanlah kerana rakyat perak, tapi untuk kepentingan peribadi. Usahlah soal tanah di pertikaikan, itu telah di jawab oleh yab nizar.

    BalasPadam
  5. 1) Keputusan 5 minit (giler ke apa)
    zzzzz bodoh apa la hang ni.. Bila permohonan dah di buat ingat Hakim hakim tu duduk kat rumah tengok Astro ria ka selama beberapa hari tu?
    2. Keputusan 3-0 (tidak masuk akal)

    Tak MAsuk akal hang sahaja. Pada tiga-tiga diaorang memang masuk akal dan jelas sebab berdasarkan fakta dan undang-undang. Kalau dah betul faktanya mestilah tiga-tiga kata betul. Takkan nak tipu pulak.

    3. Tidak rujuk kes Mahkamah Tinggi

    Kes ni memang rujuk keputusan Mahkamah tinggi hari tu le. APa ko cakap ni??

    4. Kes Zambry 2 jam dan lulus. Sebab itu permohonan mudah. Mesti la cepat zzzzz

    5. Kes Nizar kena 5 hari

    Ini juga permohonan mudah tapi sebab dah dekat sangat perbicaraan last sebab tu permohonan itu tak di berikan. Kenapa? Sebab takan nak masukkan NIzar jadi MB dalam masa sekejap balik pastu keluar balik. Zambri masuk balik etc. Kelam kabutlaaa macam tu otak orang PR.

    6. Mintak 5 hakim, 3 saja diberi
    APa semua Nizar mintak kena berika? 3 orang dah cukup. KAlau tak diberi namanya zalim. Kalau diberi namanya adil. HAbis tu mana keadilan untuk Zambry mana? Mana keadilan kepada Saiful Bukhari? Asik nak lari je zzz


    7. Kes tunda2 ikut suka2

    Siapa kata ko yang nak kata ikut suka-suka? Kalau tunda apa salahnya kalau perlu untuk tengok dengan jelas. Karang kalau tak tunda korang kata keputusan ni dibuat dengan cepat sangat macam ada konspirasi untuk cepat cepat buat keputusan. Bila dah tunda kata macam ini pulak.

    SUdah laaaaaaaa perangai ko sebijik macam Yahudi. Oi pergi nak bersihkan hati ko itu. AKu tengok macam dah hitam sangat.

    BalasPadam
  6. http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/rakyat-di-penanti-diperbodohkan.html

    PKR syok sendiri..wukakakaka

    PKR perbodohkan rakyat di Penanti

    BalasPadam
  7. betulah saperti kata datok nikah kawin dinegeri puracendana "undang2 dlm negeri ini saya yang bikin, itu semua bolih padeemmm!!! tak mengapa!!

    BalasPadam
  8. Sudahlah PR/PKR/Al Juburi/Al Buriti. Macamana dan bagaimana cara mahkamah rayuan mengenadalikan kes tersebut, hakim-hakim berkenaan telah mengikut prosedur dan budi bicara mereka. Masaalah dgn korang ni ialah korang ni berkepala batu spt pemimpin-pemimpin korang tu. Korang ni dah sesat, terpesong, tak beriman, tak berakidah dan macam-macam lagi. Sbb apa, korang nak kan hakikat menyebelahi korang. Apa saja yg tidak menyebelahi korang semuanya haram, tidak sah, ada konspirasi, ada tangan ghaib, macam-macam cerita yg korang reka dan ada-adakan. Hati nurani dan jiwa raga korang ni dah punah jahanam oleh sikap pendengki dan pengkhianat oleh sesetengah pemimpin korang. Korang lah sebenarnya yg berhati karat dan busuk. Korang lah sebenarnya yg menganiaya rakyat Perak yg tidak berdosa. Korang lah yg merosakkan dan memporak perandakan keadaan. Kenapa? sebab sikap sombong, angkuh dan biadap korang yg tidak reti dan tidak mahu faham dan enggan mengikut dan menerima lunas kebenaran.

    Saya minta maaf kerana terpaksa berkata demikian kerana pada pengamatan saya perangai korang memang degil, sombong, dan bodoh yg amat keterlaluan sehingga sanggup mengenepikan kehendak ajaran ugama korang, korang mengenepikan undang-undang, korang tidak menghormati sultan, dan last sekali korang mengenepikan kehendak majoriti..
    Bertaubatlah wahai tuan-tuan guru, al juburi, al buriti, dan semua pengikut/penganut PR/PKR..Bertaubatlah!

    BalasPadam
  9. KEPUTUSAN TIDAK MEMERANJATKAN SEBABNYA SEMUA KUDA AMNO YG PUNYA, IKUT SUKA DIA NAK TUNGGANG P MANE. KEPUTUSAN YG MEMERANJATKAN KLU NIZAR YG MENANG. HARI INI DLM SEJARAH - MB HARAM YG SAH DILANTIK OLEH TIGA KUDA.

    BalasPadam
  10. Pegi lah mahkamah Persekutuan ke mahkamah mana sekalipun,aku gerenti Nizar tak akan di menangkan.Klu Nizar menang,boleh sunat sekali lagi.Sebabnya........takkan itupun tak tau jawapannya....

    BalasPadam
  11. Kalau diamati secara teliti, mahkamah rayuan membuat keputusan berasaskan politk dan bukannya berasaskan perlembagaan dan undang-undang yang sudah digubal.

    Mereka telah memutar belitkan fakta sehingga yang haram jadi halal. Bagi rakyat yang menyokong UMNO-BN akan mengatakan bahawa keputusan mahkamah rayuan itu adil kerana telah berpihak pada mereka. Dan menuduh rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dengan berbagai tuduhan kerana kurang puas hati diatas keputusan itu seperti dalam ruang komen diatas.

    Namun apa pun yang ingin ditegakkan oleh pengampu UMNO-BN dalam hal mahkamah rayuan kesemuanya tidak berasaskan pada prinsip undang-undang tapi menyokong berasaskan emosi yang "kalah".

    Sedarkah kita bahawa Mohd. Najib mendabik dada tentang kekuasaannya dalam Negeri Perak hanya berlindung dibelakang kezaliman polis, kebodohan sultan perak dan memperalatkan hakim dan mahkamah...?

    Bukankah demokrasi itu hak rakyat..? Kenapa Mohd. Najib tidak menyerahkan kuasa memilih kerajaan negeri pada rakyat...? Bacul kah Mohd. Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia...?

    Kita amat percaya bahawa UMNO-BN akan berjaya dalam mana-mana pilihanraya hanya melalui institusi raja-raja dan mahkamah 5 minit. Tanpa keduanya UMNO-BN akan mengatakan bahawa pilihanraya akan membuang masa, membazir wang rakyat..?

    Kepada penyokong UMNO-BN, anda wajib meneruskan komen anda bagi menegakkan benang basah. Tanpa anda terasa tidak meriah kerana kita tidak mendengar komen atau hujah bodoh lagi bangang yang tidak berpengang pada fakta.

    Bagi pihak penyokong Pakatan Rakyat, kekalahan adalah biasa dan kemenangan adalah penghormatan !!

    BalasPadam
  12. geng pkr ni kata pi la apa pun.. semua depa yg betoi sebab kepala otak dia org ni telah dicuci rebus oleh pemimpin depa yg mmg ingin menjual malaysia ni.. bila dah betul2 terjadi baru nak menyesal.waktu tu tak yah la dok nak buat demo lagi dah tak ada gunanya pun....

    BalasPadam
  13. Dulu hangpa yg mulakan dgn mengisytiharkan kerajaan pakatan rakyat pada 16/9/08. Hangpa dok cocok dan canang ada 30 ahli BN yg akan lompat parti. Hangpa hantar rombongan ke Taiwan nak buat penyelesaian konon. Perbuatan hangpa telah banyak memberi kesan buruk dan negatif dimata masyarakt dunia. Rakyat dan negara menjadi resah. Perkembangan ekonomi juga terbantut. Hangpa bangga dan senang hati dgn keadaan demikian. Tup-tup dan tiba-tiba 3 orang ahli YB hangpa lompat ke BN. Terbalik kut pulak. Dgn insiden ini hangpa terdiam kaku tak menyangka apa yang telah berlaku. Mulalah hangpa gabra tak terhingga. Maka bermulalah sessi tuduh menuduh, maki hamun, hina menghina dan sbgainya. Sampai ke upacara angkat sumpah MB hangpa pun buat kacau. DYMM Paduka Sultan pun hangpa ejek dan hangpa hina. Hangpa kata semuanya haram dan tak sah. Hangpa jugak yg pergi ke mahkamah mintak deklarasi siapa MB yg sah. Mula-mula hangpa menang, baguih, semuanya baguih, hakim baguih, sistem kehakiman baguih, apa bala sistem dlm negara ini semuah nya baguih belaka sbb hanngpa menang. Dengan angkuh dan sombong hangpa halau Zambri. Tup tup, keesokannya hangpa ternganga mulut..maka sekali kendengaran maki hamun dari puak hangpa bagaikan nak meletup dunia dibuat hangpa..maki hamun, sumpah seranah hingga tak terkata. Tup Tup mahkamah rayuan memutuskan Zambri ialah MB yg sah. Dunia hangpa jadi gelap gelita, hening seketika. Tak lama lepas tu maki hamun pun bermula lagi. Moral of the story : Tuhan dah menghukum hangpa kerana membuat dajal. Hangpa patut marahkan pemimpin hangpa al juburi kerana dia yg memulakan semua kemelut yg berlaku sekarang. Satu lagi hangpa lupa akan perbuatan hangpa lebih menyakitkan sebilangan besar penyokong hangpa sendiri. Tuhan yg maha esa telah menterbalikkan niat dan perbuatan hangpa tu. Jika melihat sikap dan cara hangpa melalui kemelut ini, sampai hari kiaamat pun hangpa tak akan terima hakikat dan kenyataan yg hangpa dah kalah. Hangpa sebenarnya lupa bagaimana Najib dan gengnya telah mengatur strategi dgn baik utk menumpaskan lawannya. Hangpa tak tau apa strategi dan langkah seterusnya yg akan diambil oleh Najib. Hangpa yg sombong dan angkuh memang sentiasa meninggi diri dan takbur hingga hangpa lupa setiap insan itu ada kelemahan dan kekuatan tersendiri disisi Allah S.W.T...

    BalasPadam
  14. REALITINYA AMNO/BN YG PEGANG KUASA, OLEH ITU SIAPA DIA NAK TUNGGANG DIA PUNYA SUKA DIA PUNYA PASAL, EVEN TUNGGANG ARAK DEMO BUAT, APALAGI SETAKAT TUNGGANG TIGA HAKIM. TAK HERAN. KETUA PEMUDA AMNO BHGIAN YG BARU MENANG 3 BULAN DAH PAKAI KERETA HARGA RM300K, ITU BARU KP BAHAGIAN, SO, LU PIKIAQLAH PUAK AMNO BANGGANG, RASUAH DAH JADI DARAH DAGING. SIAL ANJING BABI!!!

    BalasPadam
  15. anon 7:17 ni mcm lupa diri erk..maki org macam hilang arah..otak kat lutut kot... Islam ke awak? jgn nanti anjing babi tu tumbuh kat mulut mu pula... Allah itu maha besar bro

    BalasPadam
  16. FITNAH itu lebih besar dosanya dari membunuh..fikir2kan lah...Di akhir zaman fitnah akan masuk rumah melalui tingkap sahaja.....terbukti sudah hari ini dengan perkembangan Blog,SMS dsb menyebabkan adanya makhluk tuhan yang kembali kezaman silam...tidak bertamadun...baik BN ka, PKR salah tetap salah..hukum tetap hukum...berkata benarlah walaupun benda tu pahit. Beranilah menerima kenyataan.....

    BalasPadam
  17. AMNO SIAL BABI ANJING!!!

    BalasPadam
  18. KALAU NAK CAKAP BERNAR,KEBENARANNYA PAKATAN RAKYAT ADALAH HARAM KERANA IA TIDAK DIDAFTAR DIROS ,MAKA DENGAN ITU SELEPAS INI,KITA SEBUT MEREKA DENGAN PAKATAN RAKYAT HARAM (prh)

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.