script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kemelut Politik Perak, Datuk Seri Nizar Menteri Besar Yang Sah Maka Mahkamah Bakal Mendengar Rayuan Dua MB Itu Pada Khamis Ini

PETALING JAYA [5.00 am] - Mahkamah Rayuan akan mendengar Rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada Khamis ini. Mahkamah itu juga akan mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada hari yang sama. Sebelum ini mahkamah menetapkan untuk mendengar rayuan Nizar pada Isnin depan. Peguam Nizar, Amer Hamzah berkata beliau berharap mahkamah akan mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dahulu supaya mengekalkan pelaksaan keputusan yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Isu perundangan melibatkan Nizar dan Zambry telah bermula sejak February lalu apabila Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar. Pad 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. Sehinggalah pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali membenarkan Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

[Apakah keputusan mahkamah ini bakal dapat menyelesaikan kemelut politik yang melanda Perak sebenarnya. Atau mungkin juga keputusan itu akan mengundang lebih banyak persoalan dan kemusykilan dikalangan rakyat. Maka, jalan yang terbaik ialah menyerahkan kepada tuanku Sultan Perak agar membubarkan segera DUN demi menghalang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin UMNO dan BN sekarang ini. Apapun , sama-sama kita tunggu apakah motif penangguhan itu sebenarnya].

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
[Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

7 ulasan:

  1. dah malas nak percaya kat mahkamah..sebab sekarang ada hantu yg jadi hakim..

    BalasPadam
  2. engko joyah ada nmpak hantu ke jadi hakim...dahsyat nya mata engko hehehhe

    BalasPadam
  3. lambat sangat nak tunggu hari khamis.kalau UBN tu,satu hari je dah tau result...double standard....

    BalasPadam
  4. RasaXnya sapa yang mng ye?Ada org kg aku kata sure punyalah dia bagi si Zambry tu mng.Dia kata klu Mahkamah kekalkn keputusan Mahkmah Tinggi bagi Nizar mng dia sanggup sunat skali lgi.Kih,kih,kih.....

    BalasPadam
  5. masa sultan lantik nizar jadi mb ( bukan ubat kudis ) pr kata sultan adalah hero rakyat, bila nizar tak cukup sokongan ahli dewan lalu sultan lantik zambery jadi mb kita pun baring tengah jalan. bila mahkamah istihar nizar jadi mb kita pun tak mudohlah sukanya, bila mahkamah rayuan tahan keputusan tersebut kita pun macam biasalah ...
    mungkin pendapat kwn salah, setiap 3 tahun setengah hingga 5 tahun kuasa memilih individu untuk menubuhkan kerajaan diserahkan kepada rakyat yg mana mb akan dilantik atas perkenan sultan.apabila mb dad dilantik dgn exconya maka tadbirlah kerajaan sebaik mungkin. sekiranya terdapat permasaalah sokongan kepada mb dalam masa kurang 3 tahun setengah maka kuasa sultan hendaklah di beri keutamaan untuk menyelesaikan nya. pemerintahan kita raja berpelembagaan. ada kuasa raja, kerajaan dan rakyat. kita patut tahu di kedudukkan mana kita berada sekarang.

    BalasPadam
  6. Kalau nizar menang mesti cakap mahkamah adil. Tp kalau zamry yg menang mesti jd hal punya..mcm2 cita yang timbul, berguling atas jln la..yg peliknya kenapa bkn pimimpin PR saja yg berguling atas jln, kita pulak yg tgk. Agak2 la kalau nk sokong mana2 parti pun..

    BalasPadam
  7. majoriti cukup apahal pulak nak susah2 bubarkan DUN. kalau PR ada majoriti, dia org pun mesti taknak pening2kan kepala..3 ADUN dah lompat parti, kena la terima hakikat. Dulu heboh 16Sept nak tubuh kerajaan kononnya PR cukup majoriri kat parlimen, itu kes lompat parti la apa lg..BN buat salah tp PR boleh pulak, undang2 mana pakai..ada otak pikir la....

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.