IPOH [8.25 pm] - Pakatan Rakyat Perak masih berpendirian bahawa Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam exco yang lain tidak berhak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula Khamis ini. Datuk Ngeh Koo Ham (foto), Exco Kanan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan Penyelaras Pasukan Peguam-Peguam Pakatan Rakyat berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu tidak membenarkan Zambry dan enam exconya memasuki Dewan Undangan Negeri, Khamis ini. "Banyak kekeliruan telah timbul akibat daripada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu sama ada Zambry dan 6 ADUN yang lain berhak untuk masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei ini," katanya. Katanya, pada 18 Februari lalu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri telah membuat keputusan untuk menggantung Zambry daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri selama 18 bulan dan Zainol Fadzi Paharuddin (ADUN Sungai Manik), Datuk Ramly Zahari (ADUN Manong), Hamidah Osman (ADUN Sungai Rapat), Saarani Mohamad (ADUN Rungkup), Mohd Zahir Abdul Khalid (ADUN Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (ADUN Chenderiang) digantung daripada hadir sidang Dewan Undangan Negeri selama 12 bulan. Keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tersebut telah diterima dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 3 Mac lalu.
[Ini satu lagi berita yang pastinya lebih panas dan memeranjatkan. Nampaknya kemelut politik Perak kian parah jika Sidang DUN tidak ditangguhkan oleh Sultan Azlan Shah. Maka itu, sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan, makanya Sultan Perak itu perlu serahkan semula kuasa kepada rakyat untuk membuat perubahan. Jika keadaan seperti ini dibiarkan berterusan, maka sudah pasti kestabilan politik Perak akan terus terancam dan bakal bergolak sampai bila-bila pun].
IPOH [8.00 pm] - Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya mempunyai dua agenda apabila ia bersidang semula Khamis ini di sebalik krisis politik yang menghantui Perak sejak awal Februari lalu. Selain ucapan diraja Raja Muda Perak Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, sidang dijangka memberi tumpuan ke atas dua usul yang berkaitan dengan kedudukan Speaker, kata Speaker DUN, V. Sivakumar (foto). "Setakat ini saya cuma ada dua usul iaitu pertamanya untuk menyingkirkan Speaker dan kemudian melantik Speaker yang baru," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan pendiriannya tentang dua usul tersebut sama ada menerima atau menolaknya. Malah beliau juga enggan menyatakan apa-apa apabila ditanya mengenai susunan kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri Perak pada kali ini.
[Inilah masanya untuk mempermain-mainkan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional itu sebenarnya. Speaker berhak untuk menerima atau menolak usul berkenaan. Apatah lagi yang ditujukan kepada dirinya. Samalah dengan apa yang berlaku kepada wakil rakyat pembangkan di parlimen. Usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri telah ditolak bulat-bulat oleh speaker, begitu juga di DUN Melaka di mana usul undi tidak percaya kepada Ketua Menteri ditolak juga oleh speaker. Nah, sekarang Speaker V.Sivakumar ada kuasa untuk buat tindakan sama].
Imam Dipecat, Bila Seru Kerajaan Berlaku Adil
Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu. Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan. Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan. Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya. Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian. Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 yang mendengar khutbah. Shamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.
[Nampaknya apa yang ditakuti oleh umat akhir zaman kini sudah semakin menampakkan tanda-tandanya. Kerajaan yang zalim tidak suka golongan ulamak menyeru ke arah kebaikan. Mereka seboleh-bolehnya mahu menghakis dan menakutkan suara rakyat agar terus menyembah rejim zalim itu. Barang sesiapa yang melawan atau cuba memberi kesedaran kepada rakyat sudah pasti akan dihumbankan dari tampuk kekuasaan itu. Rakyat mahu ditutup mata dan telinga agar terus mempercayai pembohongan kerajaan yang zalim itu].
KLANG [4.56 pm] - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan mungkin merancang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada isterinya, S. Pushpaneela (foto) mengambil alih tugas secara rasmi untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat. Banyak pihak dalaman parti telah memperkatakan tentang kemungkinan tersebut namun idea berkenaan tidak dipersetujui ramai. "DAP akan menghormati sebarang keputusan Manoharan, tetapi bukan semua orang akan bersetuju dengan cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan secara automatik kepada Pushpaneela," kata seorang sumber dalaman parti yang juga merupakan pemimpin tempatan. Dalama pada itu Pushpaneela ketika ditanya sama ada akan menjadi wakil rakyat Kota Alam Shah jika suaminya meletakkan jawatan, beliau berkata: "Saya menyerahkan perkara tersebut kepada pengundi Kota Alam Shah untuk membuat keputusan sama ada menerima saya ataupun sebalinya." Bagaimanapun tegas beliau, keutamaannya ialah adalah untuk berjuang bagi membebaskan Manoharan daripada terus ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
[Satu senario yang agak menarik untuk dipertimbangkan sebenarnya. Tambahan pula isteri Manoharan sudah lebih setahun berkhidmat bagi pihaknya kepada rakyat di kawasan DUN Kota Alam Shah. Maka adalah layak untuk beliau bertanding bagi menjadi wakil rakyat yang sah sebenarnya. Harus diingat kerusi itu dimenangi oleh Manoharan dengan jumlah majoriti yang cukup besar dan sukar untuk digugat oleh BN jika diadakan pilihanraya kecil di kawasan tersebut. Soalnya sekarang, apakah puak-puak UMNO sedia berhadapan dengan segala kemungkinan ini].
KUALA LUMPUR [4.35 pm] - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan garis panduan mengenai konsep 1Malaysia sebagai panduan kepimpinan negara, bagi mengelak salah tafsiran dan tanggapan negatif masyarakat mengenainya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (foto) berkata, kepimpinan negara memerlukan garis panduan khusus mengenai konsep itu supaya apa yang diucapkan dapat difahami rakyat. Katanya, sehingga kini rakyat belum dapat memahami konsep tersebut secara mendalam kerana matlamat dan gagasan 1Malaysia sering diputar belit pihak tertentu untuk kepentingan sendiri."Sebelum konsep ini dipolemikkan dengan lebih parah oleh pihak berkepentingan, kita perlu menyediakan panduan supaya gagasan ini dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci supaya ia berupaya membangunkan agama, bangsa dan negara," katanya selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat mengenai Konsep 1Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini. Jamil Khir berkata, garis panduan itu akan dirangka berdasarkan resolusi yang akan dihasilkan semasa persidangan tersebut.[Sesuatu yang agak aneh bila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tiba-tiba mahu mengeluarkan garis panduan 1Malaysia. Apakah ini peranan Jamil Khir Baharom agaknya?. Patutlah kami mendapat maklumat ramai ahli keluarga beliau marah dan kecewa bila beliau menerima tawaran sertai kabinet Najib. Ini kerana ramai ahli keluarganya adalah penyokong kuat PAS. Adalah lebih elok beliau mengkaji dan menghapuskan konsep Islam Hadhahri yang jelas telah terpesong itu daripada merangkan garis panduan 1Malaysia pula. Apakah Jamil Khir akan menjadi terhina seperti apa yang berlaku kepada Dr.Mashitah dan Pirdaus Ismail dulu agaknya. Inilah golongan ulamak yang dikatakan menjadi "ular dalam semak"].
Penanti, Dewan Tertinggi BN Buat Keputusan
KOTA KINABALU [4.16 pm] - Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan membuat keputusan sama ada UMNO akan meletakkan calonnya bertanding di pilihan raya kecil Penanti, 31 Mei ini. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian pada sidang media dalam lawatan ke negeri ini, tengah hari tadi. Bagaimanapun, Najib berkata BN dan Umno tidak perlu membuat keputusan terburu-buru mengenai perkara itu.[Nampaknya puak-puak UMNO dan BN masih lagi pening dan gagal untuk membuat keputusan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti biarpun Biro Politik UMNO sudah bermesyuarat petang semalam. Ini bermakna, mereka semakin takut untuk dimalukan sekali lagi oleh rakyat di kubu kuat Anwar itu. Lucu juga melihat gelagat puak-puak UMNO dan BN ini, bila mereka takut kepada bayang-bayang sendiri. Sedangkan mereka sudah gunakan SPR untuk membuat arahan berkaitan].
KUALA LUMPUR [3.55 pm] - Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (foto), berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak. Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.[Ghani Patail menjerat dirinya. Kenyataan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sebenarnya hanya boleh berlaku apabila undi tidak percaya dibuat dalam Sidang DUN. Masalahnya bila masa pula dewan bersidang memutuskan perkara itu. Setakat tiga ADUN pakatan rakyat sertai bebas itu masih belum comfirm dia sokong BN. Kerana ia dibuat di luar dewan, kenapa tidak dibuat dalam dewan?. Bukankah ini menunjukkan adanya kekeliruan. Malahan pula ketiga ADUN terbabit sah meletak jawatan selepas mereka menandatangani surat aku janji dengan kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini. Makanya bukankah kes ini banyak pertikaiannya yang harus diselesaikan di mahkamah. Bukan dengan logik akal fikiran semata-mata. Bayangkan jika tiga ADUN terbabit tiba-tiba menyokong pula Nizar di DUN. Apakah akan terjadi kepada kerajaan negeri Perak selepas ini?. Justeru itulah elok diadakan pilihanraya kecil negeri bagi memberi kuasa rakyat buat pilihan].
[Inilah rekod yang jelas dipertikaikan oleh rakyat Sabah sebenarnya. Mana mungkin seorang Timbalan Ketua Menteri tidak mempunyai parti selama hampir 9 bulan. Bukankah ini menimbulkan kemarahan kepada komponen BN itu sendiri yang mahukan beliau melepaskan jawatannya itu. Namun, semua ini akhirnya dihapuskan bila Najib turun ke Sabah dan menarik Raymond serta Parti Gerakan dari semenanjung itu akhirnya].
Penanti, PAS Larang Ahlinya Tanding Bebas
BUTTERWORTH [12.30 pm] - PAS kekal dengan pendiriannya tidak membenarkan ahlinya bertanding menentang rakan komponen pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kawasan Penanti demi menjaga semangat setiakawan. "Kita tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen," kata Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, (foto) kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang di Markas PAS Padang Menora, di sini, malam tadi. Sebelum ini, Pemuda PAS Pulau Pinang menerusi bekas ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin mendesak pucuk pimpinan meletakkan calon parti itu bertanding di Penanti dengan alasan bahawa ahli akar umbi tidak berpuas hati dengan tindakan penyandang kerusi itu sebelum ini, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengosongkannya.[Dengan keputusan pucuk pimpinan PAS ini, ia diharap mengurangkan keraguan dikalangan rakyat Penanti tentang sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil kawasan itu nanti. Mungkin akan ada undi protes atau pihak-pihak tertentu didalam PAS yang akan menjadi gunting dalam lipatan selepas ini. Namun, jumlah mungkin agak kecil dan tidak dapat menggugatkan sokongan rakyat secara keseluruhannya].






Pilihan yang tepat
BalasPadamPAS-DAP-PKR ni kawan setia ke?...hee
BalasPadamSalam... Bila Ghani Patail nak berhenti jadi peguam..
BalasPadamKenapa Ghani Patail nak berhenti jadi peguam negara? budak kampung boleh bayar gaji dia ke? jangan nak tambah lagi pengangguran kat kampung!
BalasPadamhahahaha....akai tarak lah tu, budak2 lah katakan.
BalasPadamghani 4tahil, budak kg tak dah masaalah kalau gani 4tahil berhenti, amno yang masaalah kalau dia berhenti.
BalasPadam