script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Semua 14 Tahanan Polis Telah Pun Dibebaskan

IPOH [9.20 pm] - Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh atas jaminan polis sebentar tadi. Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh. Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri. Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan puasa sunat serta mogok lapar akan tetap diteruskan walaupun Barisan Nasional menyalahgunakan institusi polis untuk menekan dan menindas rakyat. "Kami akan teruskan program puasa sunat dan mogak lapar sehingga hari Khamis. Perjuangan untuk rakyat menetang kezaliman tetap diteruskan," kata beliau kepada media.

Ketua-Ketua Kampung PR Perak Saman Zambry


IPOH [9.11 pm] -Ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat yang telah dipecat oleh kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" Dr Zambry Abdul Kadir telah memfailkan saman terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi. Turut serta mengiringi ketua-ketua kampung tersebut ke mahkamah termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin Pakatan Rakyat negeri. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ketua-Ketua Kampung Negeri Perak, Mohd Ridzuan Afit saman yang dikemukakan mengandungi tujuh tuntutan terhadap Dr Zambry. Antara lain mereka menuntut supaya mahkamah melarang kerajaan negeri membuat sebarang pelantikan ketua kampung sebelum 31 Julai 2010 iaitu tarikh tamat tempoh perkhidmatan mereka seperti watikah pelantikan daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan dan tindakan kerajaan negeri "Menteri Besar Mahkamah" yang memecat mereka berkuat kuasa 16 April lalu. Disamping itu saman itu turut memohon perintah mahkamah melarang kerajaan negeri menggunakan dewan orang ramai di seluruh negeri oleh Barisan Nasional sehingga kes itu selesai

PKR Akan Ambil Tindakan Terhadap Aminah


GEORGETOWN [7.12 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menimbang kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Aminah Abdullah yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sekiranya beliau kembali menyertai parti itu dan memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN)Penanti Ahad ini. Pengerusi Badan Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim (foto), berkata PKR tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Aminah dan dakwaan mengenai tawaran itu tidak berasas semasa sekali. "Kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara ini (dakwaan oleh Aminah) berterusan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

MB Selangor Perjelas Perletakan Jawatan PA


SHAH ALAM
[2.20 pm] - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan peletakan jawatan Pegawai Khasnya, Zahir Hasan, kerana tidak tahan dengan tekanan politik pihak tertentu. Sebaliknya, beliau menjelaskan, Zahir meletak jawatan itu kerana mahu memberi tumpuan dan memulihkan perniagaan beliau yang semakin merosot sejak kebelakangan ini. "Syarikat beliau tidak berfungsing sepenuhnya dan saya menerima peletakkan jawatan ini," katanya selepas merasmikan penjenamaan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, hari ini.

Speaker Sivakumar Antara 14 Ditahan Polis


IPOH [2.15 pm] - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar (foto) adalah antara lapan wakil rakyat dan enam penyokong Pakatan Rakyat yang ditahan kerana berhimpun tanpa permit di luar Wisma DAP di sini, sebentar tadi. Turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. Ahli Dewan Undangan (Adun) lain yang ditahan ialah Keshvinder Singh (Malim Nawar), Thomas Su (Pasir Pinji), Lim Pek Har (Menglembu) dan Leong Mee Meng (Jalong) daripada DAP serta Chang Lih Kang (Teja) dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai) dari PKR

Hadi Kekal Presiden, Nizar Tidak Bertanding

KUALA LUMPUR [2.10 pm] - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) kekal sebagai Presiden PAS manakala bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, tidak bertanding bagi merebut jawatan Naib Presiden pada muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun depan. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali, hari ini berkata, Hadi menang tanpa bertanding dan Mohammad Nizar hanya akan bertanding bagi merebut jawatan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat. Pertandingan bagi merebut jawatan timbalan presiden menyaksikan persaingan tiga penjuru antara penyandang Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, dan seorang lagi Naib Presiden, Mohamad Sabu, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Share:

16 ulasan:

  1. JUM RAMAI2 KITA PI SOKONG NASARUDDIN KASI TOLAK ENDORGAN

    BalasPadam
  2. Pro UMNO,
    what the hell r u talkin about?
    Whether it's Nasaruddin,Husam or Mat Sabu,I don't think PAS would want 2 align themselves wit a party led by a PM tainted wit murder n sex scandals

    Erdogan or pro muqabalah,PAS would never jeopardize their support from the non Malays by coop wit a secular n racist party such as UMNO

    BalasPadam
  3. Pengendali laman ini lebih arif akan status kerosakan politik umnoBN, polis, undang2 dan kehakiman kita. Anda ada rekod. Dan tentu kemaskini. Maka berterusan menggunakan perkataan 'bekas' MB Perak apabila merujuk Hj Nizar bukankah tidak wajar?
    Paling tidak tulislah MB Pakatan Rakyat seperti laman2 prorakyat lain. Harap fikir2kan.

    BalasPadam
  4. Denga menulis begini, "..Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri." anda sebenarnya telah menghina mahkamah. Kerana Menteri Besar yang sah sekarang bukan seperti yg anda catatkan.

    Sila betulkan sebelum anda diheret ke mahkamah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. ITS IS MY MOUTH ,THIS FREE COUNTRY WAT THE HACK U WANT ME TO SHUT UP,U COMMENT WAT U WANT TO ,I DONT BLOODY CARE,COMMON,AHLI PAS TULEN LETS VOTE ENDORGAN OUT,VICTORY TO THE ULAMAK.GODBLESS ULAMAK AND GOD BLAST ENDORGAN

    BalasPadam
  6. THE WORSE CRIME IN THIS WORLD, IS TO PLAY PEOPLE'S BACKSIDE,PROPHET MUHAMMAD PUN TAK MENGAKU UMAT,SO DONT TOUCH PM,NOTHING BEING ACCUSE YET,BUT THAT GUY NOT BEING ACCUSE BUT BEING REPORTED OFF WRONG DOING,SO GET YOUR FACTS RIGHT, DONT BE DOUBLE STANDARD

    BalasPadam
  7. Well,that guy who "play people's backside" was actually willin 2 be dragged 2 court 2 clear his name despite all the inconclusive evidences gathered

    Pliz xplain me y the PM who has sex n murder accusations hung above his head didn't bother 2 sue RPK n the 18 international media bodies 4 defamin him by linking him wit Altantuya's murder
    Admit it,the whole country is thinking Najib is coward 4 not takin legal actions against those who smeared his good name n unwilling 2 testify in court so that he could dismiss all those allegations

    BalasPadam
  8. hey no body is above the law,if there is case agains najib,get all the best lawyer in town, go after him,there is not accusation so dont mess around,dont make up story...no noise from anttantuya family,so what the hack u want to be the champion,pity brother anuar,he is not being accused ,but bieng reported of wrong doing,get your facts right brother anuar is not being accussed ,being reported,hope u understand luv anyway goodluck to anuar,how u get into these mess,,,just dont understand anyway all the best

    BalasPadam
  9. hey zakwan..ko tuh jg2 skit mulut mcm lancang je..ko tu diperhatikan je..nt dah kantoi ..kat mahkamah sibuk kata tak mengaku salah..mcm suami isteri yg didakwa hina Sultan tempohari tuh..sah2 maklumat semua kuar..takan hantu yg guna IP internet dorg tuh plak..lawyer2 pun satu org yg salah dimenangkan mana nya keadilan dalam bidang guaman nih..

    BalasPadam
  10. Hmmm,last I check,my previous comments hav no seditious elements

    I'm merely echoing the voice of the majority here
    PM Najib needs 2 begin proving his innocence by testifying his side of the story in a court of law
    He also better sue those who defamed him 2 show that he means business

    By doing this,the rakyat is convinced of one thing about their current PM
    He's no murderer

    No noise from Altantuya's family?
    How do u xplain Dr Sharibuu Setev makin frequent trips 2 Malaysia 2 attend the court hearings regarding his daughter's murder
    Hell,he even tried havin an audience wit Najib in Parliament last year n wrote a letter 2 Najib congratulating him on his ascension 2 the premiership n pleading Najib 2 prove his innocence in court
    Besides,what kind of family who just sits down quietly after one of their own got blown 2 bits

    I hav no intention on being champion of Anwar or Najib specifically here
    I'm just a lowly citizen who is obliged 2 voice out in the eyes of injustice that hav befallen upon the people be it Anwar,Najib or anyone else

    BalasPadam
  11. saman jangan tak saman. itu je lah kerja kau orang. mana boleh buat kerja lain. ikut suka hati ko lah labu.....

    BalasPadam
  12. good, justice prevails ,when there is a case,defence get all the good lawyers to defend ,,when we wants to accused,gets all the evidance,then brings to court..charged them.hope we are good obidient citizen ,dont be a common priahs..nice talking to zakwan,all those story about atantuya seing najib,only low class story....cherrio

    BalasPadam
  13. zakwan,sorry I forgot ,u wants najib to sue those who defame him,,so I wnats ANUAR TO DO THE SUMPAH LAKNAT..

    BalasPadam
  14. Well,Anwar is not dumb enough manipulate the Holy Quran 4 political leverage
    Besides,swearing on the Quran is a characteristic of a munafiq

    Hey,didn't Najib swore on the Quran last year during the Permatang Pauh by election?
    I suggest he dissolve all stages of courts n the current judiciary systems be replaced wit swearing on the Quran
    No need 4 court hearings,just grab a Quran n swear ur innocence on it
    The Bar Council n prominent lawyers such as Malik Imtiaz,Karpal Singh,Sivarasa,Sankara Nair will be jobless
    Gani Patail n Augustine Paul can just retire n enjoy the wealth they've amassed over the years from being subservient 2 UMNO

    The way I see it,Najib's sumpah laknat has already begun wit the huge loss at Kuala Terengganu followed by the massive defeats at the 2 Bukits n soon,another defeat at Manik Urai
    InsyaAllah,this will cultivate at the 13th GE where Malaysia will reject Najib's BN for good

    BalasPadam
  15. i think u dont get the point,u want najib to sue those who defame him,so I JUST WANT NUAR TO SUMPAH,OR LET US SAYS TICK FOR TACK, DONT GO TALKING ,BULL AND COCK STORY,GO TO THE POINT,PRU 13,PR MANANG ,WOW U WANT TO PLAY GOD,DAH CONFIDENT MENANG KE..ANYWAY WORK HARD,,,NOT THAT EASY BABY ,NAJIB IS PERFORMING NOW,,,FOR YOUR INFORMATION I HAVE LOTS OF CHINESE FRIENDS,I ASKED THEM,U ALL STILL NOT WITH BN,U KNOW WHAT THEY SAY IF WE DONT SUPPORT NAJIB.LU INGAT SEMUA ASB SAHAM BOLEH HABIS JUAL KE... GET WHAT IT MEAN ......SO BACK TO THE TOPIC NAJIB SUE ,NUAR SWEAR OK FAIR

    BalasPadam
  16. PRIVY COUNCIL,ONE OFF ITS LORD SAID,THE JUDGEMENT OF MB PERAK IS IN LINED WITH THE LAW,COMMONWEALTH LAW,SO DONT SAYS THE LORD IS A JUNGLE LORD

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.