script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Keputusan Rayuan Bagi Penangguhan Bayaran Saman Kes Balak RM63 Juta Pada 29 Mei

KUANTAN [6.30 pm] - Mahkamah Tinggi yang bersidang bagi mendengar permohonan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob, untuk penangguhan keputusan bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan hari ini menagguhkan keputusan kes tersebut ke 29 Mei 2009 . Hakim Datuk V T Singham telah menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh peguam utama Menteri Besar, Datuk Mohammad Shafee Abdullah dan Syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd yang diwakili peguam Rajoo D Moothy. Perbicaraan hari ini agak panas apabila Shafee Abdullah mengeluarkan berbagai hujah yang mempertikaikan prosiding kes berkenaan. Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Abdul Halim Aman sebelum ini telah memutuskan bahawa Adnan perlu melunaskan bayaran penghakiman dalam tempoh 14 hari selepas membenarkan permohonan perintah 'mandamus' (untuk memaksa) kepada syarikat pembalakan tersebut. Pada 17 September tahun lalu, Kerajaan Negeri Pahang diperintah membayar RM60 juta kepada syarikat itu selepas ia gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mendapat kebenaran merayu. Namun anehnya, pihak terbabit beriya-iya pula merayu setelah waktu yang sepatutnya dulu telah dipersia-siakan.


[Turut kelihatan di Mahkamah Tinggi Kuantan petang tadi ialah Penguam Pemerhati SGM, Karpal Singh, Pengarah Urusan Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd iaitu Tuan Syed Ali, YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Saudara Kamarul Hatta (Timbalan Ketua AMK Pahang) dan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat Pahang. Perbicaraan ditangguhkan sekitar jam 5.00 petang. Apa yang jelas dapat dilihat dalam kes ini, pihak Kerajaan Negeri Pahang masih mencari jalan dan helah untuk tidak mahu menjelaskan bayaran saman berkenaan. Walhal ia telah diputuskan oleh mahkamah tertinggi di negara ini. Jika ini berlaku kepada rakyat biasa, sudah pasti ia akan dikatakan sebagai "menghina mahkamah", namun dek kerana ia melibatkan pemimpin UMNO maka ia dianggap biasa sahaja oleh mereka].
Share:

1 ulasan:

  1. Mcmana rakyat nak percaya kerajaan sedangkan kerajaan sendiri ingkar perintah mahkamah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.