Kami amat terharu dengan kenyataan "bangang" salah seorang Naib Presiden UMNO yang baru dilantik dari Sabah iaitu Shafie Afdal (foto) berhubung kemelut di Perak. Entah apa nak jadi dengan "jiwa, minda dan pemikiran" puak-puak UMNO ini, nampaknya semakin mengelirukan. Semakin mereka mengeluarkan kenyataan, maka kita akan semakin jelas melihat "kebodohan" diri mereka. Dalam satu kenyataan hari ini ketika mengulas isu kemelut di Perak Shafie berkata persoalan utama sekarang bukan sama ada Barisan Nasional (BN) takut atau tidak untuk berdepan dengan pilihan raya negeri di Perak yang sedang mengalami krisis politik. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian kerana perkara itu kononnya sudah dibawa ke peringkat mahkamah, jadi biarlah proses undang-undang dijalankan dengan secara teratur terlebih dahulu. "Sekiranya mahkamah putuskan bahawa ia harus dilakukan di dewan, dewan itu harus digunakan...kalau keputusan mahkamah mengatakan perlunya diadakan undi tidak percaya ia perlu dipatuhi," katanya. Beliau berkata sebaliknya jika asyik memenuhi desakan untuk diadakan pilihan raya, sampai bilapun urus tadbir negara tidak dapat dijalankan dengan sempurna. "Kalau kita asyik adakan pilihan raya, apakah dapat penuhi keperluan masyarakat, apa yang penting di Perak (ialah) supaya kerajaan negeri dapat berfungsi, berjalan dengan lancar tanpa diganggu gugat oleh kegiatan lain," katanya. Beliau mengulas desakan banyak pihak termasuk daripada parti Gerakan yang menyatakan pilihan raya negeri patut diadakan di Perak bagi menamatkan krisis politik di negeri itu. Shafie berkata jika peruntukan menyatakan bahawa sesiapa yang mendapat majoriti boleh memerintah negeri atau negara itulah yang sepatutnya. "Kita (BN) bukannya gila kuasa...kalau kita majoriti takkan tak nak perintah negeri...kita yang majoriti, kenapa pulak yang bukan majoriti nak memerintah. "Jika dilayan yang bukan majoriti menuntut diadakan pilihan raya, nanti negeri lain yang pembangkang tidak menang dan bukan majoriti juga akan menuntut perkara sama," katanya.
[Terkadang memang rasa sakit hati tatkala kita mendengar kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh pemimpin UMNO tentang kemelut di Perak ini. Mereka masih lagi mahu meletakkan kesalahan kepada Pakatan Rakyat tapi dalam masa yang sama akan patut kepada undang-undang dan mahkamah kononnya. Jika itu kata Shafie, maka Mahkamah Tinggi telah memutuskan MB Nizar adalah Menteri Besar yang sah. Mengapa pula beliau masih bercerita soal majoriti dan soal undi tidak percaya terhadap Nizar. Sedangkan MB tidak sah, Speaker tidak sah, Exco tidak sah malah sidang DUN 7 Mei lalu juga tidak sah. Bukankah ini sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebenarnya?. Kenapa Shafie tidak nasihat sahaja agar Zambry mengundur diri secara terhormat. Inilah bukti menunjukkan betapa "dangkalnya" akal fikiran pemimpin UMNO yang kononnya mengatakan mereka tidak gila kuasa itu sebenarnya].

Sabah pun negerinya masih mundur. Shafie afdal sibuk nak jaga kedah. Pi balik sabah bah!
BalasPadampemimpin BN rata rata bukan berkaliber macam dalam pakatan, mereka jadi ketua hanya untuk duit, duit,duit dan duit sampai mati. Bab undang2 ni mainan diorang aje. Kita rakyat mesti belajar atau setidaknya ambil tahu pasal undang2 supaya tidak tertipu dengan kata2 para munafik dari BN
BalasPadamMasing-masing dgn fahaman dan tafsiran masing-masing. Hormatilah pandangan orang lain mengenai isu ini seperti mana orang lain menghormati pandangan anda. Jika tak setuju tak apalah tapi janganlah maki hamun, mengata dan menghina peribadi dan lain-lain yg tak berkaitan. Elok berbincang dan memberi komen dgn cara orang yg berilmu dgn tata bahasa yg cermat supaya ia dapat mencerminkan seorang blogger yg intelektua.
BalasPadamShafie Afdal..masuk lah kementerian apa pun..semuanya tak menjadi..lagi mau cakap lebih ka..memang tak afdal langsung...
BalasPadamSaya pembaca tetap kerana anda sentiasa ada berita baru. T kasih banyak. Cuma tiap kali baca, dah lazim dan spontan saya mesti akan perasan dulu perkataan SEBENARNYA yang amat diminati oleh anda. Memang kelakar cara anda guna perkataan itu, anda pakai hentam saja, saya yakin ini kerana anda amat ingin KEBENARAN ditekankan setiap masa. Tahniah, walaupun kadang2 amat janggal.
BalasPadamShafei Apdal ni, pekan semporna yg seluas sekangkang kera itupun TIDAK terurus, dibiar macam pekan koboi era 60an..now dah masuk 2010!!!...ni nak urus sbuah negeri??? betapa bengongnya spesis ameno ni...
BalasPadamntah hape-hape je dia tu..
BalasPadamSHAFEI APDAL ADALAH NAIB PRESIDENT UMNO ,OLEH KERANA DIKEDAH ADA SEDIKIT MASAALH...ATAS TIKET NAIB DIA DIHANTAR OLEH PARTI UNTUK MEMBANTU UMNO KEDAH,HARAP FAHAM
BalasPadam