script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Info Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Timbalan Speaker Ada Hak Ambil Alih Sidang

IPOH [7.04 pm] - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong (foto), berkata Timbalan Speaker mempunyai kuasa untuk mengambil alih urusan perjalanan persidangan Dewan seperti yang ditetapkan oleh Fasal 36A (1) (b) Undang-undang Tubuh Negeri Perak. Beliau berkata, tindakannya mempengerusikan persidangan DUN semalam bagi melantik Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru bukanlah satu penyalahgunaan kuasa ataupun tindakan merampas kuasa daripada bekas Speaker V Sivakumar. "Memang saya tidak nafikan Speaker adalah berkuasa tetapi apabila dia (Sivakumar) tidak dapat menguruskan urusan persidangan, maka semasa itu saya berkuasa ambil alih untuk meneruskan persidangan supaya segala urusan berjalan lancar," katanya pada sidang media di sini, hari ini.Hee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, berkata adalah satu perkara yang biasa apabila pemilihan seseorang Speaker dilakukan semula apabila Speaker sedia ada telah kehilangan kepercayaan daripada majoriti anggota DUN. "Itu adalah proses demokrasi di Malaysia. Bila hilang kepercayaan tentulah kita pilih lagi Speaker yang lain, mereka (pembangkang) boleh calonkan nama individu yang mahu dilantik sebagai Speaker yang baru," katanya.

[Semua boleh jadi bila ia melibatkan pemimpin BN. Timbalan Speaker hanya berhak mengambil alih jika Speaker tidak berfungsi atau tidak hadir ke dewan. Masalahnya yang berlaku di DUN Perak, semua arahan Speaker V.Sivakumar tidak diambil pusing. Malahan ada pihak yang sengaja memadamkan set pembesar suara untuk menghalang beliau mengeluarkan kenyataan. Inilah yang menyebabkan Speaker gagal untuk bertindak, dan tempatnya kemudian diambil alih oleh Hee Jit Foong. Inilah malang yang berlaku dalam DUN Perak. Apakah ini namanya mengikut prosedur dan undang-undang?. Bukankah ini namanya merampasa kuasa. Justeru itu, kini kekecohan yang berlaku di Perak pasti akan berterusan].

Isteri Tahanan ISA Anggap Kerajaan Prihatin

SHAH ALAM [5.00 pm] - S.Pushpaneela (foto), Isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor kawasan Kota Alam Shah, M Manoharan, berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskan suaminya bersama 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang lain. Beliau menyifatkan pembebasan itu sebagai bukti keprihatinan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap kesukaran yang ditanggung oleh keluarganya sepanjang tempoh penahanan Manoharan. Manoharan, yang juga seorang pemimpin Hindraf akan dibebaskan bersama dua lagi pemimpin kumpulan yang diharamkan itu, P Uthayakumar dan K Vasantha, bersama-sama 10 yang lain dalam tempoh terdekat ini seperti yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini. Ketika diminta mengulas, Pushpaneela berkata, dengan pembebasan suaminya itu, ia dapat memberikan harapan baru kepada mereka sekeluarga. Ketika ditanya sama ada Manoharan akan menjalankan tugasnya sebagai Adun selepas pembebasannya nanti, beliau berkata, perkara itu akan diputuskan oleh suaminya. "Saya tidak tahu lagi mengenai perkara itu. Sebelum ini dia ada menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Adun. Namun, apa-apa keputusan, dia akan tentukan nanti selepas pembebasannya," katanya.

[Tahniah diucapkan atas pembebasan Manoharan dan beliau sudah pasti akan dapat berkhidmat kepada rakyat di kawasannya. Apa yang dapat kita saksikan sekarang sebenarnya adalah petanda yang jelah bahawa kerajaan sudah mula gusar dengan tekanan rakyat. Sebenarnya, pemimpin Pakatan Rakyat yang lebih prihatin dalam hal ini dan bukannya kerajaan. Mereka telah berjuang sejak sekian lama hingga ada yang sanggup berhadapan dengan berbagai tindakan oleh pihak polis. Kerajaan mungkin mengambil langkah membebaskan tahanan terbaru ini kerana kemungkinan besar ia boleh dijadikan aset menjelangnya pilihanraya kecil Penanti tidak lama lagi. Dulu pun mereka bebaskan tahanan ISA beberapa hari menjelang pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Dengan pembebasan ini, maka PDO yakin BN akan meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada hujung bulan ini].

Ganesan Akui Dilantik Jadi Speaker Secara Sah


IPOH [4.22 pm] - Speaker "HARAM" Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan (foto), berkata pelantikan beliau sebagai Speaker adalah sah mengikut undang-undang kerana ia dibuat berpandukan Perintah Tetap DUN serta berasaskan siapa yang menguasai majoriti dalam dewan persidangan itu. Beliau berkata, usul pemecatan dan pelantikan Speaker bukan berada dalam budi bicara bekas Speaker, V Sivakumar, sebagaimana dakwaannya sebelum ini, tambahan pula usul itu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang serta peraturan sedia ada. Katanya, Perintah Tetap juga jelas menyatakan apabila Speaker baru dipilih, Speaker lama perlu mengosongkan jawatan dan pejabat yang didudukinya. Malah, katanya, Sivakumar seharusnya mengambil sikap terhormat dengan secara sukarela mengosongkan kerusinya apabila Speaker baru sudah dipilih. Ditanya apakah tindakan selanjutnya jika Sivakumar masih enggan mengosongkan pejabatnya, beliau berkata: "Awak jangan tanya saya. Awak tengok apa yang akan berlaku." Ditanya bila beliau akan masuk ke pejabat Speaker di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ganesan berkata, ia akan dilakukan dalam tempoh terdekat. Mengenai kenyataan pakatan pembangkang yang tidak mengiktiraf Sidang DUN semalam dan masih menganggap V Sivakumar sebagai Speaker yang sah kerana persidangan belum bermula ketika usul pemecatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Ganesan berkata, sebenarnya sidang DUN sudah pun bermula apabila Sivakumar mengambil tempatnya dalam Dewan Undangan Negeri.

[Punyalah bangang puak-puak UMNO dan BN bercakap dan mengeluarkan hujah masing-masing. Kononnya persidangan sudah bermula secara sah bila Sivakumar mengambil tempat duduk dalam DUN. Jika begitu keadaannya, kenapa kenyataan Sivakumar tidak dituruti. Misalnya beliau mengarahkan Zambry dan Exconya keluar, usul pecat Speaker ditolak dan sebagainya. Kenapa pula ada anggota polis yang tergamak mengheret Sivakumar keluar dari dewan yang mulia itu. Bukankah ini menimbulkan banyak persoalan yang perlu dijawab sebenarnya. Maka itu, kini Perak secara sahnya mempunyai dua Menteri Besar dan dua Speaker. Bertambah celarulah pentadbiran kerajaan negeri Perak selepas ini jika kuasa tidak dikembalikan kepada rakyat untuk menentukannya secara pilihanraya yang adil dan sah disisi undang-undang. Bubar DUN, itu yang wajar].

ISA, Tiga Pemimpin Hindraf Akan Dibebaskan

PUTRAJAYA [2.36 pm] - Baki tiga pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) adalah antara 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan dibebaskan dalam masa terdekat. Mereka adalah M Manoharan, (foto) P Uthayakumar dan K Vasantha Kumar. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu hari ini. "Mereka akan dibebaskan dalam masa dua atau tiga hari," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini. Katanya, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik. Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina. Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril. Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

[Biarpun ianya bukan desakan politik, namun nampaknya kerajaan terpaksa akur dengan suara rakyat. Jika pembebasan ini berlaku, maka sudah pasti desas-desus perletakan jawatan Manoharan juga tidak akan berlaku. Pilihanraya kecil DUN Kota Alam Shah juga tidak akan diadakan selepas ini. Apapun, tahniah diucapkan kepada menteri berkenaan, yang nampaknya sudah mula memahami apakah itu konsep "1Malaysia". Semoga selepas ini kerajaan akan lebih bersikap telus dan adil kepada sekalian hamba rakyat, tanpa mengira perbezaan politik, agama dan bangsa mereka sendiri. Syabas Malaysia !!].

Penanti, PAS Negeri Akhirnya Akur Keputusan

PULAU PINANG [12.35 pm] - PAS Pulau Pinang akhirnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang menegaskan tidak akan benarkan mana-mana ahlinya menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti. "Tak apa la, kita akur dengan keputusan PAS pusat. Kita tidak mahu membesar-besarkan isu ini lagi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali yang tidak membenarkan ahlinya bertanding menentang calon Pakatan Rakyat iaitu wakil PKR pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Mustafa menegaskan, larangan itu bertujuan menjaga semangat setiakawan dan imej parti itu selepas memutuskan kawasan itu ditandingi calon dari PKR. Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Salleh berkata, keputusan tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat PAS negeri Ahad ini. "Kita akan bincang dan maklumkan kepada mereka. Kita mahu mereka faham dengan jelas keputusan pucuk pimpinan. "Laporan penuh mengenai isu ini , kita akan maklumkan kepada pihak media kemudian," katanya.

[Tahniah diucapkan kepada PAS Pulau Pinang kerana berjaya merungkaikan segala kekalutan yang melanda berhubung soal calon di Pilihanraya Kecil DUN Penanti. Sebelum ini ramai dikalangan penyokong Pakatan Rakyat gusar seandainya PAS negeri meletakkan calon mereka atau pun calon bebas dari PAS untuk menunjukkan bahawa mereka sebenarnya mendapat sokongan daripada rakyat dan bukannya PKR. Cuma, anehnya sehingga ke saat ini pemimpin UMNO dan BN masih lagi tidak nampak jalan untuk menyertai atau menarik diri dari bertempur dengan Pakatan Rakyat di Plihnaraya Kecil DUN Penanti].
Share:

7 ulasan:

  1. Timbalan mana boleh celah selagi speaker tak rosak... Kah kho kho....
    aku guna speaker "BOSE" lebih mantap dan hebat.

    >>>Budak Kampung<<<

    BalasPadam
  2. Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Foong berkata, tindakannya mempengerusikan persidangan DUN semalam bagi melantik Datuk R Ganesan sebagai Speaker yang baru bukanlah satu penyalahgunaan kuasa ataupun tindakan merampas kuasa daripada bekas Speaker V Sivakumar....?

    Setelah speaker V. Sivakumar diheret keluar dari dalam dewan, dikurung dan dikunci dalam bilik persalian oleh mafia Barisan Nasional maka Hee Yit Foong katakan bukan tindakan merampas kuasa tetapi disebut sebagai V. Sivakumar tidak dapat menguruskan urusan persidangan...?

    Begitu mudah cina berlidah kontot ini bermain kata-kata. Seolah-olah rakyat negeri Perak buta dan pekak atas apa yang berlaku dalam dewan itu.

    Sudah menang kah Barisan Nasional dalam pertandingan merebut kerajaan negeri Perak...? Kita patut meraikannya !!

    BalasPadam
  3. LENGGONG,KPG SIRI,CUCU YEOPSabtu, Mei 09, 2009 11:54:00 PG

    TANIAH HEE, YANG DIHINA OKU, OLIH PEMBANGKAN, BERJAYA MENUMBANGKAN SIVA ,YANG SUDAH HILANG AKAL HAMPIR GILA,MANA BOLEH URUSKAN SIDANG.KATA APA NAK KATA BN TETAP BERJAYA,

    BalasPadam
  4. Salam Yob. Dalam Tajuk "Ganesan Akui Dilantik Jadi Speaker Secara Sah" di atas tu, foto tersebut itu adalah Abdullah Antong, bukan Ganesan. Abdullah tu SU DUN Perak. Muka dia tu tengah geram sebab dihalau keluar akibat bantahan ADUN PR. Dia SU DUN lantikan Zambry (MB Haram), tanpa dimaklum pada Speaker Sivakumar sebelum ini. Kira2 Abdullah ni SU DUN Haram.

    Muka Speaker Haram Ganesan, lebih tebal misainya, muka lebih panjang. lebih pariah.

    BalasPadam
  5. Ni, pasal dua tiga orang Hindraf yg dibebaskan dari tahanan ISA..kenapa PDO a.k.a tak beri ulasan pada S.Pshpaneela yg telah memuji kerajaan. Mengapa tiada kutukan, kejian, penghinaan? PDO a.k.a cucumatkilau, hang memang bacul, tiada kejantanan, penakut dan talam yg banyak muka...

    BalasPadam
  6. anonymous 1:45.

    hang ni pulak apa pasai? apa hai?

    semua penulih blog menulih mengikut pandangan depa masin-masin. bukan ikut pandangan pembaca depa. depa penulih bebas.

    kalau hang nak tulih apa yang hang ndak, buka blog sendiri. tulih sendiri. tulih apa saja yang hang mau. OK?

    semoga hang tak tengin lagi lepas ni. wassalam.

    BalasPadam
  7. hai there the watcher!

    Don't be fool! Setakat ni apa diulas oleh blogger PDO a.k.a cucumatkilau semuanya berbentuk kecaman menyindir, memaki hamun, menghasut, dll. Tidak ada ulasan yg adil utk pihak yg satu lagi. Kenalah seimbang dan matang bila buat ulasan. Nanti pembaca akan hormat dan melihat ulasan sbg ulasan yg bernas dan berasaskan fakta, professional, beretika walaupun dari segi akedemiknya ia sangat lemah. Kena belajar lagi kot!

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.