Kes Saman Anwar Terhadap Mahathir 30 Julai
PUTRAJAYA [12.01 pm] - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff. Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok, dan mempunyai kes lain yang telah ditetapkan.
[Nampaknya kes ini pasti akan mengegarkan lagi iklim politik negara. Apakah mahkamah akab berpihak kepada Anwar, atau masih dikongkong oleh pihak atasan. Malah, Mahathir juga dilihat adlaah proksi kepada Perdana Menteri, Najib Razak. Apakah Anwar akan dibayar "Ex-Gratia" seperti hakim-hakim yang dipecat dulu sekiranya beliau berjaya memenangi kes ini nanti. Apapun sama-sama kita nantikan perbicaraan sebenar kes itu, apakah Anwar berjaya atau akan dihalang oleh mereka].
Operasi JPN Kuantan Terjejas, Paip Utama Pecah
KUANTAN [11.58 am] - Operasi harian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini terjejas selepas saluran paip utama di tingkat satu bangunan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) pecah, kira-kira jam 10 pagi tadi. Beberapa siling di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Bandar Indera Mahkota itu turut rosak dan air turut melimpah ke lantai tingkat satu dan aras bawah pejabat kerajaan yang berkenaan.
[Siasatan perlu dilakukan, apakah wujudnya penyelewengan dalam kes seperti ini. Sebelum ini ia berlaku di Dewan Rakyat dan beeberapa bangunan kerajaan yang lain. Justeru itu, Jabatan kerja Raya (JKR) diharap agar lebih telus dalam meneliti setiap projek yang diberikan kepada kontraktor bertanggungjawab. Amat memalukan bila kejadian seperti ini berlaku, bukan sahaja menyebabkan operasi tergendala malah ia juga menyusahkan rakyat untuk membuat urusan mereka di situ].
Penanti, SPR Kuatkuasa Larangan Kempen
BUTTERWORTH [11.57 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguatkuasakan larangan berkempen pada hari pengundian pada pilihan raya kecil DUN Penanti. Setiausahanya, Datuk Ngah Senik, berkata Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan Akta Kesalahan PilihanRaya 1954 Seksyen 26 (1). "Dengan pelaksanaan undang-undang ini, mana-mana individu yang berkempen pada hari pengundian termasuk memakai lenca atau topi lambang sesebuah parti akan dikenakan tindakan. "Mereka boleh ditahan oleh Polis dan dikenakan tindakan penjara satu tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya sebentar tadi.
[Berbagai larang terbaru yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mungkin kerana ingin memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat yang tidak akan bertembung dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil kali ini. Namun, harus diingat bahawa BN hanya tidak menggunakan "logo" mereka dan bukan bermakna mereka itu tidak bertanding. Sudah pasti berbagai tektik dan teknik akan dilakukan bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat di DUN Penanti sebenarnya].
PUTRAJAYA [12.01 pm] - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menetapkan 30 Julai untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) mencabar, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet pada 1998 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kes itu pada mulanya ditetapkan untuk perbicaraan hari ini yang dijadual didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff. Seorang pegawai pendaftar Mahkamah Persekutuan berkata kes itu dijadual semula sehingga esok di hadapan panel tiga hakim itu tetapi peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar tidak lapang esok, dan mempunyai kes lain yang telah ditetapkan.[Nampaknya kes ini pasti akan mengegarkan lagi iklim politik negara. Apakah mahkamah akab berpihak kepada Anwar, atau masih dikongkong oleh pihak atasan. Malah, Mahathir juga dilihat adlaah proksi kepada Perdana Menteri, Najib Razak. Apakah Anwar akan dibayar "Ex-Gratia" seperti hakim-hakim yang dipecat dulu sekiranya beliau berjaya memenangi kes ini nanti. Apapun sama-sama kita nantikan perbicaraan sebenar kes itu, apakah Anwar berjaya atau akan dihalang oleh mereka].
Operasi JPN Kuantan Terjejas, Paip Utama Pecah
KUANTAN [11.58 am] - Operasi harian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini terjejas selepas saluran paip utama di tingkat satu bangunan Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) pecah, kira-kira jam 10 pagi tadi. Beberapa siling di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Bandar Indera Mahkota itu turut rosak dan air turut melimpah ke lantai tingkat satu dan aras bawah pejabat kerajaan yang berkenaan.
[Siasatan perlu dilakukan, apakah wujudnya penyelewengan dalam kes seperti ini. Sebelum ini ia berlaku di Dewan Rakyat dan beeberapa bangunan kerajaan yang lain. Justeru itu, Jabatan kerja Raya (JKR) diharap agar lebih telus dalam meneliti setiap projek yang diberikan kepada kontraktor bertanggungjawab. Amat memalukan bila kejadian seperti ini berlaku, bukan sahaja menyebabkan operasi tergendala malah ia juga menyusahkan rakyat untuk membuat urusan mereka di situ].
Penanti, SPR Kuatkuasa Larangan Kempen
BUTTERWORTH [11.57 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguatkuasakan larangan berkempen pada hari pengundian pada pilihan raya kecil DUN Penanti. Setiausahanya, Datuk Ngah Senik, berkata Penanti akan menjadi perintis kepada pelaksanaan Akta Kesalahan PilihanRaya 1954 Seksyen 26 (1). "Dengan pelaksanaan undang-undang ini, mana-mana individu yang berkempen pada hari pengundian termasuk memakai lenca atau topi lambang sesebuah parti akan dikenakan tindakan. "Mereka boleh ditahan oleh Polis dan dikenakan tindakan penjara satu tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya sebentar tadi.
[Berbagai larang terbaru yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mungkin kerana ingin memberi tekanan kepada Pakatan Rakyat yang tidak akan bertembung dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil kali ini. Namun, harus diingat bahawa BN hanya tidak menggunakan "logo" mereka dan bukan bermakna mereka itu tidak bertanding. Sudah pasti berbagai tektik dan teknik akan dilakukan bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat di DUN Penanti sebenarnya].






zaman la ni zaman saman menyaman ke erk... org politik ni teruk erk... sikit2 saman... sikit2 saman... tak ada keja nak buat dah ke...
BalasPadamsapa usik bontok aku,pasti aku saman
BalasPadamaku nak usik bontok Anonymous 4:13..
BalasPadamala kuchi kuchi.. hihihi
alamak,4.20...stulllllllllllll kunyittttttttttttt
BalasPadam4.20 geng al juburi@PR/PKR. lariikkkk!
BalasPadam