Dikala rakyat Malaysia tertumpu kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang ini, entah kenapa tiba-tiba kita juga dikejutkan dengan krisis yang juga berlaku di Trengganu. Inilah balasan sebenarnya, akibat keangkuhan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional menghina Pakatan Rakyat di Perak, kini terkena atas batang hidung sendiri. Tambah malang lagi krisis yang berlaku di Perak adalah akibat rampasan kuasa BN yang dilakukan melalui penipuan, penyelewengan, rasuah, ugutan dan sebagainya. Malah krisis yang berlaku itu juga adalah antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional, makanya sudah sewajarnya kemelut itu berterusan dan sukar untuk dipulihkan melainkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak sendiri. Namun, anehnya apa yang berlaku di Terengganu adalah sesama UMNO dan BN sendiri. Ia antara "Team Idris Jusoh Natang" dengan "Team Mat Said MB". Inilah yang menarik sebenarnya. Malah lebih parah lagi bila ada SMS ugutan bunuh dan sebagainya dihantar kepada beberapa orang ADUN BN oleh puak UMNO sendiri. Ini bermakna puak-puak UMNO ini memang "ganas" dan "sanggup membunuh" jika kemahuan mereka tidak dituruti. Apalah malangnya nasib Melayu UMNO jika ini caranya mereka berjuang. Sesama sendiri bertelagah hingga mencetuskan polimik yang sungguh mendebarkan juga di Terengganu. Team Idris Jusoh tidak boleh menerima boss mereka itu hanya manjadi MB sepenggal. Malah mereka tetap mahu mencabar keputusan Sultan Mizan yang melantik Mat Said sebagai Menteri Besar yang sah. Mungkin ini dilakukan kerana melihat Najib Razak yang dipercayai rapat dengan Idris kini menjadi Perdana Menteri menggantikan Pak Lah. Akhirnya berlaku boikot sidang DUN, malah timbul pula kumpulan tertentu tidak menyokong Mat Said malah mahu membuat undi tidak percaya di DUN. Lebih parah lagi, bila ada pemimpin UMNO negeri yang secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada Idris Jusoh untuk diangkat kembali menerajui negeri Terengganu dan bukannya Mat Said. Akhirnya timbul cerita, Mat Said berjumpa dengan pemimpin PAS untuk membentuk kerjasama dengan parti itu jika kemelut ini terus melanda. Malah timbul juga cerita Dewan Undangan Negeri Terengganu akan dibubarkan, jika Mat Said sudah tidak tahan lagi dengan kerenah "musuh dalam selimut" dan "gunting dalam lipatan" ini. Apapun sama-sama kita nantikan kes ini yang sebenarnya lebih parah lagi melibatkan kelambu UMNO sendiri.
[Oleh itu kepada puak-puak UMNO, janganlah mendabik dada sangat kononnya mereka kuat dan tidak berpecah belah. Malah lebih memalukan bila UMNO cuba menyambut perayaan ulangtahun ke-63 baru-baru ini. Walhal UMNO lama sudah diharamkan dan kini yang ada adalah UMNO baru yang wujud pada tahun 1998. UMNO baru yang mengamalkan fahaman Mahathirisme ini jelas sekali telah menyebabkan ia ditolak rakyat. Kini Mahathir pula dilihat telah mengusasai semula UMNO itu sendiri. Jika dilihat apa yang berlaku di Perak dengan di Terengganu, ternyata ia satu bala yang diturunkan buat UMNO kerana kezaliman merampas negeri Perak daripada tangan Pakatan Rakyat sebenarnya].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan