script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Virus Berbahaya Si Hishamuddin Satu Najib Satu "H1N1" Kini Semakin Merebak, Terbaru Ia Membabitkan Parti Komponen BN Sendiri PPP

Bagai sudah ditakdirkan, maka apa yang terjadi kepada Kerajaan Negeri Perak kini sudah berjangkit pula kepada parti komponen BN iaitu Parti Progresif Penduduk (PPP). Inilah dia akibatnya bila "kuman di seberang laut nampak, tapi gajah didepan mata tidak nampak". Mereka lupa bahawa "hidup ini umpama roda". Ada masa kita di atas dan ada masanya pula kita dibawah. Begitu juga dalam kemelut politik yang melanda sekarang ini. Jika di Perak, gara-gara kes "rampasan kuasa" BN terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat maka kini negeri itu tetap mempunyai dua orang Menteri Besar. Satunya dari UMNO dan BN iaitu Zambry Kadir dan satu lagi dari Pakatan Rakyat iaitu Nizar Jamaluddin. Biarpun kes ini seolah-olah telah diselesaikan di mahkamah, namun sebenarnya kemelut ini akan terus berpanjangan selagi kuasa tidak dikembalikan kepada rakyat sebenarnya. Biarpun Zambry "dimenangkan" oleh mahkamah dan Najib pula tidak mengakui bahawa keputusan hakim itu adalah akibat tekanan oleh pihak kerajaan, namun rakyat lebih mengetahui apa yang tersirat. Mereka tidak perlu berdolak-dalih lagi dalam hal ini, kerana rakyat sekarang bukan lagi seperti zaman dulu yang boleh diperbodoh-bodohkan sesuka hati mereka. Maka itulah ramai pihak yang melihat kemelut yang melanda Perak ini akan terus berpanjangan jika suara rakyat dinafikan.

Jika di Perak perbutan jawatan MB menjadi pertikaian hingga melahirkan dua orang Menteri Besar dan dua orang Speaker Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Kini virus H1N1 "Hishamuddin Satu, Najib Satu" menular pula ke dalam parti komponen BN itu. Semalam pemimpin PPP yang telah dipecat T.Murugiah dipilih sebulat suara sebagai Presiden PPP yang baru menggantikan M.Kayveas. Malah, Mesyuarat Agung Khas (EGM) itu pula diadakan ketika Kayveas berada di tempat lain. Malah Kayveas juga dipecat daripada partinya sendiri, sedangkan Murugiah telah dipecat sebelum itu. Ini bermakna Murugiah adalah Presiden PPP yang haram sebenarnya. Maka berlakulah dua presiden dalam parti komponen BN itu sekarang. Senario ini amatlah menarik untuk diperkatakan, tambahan pula ia melibatkan seorang menteri UMNO sendiri. Walhal sepatutnya EGM hanya boleh diadakan atas arahan presiden sahaja. Bukankah kemelut PPP ini akan menyebabkan parti komponen BN itu bakal mengalami pergolakan yang maha dasyat selepas ini sebenarnya. Apa yang berlaku kepada PPP ini juga bakal terjadi kepada UMNO sendiri. Ia melibatkan dua buah negeri yang masih kontroversi sekarang ini iaitu Perlis dan Terengganu. Dua negeri ini sebenarnya mempunyai dua MB sejak awal-awal lagi, satu lantikan oleh PM dan satu lagi oleh Sultan negeri masing-masing. Inilah yang menyebabkan pertembungan Shahidan-Isa Sabu dan Idris-Mat Said. Malah, pertembungan ini pula berlaku di dua negeri yang memenangkan BN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Jika kemelut ini terus berkekalan, maka akan berlakulah gelombang keruntuhan yang besar buat parti karat itu buat selama-lamanya.

[Apa yang berlaku kepada Parti Progresif Penduduk ini adalah satu kejadian yang amat melucukan sebenarnya. Inilah dia "Virus H1N1=1Malaysia" yang mahu diterapkan oleh dua sepupu Najib-Hishamuddin sebenarnya. Mereka mentertawakan Nizar dengan kemenangan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Zambry Kadir. Kini akhirnya, komponen mereka sendiri ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Tambah menarik lagi, Kayveas merupakan bekas wakil rakyat di negeri Perak sendiri sebenarnya. Inilah bukti yang bakal menjahanamkan Barisan Nasional pada masa akan datang. Kemelut juga melanda UMNO dan bakal merebak tidak lama lagi. Semoga rakyat dapat menilai apa yang berlaku ini adalah satu petanda kejatuhan BN dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi].

Share:

10 ulasan:

  1. VIRUS H1NI PUN DAH MENULAR KAT PAS HUSAM 1 NASARUUDIN 1,DUA2 NAK BERTANDING TIMBALAN PRESIDENT,APA AKAN JADI ,ULAMA CAMPUR ENDORGAN...SILA ULAS

    BalasPadam
  2. Ulas? ok pertandingan yang tak menjejaskan demokrasi untuk memilih yang terbaik itulah persaingan sihat apatah lagi kesanggupan 2 tokoh memikul tanggungjawab yang akan dipersoal di akhirat nanti, hah.. hah. habis kalau kalau mcm tu (takyah tanding2)jadi sultan jelah..takde sapa boleh masuk tanding?..apaalaa, ni nak citernya virus bangang sampai ke undang-undang dan demokrasi semua kasi jalan,boleh balah..asalkan sapa kuat dia menang,..agak-agak ko undang-undang tu kat mana pakai? kalau biasa tengok lion king ke, the barbarian ke itulah undang-undang yang dipakainya..dlm diri haiwan takde manusia tapi dlm manusia memang ada haiwan,..yang melebihkan nafsu..lu sendiri pikirlah..hebat aaa..PEMBELA BN, ko bela lah selagi ko suka..

    BalasPadam
  3. pembela ayam p.d.o yang acukan h1n1,hisammudin 1 najib 1 saya kata, ia juga menular ke pas ,husam 1 dan nasruddin 1,siapa mula dulu,nama ku pembela ,aku tetap membela bn ,tapi cara yang berhemah....berhemah

    BalasPadam
  4. Husam dan Sabu adalah golongan erdogan. Mereka berkawan baik dgn DSAI. Husam kata matlamat perjuangannya ialah untuk menjatuhkan parti lamanya UMNO. Usaha sdng giat dijalankan utk meng'erdogan'kan PAS. Tujuannya utk meliberalkan PAS spt terdapat dalm perjuangan DSAI. Ini adalah strategi dan agenda DSAI untuk mempengaruhi PAS supaya mengikut telunjuknya dan seterusnya menyokong agenda peribadi beliau utk menjadi PM. Manakala Ustaz Nasarudin adalah salah seorang tokoh PAS yg konservatif. Walaumacamanapun terdapat juga unsur liberalisma dlm pandangan dan orientasi beliau mengenai satu-satu isu. Beliau juga dilihat amat sederhana spt mana yg dituntut Islam. PAS seharusnya pertahankan ideologi asalnya dari diresapi unsur-unsur dan elemen erdogan yg nyata membahayakan. Ini kerana PAS akan diperkudakan oleh golongan erdogan yg dikepalai DSAI utk kepentingan peribadi semata-mata. Golongan erdogan ini jauh lebih bahaya dibandingkan dgn golongan konservatif yg lebih cenderung kpd menegakkan syiar islam melalui politik.

    BalasPadam
  5. weh korang ni... dah solat ka belum?

    BalasPadam
  6. ok. solat dulu..lps tu mintak sejahtera pada SEMUA UMAT ISLAM. Amin.

    BalasPadam
  7. HIDUP DAP. KITA MAHU SAMA HAK. BIAR MELAYU BERGADUH SENANG KITA AMBIL ALIH JADI PM. PM UNTUK KAMI

    BalasPadam
  8. PAS has existed since pre independence,a political party formidable n experienced enough not 2 be manipulated by individuals outside the party including DS Anwar

    Pembela BN n all other UMNO cybertroopers,i suggest u shut up n stop makin a fool of urselves

    BalasPadam
  9. WHO ARE U TO STOP ME FROM TALKING ,U TALK WHAT EVER U WANT TO SAY,I DONT BLOODY CARE..KEEP ON TALKING BN FOLKS.THIS FREE CUONTRY ,TAPI JAGA BAHASA DAN BERSOPAN

    BalasPadam
  10. pas will exting soon went endorgon comes into power,,power of the backside

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.