script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Kenyataan Rasuah Libatkan Wakil Rakyat UMNO Bahagian Paya Besar, Ustaz Yusof Embong Disiasat Polis Di IPD Kuantan Pagi Ini !!

KUANTAN [7.50 am] - Susulan laporan polis yang telah dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat Paya Besar berhubung dengan satu laporan akhbar dan blog ini tentang isu rasuah empat pemimpin UMNO bahagian Paya Besar, maka Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar Ustaz Yusuf Embong (foto), dipercayai telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan jam 10 pagi ini untuk disoal siasat. Menurut Ustaz Yusuf Embong beliau telah dihubungi oleh pegawai polis berpangkat Inspektor iaitu ASP Jodi untuk memberi kerjasama kepada pihak polis berhubung dengan laporan terbabit. Imej UMNO Bahagian Paya Besar tercemar bila empat orang pemimpin utama mereka yang terdiri daripada Manan Ismail (Ahli Parlimen), Zaili Besar (ADUN Panching), Suhaimi Jusoh (ADUN Lepar) dan Sohaimi Md Shah (ADUN Sg.Lembing) telah didapati bersalah oleh Lembaga Displin UMNO dalam penyiasat kes politik wang parti itu awal Mac lalu. Kesemua mereka adalah merupakan wakil rakyat dalam parlimen Paya Besar. Dalam kes itu ketiga-tiga ADUN terbabit diberi amaran manakala Manan Ismail telah digantung keahlian selama tiga tahun. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Yusof kepada media sebelum ini, beliau secara jelas mengatakan bahawa kesemua wakil rakyat terbabit terlibat dengan rasuah "politik wang" dalam pemilihan UMNO bahagian itu tahun lalu. Namun kesemua ADUN berkenaan menafikan mereka mengambil rasuah, sebaliknya hanya diberi amaran kerana kesalahan lain yang tiada kaitan dengan politik wang. Susulan daripada itu, ketiga-tiga mereka telah membuat laporan polis terhadap laporan berkenaan. Dalam laporan tersebut mereka mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat terbabit telah memalukan serta telah menjatuhkan maruah mereka.

[Biar apapun jawapan yang diberikan oleh kesemua wakil rakyat UMNO terbabit, kami sependapat dengan pemimpin Pakatan Rakyat bahawa memang terdapat gejala politik wang yang menular dalam UMNO Bahagian Paya Besar semasa pemilihan tahun lalu. Hasilnya, bekas ADUN Lepar iaitu Tajuddin Sulaiman (foto) telah berjaya mengalahkan Manan Ismail untuk perebutan jawatan sebagai Ketua Bahagian Paya Besar. Malah, Tajuddin juga secara lantang mencabar supaya Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob meletakkan jawatan kerana terlibat dengan gejala rasuah semasa pemilihan bahagian itu. Malah Tajuddin turut menegaskan Adnan bertanggungjawab kerana bersekongkol dengan kesemua wakil rakyat terbabit untuk memberi rasuah kepada perwakilan. Ini bermakna tuduhan rasuah dan politik wang terlebih dahulu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar sendiri, justeru itu kenapa pula kesemua wakil rakyat terbabit tidak membuat laporan polis terhadap Tajuddin. Tindakan membuat laporan polis kepada pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya satu bukti yang mereka kian terdesak sebenarnya. Jika mereka jujur dan ikhlas demi maruah serta harga diri, mereka juga harus membuat laporan polis terhadap Tajuddin yang lebih awal mengeluarkan kenyataan rasuah tersebut dan bukannya Ustaz Yusof Embong serta pemimpin lain].

Share:

15 ulasan:

  1. wei...

    ada surat best melankolik sini..

    bacalahhh


    http://emang-psychotickiller.blogspot.com/2009/05/surat-untuk-anwar.html

    BalasPadam
  2. Kerajaan PAS Kelantan yg telah menyalah gunakan kuasa tentang pemberian tanah seluas 440 hek tu apa hal? Politik wang dlm pemilihan jawatan pada muktamar akan datang, apa hal? Jgn nak pandang salah orang semata-semata. Diri sendiri kena lihat jugak. Disebalik berserban dan berjubah, yg kat dlm tu pun kena jaga jugak. Luar nampak suci dan mulia, tapi kat dalam bau hapak, tengik, masam yg sungguh meloyakan.

    BalasPadam
  3. repot polis larr..kalu ada kes brader..skadar tuduh jer buat apa..lain ler mcm MB Pahang dari UMNO tu..dah terbukti menipu kawasan balak dan kena saman RM63 juta.. pemimpin mana tu...hehehheheheh

    BalasPadam
  4. rasuah dlm pas..hanya rekaan dan khayalan puak2 umno jer..lain ler umno ..sampai 700 lebih laporan politik wang..giler ker apa...sebabnya mudah..pemimpin pas ditarbiah selalu..tetapi pemimpin umno..urat darah dalam darah daging dia.adalah rasuah..dang wang..hahhahahha... ada hati nak kata pemilihan pas rasuah..tgok kaki ler brader...

    BalasPadam
  5. Jika ada kes rasuah dlm PAS sila ke depan buat laporan polis, siasat dakwa dan jika terbukti bersalah penjara.Diminta pencacai yg mencacaikn kes rasuah dlm pas yg kononnya parah ini dakwa secepat mungkin...

    Darang daging mrk yg dibina dari hasil haram telah menyebabkan seluruh gaya hidup pertuturan tulisan mereka ke arah api neraka. Saya nk kamu org umno buat laporan polis cepat tangkap org pas yg kaki rasuah penjarakn segera jgn tulis merapu saja dlm ni.Polis dan mahkamah kamu blh arahkan kenapa tk buat...woiiii bangang bin rebah

    BalasPadam
  6. RASUAH,BETINA SEX,PEMBUNUH,KAKI FITNAH,AMBIL KOMISYEN,PENIPU BESAR BESAR,DIGELAR TUN,DATO SERI,PUAN SERI,DAN TAN SERI INI ANUGERAH BESAR NEGARA KEPDA BARUA2DAN PEGAWAI (KSU)KERAJAAN UMNO. RAKYAT PETANI KAIS PAGI MKN PAGI.KAIS PTG MKN PTG.TIAP TAHUN RAKYAT BYAR CUKAI.PEMIMPIN UMNO KERJA MEROMPAK DUIT RAKYAT

    BalasPadam
  7. Dalam Pas tak ramai yg beri rasuah..kerana jrang jarang berlaku maka terpekik terlolong lah puak2 UMNO mengata PAS..bagi mereka hanya pemimpin UMNO saja layak utk terima rasuah, itu perkara biasa..hehehe

    BalasPadam
  8. Masya Allah, bila terkena batang hidung sendiri bukan main melenting lagi. Marah, tak mengaku, malah orang lain juga disalahkannya. YAB Tuan Guru sendiri telah mengaku tentang kewujudan gejala rasuah dlam partinya. Yg pelik kenapa UMNO/BN jugak dituduh mereka-reka cerita mengenai masaalah dalaman parti mereka. Tuhan yg maha berkuasa lagi mengetahui, diciptaNya manusia spt berok-berok kat atas tu. Berok-berok sombong dan angkuh kat atas tu selalu mendabik dada dlm kandangnya sambil bermegah-megah dan menjerit disana sini dengan berkata bahawa akulah yg paling mulia, akulah yg paling maksum disisi Tuhan. Orang lain khasnya orang UMNO ialah orang kafir laknat! begitulah kata-kata berok maksum diatas tu...

    BalasPadam
  9. Saya ajak tuan makan di sebuah kedai makan. Selesai makan, saya bayar harga semua makanan tersebut.

    Persoalan: Adakah saya rasuah??

    BalasPadam
  10. Jika untuk mencapai maksud kepentingan terpilih dlm sesuatu hal ata pemilihan maka..itu di namakan RASUAH juga..bukan dari segi wang ringgit shj,ada paham...pk pk kan lahhh..

    BalasPadam
  11. siapa yang mejerrit dan lapor tetang ada rasuah dalam pas,kan orang pas sendiri,apa kena mengena dengan umno..aku sungguh tak faham,kerja jahat..dan fitnah ni

    BalasPadam
  12. Nak tuduh seseorang itu rasuah atau tidak, mesti ada bukti dan dakwa mereka di mahkamah, bukan menuduh di dalam laman blog saja.......nak lepas tangan aje........

    BalasPadam
  13. Tahniahlah kerana mengaku: "UMNO KAFIR LAKNAT" saya fikirkan kamu tidak sedar,dah sedar tu eloklah mengucap jgn terusan murtad.

    Pembetulan kepada mamat umno kita, berok tidak tinggal dlm kandang ya.Berok tinggal atas pokok tanpa kandang.Hanya kambing lembu dan ((pig))tinggal dlm kandang. Berok terpekik terlolong kerana gembira bkn kerana ia sakit.

    Kami org org pas tidak pernah nk terpekik melolong.Jika kami terkena musibah kami reda kami solat hajat kami moon petunjuk dari ALLAH. Yang melolong skrg ni ialah puak puak kamu yg rasa peluang keemasan ini nk laungkn pada dunia ada rasuah dlm pas, perkara pelikkn nampak warak tp rasuah, jika ia timbul dlm umno dah perkara biasa asam garam dah rasuah. jd tk perlu melolonglah.kadang aku rasa kamu ni cam badut rimba melolong bila melihat ada rasuah dlm pas.

    Dan lg mamat umno suka saya kabarkn disini marilah kita sama2 buat baik tinggal kerja2 jahat itu saja, insyallah kita akan selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  14. aduh indah nya bahasa orang pas masih tak faham, yang buka rahsia rasuah dalam pas adalah orang pas sendiri, kalau tidak kami tak tahu,tapi ALLAH ada berfirman jangan sebunyi apa yang buruk didalam dada akan ku dedahkan,,dah pun didedahkan,kunfayakun

    BalasPadam
  15. Anon 9:18 tak paham bahasa. Yg dimaksudkan disitu hanya orang pas yg mulia, suci lagi maksum disisi tuhan. Orang lain khasnya orang UMNO ialah orang kafir laknat.......sambungan ayat bader!!

    Faham tapi buat tak faham. Lepas tu diputar belitkan pulak..Memang sahihlah dia orang ni otak be..k spt apa yg dikatakan oleh anon May 20 3:52 tu..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.