script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Info Terkini dari Pelbagai Sumber Media

Mahkamah Isytihar Zambry MB Perak Yang Sah

PUTRAJAYA [4.00 pm] - Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengumumkan Datuk Dr Zambry Abd Kadir (foto) sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Panel tiga hakim itu yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam sebulat suara menerima rayuan Zambry. Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah kononnya hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN. Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah jawatan tersebut dirampas darinya, awal Februari lalu. Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak. Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar. Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut. Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang memihak kepada Zambry. Dalam pada itu, Peguam Datuk Sri Nizar Jamaluddin, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

[Tahniah diucapkan kepada Zambry Kadir atas kemenangan yang cukup meragukan dan mengecewakan sebahagian besar rakyat Perak dan Malaysia amnya. Ramai pihak yang sudah menjangkan keputusan ini pabila hakim mengambil masa sehari untuk membuat keputusan tersebut. Segalanya boleh berlaku antara mereka dan kerajaan sebenarnya. Tambahan pula jika ditakdir Nizar menang, sudah pasti ia akan menjejaskan kreadibiliti dan maruah PM Najib Rzak dan Sultan Perak sendiri. Maka itu, usahlah ditangisi apa yang terjadi ini. Anggaplah ia sebagai cabaran besar untuk kita melakukan perubahan dalam pilihanraya umum akan datang. Buat Nizar, teruskan memberi perkhidmatan kepada rakyat kerana anda masih lagi dianggap Menteri Besar yang sah].

Tarikh Pilihanraya Akan Ditentukan Khamis

PUTRAJAYA [2.00 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai, Kelantan, yang kosong berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, pagi tadi. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (foto) ketika dihubungi berkata mesyuarat akan diadakan pada hari berkenaan sekiranya surat pemakluman mengenai kekosongan dihantar pada Isnin. "Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihanraya kecil DUN Manik Urai itu," katanya.

[Apakah UMNO dan Barisan Nasional berani meletakkan calonnya pada kali ini?. Bukankah Kelantan adalah kubu kuat PAS, maka semua pilihanraya kecil dan umum di Kelantan harus diboikot oleh mereka sebenarnya. Sesungguhnya apa yang dilihat pada hari ini bagai satu rahmat untuk kita menyaksikan sokongan rakyat kepada parti yang dipilih. Apakah UMNO masih relevan lagi untuk rakyat di Malaysia].


ADUN Manik Urai Kelantan Meninggal Dunia

KOTA BAHRU [10.47 am] - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, Ismail Yaacob (foto), meninggal dunia pada kira-kira jam 5.55 pagi ini tadi. Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ketika dihubungi hari ini. Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu. Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986. Kecuali pada 2004, Allahyarham juga sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut bawah Parlimen Kuala Krai yang diwakili Bendahari PAS Pusat iaitu Dr Hatta Ramli. Pada pilihanraya umum lalu Ismail Yaacob (PAS) menang ke atas Mohamed Zulkifli Omar (BN) dengan majoriti sebanyak 1,352 undi. Ismail Yaccob telah mendapat 5,746 undi manakala calon BN itu hanya berjaya mendapat 4,394 undi sahaja.

[Alfatihah, sekalung takziah diucapkan buat seluruh anggota keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya. Apa yang menarik disini, apakah Najib akan mengumumkan perkara yang sama seperti di Penanti, iaitu BN tidak akan meletakkan calonnya kerana perletakan jawatan ADUN PKR, Fairus Khairuddin tidak mengikut perlembagaan. Apakah mereka berani untuk bertanding pula di Manek Urai kali ini. Sudah suratan takdir Najib, dalam keadaan takut-takut untuk berhadapan dengan suara rakyat dan dalam masa yang sama juga satu demi satu pilihanraya kecil berlaku di Malaysia. Apakah ini bermakna, takdir membuktikan bahawa mereka tidak dapat lari daripada kenyataan].
Share:

6 ulasan:

  1. Takziah pada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

    BalasPadam
  2. al=fatihah,agar ALLAH mencucuri rahmatnya dan menempat allahyarham bersama orang yang soleh

    BalasPadam
  3. Takziah pada keluarga Allahyarham. Semuga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yg soleh. Amin.

    BalasPadam
  4. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.

    Alfatihah buat arwah..

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah tempatkn bersama para solihin juga ambia'

    Alfatihah

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah buat si mati dan takziah buat keluarga arwah.

    Kepada DS Dr Zambry b Abd Kadir, MB Perak, saya ucapkan tahniah.

    BalasPadam
  6. tahniaH DS DR ZAMRY... buat nizar terimalah qada dan qadar dariNYA... amin

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.