KUALA LUMPUR [11.35 pm] - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memperbaharui gesaannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihanraya diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak. "Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman (foto). Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, tambah beliau yang juga bekas Peguam Negara. "Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,"Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak, " katanya.[Nampaknya Suhakam juga telah mula menunjukkan keprihatinan dalam hal ini. Bukan sahaja rakyat biasa yang nampak kemelut ini sengaja direka cipta oleh UMNO dan Barisan Nasional. Malah ia juga melibatkan badan-badan profesional yang lain. Justeru, apakah alasan lagi yang mahu dibuat oleh Najib untuk menggagalkan usaha pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Najib dalam satu kenyataan mengatakan bahawa urusan Bubar DUN tertakluk kepada Sultan Perak. Masalahnya, kenapakan Sultan Perak iaitu orang yang mahir tentang undang-undang masih tidak mahu berpihak kepada rakyat dan sanggup melihat negeri sendiri berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir. Kenapakah ini berlaku kepada Sultan Perak? Bukankah tiada jalan penyelesaian jika kes "mengarut" ini dibawa ke mahkamah. Justeru itu berilah keadilan kepada rakyat].






Jika kita amati dengan teliti, pasti kita dapat jawapannya...
BalasPadamdari satu sudut,rampasan kuasa perak merupakan pelengkap kepada kejatuhan kerajaan BN.
memandangkan BN sudah melakukan segala bentuk kezaliman terhadap rakyat,diri mereka,melanggari perintah Allah dan sebagainya..
kali ini saya perhatikan,ada kemungkinan selepas rayuan zambry mahkamah akan memihak kepada BN. andai PR membantah pasti isu PR tak hormat keputusan mahkamah disebabkan keputusan memihak kepada lawan.. jadi sama2 kita tunggu dan lihat...
Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?
BalasPadamSebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-
a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :
(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;
(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan
(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.
b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.
d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.
Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.
Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.
Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.
Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.
Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.
Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).
Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.
Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.
Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.
Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.
Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.
Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.
Beriman lah sikit bro, takan tak percaya kepada qada dan qadar Allah kan, kita ni merancang, ujung2 Allah juga yang menentukan, dah tertulis semua tu, apa cara sekalipun mesti dengan ketentuan Allah SWT, kenpa tidak kita menerima kemelut yang berlaku di perak sebagai hikmah dari Allah SWT, kepada bukan sahaja kepimpinan PR, malah kepada ppenyokong kuat lah kan, kena lah muhasabah diri, orang baru nak bertatih, jatuh bangun tu normal lah, kesilapan ni akan mematangkan kita.....bukan membanggangkan kita
BalasPadamtak silap aku UNDI tidak percaya mcm mana lah nak buat kat DEWAN..siang2 depa dah dinasihatkan Oleh SULTAN meletakkan jawatan...jd tu kira majoriti dah tak da lah..lagi pun dalam Dewan kan 28PR 28BN 3Bebas(sokong BN)..jd majoritinya BN la 31,,kalau usul Undi tak percaya pun dah tentu Mad Nizar dah hilang kepercayaan..Dorang (PR) yg tak paham2..hehehehe..skang tak beranai nak buat pulak USUL Tergempar dalam Dewan..BN ada kuasa tapi dorng tak terburu2 nak buat Persidangan Tergempar..bukan mcm PR alih2 je masuk SUK pecat penjawat awam..apa ke hal nye YOP..
BalasPadamHujah peguam pas panjang lebar sngt. Kan lebih baik argue semua fakta tu dlam mahkamah nanti. berhujah kat sini buat apa, sbb sesetengah blogger kat sini bukannya reti. mereka hanya tahu makin hamun sumpah seranah je..buang masa je. nak pulak mereka yg dari PKR, hampeh cacat otak, cacat mata, cacat mulut, cacat hati. mereka ni lansung tak tahu menilai apa2 selain dpd berdemo..
BalasPadamHELLO PEGUAM PAS BULIH LINKOP PAS KALAU HANG JADI PEGUAM
BalasPadamHallo hakim rayuan tambi rendek. amma walakkem.Mai ikut aku minum teh tarik onnek warong blkg, aku ada cerit mau kongsi kamu.pssttttt
BalasPadamAku wasa nk sepak terajanglah punggum bucuk kamu itu wahai hakim rayuan puringgek
BalasPadamJom Hakim Rayuan aku nak menggosok punggum kamu yg montel itu. Bolehlah ok sekali jer
BalasPadamammak bole. tapi teh tarik punya dalam racun jangan tarok,tapi ana punya punggun not for sale,,jangan marak...belankang punya cerita saya tarak suka...tapi kalau ada olang hantam saya punya belakang..mesti saya cari sama PEGUAM PAS court masok.TAPI KALAU MAU BELANJA MINUM KOPI,CINA DAP PUNYA KEDAI KITA MINUM WAUKAY...AMMMMAKKKK
BalasPadam