script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, Sivakumar Bakal Memutuskan Tiga Hingga Empat Perkara Penting Untuk Dilaksanakan Oleh Beliau

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berhadapan dengan kemungkinan hilang jawatannya pagi ini telah memutuskan tindakan berhubung tiga hingga empat perkara penting untuk dilaksanakan apabila sidang DUN bermula. "Saya sudah buat keputusan berkaitan banyak perkata, tiga hingga empat perkara. "Ada beberapa lagi belum saya putuskan," kata beliau. Bagaimanapun beliau enggan menyatakan butiran tentang keputusan yang telah pun ditentukan tindakannya. Ketika ditanya sama ada akan menolak dua usul yang dikemukakan oleh BN, V.Sivakumar (foto) yang merupakan ADUN Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil meminta menunggu hingga pagi ini. BN mengemukakan usul agar Sivakumar digantikan oleh wakilnya dari MIC sebagai Speaker yang baru. Bagaimanapun Sivakumar menekankan bahawa beliau sebagai Speaker mempunyai hak untuk menerima ataupun menolak mana-mana usul. "Itu adalah kuasa Speaker," katanya yang turut enggan mengulas sama ada akan membenarkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang lain masuk ke Dewan pagi ini. "Itu soalan serius. Saya tahu mahu menjawab," katanya. Semalam bekas Exco Kanan semasa kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat berkata, Zambry dan enam Exco yang lain masih tidak layak untuk mengambil bahagian dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak penggal baru pagi ini.

[Nampaknya kemelut yang melanda Perak kini sudah tiba ke kemuncaknya bila mana ura-ura pembubaran DUN terpaksa juga dilakukan setelah mendapat desakan daripada pelbagai pihak. Anehnya, MB UMNO Perak Dr.Zambry tanpa segan silu mengatakan beliau adalah Menteri Besar yang sah, walhal kes perbicaraan berhubung status beliau itu masih berlangsung di Mahkamah Tinggi sekarang ini. Maka itu, rakyat Perak perlu diberikan hak semula untuk menentukan kerajaan pilihan mereka].

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

2 ulasan:

  1. Tuan Speaker ni pun dah macam de facto al juburi; nak umum sesuatu yg surprise, mengemparkan..Satu idea satu selera..kah, kah, kah....

    BalasPadam
  2. kesian kau sivakumar bertingkat-tingkat musibah ko..mungkin disebabkan ko xbersalaman dgn aku sewaktu mengundi di bkt gantang itu hari..samaada ko sengaja atau tidak itu xdapat dikenal pasti..mungkin ini lah akibat menafikan kewujudan aku..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.