IPOH [7.00 pm] - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur, pada jam 3.15 petang hari ini selepas didapati cuba menghasut penyokongnya mengadakan perhimpunan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini. Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pemimpin kanan parti politik itu ditahan sepasukan polis selepas menerima maklumat pemimpin itu cuba memberi dorongan kepada pengikutnya bagi mengadakan perhimpunan haram di Bangunan Perak Ridzuan."Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu dan jika ada keperluan kita akan mengenakan tahanan reman bagi membantu siasatan," katanya. Dalam pada itu beliau berkata, polis telah memperoleh perintah mahkamah melarang parti-parti politik dan orang ramai daripada berhimpun di kawasan 500 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzwan, tempat terletaknya Dewan Undangan Negeri.[Nampaknya, polis benar-benar digunakan untuk berkerjasama dengan UMNO dan BN bagi menakut-nakutkan rakyat serta semua pihak yang cuba untuk mempertahankan undang-undang dan perlembagaan. Seperti yang telah dijangka, memang "operasi lalang" akan digerakkan selepas ini bagi menghalang pemimpin pembangkang untuk bersuara atau menyatakan pendirian mereka kepada seluruh rakyat jelata].
Polis Larang Berhimpun Dan Pakai Baju Hitam
KUALA LUMPUR [6.45 pm] - Penyokong parti politik diingatkan supaya tidak menimbulkan suasana tegang dengan berkumpul beramai-ramai serta memakai baju hitam ketika berlangsungnya persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, esok. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (foto), menasihatkan mereka supaya tidak melayan saranan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya memakai baju hitam dan berhimpun sebagai tanda membantah persidangan itu yang dianggap oleh NGO itu sebagai tidak mengikut perlembagaan. "Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan termasuk menahan mereka yang berhimpun atau menghalang ahli dewan bagi menggagalkan persidangan tersebut. "Kami akan memastikan tiada sesiapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang sudah diluluskan undang-undang," katanya selepas pelancaran Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan di sini, hari ini.[Kenyataan Musa Hassan, kononnya ingin memastikan tiada siapa pun boleh membuat kacau dengan menggagalkan sesuatu yang sudah diluluskan undang-undang, jelas sekali menggambarkan betapa beliau tidak mengikuti perkembangan. Beliau harus tahu bahawa undang-undang belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah, dan kes itu telah dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan. Ini bermakna, Zambry tidak wajar mengadakan sidang DUN disaat status dirinya masih dipertikaikan. Apakah Musa Hassan sedar akan perkara ini?. Maka itu wajarlah rakyat menghalang perjalananan sidang DUN tersebut demi mempertahankan undang-undang dan perlembagaan].
Tun Mahathir Akui BN Gopoh Rampas Perak
PUTRAJAYA [6.30 pm] - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) berkata, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa seorang Raja tidak mempunyai hak untuk memecat seorang ketua kerajaan. Jelas beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Perdana Menteri tetapi tidak mempunyai hak untuk memecat Perdana Menteri tersebut sehinggalah adanya undi tidak percaya terhadapnya. Ditanya sama ada undang-undang tersebut terpakai di negeri Perak, beliau berkata: "Saya fikir ia sama kepada setiap negeri tapi jika Perak mempunyai perlembagana yang berbeza, saya sedia untuk diperbetulkan". Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai soalan sama ada pelantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bertentangan dengan undang-undang atau sebaliknya. Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, beliau tidak pasti mengenai perlembagaan yang diguna pakai di negeri Perak dan menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya. "Isu ini dah dibawa ke mahkamah, jadi biarlah mahkamah buat membuat keputusan mengenainya," katanya. Mengulas lanjut mengenai krisis perlembagaan yang berlaku di Perak, Dr Mahathir berkata, Barisan Nasional (BN) mungkin terlalu gopoh bertindak untuk mengambil alih kembali pentadbiran di Perak. "Kita tak patut terlalu gopoh...semuanya perlu dilakukan dengan baik dan lancar. Jika terlalu gopoh, kita akan buat kesilapan. "Dalam apa jua situasi pun, kita perlu mempunyai masa untuk berfikir, mungkin apa yang mereka (BN) lakukan adalah betul tapi masih kelihatan mereka gopoh," katanya.
[Ternyata kini, walau pun popular dengan ungkapan keramat "Melayu Mudah Lupa", namun Mahathir dilihat lebihh profesional dan berani mengeluarkan kenyataan sebenarnya. Ini membuktikan beliau sememangnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu rampasan kuasa di Perak. Kenyataannya adalah sealiran dengan apa yang dipertahankan oleh MB Ir.Nizar bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memecat beliau. Hanta tiga cara yang boleh menyebabkan beliau dipecat iaitu undi tidak percaya di DUN, beliau meletak jawatan atau DUN dibubarkan. Namun semua itu tidak berlaku, dan Zambry tidak wajar bersenang-lenang di kerusi empuk Menter Besar itu sebenarnya. Ini kerana, jika Mahkamah Tinggi menyebelahi Nizar, maka beliau pula perlu keluar dari pejabat MB Perak. Terakadang kita merasa malu melihat adengan manusia yang tidak mahu berpegang kepada keluhuran undang-undang dan perlembagaan yang mereka sendiri cipta itu].






apa dah nak jadi kat malaysia pun dah tak, ini gara2 takut dengan bayang2 sendiri, dah tentu arahan mamak pedukang,tak guna betui......
BalasPadamMemang patut kena tangkap. Nanti Mat Sabu Erdogan de facto Al Juburi akan menyusahkan orang je. Nak pergi kerja cari rezeki pun susah dibuatnya. Demo sana demo sini, sembayang sana sembahyang sini, apa benda semua ni. Nak tunjuk hero, nak jadi pahlawan Mat Sabu konon. Semua ni tak perlu. Kami dah cukup susah di Perak ni. Orang luar jangan menyibuk kat Ipoh, kami mahukan keamanan..
BalasPadamtakut bayang2 apalak, kau tengoklah sejak kau org buat demo ada tak orang lain suka dan senang , menyusahkan lagi adalah, mentaliti korang memang mcm tu apa yang korang buat semua betul orang lain semua salah belaka, kalau nak tunjuk hero gilah perang kat palestin tu, kalau asyik melalak kat tpt ceramah jer buat per?
BalasPadamtakut bayang2 apalak, kau tengoklah sejak kau org buat demo ada tak orang lain suka dan senang , menyusahkan lagi adalah, mentaliti korang memang mcm tu apa yang korang buat semua betul orang lain semua salah belaka, kalau nak tunjuk hero gilah perang kat palestin tu, kalau asyik melalak kat tpt ceramah jer buat per?
BalasPadamPerlembagaan Perak dah di Ubah oleh Lembaga-Lembaga EHHMMNOOO yang diketuai oleh Pendekar PORK JIB AL-TUYA
BalasPadamPerlembegaan Negeri Perak Hakim Kambing Hitam Yang Punya.
BalasPadamPakai Baju Hitam Pun Tak Boleh Ke, Ini Negara Apa? Negara Hakim dan Polis Ke? Lebih Baik Tak Perlu Pilihanraya, Convert Je Jadi Negera Diktator!!! Pok Jib Jadi PM Kini dan Selamanya!!!
BalasPadamumno penakut..umno penakut ..hahaha
BalasPadamapalah punya bangang,pakai baju hitampun tak dibenarkan.Ingat budak2 ke pirah.........
BalasPadamLebih baik KPN tak payah cakaplah,geli aku dengo.Tak masuk akal langsung..
BalasPadamhidup dap kita mahu hak sama rata. malaysian malaysia,
BalasPadamMalaysia negara Demokrasi. Demokrasi ke? Rakyat Malaysia bebas bersuara. Bebas ke? cakap sikit kena tangkap. Pakai baju warna hitam, kena tangkap. Batul tak? betul tak? Siapa sokong, angkat tangan..
BalasPadamKenapa tak guna otak. Berkumpul kat situ buat ape, buang mase je. Lebih baik gi cari rezeki, tambah pendapatan utk sara keluarga. Keluarga diutamakan, keluarga bahagia, masyarakat bahagia, negeri dan negara pun bahagia..Yg ramai-ramai kat situ kebanyakkannya orang melayu. Gunakan otak dan kira berapa banyakkah pembaziran dari segi masa dan wang ringgit. Yg kaya nanti tu puak2 DAP/MCA/Gerakan. Yg menang sorak pun mereka juga. Yg tergadai maruah dan harga diri dan papa kedana orang melayu jugak..Buat kerjalah, kayakan diri dgn pendapatan, dgn ilmu pengetahuan, dgn harga diri dan maruah bangsa dan agama..Pakai otak sikitlah wahai sedaraku UMNO/PAS/PKR.
BalasPadamHAAA inilah yg dinamakan undang2 negara malaysia negara demokrasi negara tulin.Polis tk kasi kita pakai baju hitam kita pakai baju putih.apa ke jadah kita nk ikut arahan polis sampai pakai baju cma baby hahahah.
BalasPadamjadah jadah jadah gilo babi doh natang ni semua
Buat kerjalah, kayakan diri dgn pendapatan, dgn ilmu pengetahuan, dgn harga diri dan maruah bangsa dan agama..Pakai otak sikitlah wahai sedaraku UMNO/PAS/PKR.
BalasPadamUntuk pengetahuan sedara ini. Nk kaya kena sokong umno dpt projek kerajaan mudah cepat pantas. Jln pintas menuju jutawan terletak pd UMNO bkn PAS/PKR.
Kami semua bekerja juga sama mcm sedara.tp kami cari makan mcm biasa tk reti nk dpt projek mcm sedara kita dpt dari umno.Kalau blh nk juga merasa projek besar cam sedara umno dpt.Pasti senang lenang anak cucu kami dpt satu projek blh hidup tiga keturunan
Skrg ni kami hanya dpt projek kecilan saja sebab tu kami byk masa berhimpun di perak skrg utk menyaksikan detik sejarah baru terhidang.tkpelah kena tangkap kat polisi pun.
Itulah cerita nk dikongsi bersama sedara kita yg kuat bekerja tu...nk bg mkn anak bini.
itula saudara kat atas ni tak reti...rezeki tu dari Allah...walaupun kita berusaha dari kecil dapt juga rezeki... kalau Allah tak bagi rezeki walapun umno tolong pun tak ada juga.. jgn dok salahkan umno.. kita yg kena rajin utk cari sendiri... naper selama ni penyokong pr semua semeskin erk.... apa taknya erk...asyik dok berdemo aje mana nak masuk rezeki... org suruh pi kerja tuang kerja... ha tu duit haram nak masuk tu...
BalasPadamaku tengok muka mat sapu pun nak muntah buruk rupa buruk perangai patut ditahan .buh satu bilek dengan si bon tutuUUUUUUUUUUUUUU
BalasPadamHARAM TETAP HARAM!!!!
BalasPadamHARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!
HARAM TETAP HARAM!!!!