script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Info Terkini Dari Pelbagai Sumber Media

Raja Petra Dedah Identiti Sumber Maklumat

KUALA LUMPUR [9.57 am] - Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin (foto) dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh. Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia. Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu. Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut. Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.

[Anehnya ada pihak yang mempertikaikan kenyataan Raja Petra ini dan mengatakan beliau berbohong serta membuat fitnah. Masalahnya, jika selama ini beliau berbohong kenapa orang-orang seperti Najib dan Rosmah tidak menfailkan saman terhadap Raja Petra. Apa sebabnya yang membuatkan mereka tidak melakukan tindakan saman dan biar mahkamah yang memutuskannya. Jawapannya cukup mudah, jika disaman maka kes akan dibicarakan di mahkamah. Saksi akan dipanggil, akhirnya kes akan terdedah satu persatu. Inilah yang amat ditakutkan oleh mereka].

Penyelaras Bersih Ditahan Bawah Akta Hasutan

IPOH [8.00 am] - Salah seorang penyelaras Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat (foto), yang dipercayai terlibat dalam gerakan baju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri Perak Khamis ini, ditahan di bawah Akta Hasutan malam tadi. Peguamnya, Edmund Bon ketika dihubungi mengesahkan anak guamannya ditahan kira-kira pukul 7.45 malam tadi di rumahnya di Kuala Lumpur. "Saya dimaklumkan dia ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan tetapi jenis kesalahan tidak diketahui. Wong telah dibawa ke Bukit Aman (untuk siasatan) dan sehingga sekarang (9.30 malam), saya belum dapat menemuinya," kata beliau. Difahamkan polis bertindak atas aduan yang dibuat terhadap Wong. Polis juga telah merampas komputer milik Wong yang juga penulis bebas dan ahli akademik pusat pengajian tinggi swasta. Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman (JSJK), Datuk Koh Hong Sun mengesahkan Wong ditahan.

[Nampaknya kerajaan semakin takut dengan suara rakyat dan terus menggunakan berbagai akta untuk menakut-nakutkan mereka. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka yang telah menghina serta merosakkan amalan demokrasi berpelembagaan di negara ini. Apakah rakyat harus terus tunduk dengan permainan politik kotor seperti ini?. Atau mungkin juga rakyat perlu bangkit untuk lakukan perubahan].

Perlantikan Zambry Tidak Ikut Perlembagaan

KUALA LUMPUR [7.30 am] - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb lepas, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan. Peguam Sulaiman Abdullah, untuk Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan. "Pelantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar mungkin hanya sah jika pejabat itu dikosongkan."Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada pelantikan yang sah dalam undangundang untuk menduduki pejabat itu, kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar," kata Sulaiman dalam hujah dua jamnya. Pada 13 Februari, Mohammad Nizar, 52, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak yang sah.

[Kemelut yang melanda politik Perak nampaknya terus dibuai ombak dan badai. Ia akan bertambah parah sekiranya "payung negeri" masih lagi gagal membuat keputusan yang memihak kepada hamba rakyat. Justeru itu PDO amatlah berharap agar Tuanku Sultan Perak dapat menerima syor penangguhan sidang DUN esok demi masa depan rakyat Perak secara keseluruhannya. Apalah guna tergesa-gesa mengadakan sidang DUN jika status ketua negeri itu sendiri masih belum diputuskan oleh mahkamah].
Share:

7 ulasan:

  1. Salam....Polis Di Raja Malaysia telah menjalankan kewajipan mereka dengan baik dan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan saya amat menyokong penuh dengan tindakan PDRM. Banyak cara yang lebih berhemah selain kita menghasut unutk mencetuskan keadaan huru hara kan kangkawan PKR

    BalasPadam
  2. TANGKAP HUMBAN MASUK PENJARA DAN SEBAT BAGI ORANG YANG TAK MENGENANG BUDI NI. MANSUHKAN KERAKYATAN. DEMA NAK BAGI JADI 13 MEI PULA KOT. DOLAH NAIK NYOOK

    BalasPadam
  3. Cerita banyak tara guna.. Bubar dun perak. Buat pilihan raya lagi sekali.. Ada Berani?

    BalasPadam
  4. MBH, KALAU HARAM TETAP HARAM, BABI TAKKAN JADI HALAL, WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN, KECUALI DARURAT TAPI INI BUKAN KES DARURAT INI KES ROMPAKAN DI SIANG HARI. OTAK SIMPAN KAT MANA, KAT LUTUT KE KAT KEPALA. SENDIRI MAU INGATLAH!!!

    BalasPadam
  5. rileklah bro....wa tetap sokong pkr....supe wa nak gune kete baru...kete lame dah tak leh gune...banyak gune wang mau modified sana sini....letih bro...kite beli kete baru jer....HIBRID PKR...HEHEHEHEHEHEH

    BalasPadam
  6. tak habis2 ngan gila kuasa... dah tak kuasa pun nak guna juga keta tu..tak malu sungguh si nizar ni.. dah sultan tak mau kau jadi mb sudahla... malu la sikit kat diri sendiri...

    BalasPadam
  7. aku seronok jadi boneka kafir harbi; tu la aku nak jadi mb juga2

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.