script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Gara-Gara Gagal Di Bebaskan Dari ISA, ADUN Kota Alam Shah M.Manoharan Akan Pertimbang Letak Jawatan Lepas Jumpa Karpal

PETALING JAYA [8,45 am] - Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah dari DAP, M. Manoharan (foto) disahkan isterinya bahawa beliau sedang mempertimbangkan dengan serius untuk melepaskan kerusi tersebut atas alasan tidak berupaya memberi khidmat dengan berkesan kepada pengundinya sejak Mac 2008. Bagaimanapun Manoharan, yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan mengumumkan keputusan muktamad selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh 19 Mei ini. Isteri Manoharan, S. Pushpaneela berkata, suaminya memikirkan kemungkinan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu kerana merasakan adalah tidak adil selepas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa di bahagian itu yang dimenanginya 8 Mac 2008. Tengah hari semalam Pushpaneela menemui Manoharan di Pusat Perlindungan Tahanan di Kamunting. "Beliau (Manoharan) ada berkata sedang memikirkan dengan serius untuk melepaskan kedudukan kerusi DUN (Kota Alam Shah) dan biar diadakan pilihan raya kecil bagi pengundi di kawasan Kota Alam Shah memilih wakil rakyat baru. "Suami saya merasakan serba salah kerana tidak dapat bersama mereka (pengundi) untuk membantu dan menyelesaikan masalah mereka secara peribadi," kata beliau lagi. Katanya, Manoharan lebih sedih kerana tidak dapat memberikan khidmat dengan baik kepada mereka yang telah mengundi beliau walaupun tidak melihat wajahnya dalam pilihan raya umum ke-12.

[Jika ini berlaku, apakah pemimpin UMNO dan BN akan mengatakan ini satu lagi taktik pembangkang dalam membuat provokasi untuk melihat suara rakyat?. Walhal tindakan yang dilakukan oleh Manoharan ini adalah berasaskan kepada tanggungjawab dan prinsip yang jelas bahawa beliau memikirkan peranannya yang agak terbatas bila masih ditahan ISA biarpun ada dikalangan rakan-rakan yang dibebaskan tatkala Najib bergelar PM dulu. PDO juga hairan, sepatutnya Manoharan boleh dipertimbangkan untuk menjadi orang ke-14 dibebaskan oleh Najib dulu, tambahan pula beliau bergelar wakil rakyat. Namun, ini tidak berlaku kerana kita tahu bahawa niat pembebasan tahanan itu dilakukan bukan atas keikhlasan sebenarnya. Kiranya berlaku pilihanraya kecil di DUN Kota Shah Alam, apakah BN akan "pening" lagi untuk meletakkan calon atau tidak? Tambahan pula majoriti yang dimenangi oleh beliau itu agak besar dan sukar untuk digugat sebenarnya. Sama-sama kita nantikan semua ini].

[Sokong Blog Ini, Sila Sign Buku Pelawat Kami]

[Ada Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini]

Share:

2 ulasan:

  1. wakil rakyat PR jer yg berani letak jawatan .. cuba tanye wakil rakyat umno/bn yg ada bermcm2 skandal .. ada berani kaa.. pooodaaahhh

    BalasPadam
  2. memang poooodah betul lah kan org umno/bn ni, tak bermoral langsung, tepuk tangan lah kat YB Eli kerana terus mempertahan kerusi nya, moral yang baik lah tu kan...hee

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.