KUALA LUMPUR [9.26 pm] - MIC mempelawa pemimpin Hindraf untuk berbincang dan bekerjasama dengannya demi kepentingan masyarakat India. Setiausaha Agung MIC, Datuk Dr S Subramaniam (foto), berkata parti itu juga sedia menimbang pandangan serta syor pergerakan itu dalam usaha memperbaiki nasib kaum India di negara ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kuil Kebangsaan di sini hari ini bagi mengulas kenyataan pengasas Hindraf, P Uthayakumar dalam temubual dengan sebuah portal berita semalam, sejurus selepas pembebasannya daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bahawa beliau akan terus berjuang untuk membela nasib masyarakat India, yang didakwanya terpinggir di negara ini. Sambil mempelawa para pemimpin Hindraf menyertai parti itu, Dr Subramaniam berkata memandangkan MIC dan Hindraf berkongsi matlamat untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India, maka kerjasama antara mereka sebagai sebuah kumpulan akan membuahkan hasil yang lebih baik ke arah mencapai matlamat itu. "Saya ingin melihat masyarakat India yang bersatu padu kerana seperti yang dapat kita lihat, perpecahan yang berlaku dalam kumpulan ini tidak membantu masyarakat India," katanya sambil melahirkan harapan agar segala kepahitan yang wujud sebelum ini dapat diketepikan demi kebaikan anggota masyarakat itu.[Kenyataan Subramaniam ini sudah terlembat sebenarnya. Masyarakat India sudah tidak yakin lagi MIC dapat membela dan memperjuangkan nasib serta masa depan mereka. MIC lebih banyak memperkayakan suku sakat dan kroni-kroni mereka, dan gemar berjoli sedangkan rakyat India masih menderita kemiskinan. Lihat sahaja apa yang berlaku dalam majlis perkahwinan anak Presiden MIC, Samy Vellu. Khabarnya kos acara itu memcecah RM2 juta, Bukankah ini sesuatu yang membazir dan tidak dapat diterima rakyat. Justeru itulah wujudnya Hindraf untuk membela nasib kaum India. Tidak perlu MIC cuba meneguk di air yang keruh, kerana pemimpin Hindraf tahu siapa yang memperjuangkan pembebasan mereka selama ini. Semoga Hindraf akan terus bergerak maju untuk masa depan].
BN Perak Tiada Masalah Akhiri Kemelut Politik
TAIPING [9.07 pm] - Barisan Nasional (BN) Perak tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung kemelut politik di negeri itu. Menteri Besar BN Perak, Dr Zambry Abdul Kadir (foto), berkata apa yang penting Kit Siang jujur dan sedia menerangkan perkara sebenar yang belaku ketika Sidang DUN Perak, 7 Mei lalu. Beliau berkata, jika Kit Siang dengan jujur menerangkan perkara sebenar yang berlaku maka titik pertemuan yang baik akan dapat dicapai daripada hanya sekadar ucapan dan kritikan mengelirukan rakyat tidak akan menyelesaikan masalah. Katanya, Kit Siang tidak seharusnya bermain sentimen politik keterlaluan mengenai apa yang berlaku dalam sidang DUN Perak itu. "Lim Kit Siang mestil bersikap jujur dan menerangkan sesuatu yang benar dalam pertemuan dengan PM yang juga Pengerusi BN jika mahu mencari penyelesaian yang baik," katanya.[BN Perak memang tiada masalah untuk selesaikan kemelut yang melanda, tapi BN Perak ada masalah sekiranya mahu pemimpin Pakatan Rakyat seperti Lim Kit Siang berkata benar biar pun tidak benar. Maknanya, Zambry mahu supaya Lim Kit Siang memberitahu penyokong Pakatan Rakyat bahawa tindakan BN di DUN Perak itu adalah benar belaka dan berlandaskan undang-undang. Walhal mereka telah sah melanggar segala peraturan DUN yang telah sedia termaktub dalam perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu sendiri. Makanya, jika Zambry tiada masalah, eloklah beliau mengambil langkah membubarkan DUN Perak untuk memberi rakyat kuasa menentukan kerajaan. BN hanya menjadi kerajaan akibat sokongan tiga ADUN lompat, tetapi ia bukannya bukan bererti sokongan majoriti rakyat di kawasan mereka].
Politik Wang, Murugiah Jumpa PM Selasa Ini
SEREMBAN [2.40 pm] - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah (foto) akan berjumpa Datuk Seri Najib Razak, Selasa ini bagi menjelaskan tuduhan politik wang sehingga membawa usul pemecatannya oleh Majlis Tertinggi Parti Progresif Penduduk (PPP), semalam. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Murugiah yang juga Ahli MT PPP, berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut perkara itu sebaliknya akan dijelaskan ketika bertemu Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu nanti. "Kebenaran akan muncul kemudian," katanya ringkas. MT PPP semalam sebulat suara meluluskan usul memecat Murugiah daripada parti itu kerana didakwa terbabit dengan politik wang. Presiden PPP, Datuk M Kayveas yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata pemecatan Murugiah sebagai Ahli MT akan berkuat kuasa selepas pemilihan parti itu pada 7 Jun depan. Keputusan memecat Murugiah dibuat 42 daripada 45 ahli Majlis Tertinggi PPP tanpa kehadirannya.[T.Murugiah adalah antara menteri BN yang begitu prihatin tentang nasib rakyat sebenarnya. Beliau dilihat rajin bekerja dan sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan rakyat. Beliau tersalah memilih gelanggang, jika beliau dipecat maka eloklah menteri terbabit bertindak menyertai Pakatan Rakyat terutamanya PKR. Ini kerana perjuangannya tidak sama dengan rakan-rakan yang lain dalam PPP hatta BN sendiri. Semoga Murugiah membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap apa yang berlaku ini].
Manoharan Tidak Akan Lepaskan Jawatan
KLANG [2.37 pm] - M Manoharan yang semalam dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah. Bercakap kepada pemberita di sini, hari ini, Manoharan sebaliknya berkata akan tetap meneruskan perjuangan suara rakyat walaupun mungkin ditahan semula di bawah ISA.

Ceria, sidang media Manoharan di rumahnya hari ini

Ceria, sidang media Manoharan di rumahnya hari ini
[Maka, selamatlah UMNO dan Barisan Nasional untuk sekali lagi dimalukan jika berlaku pilihanraya kecil di kawasan terbabit. Amat sukar untuk BN menang kerana majoriti yang diperolehi oleh Manoharan mencecah lebih dari 7,000 undi. Ini membuktikan bahawa kerajaan Najib sudah mula takut untuk berhadapan dengan rakyat sebenarnya. Kes Manahoran membuktikan bahawa tahanan ISA bukanlah pesalah, sebaliknya hanya dijadikan kuda tunggangan untuk mereka melempiaskan nafsu sarakah masih-masing. Mereka benci dan takut melihat rakyat yang cuba menjadi penjuang. Maka itulah ditahan tanpa bicara dan disumbat ke tahanan ISA Kemunting. Bravo Manoharan!! Bravo YB ADUN Kota Alam Shah !!]






Bila Najib pakai serban, sebiji macam Tuan Guru Hj Hadi
BalasPadamBN Perak Tiada Masalah Akhiri Kemelut Politik:
BalasPadamKalau orang yang tidak kenal siapa yang ada dalam parti Barisan Nasional pasti mereka berkata bahawa parti Barisan Nasional itu adalah parti yang berfikiran terbuka dan sanggup berkerjasama dengan musuh politiknya dari parti Pakatan Rakyat demi keamanan negeri Perak.
Tapi bagi rakyat jati negeri Perak, mereka melihat parti Barisan Nasional adalah parti pembawa masaalah. Mereka cipta masaalah kemudian mereka pula yang terhegeh-hegeh bersedia menyelesaikan masaalah tapi mesti memenuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.
Rakyat zaman Tun Dr. Mahathir boleh diperbodohkan sebegitu rupa, tapi zaman Datok Seri Mohd. Najib b Tun Razak, rakyat yang dulu bodoh tapi kini sudah pandai menganalisa, menilik, meramal, setiap tipu muslihat yang dipermainkan oleh pemimpin BN.
Rakyat Negeri Perak tidak mahu berkerjasama membentuk kerajaan campuran bersama BN tetapi rakyat mahu bubur DUN dan adakan pilihanraya. Keputusan itu nanti menentukan sama ada BN adalah parti yang disukai ramai...??
Orang kat atas tu janganlah takbur sangat. Dengan kuasa Tuhan semua boleh berubah dlam masa sekelip mata. Manusia pun boleh berubah dari yg jahat jadi baik dan sebaliknya. Berhati-hatilah jangan sampai terlalu mendabik dada. Itulah tanda-tanda riak dan sombong.
BalasPadamSIAPA YG TERLEBIH TAKBUR ANTARA KAMU DAN AKU.ANTARA BN DAN PAKATAN RAKYAT. CUBA ANDA MERENUNG SEJENAK FIKIR DGN OTAK ANDA.
BalasPadamNAH DI SINI DI BERIKAN SEPATAH KATA BUAT MUDAH CARA KALIAN. APA YG BUAT ANDA KATA KAMI NI TAKBUR..AYAT MANA YG MEMBOLEHKAN KAMU KATA KAMI NI TAKBUR.
HANYA BN SAHAJA YG MAMPU MEMERINTAH LAYAK MENJADI KERAJAAN BG NEGARA INI. ITU AYAT APA CIKGU. AYAT MURTAD ATAU AYAT SEUMPAMA KAMU BN MELEBIHI KUASA TUHAN.
KADANG-KADANG AKU TERDUDUK SEJENAK MEMIKIRKAN PERKATAAN KAMU INI WAHAI BN.. TIDAKKAH AYAT INI SPT MELETAKKN KAMU JD KUFUR. HANYA KAMU YG TERBAIK.TERBUKTI.TERNYATA MAMPU.SEJARAH MEMBUKTIKAN SEJAK 50THN BN TK PERNAH KALAH PRU.DAN INI MENGUATKAN HUJJAH BN SAJA YG LAYAK JD KERAJAAN.
SUBHANALLAH...MAHASUCI ALLAH KAULAH LBH BERKUASA DARI KAMI HAMBA YG LEMAH
Cuba teliti betul-betul ayat-ayat yg terkandung dlm ulasan anda. Jika tidak jelas, secara sinisnya ungkapan ayat dan maksudnya jika ditafsirkan secara objektif, memang ada mengandungi unsur takbur dan riak. Tak usah nak pusing cerita dan putar belitkan fakta..
BalasPadam