IPOH [5.44 pm] - Seorang wakil rakyat PAS – yang mendakwa menteri besar BN membawa masuk bomoh ke DUN sebelum persidangan penting, Khamis ini – berkata beliau mempunyai “bukti” berhubung dakwaannya itu. ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim (foto) menambah, beliau bersedia memberikan keterangan berhubung kenyataannya itu yang diadukan kepada polis oleh Datuk Zambry Abd Kadir semalam."Mustahil saya tidak bersedia memberikan keterangan. Saya keluarkan fakta, takkan saya hendak lari daripada memberikan keterangan. "Kita ada bukti yang diberitahu (oleh) sumber tertentu. Maka saya buat kenyataan (kepada media)," katanya hari ini. Diminta menjelaskan lanjut bukti dakwaannya itu, Khalil berkata: "Sekarang masalahnya, orang memberitahu saya, (itulah) bukti saya. Maklumat daripada orang yang tahu betul cerita ini." Mengulas laporan polis itu, Khalil berkata Zambry berhak membuat laporan berkenaan bagi mempertahankan dirinya. "Tetapi (menjadi) hak saya melaporkan (kepada media) dan minta mufti memberikan fatwa. "Ada, (atau) tak ada pun (perbuatan itu), saya rasa mufti kena beri fatwa dialah, pandangannya macam mana (sama ada) boleh pakai bomoh," katanya.[Penggunaan khidmat bomoh ini bukanlah perkara baru dalam politik UMNO. Sebelum ini di Pahang sendiri pernah berlaku wakil rakyat dicincang 18 gara-gara menggunakan khidmat bomoh. Tragedi itu masih terpahat dalam ingatan kita, malah nama "Mona Fendy" masih terus jadi sebutan. Maka itulah, PDO tidak hairan isu bomoh yang diperkatakan di Perak ini. Tambahan pula, diketika dan saat yang panas dan genting inilah ia boleh berlaku. Zambry perlu tahu bahawa bukan semua orang di SUK Perak yang setuju dengan tindakan rampasan kuasa dulu. Maka mungkin merekalah yang memberikan maklumat perkara ini kepada Khalil Idham. Apakah ini juga dikatakan fitnah jika ia benar-benar berlaku].
Penanti, Tiada Keputusan Dibuat Oleh Najib
KUALA LUMPUR [5.28 pm] - Sehingga tamat mesyuarat biro politik di pejabat perdana menteri awal petang ini, tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak (foto) berhubung calon pilihanraya kecil DUN Penanti. Hampir sepuluh pemberita dan jurugambar yang menunggu di pos pengawal bangunan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sejak jam 12.30 pulang dengan kecewa. Mereka gagal mendapat sebarang maklumat berhubung butiran mesyuarat tersebut, seperti telah dimaklumkan terlebih awal. Petugas media itu bagaimanapun enggan beredar. Difahamkan, Najib akan mengumumkan perkara itu di Sabah, malam ini. Beliau dijadual terbang ke sana jam 3 petang ini untuk menghadir majlis makan malam dan persembahan kebudayaan di sebuah hotel di Kota Kinabalu. BN sebelum ini dilaporkan tidak bersedia meletakkan calon dalam pilihanraya itu yang akan berlangsung antara 23 hingga 31 Mei ini. PKR sejak minggu lepas meletakkan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut pada 16 April lalu.[Nampaknya, Najib sengaja mahu bermain dengan teka teki kini. Mesyuarat Biro Politik yang tiada pengumuman dibuat kepada wartawan adalah agak pelik. Memandangkan ia jarang berlaku sebelum ini. Mungkinkah ia menunjukkan bahawa satu keputusan yang mengejutkan bakal berlaku. Apakah benar telahan ramai pihak bahawa UMNO dan BN memang "bukan anak jantan" dan takut untuk masuk gelanggang].
Speaker Pohon Sultan Tangguhkan Sidang DUN
IPOH [4.52 om] - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar (foto), hari ini memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menimbang supaya persidangan dewan itu yang dijadual Khamis ini ditangguhkan sehingga isu siapa Menteri Besar yang sah diputuskan oleh mahkamah. Sivakumar berkata, permohonan itu dibuat dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Istana Kinta di sini pada 11 pagi tadi. "Saya berpendapat adalah tidak munasabah sidang DUN diadakan dalam kedudukan Menteri Besar yang masih dalam pertikaian di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Kes mengenai siapa antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Sivakumar turut memberi alasan kebimbangan berlakunya pertelingkahan yang sukar dikawal jika persidangan dewan itu diadakan Khamis ini. "Pada jangkaan saya kedua-dua pihak akan bertikam lidah mempertahankan pendirian masing-masing," katanya.[Sultan Perak sekali lagi bakal menajdi perhatian umum kali ini. Jika dulu, tindakan baginda tidak membenarkan DUN dibubarkan telah mengundang kemarahan rakyat. Maka kini, jelas prosedur undang-undang harus dinilai oleh Bekas Ketua Hakim Negara itu. Zambry dan Nizar masih belum disahkan oleh mahkamah dan kes itu sedang berlangsung, maka sudah semestinya sidang DUN wajar ditangguhkan hingga kes selesai. Masalahnya, apakah baginda Sultan Perak akan bertindak secara profesional demi masa depan rakyat kali ini?].
Najib Pengerusikan Mesyuarat Biro Politk UMNO
PUTRAJAYA [4.18 pm] - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (foto), sebentar tadi mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO bagi membincangkan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang pada 31 Mei ini. Beberapa pemimpin tertinggi UMNO kelihatan memasuki Bangunan Perdana Putra sejak jam 12 tengah hari tadi. Antara mereka ialah tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin; Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan mengenai hasil mesyuarat itu setakat ini.[Gara-gara fobia dengan pilihanraya kecil di semenanjung Malaysia, nampaknya UMNO semakin tertekan sama ada mahu masuk atau tidak pilihanraya kecil di DUN Penanti bulan ini. Jika beralah bererti mereka "bukan anak jantan", manakal jika masuk pula mereka bakal dimalukan. Mahu atau tidak terpaksalah mencari jalan untuk melarikan diri dari kemelut ini. Simpati benar dengan nasib pemimpin UMNO Permatang Pauh yang begitu berharap UMNO bertanding demi menagih simpati projek-projek "mee segera" bernilai jutaan ringgit yang bakal turun tidak lama lagi. Jika tidak semuanya hancur berkecai].
Hafiz Lepaskan Jawatan Bukan Letak Jawatan
PULAU PINANG [3.51 pm] - Mohd Hafiz Mohd Nordin, yang bertegas supaya PAS bertanding di Penanti walaupun kerusi itu ‘milik’ Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakan PAS dalam pakatan pembangkang, menjelaskan hari ini bahawa beliau bukannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang semalam tetapi melepaskannya kerana faktor umur. Katanya, beliau tidak pun menyebut perkataan ‘letak jawatan’ dalam ucapannya pada Muktamar Pemuda PAS Negeri di Balik Pulau semalam sebaliknya berkata, beliau hanya melepaskan jawatan itu kerana umurnya sudah menjangkau 40 tahun dan tidak lagi boleh memegang jawatan itu. "Kekeliruan berlaku kerana wartawan yang menulis berita berkenaan mungkin tidak mendengarnya kerana tidak ada pada mesyuarat itu semalam," katanya di sini, hari ini. Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Salleh Man, berkata beliau sedang menunggu laporan rasmi namun dari maklumat yang diterimanya, Mohd Hafiz tidak letak jawatan.[Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Mohd Hafiz meletak jawatan dan digantikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Yusni Mat Tiah. Mohd Hafiz mendapat perhatian sebelum ini apabila menyuarakan hasrat supaya PAS bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti walaupun PKR akan meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi itu yang dikosongkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin].
Dadah RM1 Bilion, Musa Tidak Perlu Terkejut
KUALA LUMPUR [3.13 pm] - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (foto), berkata dadah jenis syabu yang ditemui dalam sebuah kontena di Jalan Kuantan-Segamat dekat Rompin, Pahang, semalam tidak bernilai sehingga RM1 bilion seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar. Bagaimanapun, katanya, nilai sebenar rampasan itu tidak dapat dipastikan. "Ikut anggaran, tidak mungkin RM1 bilion," katanya hari ini. Musa berkata, polis sedang menyiasat dari mana bekalan dadah seberat 900 kilogram itu diperoleh. "Tiga suspek yang ditahan semalam sememangnya dikehendaki polis berhubung beberapa kes dadah," katanya. Pada jam 6 pagi semalam, polis menahan tiga lelaki berusia antara 30 dan 50 tahun dan merampas sebuah kontena berisi 10 tong ketulan kristal dadah jenis syabu. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani, berkata polis Pahang sedang melengkapkan siasatan. "Sidang media akan diadakan Rabu ini," katanya.[Sungguh memalukan dan menggemparkan negeri Pahang sebenarnya bila terjadi kes seperti ini. Ia jelas membuktikan bahawa penjenayah sudah tidak takut lagi untuk melakukan operasi mereka setelah melihat pihak terbabit di negara ini senang untuk "dijual beli" dan terlibat dengan amalan "rasuah". Ketua Polis Negara sebenarnya, tidak perlu terkejut dengan maklumat ini, kerana itulah hakikat yang berlaku di depan mata. Malaysia bakal dijadikan transit pengedaran dadah kerana sikap pihak keselamatan negara kita sendiri. Justeru itu, pihak polis diseru lebih jujur dan profesional dalam menjalankan tugas mereka dan tidak hanya terlalu menumpukan kepada "politik" semata-mata. Ingatlah anda juga manusia yang akan dinilai oleh Allah di akhirat kelak. Apa guna lambang "Allah-Muhammad" yang tersemat pada topi yang dipakai, jika perbuatan tidak selaras dengan tindakan. Siasatan rapi perlu dijalankan dalam kes ini terutamanya bagaimana dadah seberat itu boleh "lolos" ke negara ini melalui pelabuhan?. Bukankah ini bukti jelas ada rasuah sebenarnya !].
Jawatan Tinggi, Hanya Ulamak Profesional Layak
KOTA BAHARU [2.53 pm] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan yang akan diadakan bulan depan. Beliau berkata, mereka yang ingin menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi parti itu perlu bermuhasabah diri sama ada mereka benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan parti. "Pas parti pimpinan ulama. Memang dulu ulama tidak berpelajaran tapi kini ulama sudah banyak yang terpelajar dan pandai. Dia ulama dia jugalah profesional. "Ulama dan profesional ni kita gabungkan. Dah lama dah selesai benda ni, sepatutnya tak timbul lagi isu," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman beliau di Pulau Melaka, dekat sini, hari ini. Beliau mengulas pemilihan parti bulan depan yang dijangka menyaksikan saingan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dikaitkan dengan hala tuju sebenar parti. Penyandang jawatan, Nasharuddin Mat Isa telah mengesahkan untuk mempertahankan jawatan itu. Antara nama yang disebut-sebut akan mencabarnya ialah dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu, selain Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Bagaimanapun Husam hanya membayangkan untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut berdasarkan perkembangan semasa terutama apabila timbulnya keraguan tentang "hubungan sulit" PAS-UMNO.[Kenyataan Nik Aziz itu senada dengan ketetapan Dewan Ulama PAS yang mahu dua jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama yang mempunyai pendidikan formal dan berpengetahuan tinggi dalam bidang agama. Ketetapan yang dibuat Dewan Ulama PAS itu bagi memastikan dasar parti untuk menubuhkan sebuah negara Islam diteruskan pada masa akan datang].
PETALING JAYA [2.30 pm] - Pakatan Rakyat menyifatkan larangan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar parti-parti politik yang bertanding tidak membawa penyokong melebihi 5,000 orang pada hari penamaan calon adalah tindakan karut. Malah beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi menggesa agar SPR menarik balik larangan yang dianggap tidak munasabah itu. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali dengan tegas berkata SPR cuba memperkenalkan satu larangan yang karut dan tidak berasas. "Karut...ini semua tindakan karut yang tidak berasas," katanya. Beliau turut mendakwa SPR sebagai sebuah badan bebas yang mengendalikan pilihan raya mengambil tindakan seolah-olah tidak memahami situasi politik di Malaysia. "Apa ni? Apa yang boleh saya katakan mereka (SPR) tak faham keadaan politik dan situasi pilihan raya di Malaysia. "Ini satu tindakan yang cukup tidak praktikal...bagaimana kita boleh kawal jumlah orang yang nak datang?. "Kita bantah keputusan ini dan kita mahu SPR tarik balik larangan ini," katanya dengan tegas. Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata keputusan mengehadkan kehadiran jumlah penyokong pada hari penamaan calon agar tidak melebihi 5,000 orang telah diputuskan semasa pertemuan antara suruhanjaya itu dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis lalu. Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.
[SPR ternyata sekali lagi menjadi "tali barut" UMNO dan Barisan Nasional. Keputusan yang dibuat sebenarnya bukan bertujuan untuk memelihara pilihanraya itu sendiri, malah SPR dilihat sengaja mencari pasal untuk menghuru-harakan pilihanraya sebenarnya. Tindakan menyekat dan menghadkan kehadiran penyokong jelas telah mencabar hak-hak dalam amalan demokrasi itu sendiri. Namun, tindakan SPR ternyata telah menyebabkan mereka semakin dilihat lebih cenderung untuk memastikan BN menang biarpun parti itu telah ditolak oleh rakyat. Semua ini bakal menimbulkan kemarahan rakyat semakin membuak-buak].
KOTA BHARU [12.36 pm] - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto), berkata beliau tidak mahu ahli parti itu membuat kacau dan membelakangi perjanjian dengan sekutunya dalam pakatan PAS-DAP-PKR dengan menuntut Pas meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS perlu berpegang pada janji yang dibuat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pengagihan kerusi pilihan raya yang dibuat sebelum ini. "Kalau itu kawasan PKR, hak dialah. Kita kena balik kepada perjanjian. Kita orang Islam pentingkan janji, jangan buat kacau, janji mesti sempurna. "Macam di Kelantan, kita ikut perjanjian. Kita beri (kerusi) kepada PKR, dia nak menang ke, kalah ke, itu dia punya pasallah," katanya di kediamannya di Pulau Melaka, di sini, hari ini. Beliau mengulas desakan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin, supaya pimpinan parti itu menimbangkan untuk meletak calon Pas bertanding di DUN Penanti, selepas kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lalu.[Memang sepatutnya PAS P.Pinang perlu akur dengan keputusan serta perjanjian yang telah dibuat oleh Pakatan Rakyat itu. Nasihat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz itu adalah jelas. Maka seharusnya kepada ahli parti yang sayangkan kepada perjuangan, tidak engkar dengan arahan tersebut dan perlu menerima segalanya dengan sepenuh hati. Namun, apakah satu tindakan boikot dan protes pula bakal dilakukan oleh PAS Pulau Pinang selepas ini jika mereka tidak dibenarkan bertanding?. Ini bakal memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional untuk merenca satu strategi baru bagi merampas DUN itu nanti].
KUALA LUMPUR [12.00 pm] - Kedudukan sama ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti akan diketahui hari ini, apabila Biro Politik UMNO bermesyuarat bagi menentukannya. Mesyuarat Biro Politik UMNO itu akan dipengerusikan Perdana Menteri selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak. Mengikut maklumat awal, mesyuarat berkenaan dijadual diadakan di Putrajaya dan keputusan mesyuarat dijangka diumumkan sebelum petang ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu menetapkan penamaan calon pilihan raya kecil Penanti pada 23 Mei, manakala pengundi 31 Mei.[Puak-puak UMNO kini seolah-olah "trauma" dan "fobia" dengan pilihanraya kecil. Ketakutan yang amat sangat itu menyebabkan mereka begitu sukar untuk membuat keputusan bertanding di DUN Penanti. Tambahan pula banyak janji-janji yang dibuat oleh Najib Razak kepada rakyat di situ masih belum tertunai lagi. Sumpah dan janji Najib di Masjid Guar Perahu perihal peruntukan RM500,000 untuk semua masjid dan RM100,000 untuk surau dalam pilihanraya kecil Permatan Pauh dulu masih ditagih oleh pengundi di sana. Inilah yang sebenarnya menggusarkan UMNO dan Barisan Nasional kelak].
Penanti, Bekas Ketua Pemuda PAS Rela Dihukum
PETALING JAYA [11.32 am] - Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata beliau sedia untuk berhadapan dengan kepimpinan PAS Pusat jika diminta berbuat demikian bagi menyelesaikan pertikaian berhubung calon Pakatan Rakyat untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Bagaimanapun beliau berkata, hingga kini beliau belum dipanggil oleh mana-mana pemimpin peringkat Pusat bagi memberikan penjelasan berhubung gesaan Pemuda PAS Pulau Pinang yang mahukan calon PAS bertanding pada pilihan raya kecil itu nanti. "Saya sangat bersedia untuk dipanggil jika PAS Pusat mahukan penjelasan daripada saya berhubung permintaan akar umbi ini. "Namun hingga kini belum ada apa-apa reaksi daripada PAS Pusat...tapi saya memang sudah bersedia," katanya. Sebelum ini, Mohd Hafiz yang melepaskan jawatannya pada muktamar sayap parti itu hari ini dengan tegas meminta pucuk pimpinan PAS mengkaji semula keputusan tidak meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini. Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 16 April lalu.
[Inilah namanya "berpatah arang berkerat rotan" dan "alang-alang menyeluk pekasan, biar sampai ke pangkal lengan". PDO yakin Hafiz bakal bertanding atas tiket bebas jika apa yang dikehendaki oleh beliau dan kuncu-kuncunya itu gagal ditunaikan nanti. Malah, beliau juga pasti mengarahkan jentera serta petugas PAS memboikot pilihanraya kecil DUN Penanti itu nanti. Satu perkembangan yang pastinya mengembirakan UMNO dan Barisan Nasional jika semua ini berlaku. Sudah pasti Hafiz bakal dijadikan "kambing hitam oleh UMNO" untuk meredakan kemarahanya itu. Mungkin juga beliau akan ditaja nanti !! Soalnya, apakah Hafiz disokong oleh rakyat Penanti?. Atau, beliau hanya "syok sendiri" dan ingin mencari populariti. Sama-sama kita nantikan adengan panas ini].Penanti, PAS P.Pinang Mahu Perjanjian Dikaji
KEPALA BATAS [10.00 am] - Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Mujahid Yusof Rawa (foto), berkata desakan untuk Pas meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat. "Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Kepala Batas di sini, hari ini. Mujahid berkata, peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh. Katanya, pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat. Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran. Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding.
[Sungguh memeranjatkan melihat senario yang berlaku ini. Keputusan pucuk pimpinan PAS kini bisa disanggah oleh kepimpinan negeri. Apakah sudah wujud keretakan yang berlaku dalam parti Islam itu gara-gara pemilihan parti yang bakal berlangsung tidak lama lagi?. Nampak seolah-olah ada satu yang tidak kena terhadap pemimpin parti terbabit. Tindakan untuk mengkaji perjanjian yang telah termeterai dalam PRU-12 itu bukan sahaja akan memberi tamparan hebat kepada PKR malahan hubungan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri sebenarnya. Jika senario ini terus berlaku, PDO yakin sesuatu yang mengejutkan pasti akan berlaku di Penanti. Apakah akan ada calon PAS yang bakal tertanding atas kerusi bebas di situ?. Atau ini hanya "trick" bagi mengaburi mata UMNO?].






PDO tak komen ke?
BalasPadamKerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
BalasPadamSiapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.
Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.
Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.
Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.
Kenapa ya?
(Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)
Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
BalasPadamSiapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.
Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.
Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.
Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.
Kenapa ya?
(Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)
Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
BalasPadamSiapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.
Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.
Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.
Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.
Kenapa ya?
(Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)
Teori "Erdogan". PAS akan di Erdogan kan oleh kumpulan liberal dari kalangan ahli PAS sendiri. Tujuannya utk menentang usaha utk menubuhkan kerajaan campuran yg dicadangkan oleh Presiden Parti. Juga ada lapuran mengatakan PAS akan di "PKR" kan oleh kumpulan liberal ini yg pro dgn de facto itu. Apabila puak Erdogan ini berkuasa, kemungkinan objektif perjuangan asal PAS akan terpesong jika golongan Erdogan ini mengambil alih pucuk pimpinan PAS dlam muktmar parti yg akan diadakan nanti. Maka makin ramailah yg akan tertipu oleh de facto ini. Maka makin mantaplah PKR dgn perjuangannya yg tidak lain hanya untuk menjahanamkan bangsa Melayu dan negara. Maka akan terpengaruhlah dan lebih mencengkamlah kuasa de facto ini didalam PAS. Sedarlah semua, usaha ini diambilnya sbgai platform utk meneruskan agenda perjuangan peribadi beliau, iaitu utk menjadi PM dengan meraih sokongan dari parti gabungan PR. Dlm masa yang sama keharmonian PR dikacau bilau dan dikonfius, dibahagi-bahagi, lalu diperintah pula oleh de facto ini. Apa yg Nik Abduh cuba lakukan adalah usaha beliau utk menyelamatkan PAS. Barangkali Nik Abduh telah sedar betapa bahayanya anasir-anasir "Erdogan" yg akan meresap kedalam PAS yg mungkin akan memporak perandakan parti juga mungkin akan menghancurkan parti ulung itu. Fikirkan!
BalasPadamhttp://mplipis.blogspot.com/
BalasPadamBila ada dikalangan ahli PR yg tak sehaluan, maka terus dilabelkan sbg penderhaka. Maka andaiannya beliau akan bertanding sbg calon bebas pada PRK Penanti. Dan seterusnya UMNO juga dibabitkan dan diburukkan dlam hal ini. Begitulah mentaliti PKR haprak ni dgn ulasannya yang datang dari hati nurani pendendam, hasad dengki dan penuh buruk sangka. PKR a.k.a Parti Kencing Rakyat, begitulah nama yang paling sesuai utk parti haprak ini.
BalasPadamTGNA Kena Kepong!
BalasPadamTurun kapalterbang, terus TG Nik Aziz kena kepong. Depan pintu kapal terbang doh dok tunggu. Sapa lagi, geng lapar balak lah campur geng Kerajaan Perpaduan la.
TGNA dikawal rapi. Dak bagi ruang seorang diri. Takut Set Husam masuk dekat. Set Husam tak leh sambut TGNA lasung.
Itulah kisah benar TGNA bila balik umrah.
Kawal rapi TGNA sampailah dia naik kapalterbang kelik Kelantan. Kat Kota Bharu, Ketua Lapar Balak, Razak Abas dok tunggu dengan gangsternya. Reporter kena tohok ke tepi habis. Kena marah sampai mureh.
TGNA Kena Kepong!
BalasPadamTurun kapalterbang, terus TG Nik Aziz kena kepong. Depan pintu kapal terbang doh dok tunggu. Sapa lagi, geng lapar balak lah campur geng Kerajaan Perpaduan la.
TGNA dikawal rapi. Dak bagi ruang seorang diri. Takut Set Husam masuk dekat. Set Husam tak leh sambut TGNA lasung.
Itulah kisah benar TGNA bila balik umrah.
Kawal rapi TGNA sampailah dia naik kapalterbang kelik Kelantan. Kat Kota Bharu, Ketua Lapar Balak, Razak Abas dok tunggu dengan gangsternya. Reporter kena tohok ke tepi habis. Kena marah sampai mureh.
Tak pe lah kot puok UMNO dok tanding kek Ponanti toh, PKR lawang PKR( lor ni bebas doh)lawang PAS, molek deh, ni UMNO dok tanding pong korang bising sok mo, tanding pong bising, nak buak lagu mano nih, patut korang seronok dok...hee
BalasPadamYang peliknya dalam Pas siapa ketua. Hadi atau Nik Aziz? Setahu saya Presiden dipilih perwakilan. Mursyidul Am tidak. Jadi macam mana Nik Aziz lebih tinggi kuasa daripada Hadi? Pelik benar. Kini timbul cerita geng ulamak mahu kontrol kuasa dlm Pas.
BalasPadamKalau tak paham Majlis Syura, tak payah buat kenyataan la.
BalasPadamdalam parti ISLAM ni pun ada perebutan kuasa juga no... alangkah bagusnya kalau ulama2 ni tak libatkan diri dalam politik...
BalasPadammuka nampak beriman je kan, dalam hati siapa yang tahu...haha
BalasPadamsayang kan pandai agama tapi dok kata kat org juga...
BalasPadamcukup minat lambang UMNO terbalik..
BalasPadamhuhuhu..
baru carer..
SPR memang tak ada semangat demokrasi betul..
BalasPadamdah tau UMNO akan kalah, nak letak banyak syarat pilihan raya pulak..
memang tali barut UMNO betul..
ini mencerminkan SPR bukan bandan profesional yang betul-betul bebas..
malang sungguh rakyat Malaysia..