script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Biar Pun Agak Sukar Terima Keputusan Mahkamah, Namun Para Pemimpin UMNO Yakin BN Ada Peluang Untuk Membuat Rayuan Kes Itu !

KUALA LUMPUR [1.22 am] - Walaupun sukar untuk menerima keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun rata-rata pemimpin Barisan Nasional (BN) percaya masih ada peluang untuk membuat rayuan. Ketua Penerangan UMNO yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan, ketika ditemui pemberita berkata, parti itu akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu. Manakala Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pula meminta para penyokong BN supaya bertenang dan tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga anggota UMNO Datuk Hassan Malek pula berpendapat, parti bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. "Kita akan menghadapi sebarang kemungkinan dan keputusan itu amat mengejutkan," katanya. Anggota Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, pula berpendapat rayuan mahkamah perlu dikemukakan berhubung keputusan itu. Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditemui pada majlis ulang tahun ke-63 UMNO di sini malam ini juga mempunyai pendapat sama - masih ada peluang untuk kemukakan rayuan. Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai ucapan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan perubahan dilakukan dalam parti bagi memastikan UMNO terus relevan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata anggota UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk melakukan perubahan untuk masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Lajim Ukin berkata beliau cukup yakin pendekatan Najib boleh memberikan aspirasi baru kepada anak muda dan percaya golongan itu akan memberikan sokongan kepada UMNO. "Dalam parti pula, kita sedia membuat perubahan dari segi aspek, contohnya perlembagaan untuk masa depan orang Melayu dan rakyat Malaysia," katanya lagi.

[Biar apapun yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO dan BN berkenaan perkara ini. Namun PDO tetap yakin kemenangan Nizar ini akan menyemarakkan lagi perjuangan rakyat di Perak. Soalnya sekarang, kenapa pemimpin UMNO terlalu takut DUN dibubarkan?. Apakah mereka merasakan Perak juga sama seperti DUN Penanti, dimana Perdana Menteri sendiri terlalu takut untuk letak calon BN di situ. Senario di Perak kini semakin jelas membuktikan bahawa BN bakal dikapankan jika pilihanraya kecil negeri Perak diadakan dalam masa terdekat ini. Apapun, kita nantikan sahaja pertemuan Nizar dengan Raja Muda Perak jam 8.30 pagi ini. Semoga keputusan yang bakal berlaku nanti adalah kemenangan buat rakyat].

Share:

20 ulasan:

  1. tak bn tak takut,kita hadapi kalau ada pru lagi sekali,cuma nak buat apa yang pr buat,terus memerentah dengan 3 majorit,tapi pr macam biasa,pakar dengan silat terajang yang mengelirukan rakyat 10 kerusi melayu dan 17 cina dap yang menyokong pr.28 kerusi bn,tetap menyokong bn.selamat berjaya agar mat nizar sembah apa pulak...????kepada sultan untuk bubar dewan.tapi pr terima ke.???? kalau sultan kata minta sokong dewan dulu...sabab hakim kata nizar sah mb kerana dewan tak buat undi tak percaya terhadapnya,siapa dewan speaker sekarang ,siva atau seperti pr kata ganesan speaker haram.maka war2lah kapada rakyat dewan ,sekarang dewan haram...kerana mat nizar akan kantor jika dewan bersidang.31 bn 28 pr...kalau berani bersidanglah jangan bohong rakyat dengan bubar dewan ikut prosedur,minta restu dewan baru mengadap sultan,,

    BalasPadam
  2. mesyuarat exco akan datang akan meluluskan semua hak milik tanah sementara atau pajakan dari 99 tahun ke 9,999 tahun. Fokus utama di Ipoh dan Setiawan. Lepas tu di Kuala Kangsar, Taiping, Tg Malim dll. Selamat jalan melayu Perak. Selamat jalan sejarah pasir salak. Selamat sejahtera Nizar, Ngeh, dan Siva. Selamat kembali dan selamat datang cucu cicit puak kerabat Gee Hin dan Hai San.

    BalasPadam
  3. Dah MB Haram, Speaker pun Haram jugalah...he he he

    BalasPadam
  4. tu la yg dimahukan oleh Nizar (PAS)..ikut prosedur la bersidang dalam dewan baru la menghadap Sultan..ni tak Menghadap Sultan terus nak Bubar Dewan..Mana LAW dia (Nizar) pakai..tu la Bagi la dia (Nizar) menang kat mahkamah nt kata Mahkamah tak adil lak..biasa la kena kat PR sema betul kalau BN menang semua salah ada je yg tak kena itu ini..jd Rakyat Perak dan Negeri2 PR bakal hilang lah Harta2 MElayu di Negeri2 ni..jadi Lu Olang Pk pk la sendiri...aku orng Selangor setakat ni lepas 1 tahun PR memerintah Selangor Janji2 nak bg bantuan pada anak2 sekolah Pra,OKU,Surirumah yg jaga anak dan anak2 Selangor yg masuk U semua tinggal janji2 kosong je..masa ceramah kata kalau dapat perintah Selangor bukan kata 2 3 bulan nak tunaikan janji tapi "Esok MEmerintah esok terus Tunui Janji" tapi Haprakkkk...sampai skang mulut tertutup sbb PR MEnteri BEsar PKR..Org2 yan berkuasa DAP ,mcm PERAK Menteri Besar PAS org2 berkuasa DAP..Pulan Pinang sah2 lah DAP..jd skang Geng Ghee San dan Hai San dah Junjungg naik kaduk..sapa yg UNDI mereka..Org2 MELAYU (PR) la sape lagi...

    BalasPadam
  5. SALAM TO BAJINGAN UMNO DAN BN.DOK DIAM DIAM LAH YA.BIAR MEREKA SELESAIKAN APA YG BERLAKU INI DGN AMAN DAMAI IKUT JALAN YG BETUL JGN GUNA JALAN MATI ITU BODOH NAMANYA.MASUK GAUNG MAMPUS KO SEMUA

    BalasPadam
  6. puak-puak umno ni masih main isu perkauman lagi. mungkin kecewa kerana Nizar menang sebagai MB yang sah agaknya. Biarlah dia nak berkokok pun..soal nizar bg tanah milik sementara ke pajakan 99 tahun ker.. ia adalah untuk kepentingan rakyat di Kg.baru Cina yg sudah duduk situ lebih 50 tahun. bukan ada org melayu pun kat situ..penduduk yg kejer bertani dan tiada tanah harus dibela tidak kiralah dia Cina ke Melayu. Beza dengan puak2 UMNO yg bela Cina Kaya Raya.. jgn nak cakap larr... UMNO di Pahang bagi Genting Highlands kpd Lim Goh Tong..dr pajakan 99 tahun ke 1000 tahun..apa citer?... itu tolong rakyat ker?. UMNO jual Singapura itu apa?, 51 tahun perintah Pulau Pinang..apa UMNO buat bila hanya 4% ajer tinggal tanah org Melayu kat pulau tu... cakap tak serupa bikin.. masih nak pertahankan benang yg basah..hahahah kesian korang ni semua.. nak kata dapat projek UMNO x dpt..elaun seciput pun entah dapat entah tidak..masih nak mengampu lagi UMNO ..hahaha..insaflah wahai bangsa ku..UMNO dah tak relevan..korang tanah sekangkang kera pun , nak minta siksa bukan main..tapi kalu time pilihanraya...lulus 24 jam kat Cina..sapa yg luluskan..UMNO lar tu..hehhehehehe...hidup pakatan rakyat

    BalasPadam
  7. habis tu korang igt bg kat CINA (PR) tak menganga jugak org Melayu nanti..kira sama je..PR BN ..kalo PR perintah 50 tahun pun sama jugak..itu citernya bukan senang nak kekal kan KEMERDEKAAN waktu itu korang kena tau mcm2 kena buat..so pasal Genting tuh dah org Melayu sendiri tak berani nak teroka kat atsa Gunung tuh jg Goh Tong yg berani korang..jd nak salahkan sapa..ye la bg la Korang PR ni berkokok dulu lepas nih korang menangis la...huhuhuhu...

    BalasPadam
  8. Tak kecewa Nizar sbg MB yg sah. Apa yg akan mengecewakan ialah pentabdbiran beliau nanti. Dah sahihlah dia akan jadi boneka dan diperkudakan oleh DAP. Semua keputusan dan dasar nanti akan berlandaskan perjuangan DAP yg mungkin dari waris gangster Gee Hin atau Hai San. Bacalah sejarah negeri Perak. Bodohnya melayu ni. Sanggup diperkudakan semata-semata utk jawatan. Pada Nizar ia tak menjadi apa-apa sebab yg akan dapat faedah nanti ialah mereka yg seketurunan asal dia.. Faham-faham je lah asal usul Nizar ni dari mana, sbb tu dia tak kisah bagi kelulusan hak milik tanah sampai 999 tahun pada puak kaum kerabat nenek moyangnya. Itu agaknya Melayu Perak ni yg mahu. Kejor Yop Kejor!

    BalasPadam
  9. bagi kat cina di kampung cina..semua penduduk situ cina..buat aper nak bg kat org melayu..org Melayu kat tempat lain ler pulak..x kan ko nak duduk situ..dah tentuler rakyat siru dah lebih 50 tahun usahakan tanah tuu...x kiralar dia Cina...dia rakyat melaysia..org UMNO jer nak pecah2 kan kaum..abis tu x payah ler korang kawan ngan cina MCA ...gerakann..hahahahhaha
    korang lagi tak jujur...tau tak..semua balak, tanah, projek korang jual kat sapa..bukan Cina ker yg beli..genting tuu bukan masalah melayu tak nak..tapi Cina dan rasuah kat melayu.. dari 99 tahun jadi 1000 tahun..itu pun digertak dek Cina genting masa pilihanraya kecil KETARI ari tuu..aku tau ler weyy..aku ada sekali ..hehehhehehhe..lu pk lar sendiri..mana lebih baik..tolong cina miskin dgn tolong cina kaya?

    BalasPadam
  10. yang kata Nizar boneka Cina..korang iaitu puak-ouak umno karat..hahahhaa..kami di Perak x pun merasa mcm tuu..sebab yg kami tahu 50 tahun umno perintah perak..habis satu bandaraya Ipoh ni dah nak jadi China Town...begitu juga tempat2 lain..sapa yg bikin tu semua..lu org maa...so apa pasai lu org marah2 pada nizar.. DAP lebih berjiwa rakyat dari umno yg cakap x serupa bikin..hahahhaha nak provok kat sini konon... dah tentu ler cina duduk kat tanah tu lebih 50 tahun..maka eloklar diberi geran..sebab cina yg dok situ miskin2..kesian dia nanti kena halau..yg umno bagi genting, bagi Tioman kat cina berjaya group tu apa hal?..itu cina miskin ke kaya..nisar tolong cina miskin korang marah..umno tolong cina kaya..korang senyap..piiiiiirahhh..

    BalasPadam
  11. Marilah kita nyanyi lagu katak oh katak....last-last katak dimakan dek ular..heh.heh..heh...

    BalasPadam
  12. jom nanyi lagi SI Luncai terjun denga Labu Labu nya...alalalalalaa..

    BalasPadam
  13. kenapa pulak dgn si ganesan ganas tuh???dah kecut telor ke??

    BalasPadam
  14. Baguslah dapat MB yg sah sekarang. Kita tengok nanti macamana dia nak tolong orng melayu perak yg masih ramai lagi yg tak maju dan miskin. Kalau dulu UMNO tak buat apa walu pun dah memerintah lebih 50 tahun. Sekarang ni tiba masa Nizar a.k.a DAP pula membuat hala tuju negeri ini. Harap2 dia tak pentingkan keluarga suku sakat dan keturunan nenek moyang mereka tu. Janganlah dasar tu condong dan berat sebelah. Nanti senang je orang kata Nizar ni dari keturunan AH1N1. Sebab darah yg mengalir dlm tubuh Nizar tu agaknya pun asalnya dari A H1N1 dan JE. Begitu juga penyokong dan balaci PKR yg berkumandang sana sini, agaknya darah perjuangan yg mengalir tu semua dari A H1N1 dan JE.. Patutlah dapat tanah sehingga 999 tahun.

    BalasPadam
  15. Adakah maksud berita itu mengejutkan disebabkan keputusan disebaliknya. Adakah apa yang dirancang tidak jadi. Adakah keputusan sepatutnya bukan begitu. Saya keliru. Sepatutnya apa jua keputusannya telah sedia untuk diterima oleh semua pihak kerana mereka akan tahu keputusannya menang atau kalah itu saja..

    BalasPadam
  16. Semuanya tak guna lagi. Keadaan dah haru biru dan menjadi bertambah kusut. Tunggu sajalah komen/ulasan dari PDO a.k.a cucumatkilau tentng kputusan Mahkamah Rayuan. Yang pastinya perkara berikut akan dan sedang berlaku :

    1. Menuduh hakim berat sebelah dan berkonpirasi dgn UMNO/BN
    2. Hakim Mahkamah Rayuan akan diaibkan setidak-tidaknya.
    3. Sistem keadilan dah tercalar. Baru semalam mereka puji melangit tentang sistem keadilan dan mahkamah dinegara ini.
    4. Zambri dan orang-orangnya akan terus dimaki hamun dan disumpah seranah bagaikan nak meletup dunia ni.
    5. UMNO/BN juga akan disumpah seranah dan dimaki hamun.
    6. Pasukan Keselamatan/Polis yg ditugaskan utk menjaga keamanan pun dilabelkan sbg ANJING UMNO/BN (Ya Allah tergamak sungguh dan sampai hati puak PKR haprak ni menghina penjaga keamanan negara yg telah berkorban nyawa dgn penghinaan sedemikian rupa).

    Daripada kegembiraan dgn wajah manis semalam, hari ini dengan sekelip mata puak PR/PKR haprak ni telah bertukar menjadi ganas macam singa-singa dan vampire lapar.

    Itulah hakikatnya pada PR/PKR.

    BalasPadam
  17. perak kena jual dengan cina DAP..negeri perak ramai melayu, tapi kawan tengok ramai cina di belakang MB IR Nizar?sbb 2 baginda Tuanku gembira BN berkuasa..PDO, pagi esok kita breakfast kat AZA Katering..kat kolej shahputra..kawan nak sgt jumpa awak..ke awak kena tangkap polis??hehe

    BalasPadam
  18. PDO a.k.a tengah menggeletor weh! Mane nak cari duit sebanyok tu nok bayo saman nanti. PDO, awok gi berjumpe de facto, dia boleh tolong sbb dia banyok duit. Lagi pun awoklah yg lintang pukang tolong defend dan cuba nok bersihkan nama dia. Dia buat dek je. Tapi dia ada satu syarat kalo dia nok tolong awok PDO, syaratnya awok kena bagi dia servis...lepas tu semua settle!

    BalasPadam
  19. saya berharap orang2 yang pro bn.jaga tutur kata kita..jangan ikut cara KARAT KOMEN NAMA SAMARAN MELAMBANGKAN KITA ....KARAT TENTU SETIAP KOMEN BAIK ATAU TIDAK SEMUA DILUAH DARI HATI YANG KARAT,KITA orang bn keluargan pandangan dan kita hujahkan setiap pandangan sebaik mungkin ,jangan ucapa perkataan negativi terhadap mereka.tengok zambry terima keputusan dengan baik hinggan mat nizar ikut menerima keputusan dengan baik,baru gentlement.pr yang bawa kemakamah maka ikutlah proses itu sampai habis ,takdirnya mekamah perkesutuan kekalkan mat nizar sah mb kita terima.takpa protes..janganlah dok KARAT PEMIKIRAN RAKYAAT MELAYU PERAK YANG UMNO ADA 27 KERUSI PR MELAYU ADA HANYA 10 KERUSI .ITULAH SUARA RAKYAT MELAYU PERAK....KITA AMAT SAYANG RAKYAT CINA DAN INDIAN PERAK YANG MENYOKONG BN LEBIH DARIPADA MELAYU YANG MENYOKONG PR

    BalasPadam
  20. Pembela BN,

    Dah banyak sangat bersabar dgn puak PR ni. Dah lama dah. Kita boleh tangkis dan tepis semua tohmahan dan fitnah serta maki hamun mereka. Jangan tak tahu kita beroperasi 24jam. Kita sedang memantau perjalanan blog ini dan semua komen dan ulasan akan direkodkan.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) Gesa Kerajaan Tidak Hukum Masyarakat Orang Asli Secara Kolektif, Buru Dalang Penerokaan Tasik Bera

BERA: Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) menggesa kerajaan  tidak menghukum masyarakat orang asli secara kolektif berhubung isu penerokaan Hu...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.