script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu MB Selangor: Khalid "Jumpa Nik Aziz" Memohon Restu?


PETALING JAYA: Walaupun sedang berhadapan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih berkesempatan meraikan Aidilfitri dengan mengunjungi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kunjungan sesama pemimpin politik walaupun daripada parti berlainan merupakan amalan biasa, namun peluang yang digunakan Abdul Khalid sempena sambutan hari raya kali ini memberi tafsiran berbeza.

"Berkunjung sempena Aidilfitri ke rumah Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Walaupun kelihatan uzur, beliau masih gagah berbicara. Terima kasih atas kesudian menerima kunjungan," demikian tulis Abdul Khalid menerusi posting terbaharunya diFacebook awal pagi Rabu.

Difahamkan Abdul Khalid mengunjungi Mursyidul PAS itu di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baru sekitar pukul 3 petang Selasa.

Abdul Khalid hadir menziarahi Nik Abdul Aziz ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut.

Sehubungan itu, timbul cakap-cakap bahawa kunjungan Abdul Khalid itu bertujuan untuk mendapatkan 'restu' daripada veteran PAS itu berhubung masa depannya dalam politik di Selangor.




Namun difahamkan bahawa kunjungan Abdul Khalid itu lebih bersifat untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Nik Abdul Aziz.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz menyatakan sokongan terbuka kepada Abdul Khalid supaya dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu pada masa yang sama turut mempersoalkan alasan sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Abdul Khalid untuk melakukan perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. #sumber
Share:

Tragedi MH17: Najib Akan Bertemu PM Belanda Khamis Ini


AMSTERDAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte di The Hague berhubung nahas MH17 apabila beliau tiba Khamis ini untuk melakukan lawatan kerja dua hari ke Netherlands. 
Najib dijadual tiba pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin. 
Duta Besar Malaysia di Netherlands, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata tujuan utama lawatan Najib adalah untuk mendapatkan maklumat terkini tentang urusan pengecaman mangsa tragedi itu serta penghantaran pulang mayat mereka ke tanah air.
Beliau memberitahu wartawan Malaysia di sini bahawa Najib akan mengadakan perbincangan dengan Rutte mulai 11.15 pagi (5.15 petang di Malaysia), sebelum berlepas ke Hilversum, tempat di mana mayat mangsa melalui proses pengecaman dan forensik.
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh, tetapi hingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Mayat mangsa diterbangkan dari Ukraine ke Netherlands. Rakyat Netherlands, sebanyak 193 orang, merupakan jumlah penumpang paling ramai dalam penerbangan itu.
Fauziah berkata, Perdana Menteri juga akan menjadi hos majlis makan malam pada Khamis, sebelum mengadakan sidang media pada 8 pagi (2 petang di Malaysia) pada hari berikutnya.
Menurut beliau, ini adalah lawatan kerja pertama Najib ke Netherlands dan pemimpin Malaysia sebelum ini yang pernah melakukan lawatan ke Netherlands ialah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2005, dan Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1986.
Fauziah berkata, Malaysia adalah rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Netherlands dalam kalangan negara Asia Tenggara. #sumber
Share:

Azizah: Tugas Saya Ialah Ambil Alih Jawatan MB Selangor !


PERMATANG PAUH: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan tugas dan tanggungjawabnya untuk mengambil alih peranan sebagai Menteri Besar Selangor apabila parti sudah pun membuat keputusan berhubung perkara itu.
"Semua jawatan yang saya pegang adalah satu tanggungjawab.
"Malah tanpa jawatan pun, ia merupakan khidmat kepada rakyat," katanya pada majlis keagamaan di masjid Permatang Nibong di sini, Rabu.
Mengenai dakwaan sebagai MB bahawa beliau sekadar "boneka" kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah berkata: "Beliau berada di penjara ketika saya dilantik sebagai presiden (parti).
"Mereka boleh mengkritik apa sahaja yang mereka mahu, tetapi kita mempunyai satu pasukan dan kerja sepasukan yang kita tekankan di sini," katanya.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada minggu lalu mencadangkan Dr Wan Azizah untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.
Pada Rabu lalu, keputusan parti untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipersetujui secara dasar oleh rakan sekutu Pakatan Rakyat, DAP dan PAS.
Bagaimanapun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat lalu mempertahankan Khalid dengan menyatakan bahawa beliau mahu Menteri Besar Selangor itu dikekalkan.
Mengulas kenyataan Abdul Hadi itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kenyataan Presiden PAS itu adalah pandangan peribadi dan bukannya pendirian rasmi parti.
Mursyidul Am PAS, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat turut menyokong pandangan Abdul Hadi dengan menyatakan bahawa Khalid tidak melakukan sebarang kesalahan. #sumber
Share:

Pertandingan Keceriaan Merdeka, Peringkat Negeri Pahang


KUANTAN: Dalam usaha memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara, Jabatan Penerangan sekali lagi menganjurkan Pertandingan Keceriaan Merdeka peringkat negeri.

Pengarah Penerangan Negeri Pahang Mohd Sabri Abdullah berkata pertandingan itu melibatkan lapan kategori iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung,
sekolah, taman perumahan, individu, pintu gerbang dan anjung komuniti 1Malaysia.
"Pertandingan ialah dari 1 hingga 31 Ogos dengan penilaian peringkat negeri dari 1 hingga 7 September," katanya kepada Bernama di sini.

Katanya, pemenang bagi setiap kategori peringkat negeri pula diminta mengekalkan perhiasan keceriaan bendera masing-masing untuk dinilai sekali lagi dari 8 hingga 17 Sept bagi pertandingan peringkat kebangsaan.

Mohd Sabri berkata hadiah keseluruhan bernilai RM45,000 menanti pemenang  lapan kategori itu di peringkat kebangsaan, manakala pemenang peringkat negeri akan menerima wang tunai dan sijil.

Mohd Sabri menarik perhatian bahawa pertandingan yang mula diadakan pada 2010 di seluruh negara itu mendapat penyertaan menggalakkan setiap tahun.
Katanya, borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Penerangan negeri dan daerah atau boleh dimuat turun daripada laman sesawang Jabatan Penerangan.

Bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan, Jabatan Penerangan Pahang akan melaksanakan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang sempena Kempen Kibar Jalur
Gemilang.

Program itu dijadual berlangsung dari 17 Ogos hingga 15 September selepas pelancaran peringkat kebangsaan pada 16 Ogos di Terengganu. #sumber
Share:

Rusuhan Di Shell Lundang Gara-Gara Mercun Memalukan !


Semalam satu video dan gambar-gambar tersebar di media sosial yang mana satu pergaduhan dan rusuhan akibat salah faham telah berlaku di stesen minyak Shell di Lundang Kota Bharu. Satu video dan gambar telah disebar di media sosial yang mana menunjukkan pergaduhan dan rusuhan dari akibat salah faham di stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu. 

Kes ini terjadi dikatakan bermula dari sekumpulan lelaki memasang mercun di stesen minyak berkenaan dan juga membaling mercun kepada kereta yang ada di stesen minyak tersebut.



Hal ini telah menimbulkan kemarahan pemilih stesen minyak terbabit kerana risau mercun tersebut boleh menyebabkan stesen minyak tersebut terbakar. Oleh kerana marah, pemilik stesen tersebut menyembur kumpulan terbabit dengan penyembur kebakaran. Ini menyebabkan mereka naik berang dan mengejar pemilik stesen minyak terbabit sehingga ke dalam kedai lalu mencetuskan huru-hara dan merosakkan peralatan di stesen minyak berkenaan.#sumber


Berikut adalah video-video yang disebar oleh pengguna laman sosial :

Share:

Kenyataan Rasis: DAP Mahu Dr.Mohd Zuhdi Mohon Maaf !


KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia ke atas pendapat beliau yang bersifat rasis dan ekstremis.
 
Berikutan kontroversi yang terbangkit seteleh mesej WhatsApp Dr Mohd Zuhdi dalam grup AJK Pas Pusat  terdedah secara meluas, beliau telah menjelaskan bahawa beliau “tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.”
 
Beliau berkata “semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam Pas yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur."
 
Rakyat Malaysia tidak mempertikaikan langkah Dr Mohd Zuhdi mengkaji sama ada Pas patut berada di dalam ataupun keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat (PR).

Pendirian Dr Mohd Zuhdi untuk keluar atau kekal dalam PR juga tidak merupakan tumpuan kritikan.
Itu merupakan hak ahli Pas.
 
Walaupun ramai akan berasa kecewa jika Pas memutuskan pendirian untuk bercerai dengan PKR dan DAP, isu yang memarahkan rakyat adalah isi kandungan analisa beliau dan bukannya pembentangan analisa tersebut.
 
Yang mencetuskan kontroversi adalah isi kandungan mesej beliau bahawa selepas penceraian daripada PR, "DAP, gereja dan non-Muslim melalak isu serbuan, kalimah ALLAH, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini.”
 
‘Analisa’ Dr Mohd Zuhdi jelas menunjukkan fikiran rasis dan ekstremis beliau di mana hak rakyat Malaysia yang bukan Islam dan bukan Melayu dijentik dan disergah.

Dr Mohd Zuhdi berpendapat bahawa antara faedah penceraian adalah ia dapat “kembaliankan semula kuasa politik Melayu Islam”.
 
Penjelasan dalam Facebook yang dibuat oleh Dr Mohd Zuhdi ke atas kontroversi yang terbangkit langsung tidak menyentuh isu isi kandungan analisa beliau yang rasis dan ekstremis.
 
Isunya bukan sama ada perbincangan Dr Mohd Zuhdi dalam WhatsApp adalah sulit, atau “senario”, atau pendirian peribadi.

Isunya ialah Dr Mohd Zuhdi telah membongkarkan fikiran dan sifat rasis dan ekstremis beliau dalam analisanya.
 
Oleh sebab itu, nama beliau masih tidak “dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan.”
 
Rakyat Malaysia meminta supaya Dr Mohd Zuhdi menyedari pemikiran sempit beliau dan memohon maaf ke atas pendapat beliau.

Kalau pemikiran yang rasis dan ekstremis tersebut tidak dikesali, kami tidak beringin Dr Mohd Zuhdi terus berada dalam PR, mahupun beliau mungkin tidak berniat keluar.
 
Pada masa yang sama, kami berharap supaya Pas mengambil tindakan ke atas pemimpin-pemimpin yang berpemikiran sempit seperti Dr Mohd Zuhdi supaya nama baik parti Pas yang berslogan “Pas for All” tidak terus tercemar. #sumber
Share:

Najib, Mahathir, Dan Pak Lah Antara Dikaitkan Kes Rasuah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dua mentornya dan beberapa bekas menteri tersenarai dalam arahan kerajaan Australia supaya media menutup mulut daripada melaporkan kes rasuah jutaan dolar melibatkan Malaysia, Indonesia, dan Vietnam, dedah laman web WikiLeaks hari ini.
Antaranya melibatkan kes anak syarikat Reserve Bank Australia, Securency and Note Printing Australia.
Pekerja syarikat terbabit didakwa menyogok pegawai asing di Malaysia, Indonesia dan Vietnam daripada tahun 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak percetakan wang.
Selain Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara ahli politik terkemuka dinamakan dalam injuksi itu.
Turut dinamakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar.
Turut dinamakan dalam injuksi itu adalah adik ipar Abdullah, yang dinamakan sebagai Noni.
WikiLeaks berjaya mendapatkan salinan arahan kebenaran injuksi demi menjaga hubungan baik Australia dengan negara antarabangsa.
Pengasas WikiLeaks, Julian Assange berkata arahan dibuat bagi mengelakkan prejudis terhadap kepentingan hubungan Komanwel dengan keselamatan negara.
"Arahan itu dianggap penting bagi mengelakkan risiko besar prasangka terhadap pentadbiran yang adil dan tidak boleh dihalang oleh cara lain yang difikirkan wajar," katanya.
Assange menyelar kerajaan Australia kerana memperoleh injuksi itu, dan menuduh mereka cuba menutup mulut dan mata rakyat Australia.
"Ini bukan soal kegagalan kerajaan Australia mendedahkan kes rasuah antarabangsa kepada umum.
"Menteri Luar Julie Bishop perlu jelaskan kenapa dia mengugut rakyat Australia dengan hukuman penjara dalam cubaannya menutup malu skandal rasuah melibatkan kerajaan," katanya.
Dakwaan rasuah timbul sejak tahun 2009, pada ketika itu mendorong Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berasingan.
Pada tahun 2010, SPRM menahan tiga individu yang terlibat dengan membekalkan wang kertas polimer RM5 ekoran wujud laporan Securency menyogok pegawai di Malaysia.
Individu terbabit termasuk seorang ahli perniagaan didakwa mengambil RM11.3 juta untuk mengikat kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan memastikan kerajaan Malaysia memilih wang kertas polimer itu.
Abdullah, juga dikenali sebagai Pak Lah pada tahun 2011 menafikan dakwaan dua syarikat Australia cuba memberinya rasuah sebanyak RM100 juta untuk mendapatkan kontrak mata wang Malaysia semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.
Cubaan itu dipercayai berkait dengan perjanjian bekalan wang kertas polimer RM5 yang mula diedarkan pada tahun 2004. #sumber
Share:

Terbongkar: Inilah Bukti, Fakta Hubungan Intim Iran-Israel !


Sejumlah fakta menguatkan hubungan intim antara Iran dengan ‘Israel’ (baca: Zionis Yahudi), meskipun di media keduanya menampakkan permusuhan. Abdullah Al-Hadlaq, seperti dilansir koran Kuwait Al-Watan, menyebutkan setidaknya ada 14 poin yang menunjukkan hubungan erat keduanya:
  • Koran Zionis Yediot Aharonot menyebutkan: ‘Israel’ memiliki investasi lebih dari 30 miliar dolar di Iran dan kerjasama ekonomi yang besar. Dua ratus perusahaan minyak ‘Israel’ berinvestasi di sektor energi di Iran.
  • Otoritas keagamaan tertinggi untuk orang Yahudi Iran di negeri jajahan Zionis Rabi Yedidia Shofet memiliki kedekatan dengan komandan Korps Al-Quds Qassim Sulaimani, Ahmadinejad dan Khamenei.
  • Jumlah sinagog Yahudi di Teheran mencapai 200 buah, sedangkan kaum Muslimin di Teheran yang berjumlah lebih dari 3 juta tidak memiliki satu masjid pun di Teheran.
    Iran-Zionis-Ahmadinejad menyambut rabi-rabi yahudi di teheran-3-jpeg.image
    Ahmadinejad sambut rabirabi Yahudi di Teheran
  • Rabi Yahudi Iran Oriel Devita Sal juga dekat dengan Ahmadinejad dan Khamenei, dalam menjalin hubungan antara Iran dan ‘Israel’.
  • Lebih dari 17000 Yahudi di Kanada, Inggris dan Prancis merupakan Yahudi Iran. Mereka merupakan anggota majelis parlemen Iran di negara-negara tersebut. Mereka memiliki perusahaan-perusahaan minyak utama dan saham perusahaan.
  • Iran memanfaatkan Yahudi di Amerika melalui lobi Yahudi untuk menekan pemerintah AS agar tidak meluncurkan serangan militer terhadap fasilitas nuklir Iran sebagai imbalan atas kerja sama militer yang disediakan oleh Iran untuk perusahaan Yahudi.
  • Di antara warga Yahudi di Amerika Serikat terdapat 12.000 Yahudi Iran yang merupakan ujung tombak dari lobi Yahudi di Kongres dan Senat.
    Iran-Zionis-Sinagog Yahudi di Teheran-2-jpeg.image
    Sinagog Yahudi di Teheran
  • Populasi Yahudi Iran di wilayah Palestina jajahan Zionis mencapai 200.000 jiwa. Mereka berpengaruh luas dalam perdagangan, kontraktor umum, dan politik, selain pengaruh yang lebih besar dalam kepemimpinan tentara ‘Israel’.
  • Mantan Presiden Iran Ahmadinejad berasal dari keturunan Yahudi. Ini dikuatkan oleh fakta-fakta yang diungkap oleh ‘ulama’ Syiah Abu Al-Qasim Khozali, salah satu ‘ulama’ Syiah paling berpengaruh di Iran.
  • Rabi-rabi senior ‘Israel’ berasal dari Asfahan, Iran. Mereka memiliki pengaruh yang luas dalam lembaga-lembaga keagamaan dan militer, dan terkait dengan Iran melalui rabi-rabi peribadatan mereka di Asfahan.
    Iran-Zionis-Jubah-Yahudi-Thayalisah-4-jpeg.image
    Tayalisah
  • Menteri Pertahanan ‘Israel’ Shaul Mofaz adalah seorang warga Iran dari Yahudi Asfahan, yang merupakan tokoh paling kuat di internal militer Zionis melawan rencana serangan terhadap fasilitas nuklir untuk militer Iran.
  • Mantan Presiden ‘Israel’ Moshe Katsav juga seorang warga Iran dari Yahudi Asfahan.Ia memiliki kedekatan intim dengan Ahmadinejad, Khamenei dan komandan Garda Revolusi.
  • Yahudi di seluruh dunia berziarah ke Iran karena makam Benjamin, saudara Nabi Yusuf as dan makam Chocndkht; perempuan Yahudi yang merupakan istri setia Kaisar Yazdegerd I ada di Iran. Iran bagi Yahudi adalah tanah Cyrus yang merupakan Juruselamat bagi mereka. Makam Astro Mordechai yang disucikan Yahudi juga ada di Iran. Demikian pula makam Nabi Daniel dan Habakuk; keduanya Nabi Bani Israel.

  • Iran-Zionis-rabi yahudi mengenakan thayalisah-5-jpeg.image
    Rabi Yahudi mengenakan Tayalisah
  • Pemimpin militer dan pengusaha Yahudi selalu berhubungan dengan Iran secara teratur untuk koordinasi militer dan kerjasama ekonomi antara keduanya secara rahasia, tapi menampakkan permusuhan di publik.
Rasulullah saw bersabda:
يَتْبَعُ الدَّجَّالَ مِنْ يَهُودِ أَصْبَهَانَ سَبْعُونَ ألْفاً عَلَيْهِم الطَّيَالِسَةُ
“Dajjal akan diikuti oleh 70.000 Yahudi dari kota Isfahan (Iran), mereka memakai Al-Tayalisah,” (HR. Muslim).
Dalam Mi’yarul Lughah disebutkan: Tayalisah adalah gaun yang dikenakan di bahu untuk menutupi badan. Ditenun tidak memiliki sambungan dan jahitan. (Abdullah/kiblatnet)
Sumber:
1. http://alwatan.kuwait.tt/articledetails.aspx?Id=254940
2. http://www.alarabiya.net/articles/2009/01/27/65146.html
3. http://www.iranjewish.com/Books.HTM
- See more at: http://salam-online.com/2014/07/ini-fakta-hubungan-intim-iran-israel.html#sthash.ExzsMLDN.eoikUpWg.dpuf. 
#sumber
Share:

Isu MB: Mustafa, Hentikan Perbincangan Di Luar Mesyuarat


KUALA TERENGGANU: Semua peringkat kepimpinan PAS diseru supaya menghentikan perbincangan mengenai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta semua pihak supaya bersabar menunggu keputusan mesyuarat PAS Pusat mengenai perkara itu pada 10 Ogos nanti.

Beliau menyatakan demikian setelah mengikuti perkembangan beberapa hari lalu berhubung isu kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor yang mendapat reaksi daripada pelbagai peringkat kepimpinan PAS dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka.

“Sebahagian daripada reaksi tersebut telah melanggar etika berikhtilaf yang tidak selari dengan etika berbeza pendapat dalam jamaah dan ini menimbulkan persepsi yang tidak baik terhadap parti,” ujarnya di sini.

Kata beliau, tidak seharusnya berlaku kenyataan dalam banyak hal yang menyerang peribadi antara satu sama lain dalam kalangan pemimpin PAS.

“Kita harus kembali kepada adab berikhtilaf atau berbeza pendapat yang harus dijurus dan diuruskan mengikut tatasusila kaedah kita berjamaah,” ujar beliau lagi.

Justeru, beliau merayu kepada semua peringkat kepimpinan parti supaya perbezaan pandangan dan pendapat tidak diluahkan secara terbuka dan bebas sehingga boleh menjejaskan kredibiliti parti kepada pandangan umum.

“Kita ada saluran-saluran yang telah ditetapkan dalam parti di mana pandangan-pandangan itu boleh disalurkan pada waktu itu,” jelasnya.

Beliau seterusnya memaklumkan PAS telah memutuskan bahawa isu yang berkaitan dengan kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos nanti.

“Oleh kerana itu, semua pihak harus bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat pada mesyuarat tersebut,” kata beliau.  #sumber
Share:

Panas: Anwar Gagal, "Virus PKR" Huru-Harakan PAS Pula !


KUANTAN: Kemelut Pakatan Rakyat yang semakin hangat diperkatakan sekarang ini memang sudah dijangka. Segalanya berpunca daripada sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal menangani isu peribadi antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sebenarnya. Demikian ditegaskan oleh Blogger Cucumatkilau (CMK) dalam satu kenyataan hari ini. "Tidak wajar Mat Taib (bekas MB Selangor) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) mendakwa PAS mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat (PR) hanya dengan satu paparan skrin yang dibocorkan kepada umum semalam", kata CMK. 

Beliau turut mendakwa, semua kemelut ini berpunca daripada kegagalan Anwar menyelesaikan masalah peribadi yang melibatkan Azmin dan Khalid sebenarnya. "Jika sejak awal lagi perkara berkaitan isu Menteri Besar ini diselesaikan oleh Anwar maka semua ini tidak akan berlaku. Anwar membiarkan virus itu bertambah parah.. Samalah apa yang berlaku kepada Azmin dan Zaid dulu. Anwar dilihat gagal memainkan peranan penting untuk mendamaikan mereka hingga membawa Zaid keluar dari PKR.. Kini terjadi lagi, isu asalnya adalah antara Azmin dan Khalid.. hingga membawa kepada Kajang Move dan kini tukar MB... sedangkan sebelum ini Anwar pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu", katanya ketika dihubungi.



Baginya jika "virus" itu berjaya dihapuskan, nescaya semua ini tidak berlaku seperti apa yang kita lihat hari ini. Masalah PKR akhirnya terpalit kepada PAS, rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat. "Di Pahang, pernah berlaku kemelut antara Dato' Fauzi dan Azan Ismail.. Anwar juga gagal menanganinya. Azan kemudian ditendang ke Terengganu ketika  masih bergelar Ahli Parlimen Indera Mahkota... Isu peribadi tak selesai. Inilah yang terjadi antara Khalid dan Azmin... Sepatutnya sebagai Ketua Umum PKR, Anwar perlu membawa Khalid dan Azmin ke meja rundingan empat mata". 

"Bukannya membiarkan mereka penyokong mereka serang menyerang di media sosial... Lihat apa yang berlaku... Anwar hanya mahu selamatkan keadaan dengan menamakan Wan Azizah untuk tukar Tan Sri Khalid. Itu bukan isunya. Sama juga dengan Kajang Move, Anwar putuskan dulu keputusan sebelum pimpinan PAS yang hadir ke rumahnya membawa isu kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat... Dia dah putuskan untuk arahakan ADUN Kajang letak jawatan.. setuju atau tidak PAS terpaksa terima kenyataan. Inilah yang menyakitkan hati rakan-rakan dalam PAS", katanya.



"Sekarang, Mat Taib pula tuduh Presiden PAS, Hj.Hadi Awang gopoh sebelum isu MB dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat... Walhal, Anwar dengan berani mendakwa Khalid akan ditukarkan dengan Wan Azizah... Beberapa orang pemimpin PAS termasuk Dato' Tuan Ibrahim Tuan  Man sendiri menafikan mereka sudah sepakat mahu Wan Azizah ganti Khalid.. Bukankah ini bukti Anwar gopoh.. kenapa Mat Taib tak tegur Anwar?. Hj.Hadi ada hak menolak kerana melihat isu pertukaran MB tidak relevan kerana Khalid menjalankan khidmatnya dengan baik dan perlu dikekalkan hingga habis penggal", katanya lagi.



Blogger Cucumatkilau turut mendakwa, semua yang berlaku ini adalah sikap hasad dengki, cemburu, iri hati dan ketamakan sesetengah pihak untuk berkuasa. "Sila baca di blog saya apakah punca sebenar masalah ini www.cucumatkilau.blogspot.com sebenarnya... Anwar gagal memainkan peranan tiba-tiba mahu Pakatan Rakyat terima Wan Azizah sebagai MB, sedangkan Wan Azizah sebagai Presiden PKR pun gagal berfungsi dengan baik.. semua kerja dibuat oleh Anwar hatta mesyuarat, ceramah, sidang media dan lain-lain lagi".

"Mana mungkin Wan Azizah boleh jadi MB jika ini keadaannya. Beliau pasti akan jadi boneka dan Anwar yang jadi MB sebenarnya.. Maknanya di sini Anwar pula yang tamak kuasa mahu jadi MB, Wan Azizah hanyalah bayang-bayang Anwar sahaja sebenarnya.. Maka itu, tidak wajar Rafizi dan Mat Taib menyerang PAS sedangkan wabak penyakit itu adalah dibawa oleh PKR sendiri..."tambah beliau lagi.

Ketika ditanya persoalan tentang PAS enggan bertanggungjawab terhadap kenyataan kontroversi ahlinya yang dibocorkan menerusi media sosial berhubung cadangan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR). "Bagi saya,  Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki dan pimpinan PAS yang lain ada hak untuk membicarakan hal ini secara dalaman (WhatsApp).. Mereka mungkin sudah tidak tahan dengan kerenah PKR yang tidak habis-habis bergaduh sesama sendiri".

"Isu MB adalah isu besar dan PKR sepatutnya berbincang secara teliti dengan kepimpinan PAS, bukan dengan beberapa kerat pemimpin. Sesiapa pun akan terfikir untuk  keluar dari Pakatan Rakyat jika melihat PKR sudah lari dari matlamat asal penubuhannya. Gemar bergaduh sesama sendiri dan Anwar selaku Ketua Umum parti pula gagal mendamaikan puak-puak yang bergaduh. Mereka ada hak untuk bicara soal ini kerana terlalu kecewa melihat kekecohan isu MB yang ditimbulkan oleh PKR itu sebenarnya".

"Tidak perlu sampai diambil sebagai kenyataan rasmi macam yang Rafizi Ramli dakwa. Jika begitu, DAP sebelum ini dengan jelas menolak Hudud... dan sepatutnya PAS juga tidak boleh terima mereka.. namun isu itu diselesaikan secara berhemah.. Tidak perlu Rafizi menuding jari sedemikian rupa atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Strategik PKR. Beliau harus melihat kegagalan Anwar menyebabkan virus itu menular akhirnya", kata Blogger Cucumatkilau lagi. Baca selanjutnya Di Sini
Share:

Panas Isu MB: Rafizi Dakwa PAS Khianati Pakatan Rakyat !


PETALING JAYA: Hanya dengan satu paparan skrin yang dibocorkan kepada umum, dua sekutu pakatan pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS kini berhadapan krisis dalaman yang semakin merumitkan.

Selain menuduh PAS mengkhianati perjuangan Pakatan Rakyat (PR), Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli turut menyifatkan parti yang memperjuangkan dasar Islam itu masih mengamalkan politik perkauman yang sempit.

Tegas Rafizi, berdasarkan paparan skrin perbincangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang kini menjadi viral di dalam sosial, parti itu jelas bercanggah dengan lima prinsip dan dasar yang dipersetujui bersama antara PKR-PAS-DAP dalam PR.

"Pandangan, cadangan dan pertimbangan Dr Zuhdi ini melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS – baik secara dalaman atau dengan rakan-rakan politik dan NGO lain.

"Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi. Namun, pendapat dan sentimen yang dizahirkan oleh Dr Zuhdi memberi gambaran bahawa masih ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan Rakyat di dalam pucuk pimpinan PAS walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kenyataan keras Rafizi itu dibuat selepas tersebarnya paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat mengenai strategi parti itu berhubung isu Menteri Besar Selangor.

Menerusinya, seorang AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dilihat mengemukakan pandangan dan saranan jika PAS mahu keluar daripada PR.

Selain mengutarakan cadangan supaya PAS menjalin kerjasama dengan Umno, Mohd Zuhdi turut menyentuh mengenai isu perkauman agar kuasa politik kembali dikuasi orang Melayu.

Mengulas lanjut Rafizi turut menuntut penjelasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama ada terdapat lebih ramai kepimpinan tertinggi PAS yang mengamalkan politik perkauaman dan anti demokrasi.

"Berapa ramai lagi dari kalangan pimpinan pusat PAS yang berpandangan perkauman dan anti demokrasi seperti ini supaya kita tahu pendirian mereka, bukannya bermuka-muka di depan dan mengutarakan cadangan yang khianat kepada Pakatan Rakyat dalam perbincangan tertutup seperti Dr Zuhdi?.

"Selain itu, apakah tindakan disiplin terhadap Dr Zuhdi yang akan diambil oleh PAS apabila mengutarakan cadangan yang khianat ini?" soalnya. #sumber
Share:

Panas Isu MB: "Mat Taib" Pula Dakwa Presiden PAS Gopoh !


PETALING JAYA: Selepas hanya setahun menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib secara terbuka menyalahkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Tegas Muhammad, Abdul Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan menyatakan sokongan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar.

"Kenyataan Presiden PAS telah menimbulkan suasana tegang. Sepatutnya hal ini akan dibincangkan dahulu pada pada 10 Ogos akan datang.

"Selepas itu barulah keputusan PAS dimaklumkan secara rasmi," katanya pada Selasa.

Muhammad menyertai PAS pada April 2013.

Beliau berkata demikian menerusi surat terbuka yang dikirimkan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tajuk 'Mengapa Menteri Besar Selangor Perlu Ditukar'.

Baru-baru ini Nik Abdul Aziz yang turut menyokong Abdul hadi mempersoalkan alasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


Sebelum itu, Dewan Ulama PAS Pusat turut menyatakan sokongan mahu supaya Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selaras dengan pendirian yang dinyatakan Abdul Hadi.

Selain itu,  menerusi surat terbuka itu juga, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno menyatakan bahawa Abdul Khalid sudah hilang kepercayaan daripada ahli PAS, PKR dan DAP. #sumber
Share:

Ahli Bocorkan Rahsia, PAS Tidak Mahu Bertanggungjawab


PETALING JAYA: PAS enggan bertanggungjawab terhadap kenyataan kontroversi ahlinya yang dibocorkan menerusi media sosial berhubung cadangan supaya parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti itu tidak seharusnya dipersalahkan terhadap mana-mana pandangan peribadi ahlinya kerana ia tidak mencerminkan pendirian sebenar mereka.

"PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan...tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum," katanya pada Selasa.

Beliau mengulas mengenai kekecohan yang berlaku berhubung pendapat Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar PR.

Isu berkenaan timbul selepas satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat dibocorkan dan menjadi viral di laman sosial.

Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga merupakan Pengarah Eksekutif PPP berkata, pendapat yang dikemukakan Mohd Zuhdi merupakan pandangan peribadi yang bersifat tidak formal.

"Secara tegasnya, olahan perancangan senario Dr Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan PPP," katanya.

Bagaimanapun, tambah Dzulkefly, perbincangan secara tidak formal mengenai isu kontroversi seperti ini oleh AJK PAS Pusat menerusi WhatsApp bukanlah sesuatu yang baharu.

"Dalam konteks kontroversi perbincangan dalam kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat berhubung kajian ini, saya ingin jelaskan bahawa senario yang tersebar luas melalui paparan skrin tersebut bukanlah satu-satunya senario yang dibincangkan dengan kaedah perancangan senario beliau (Mohd Zuhdi).

"Pelbagai senario lain yang merangkumi kemungkinan, termasuk situasi paling buruk juga dibincangkan secara sumbang saran," katanya. #sumber
Share:

Isu MB: TPM Gusar Rundingan Penstrukturan Air Terjejas !


MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan kebimbangan isu penukaran Menteri Besar Selangor akan menjejaskan rundingan penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air di negeri itu yang kini di peringkat akhir.

Beliau berkata, jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar, persoalan besar yang timbul ialah sama ada rundingan itu akan diteruskan atau dibatalkan.

Jika dibatalkan, katanya, ia bukan sahaja menjejaskan bekalan air kepada rakyat Selangor malah penduduk di kawasan Lembah Klang.

"Soal yang boleh timbul, yang rakyat selangor harus tanya, kalau berlaku perubahan Menteri Besar, (adakah) kontrak yang telah dipersetujui ini terbatal ataupun tidak diteruskan, langkah-langkah untuk mengambil alih konsesi yang telah dirunding oleh kerajaan Selangor yang sedia ada ini juga terbatal?," katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu Air Selangor, berkata demikian kepada pemberita semasa Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Bersama Media di kediamannya di sini, Selasa.

Beliau berkata, kerajaan pusat sedang memerhati keadaan di Selangor dengan rapi kerana semua pihak, khususnya rakyat, mahu politik di negeri itu stabil dan kerajaan pusat juga tidak mahu pelaksanaan projek Empangan Langat 2 terganggu.

Muhyiddin juga berharap hubungan baik yang dijalin Abdul Khalid dengan kerajaan pusat dapat diteruskan.

Selain itu, beliau berkata, isu berkenaan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat berkaitan hala tuju kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Apa akan jadi lepas ni? Khalid disokong oleh PAS tetapi tak disokong oleh pemimpin parti dia sendiri.

"Apakah (jawatan) MB Selangor itu hak milik PKR sahaja ataupun ia diputuskan atas muafakat Pakatan Rakyat?," soal beliau.  #sumber
Share:

Maklumat Sulit "Cadangan PAS Keluar Pakatan" Tersebar !


PETALING JAYA: Pembocoran maklumat sulit berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai perbuatan khianat di saat banyak pihak meramalkan perpecahan bakal berlaku dalam pakatan pembangkang selepas Aidilfitri.

Kesal dengan kebocoran maklumat rahsia berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan individu yang menjadi dalang dalam parti itu jelas dibuat dengan niat jahat.


Jelas beliau, paparan skrin aplikasi WhatsApp yang seolah-olah menggambarkan seorang AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (foto) sebagai penggerak disebalik cadangan berkenaan diambil dalam konteks yang tidak menyeluruh.

"Itu pengkhianatan terbesar dalam PAS Pusat. Print screen perbincangan yang paling sulit dah rahsia.

"Ayat Dr Zuhdi itu adalah dalam nada senario dan apabila diambil sekerat, maka jadi jahat maksudnya," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas itu merupakan penjelasan berbentuk edaran dalaman mengenai kedudukan sebenar berhubung cadangan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat.




Bagaimanapun, Mohd Zuhdi sendiri menerusi kenyataannya mengakui bahawa AJK PAS Pusat sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat.



Akuinya, senario kemungkinan PAS bertekad untuk kembali bergerak tanpa sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dibincangkan secara terpeinci oleh Jawatankuasa PAS Pusat.

Dedah Mohd Zuhdi, cadangan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat mula diusulkan oleh seorang pemimpin kanan mereka yang tidak dinamakan.

Katanya lagi, cadangan berkenaan turut disokong oleh tidak kurang 10  AJK PAS Pusat yang dikatakan 'rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim'.

Pendedahan ini merupakan penjelasan Mohd Zuhdi mengenai dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merangka strategi PAS di Selangor khususnya membabitkan krisis Menteri Besar negeri itu.

Menerusi mesej itu, Mohd Zuhdi turut mencadangkan supaya PAS bergabung dengan Umno.

Mohd Zuhdi yang secara tidak langsung mengakui kesahihan paparan skrin itu bagaimanapun menafikan beliau termasuk dalam senarai pimpinan PAS yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.




"Ia (maklumat bocor) dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario  tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Zuhdi, mesejnya dalam aplikasi itu hanyalah imaginasi beliau mengenai senario jika PAS benar-benar mahu meninggalkan Pakatan Rakyat.





"Disebabkan permintaan tersebut (buat analisis senario) saya pun mula melakukan analisis ringkas dengan meramalkan senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR.

"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.

Dedah Mohd Marzuki lagi, kumpulan yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu turut mengusulkan supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini memberi fokus kepada isu masa depan parti.

"Mereka menyambut usul keluar Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dengan ada yang menambah supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini," katanya. #sumber
Share:

Cadangan Keluar Pakatan Rakyat: DAP Serang, Kutuk PAS !


PETALING Jaya: PAS terus diserang rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila wakilnya dengan lantang mencadangkan supaya parti itu membatalkan kerjasama politik antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lebih memburukkan keadaan, apabila pemimpin DAP itu mengutuk saranan supaya PAS bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan di peringkat Selangor.

"Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar daripada PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan Umno dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor yang telah memberi mandat yang jelas kepada PR dalam PRU-13.

"Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk sekeras-kerasnya," kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke pada Selasa.

Tegas Loke, kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mahu 'menjentik' DAP dan bukan Islam sekiranya PAS sudah berkuasa juga disifatkan sebagai sangat tidak bertanggungjawab.

"DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Dr Mohd Zuhdi. Analisis sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS Pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur membelot kepercayaan rakyat.

"Lebih mendukacitakan apabila beliau yang sepatutnya diamanahkan sebagai think tank kepada PAS boleh mengimaginasikan untuk 'menjentik' DAP, gereja dan bukan Islam apabila ada pandangan yang berbeza. Kemana perginya sifat keterbukaan dan toleransi dalam slogan PAS for All?" soalnya.

Mengulas lanjut Loke berkata, DAP mahu pimpinan PAS Pusat supaya mengambil pendirian tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Mohd Zuhdi.

Sejak Isnin, pengguna media sosial dikejutkan dengan satu paparan skrin aplikasi WhatsApp perbincangan AJK PAS Pusat yang dibocorkan mengenai maklumat kononnya PAS sedang mempertimbangkan untuk keluar daripada PR. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.