GAZA (Palestin): Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza pada Khamis.
Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian itu.
Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa serangan, tetapi seorang wartawan AFP yang berada dekat rumah mayat berkata, mayat-mayat yang tiba dari tempat kejadian termasuk seorang ibu dan bayinya yang berusia setahun.
Ia merupakan insiden terbaharu membabitkan serangan Israel yang menyasarkan sekolah dan hospital di wilayah Palestin, dengan jumlah kematian dalam serangan militan Gaza sejak 17 hari lalu mencecah lebih 770 orang.
Sementara itu, seorang pegawai PBB mengesahkan beberapa orang maut dan cedera di sekolah di Beit Hanun, yang digunakan sebagai pusat perlindungan beratus-ratus rakyat Palestin. #sumber
SUMBANGAN EHSAN UNTUK DANA RAYA PDO PRIHATIN
Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh umat Islam beberapa hari lagi, maka kami Krew Peneritan Portal Rakyat Pahang Daily Online (PDO) merayu sumbangan ehsan daripada pembaca budiman untuk mengisi dana Raya PDO Prihatin 2014. Dana diperlukan untuk sumbangan kepada rakyat miskin tegar dan individu yang memerlukan dalam edisi Terjah yang bakal diadakan. Sumbangan RM10 minima daripada para pembaca budiman diharap dapat membantu melancarkan lagi aktiviti ini. Buat masa ini, PDO masih tidak mempunyai dana khas untuk tujuan berkenaan dan amatlah berharap ehsan daripada para pembaca budiman. Segala sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank: 1560 1229 3688 atau CIMB: 06-10000-1938-208. Hubungi talian hotline 019-2845511 untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan