script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Jengka: Kedai Emas Kena Rompak, Kerugian RM900,000 !


JENGKA: Tidak sampai lima minit, dua penjenayah berjaya membawa lari barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM900,000 selepas menyamun sebuah kedai emas di Bandar Tun Abdul Razak Jengka dekat sini, baru-baru ini.

Kejadian jam 8.20 pagi itu turut menyebabkan mangsa, Muhd Buqari Sulaiman, 36, yang merupakan abang ipar kepada pemilik kedai nyaris maut apabila sukar bernafas akibat dikurung di dalam bilik kebal hampir satu jam oleh suspek bersenjatakan sepucuk pistol.

Pemilik kedai, Shahruddin Majid, 25, berkata, sebaik memasuki kedai dan mahu menutup kembali gril pintu, abang iparnya yang datang seorang diri dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki bertopeng muka.

Menurutnya, seorang daripada lelaki itu yang memakai topi mengacukan pistol ke leher mangsa sebelum memberi arahan untuk masuk ke dalam kedai.

“Tanpa banyak bercakap, mereka paksa abang ipar membuka pintu bilik kebal di ruang belakang kedai.

“Mereka arahkan abang ipar memasukkan semua barang kemas seberat lebih lima kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM800,000 dan wang tunai RM100,000 ke dalam sebuah beg.

“Abang ipar tidak dilepaskan sebaliknya mereka bertindak mengurung dia di dalam bilik kebal sebelum penjenayah itu melarikan diri,” katanya.

Shahruddin berkata, dia yang tinggal di Jerantut mengesyaki sesuatu ketika sampai di hadapan kedai apabila pintu dan gril tidak tertutup.

Menurutnya, panggilan telefon abang ipar tidak terjawab menyebabkan dia masuk ke dalam kedai dan mendapati kunci berselerak berdekatan pintu bilik kebal.

“Bila buka, abang ipar sudah terbaring lemah akibat kelemasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tempat kejadian mempunyai CCTV tetapi gagal memperlihatkan nombor kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan suspek untuk melarikan diri.

“Kejadian tidak disedari orang yang berada di kawasan berhampiran.

“Penjenayah bersenjatakan sepucuk pistol semi auto dan tiada sebarang tembakan dilepaskan,” katanya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.