script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Media Selangor, Laporkan Tinjauan 80% Sokong Khalid MB


KUALA LUMPURKetika PKR mengumumkan akan menggantikan Menteri Besar Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, media rasmi negeri Selangorkini melaporkan beliau terus mendapat sokongan rakyat.

Memetik sebuah tinjauan Internet sejak semalam di poll.pollcode.com, Selangorkini melaporkan Abdul Khalid mendahului dengan peratusan tinggi.


“Setakat jam 9 pagi tadi, daripada sejumlah 3,698 undian, 80 peratus daripadanya iaitu 2,983 undi memilih Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar,” lapor Selangorkini.

Dengan kapsyen “Suara Rakyat Selangor”, undian itu dilapor meletakkan tiga pilihan lain – Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Azmin Ali dan pilihan terakhir semua DUN dibubarkan.

Selangorkini melaporkan Wan Azizah hanya beroleh 399 undian (11 peratus), Azmin 75 (2 peratus) sementara 241 lagi (7 peratus) memilih DUN Selangor dibubarkan.


Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR memutuskan memilih Wan Azizah untuk menggantikan Khalid. Keputusan itu sudah dibentangkan kepada majlis presiden Pakatan dan kini menunggu keputusan PAS dan DAP.

Selangorkini melaporkan, pengumuman yang dibuat Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan perkara itu menerima reaksi kurang senang rakyat yang mempersoalkan keperluan pertukaran itu.

Tinjauan portal itu semalam juga dikatakan mendapati kebanyakan rakyat menuntut penjelasan dan alasan Abdul Khalid perlu diganti memandangkan beliau mempunyai rekod kerja cemerlang dan bersih sehingga kini. #sumber
Share:

1 ulasan:

  1. yang patut dipencenkan nuar,rafizi dan ditukar ialah puppet bernama azizah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Shahaniza Timbulkan Persoalan: Jika Kementerian Kewangan (MOF) Yang Keluarkan Waran, Bagaimana KKDW Boleh ‘Terlebih Belanja’?

KUANTAN: Persoalan mengenai dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ‘terlebih belanja’ perlu dijelaskan secara terperinci deng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.