script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Teresa: Kenyataan Seksis Hafarizam, Tidak Menghairankan


KUALA LUMPUR: Tiada apa yang menghairankan dengan kenyataan seksis peguam UMNO Mohd Hafarizam Harun berhubung kelayakan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim sebagai Menteri Besar, kerana ia hanya mengikut ‘tradisi’ gasar parti itu.
Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata, kenyataan Hafarizam itu adalah bahasa harian digunakan ahli politik UMNO kepada rakan politik, kroni perniagaan malah kepada sesiapa sahaja.
“Kenapa ada yang masih terkejut dengan ucapan bodoh dan meloyakan pemimpin UMNO dan sekutu mereka? Kalau bukan seksis, ia biasanya sesuatu yang tidak wajar tentang kaum, agama, malah sejarah dunia.
“Dan Hafarizam adalah individu terbaru yang menyertai senarai panjang orang bahlul dalam parti itu,” katanya sinis.
Dalam masa sama, kata Teresa, pemimpin UMNO mencemarkan wacana awam dengan bahasa kasar dan pemikiran kotor mereka.
Beliau mengulas kenyataan Hafarizam dalam wawancara bersama New Straits Times semalam bahawa Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor dengan alasan tidak dapat mengiringi Sultan dalam acara keagamaan ketika ‘haid’.
Ahli Parlimen Seputeh itu turut bersetuju dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli bahawa kenyataan itu ‘terpacul’ daripada Hafarizam kerana takut kemungkinan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dibatalkan jika Wan Azizah menjadi MB.
Hafarizam adalah pengarah syarikat Zabima Engineering Construction Sdn Bhd dan Emrail Sdn Bhd, antara pemegang saham utama dalam Kidex Sdn Bhd.
“Beliau kini menyertai ahli politik  UMNO yang muncul sebagai penyokong kuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Perlu diingat, beliau (Hafarizam) adalah pemegang saham dalam syarikat yang mendapat projek Kidex.
“Dapat difahami mengapa beliau cuba sedaya mungkin memadamkan peluang Khalid diturunkan daripada jawatannya – kerana wang berjuta-juta ringgit menjadi pertaruhan,” kata Teresa.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyebut bahawa beliay dapat bekerjasama dengan Khalid, manakala Ketua  UMNO  Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee pula berharap Khalid dapat meneruskan tugasnya itu. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.