script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Presiden:Kemenangan Joko Widodo Bakal Diumum Hari Ini


JAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia dijangka mengumumkan kemenangan Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi dalam pemilihan presiden republik itu, pada Selasa.
Pengiraan undi oleh KPU di peringkat wilayah menunjukkan Gabenor Jakarta, Joko Widodo meraih 53.17 peratus undi, manakala Prabowo 46.83 peratus.

“Kami akan menyiarkannya pada tarikh yang ditetapkan,” kata pesuruhjaya KPU, Arief Budiman kepada portal berita Indonesia, JPNN.com.

Arief berkata, bahawa sehingga kini pengiraan dilakukan mengikut jadual dan kiraan undi di peringkat kebangsaan diadakan pada 20 hingga 22 Julai.

Pesuruhjaya KPU, Sigit Pamungkas dipetik Reuters berkata: “Setakat ini kami tidak berhadapan dengan apa-apa yang akan menangguhkan pengumuman keputusan rasmi atau proses pengiraan semula.”

Sebelum ini, pencabar Jokowi, Prabowo Subianto meminta supaya pengumumman rasmi itu ditangguhkan.

Pengurus kempen Prabowo, Fadli Zon dalam satu sidang media menggesa KPU untuk menangguhkan pengumuman kerana mendakwa berlaku penyelewengan di sebilangan besar pusat undi.

“Kami mendapati adanya penipuan struktur, besar-besaran dan dilakukan secara sistematik,” kata Fadli yang dipetik JPNN.com.

Habiburokhman, seorang ahli pasukan perundangan Prabowo dan calon naib presiden, Hatta Rajasa pula mendakwa bahawa kira-kira 5,800 pusat undi disyaki melakukan penyelewengan dalam pilihan raya. #sumber
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.