script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Seluruh Kontinjen Polis Perlis, Perlulah Di Gantung Tugas !


KLANG: Ahli Parlimen Klang Charles Santiago (foto) menggesa seluruh kontinjen polis di Perlis digantung tugas sehingga isu pemerdagangan manusia di Wang Kelian dan Padang Besar selesai dibuat.
Dalam kenyataannya hari ini Charles berkata, tidak masuk akal apabila polis menyatakan hanya dua anggota yang terlibat dalam jaringan penyeludupan manusia tersebut.
“Ini tak masuk akal. Ribuan ditahan dalam keadaan yang teruk. Ada yang diseksa dan dirogol. Ramai yang dibunuh.
“Penduduk tempatan sendiri turut melapor dan menyerahkan mereka kepada pihak polis,” kata Charles.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata bahawa ‘semua orang tahu tentang aktiviti penyeludupan’ di Wang Kelian dan Padang Besar.
Namun, beliau kemudiannya mengubah nada dengan menyatakan hanya dua anggota polis Malaysia terlibat dalam rangkaian penyeludupan manusia.
“Mereka (polis) memberi akses kepada pemberita ke tapak kem. Namun apabila ditanya soalan-soalan sukar, tiada jawapan diberikan,” ujar Charles.
Tenaganita, sebuah NGO yang mengendalikan isu pelarian dan migran sebelum telah melaporkan kepada polis semenjak 2008 mengenai aktiviti pemerdagangan manusia di kawasan tersebut. 
“Sudah tentu orang akan berfikir bahawa polis membuat susulan dengan siasatan, namun tidak ada laporan mengenai perkara ini,” kata Charles.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen berkata, perkara tersebut di luar pengetahuan polis, lebih-lebih lagi kem tersebut berada di lokasi yang sukar.
Dilihat cuba berundur dari melibatkan polis dan pihak berkuasa lain, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya memainkan peranan kecil.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim pula memalukan dirinya sendiri apabila menyatakan bahawa anggota polis yang ditangkap itu didorong sogokan wang, sehingga tidak menyedari pembunuhan dan penyiksaan di kem tersebut.
“Rakyat Malaysia tidak bodoh. Pihak polis mesti menyatakan kebenaran. Kami mempunyai hak untuk mengetahui apa yang berlaku, hanya akibat ketamakan dan wang.
“Sehingga siasatan selesai, seluruh pasukan polis di Perlis patut ‘digantung’, ujar Charles. #sumber
Share:

Ahmad Maslan Minta, Peniaga Tidak Naikkan Harga Barang




KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta peniaga tidak menaikkan harga barangan selepas harga runcit petrol dan diesel mengalami kenaikan 10 sen seliter mulai tengah malam ini.
“Bila harga minyak turun, harga barang tak turun. Bila harga minyak dunia naik, maka minyak Malaysia juga naik.
“Harga barang jangan pula dinaikkan!, tulis Ahmad di laman mikro twitter.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di laman Facebook rasmi petang tadi memaklumkan, harga runcit baru bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, RON97 RM2.35 seliter (termasuk GST 6%), dan diesel RM2.05 seliter.
Harga petrol dan diesel sebelum ini tidak berubah selama dua bulan berturut-turut iaitu pada bulan April dan Mei dengan kali terakhir pada bulan Mac.
Sebelum ini, harga minyak tidak berubah dengan petrol RON95 pada kadar RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter. #sumber

Share:

Harga Semua Jenis Minyak "Naik 10 Sen Seliter" Mulai 1 Jun


PETALING JAYA: Harga semua jenis minyak naik 10 sen seliter berkuatkuasa 12 tengah malam, 1 Jun. 

Menerusi laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada malam Ahad, minyak RON 95 yang dijual pada harga RM1.95 akan dinaikkan kepada RM2.05 seliter.



Manakala bagi RON97 dan diesel yang masing-masing dijual pada harga RM2.25 dan RM1.95 seliter dinaikan kepada RM 2.35 dan RM 2.05 seliter.
Ketika dihubungi, Menteri Datuk Seri Hasan Malek mengesahkan kenaikan harga bahan api itu. 
Ini berikutan keputusan Kementerian untuk menetapkan harga pasaran petrol dan diesel pada apungan terurus , bermula dari 1 Disember tahun lepas. #sumber
Share:

Bekas Penyewa Di Buru, Bantu Siasatan Penemuan Mayat !


KUALA LUMPUR: Polis sedang menjejaki bekas penyewa sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini bagi membantu siasatan berhubung penemuan satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur rumah itu pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bekas penyewa itu, Loo Chon Wen, 33, masih berada di negara ini dan polis yakin lelaki berkenaan tidak lagi berada di Lembah Klang. 

Penyewa itu yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya termasuk seorang anak perempuan diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan, katanya.  

"Siasatan awal mendapati, keluarga itu yang menetap di rumah berkenaan sejak tahun lepas, mengosongkan rumah bulan lepas tanpa memaklumkan kepada tuan rumah Ng Ah Kau, 68. 

"Pemilik rumah sudah beberapa kali menghubungi penyewa berkenaan yang tidak membayar sewa, namun gagal dikesan," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Ali berkata proses bedah siasat ke atas mayat tersebut telah dijalankan di Hospital Sungai Buloh. 

"Hasil bedah siasat mendapati, mayat dipercayai seorang kanak-kanak lelaki berumur antara lapan dan 10 tahun...tempoh kematian mangsa kira-kira lapan minggu lepas. 

"Bagaimanapun, pihak kami masih menyiasat bagi mengenal pasti identiti bangsa dan punca kematian mangsa," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Pada Jumaat, polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput yang berbalut kain di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong. 

Mayat itu ditemui susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur itu berikutan terhidu bau busuk. #sumber
Share:

Pemimpin PR Akan 'Buat Pertemuan' Atasi Krisis PAS-DAP !


SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka menetapkan tarikh untuk pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadakan pertemuan tidak lama lagi, kata Azmin Ali.
Timbalan Presiden PKR mengumumkan perkara tersebut berikutan krisis antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilaporkan media.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang baru-baru ini mengenai Pakatan Rakyat akan berpecah dalam tempoh dua minggu lagi.
"Hentikan perbalahan antara satu sama lain di media atau rakyat akan bosan.
"Pesanan saya ini untuk semua pemimpin Pakatan," kata Menteri Besar Selangor itu selepas menghadiri Islamic Fest 2015 di Stadium Malawati di sini, malam Sabtu.
Azmin berkata, PKR tidak mempunyai masalah menjadi orang tengah antara PAS dan DAP, dan adalah sebaik-baiknya buat Pakatan untuk berbincang bagi menyelesaikan perkara itu dengan segera.
Konflik antara DAP dan PAS semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Dilaporkan bahawa Abdul Hadi sebagai berkata, parti itu bersedia untuk memutuskan hubungannya dengan DAP.
Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP bersikap keterlaluan dan tindakan itu tidak boleh diterima. #sumber
Share:

Mahkamah Benar, Rayuan Anwar Tak Libat Sabitan Lampau


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat membenarkan permohonan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya penghakiman  kes liwat pada 1998 tidak diguna pakai sebagai pembelaan Senator Datuk  S. Nallakaruppan dan dua lagi dalam kes saman fitnah RM100 juta terhadap mereka.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara setelah mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi.

Pada 26 Disember 2012, Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan Nallakaruppan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu Datuk Abdul Aziz Ishak untuk mengekalkan hampir semua penyataan dalam pembelaan bagi kes saman tersebut.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Hakim Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Peguam Muhammad Asmirul Asraf Fadli, mewakili Utusan, memberitahu pemberita bahawa keputusan tersebut dibuat berdasarkan Seksyen 43 Akta Keterangan yang menghalang sabitan jenayah lampau diguna pakai di dalam kes saman sivil.

Dalam kes liwat I, iaitu dakwaan meliwat pemandu peribadi, Azizan Abu Bakar, penghakiman bertulis yang dibuat oleh bekas Ketua Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad ada menyatakan bahawa 'Anwar mempunyai kecenderungan homoseksual'.

Selain itu, mahkamah yang sama turut menolak rayuan balas yang difailkan Nallakaruppan, Utusan dan Abdul Aziz serta memerintahkan mereka membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Anwar.

Pada 26 Mac 2012, Anwar memfailkan saman terhadap ketiga-tiga defendan berhubung perkataan Nallakaruppan, yang didakwa fitnah dan mencemar nama baiknya, yang disiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mac 2012 bertajuk "Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang Nalla".

Penyataan tuntutan Anwar mendakwa perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam artikel itu adalah palsu, tidak berasas dan disiar dengan niat jahat.

Selain ganti rugi am sebanyak RM100 juta, Anwar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Kesemua defendan mengemukakan pembelaan justifikasi, perlindungan bersyarat serta komen yang adil, dan mereka bergantung kepada pendapat majoriti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan bagi kes liwat Anwar pada 1998. #sumber
Share:

Parti Dadah Liar Di Berjaya Time Square, 51 Orang Di Tahan


KUALA LUMPUR: Seramai 51 orang termasuk penganjur parti dadah liar ditahan dalam Ops Parti Liar yang diadakan di Tingkat 44, Berjaya Times Square di sini, Sabtu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, kesemua individu termasuk penganjur parti itu, seorang wanita ditahan oleh sembilan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi.
Dalam operasi selama tiga jam bermula kira-kira 12.30 pagi Sabtu,  18 daripada 51 orang yang ditahan itu adalah wanita. 
"Seramai 20 orang positif ujian air kencing dan kini ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.
Beliau berkata, seorang pula ditahan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.
"Tujuh lagi ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan 23 lagi individu ditahan atas pemeriksaan dokumentasi," katanya. #sumber
Share:

Ops Warta: "12,880 Pesalah Serah Diri" Di Seluruh Negara !


KUALA LUMPUR: Sebanyak 12,880 pesalah trafik telah menyerah diri kepada polis di seluruh negara sepanjang tempoh 'Ops Warta' yang masuk hari ke-12, Sabtu.
Menurut laporan polis trafik Bukit Aman, Johor terus mencatat jumlah tertinggi iaitu 3,031 orang, diikuti Selangor (2,517), Pulau Pinang (1,146) dan Perak (1,067).
Sehingga hari ini, sebanyak 2,596 pesalah yang gagal menyelesaikan waran tangkap ditahan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 840 akan didakwa dan selebihnya dibenarkan ikat jamin.
'Ops Warta' dilancarkan pada 19 Mei lepas untuk mengesan pesalah trafik yang dikenakan waran tangkap. #sumber
Share:

Dr.Zuhdi: Pemilihan PAS, PasMa "Rancang Gulingkan" Hadi


PETALING JAYA: Menjelang pemilihan PAS minggu depan, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) didakwa menjadi perancang dalam usaha untuk menggulingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaga presiden PAS.
Selain itu Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki (foto) turut mendakwa PasMa merancang untuk melakukan Grand Design bagi memastikan kumpulan mereka memenangi jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
"Jelas sekali PasMa berperanan di belakang Ahmad Awang, apabila terdapat figure PasMa mengiringi beliau sewaktu menyerahkan jawapan kesediaannya bertanding jawatan Presiden PAS baru-baru ini.
"Program-program yang melibatkan Ahmad Awang juga banyak dianjurkan oleh mereka yang sama ada ahli PasMa ataupun yang sebelum ini mesra PasMa.
"PasMa dilihat melakukan cubaan nekad untuk mencorakkan siapakah pimpinan PAS yang perlu dinaikkan dan siapa pula yang perlu diturunkan," kata Mohd Zuhdi menerusi kenyataan pada Jumaat.
Kesediaan Ahmad untuk mencabar Hadi yang memegang jawatan presiden PAS selama 13 tahun sejak 2002 itu mencipta sejarah selepas 55 tahun.

Kali terakhir jawatan itu dipertandingkan ialah ketika Presiden PAS ketiga, Dr Burhanuddin Al-Helmy dicabar oleh Prof Zulkifli Muhammad dalam Muktamar PAS kelima pada tahun 1960.
Mengulas lanjut Mohd Zuhdi mengandaikan bahawa PAS akan menjadi 'budak suruhan DAP' jika Hadi tewas di tangan Ahmad.

"Sekiranya cubaan mereka (PasMa) menyingkirkan Tuan Guru Abdul Hadi dan kumpulan yang mendukung Kepimpinan ulama berjaya, PAS selepas ini akan menjadi 'budak suruhan DAP' dalam Pakatan Rakyat.

"Sekiranya cubaan mereka gagal, PasMa berkemungkinan akan menubuhkan parti baharu sebagaimana yang diuar-uarkan oleh mereka," katanya. #sumber
Share:

Keluarga Kemukakan Dua Tuntutan, Jika Anwar Masuk Wad


PETALING JAYA:  Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya memenuhi dua tuntutan sekiranya bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan.
Tuntutan itu membabitkan kebenaran untuk ahli keluarga melawatnya di hospital dan melantik doktor untuk menilai keadaan kesihatan Anwar.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mewakili keluarganya berkata, peluang untuk bertemu dengan Anwar sepanjang berada di hospital itu adalah amalan yang pernah dibuat keluarganya semasa bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjara selama hampir enam tahun sebelum dibebaskan pada 2004.
Sehubungan itu, katanya, jika pertemuan di hospital itu dihalang, beliau mendakwa ia sebagai arahan baharu yang diterima daripada kuasa-kuasa politik atasan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tuntutan kedua adalah mendesak kerajaan membenarkan adanya penilaian bebas oleh doktor yang dipilih keluarga untuk mengesahkan keadaan kesihatan Anwar.

“Kalau dah lebih tiga minggu kita beri peluang dan beri kerjasama penuh. Pada masa sama, kalau ia memberi impak begitu negatif kepada keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita harus bertindak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian mengenai dakwaan tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.
Terdahulu, pada sidang media sama, Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa Anwar akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan.
"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu," katanya yang merujuk kepada keadaan Anwar yang mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas.
Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. #sumber
Share:

Ku Li: Peletakan Jawatan Najib, Tak Akan Selesai Masalah !


PETALING JAYA: Peletakan jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri tidak dapat menyelamatkan Umno atau "menyelesaikan masalah", kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi juga meletak jawatan tetapi mereka juga "tidak menyelesaikan apa-apa."
Soal beliau, jika peletakan jawatan Najib boleh menyelesaikan masalah, maka Dr Mahathir juga berbuat demikian tetapi "ia tidak menyelesaikan sebarang masalah."
Beliau berkata, Abdullah yang mengambil alih daripada Dr Mahathir kemudiannya dilihat sebagai masalah dan beliau turut meletak jawatan.
"Lebih banyak masalah sekarang," kata Tengku Razaleigh pada sidang media pelancaran Malaysia Harmoni di sini, Sabtu.
Beliau berkata, masalah timbul apabila Umno sebagai parti berasaskan Melayu diheret dengan pelbagai isu hingga sukar menarik minat golongan muda.
Baru-baru ini, Dr Mahathir meminta Najib meletak jawatan isu syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Bhd. #sumber
Share:

Tun Mahathir: Kehilangan Wang 1MDB, Perlu Di Ambil Kira !


PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak boleh terlepas daripada tanggungjawab melakukan sebarang kesalahan walaupun ia melangsaikan hutang menerusi tindakan menyelamatkannya atau memjual aset, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, 1MDB tidak boleh dianggap bebas berhubung dakwaan itu kecuali ia dapat menjelaskan mengenai berbilion ringgit yang hilang itu.
"Dalam perniagaan, wang boleh hilang menerusi pelaburan atau pengurusan yang tidak berkesan. Jika itulah penjelasannya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengurusnya boleh dipecat.
"Tetapi apabila wang itu hilang da pengurusan tidak dapat menjelaskan ke mana ia pergi dan bagaimana ia hilang, jadi pengurusan itu perlu bertanggungjawab walaupun ada usaha menyelamat atau hutang itu dibayar," katanya menerusi entri terbaharu blognya.
Beliau juga menyentuh mengenai kehadiran yang ramai pada program bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjelaskan isu berkenaan serta dasar kerajaan dalam tempoh beberapa minggu ini.
"Kita lihat perhimpunan sama sebelum pilihan raya umum ke-13 tetapi keputusannya lebih teruk daripada pilihan raya sebelumnya.
"Perhimpunan seumpama itu tidak diterjemahkan pada pilihan raya umum ke-13. Mereka datang kerana pelbagai insentif," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa kerajaan meneliti skandal kewangan semasa negara diterajui Dr Mahathir.
"Buka semula kes pasaran tukaran wang asing Bank Negara untuk menentukan sama ada sebarang perundangan tidak dipatuhi sepanjang pentadbiran Dr Mahatir dalam menggunakan simpanan Bank Negara untuk spekulasi matawang," katanya. #sumber
Share:

PKR Dakwa Anwar Lewat Di Rawat, Masuk Wad Selasa Ini !


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tindakan kerajaan yang lewat memberikan rawatan menjadi punca kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin membimbangkan.
PKR dimaklumkan, sejak Anwar dipenjarakan yang kini memasuki hari ke-110, pemimpim pembangkang itu didakwa kehilangan berat badan kira-kira enam kilogram dan ada kesan darah dalam sampel najisnya.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, Anwar juga direkodkan mempunyai tekanan darah yang tidak menentu, dan bacaannya setinggi 163/108 walaupun beliau sedang menjalani rawatan perubatan.
Menurutnya, berdasarkan keadaan kesihatan Anwar itu, dia sepatutnya mendapat pemeriksaan perubatan secara lebih kerap.
Tambah Johari, bekas ketua pembangkang itu juga mengalami kecederaan di bahu kanan sejak setahun lepas dan perlu menjalani pemeriksaan MRI, rawatan lanjut dan kemungkinan pembedahan untuk pulih sepenuhnya.
"Kami mendapat maklumat bahawa Datuk Seri Anwar telah berulang kali membuat permintaan untuk rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital. Sehinggakan permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan ke atas bahu beliau tidak diendahkan sejak beberapa minggu.
"Peguam Datuk Seri Anwar telah menemui beliau Khamis lepas dan diberitahu beliau akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa ini untuk pemeriksaan dan rawatan perubatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Keadilan di sini, Sabtu.

Johari berkata, beliau dimaklumkan bahawa Anwar dilawati oleh doktor-doktor yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan yang sedang memerhatikan keadaan beliau.
Beliau memberitahu bahawa kerajaan menerusi Jabatan Penjara sepatutnya  mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang diperuntukan Peraturan 234 dalam Peraturan-Peraturan Penjara 2000.
“Dia (Anwar) ada hak-hak dia sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, bukan kerana dia sebagai ketua pembangkang tetapi orang yang terpenjara,” katanya.
Dalam pada itu, Johari turut mempersoalkan peranan dan kuasa Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri berhubung masalah kesihatan banduan.
“Kalau seorang pesakit, adakah kementerian mesti beri arahan. Kalau lihat pada SOP, sudah tentu pengarah penjara mempunyai kuasa. Bayangkan kalau menteri ke luar negara banyak hari. Ia seolah-olah pengarah tidak mempunyai kuasa,” katanya.
Sehubungan itu katanya, PKR menuntut supaya Anwar diberikan penjagaan kesihatan secara menyeluruh sebagaimana yang diperlukannya.
“Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mestilah memberikan jaminan bahawa Datuk Seri Anwar dibenarkan berada di hospital selama mana yang diperlukan untuk penilaian kesihatan beliau dan rawatan diberikan sehingga keadaan beliau pulih,” katanya.
Anwar kini dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Febryari lalu menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun atas dakwaan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. #sumber
Share:

Permohonan Peguam Azilah 'Tarik Diri' Di Dengar 11 Jun Ini !


SHAH ALAM: Permohonan peguam Datuk Hazman Ahmad untuk menarik diri daripada mewakili bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Insp Azilah Hadri (foto) dalam kes saman difailkan keluarga Altantuya Shaariibuu berhubung kematian model Mongolia itu akan didengar pada 11 Jun.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suraya Othman menetapkan tarikh itu di dalam kamar semasa permohonan itu dikemukakan di hadapannya bagi pengurusan kes pada Jumaat.
Sementara itu, peguam Ram Karpal Singh yang mewakili para plaintif memberitahu pemberita, mahkamah menetapkan 7 Julai untuk mendengar permohonannya untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan.
"Permohonan untuk meminda writ saman dan pernyataan tuntutan adalah untuk mengimport atau membawa masuk semua dapatan jenayah bagi kes ini," katanya.
Beliau berkata mahkamah menasihatkannya untuk memfailkan permohonan interim bagi penangguhan pada 11 Jun untuk menyerahkan permohonan pindaan itu kepada seorang lagi bekas anggota UTK Koperal Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia.
"Oleh kerana Sirul berada di Australia, kami perlu mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan permohonan pindaan itu kepadanya," kata peguam itu.
Pada 4 Jun 2007, bapa dan ibu Altantuya, Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar Umar, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dan kerajaan Malaysia, menuntut pampasan RM100 juta.
Abdul Razak didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006.

Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Oktober 2008 tanpa dipanggil membela diri sementara Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan pada 2009.
Pada 23 Ogos, 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dikemukakan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.
Bagaimanapun, pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah, serta menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.
Dalam kenyataan tuntutan, keluarga Altantuya mendakwa kematian wanita itu mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta ganti rugi teladan dan teruk.
Mereka mendakwa Altantuya telah ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan C-4 oleh Azilah dan Sirul Azhar manakala cebisan mayatnya ditemukan di satu kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam, pada 7 Nov 2006.
Keluarga Altantuya mendakwa akibat daripada perbuatan Azilah, Sirul Azhar dan Abdul Razak, mereka mengalami kehilangan dan kerugian terutama kedua-dua anak lelaki Altantuya yang kehilangan kasih sayang ibu serta satu-satunya pencari nafkah untuk mereka. #sumber
Share:

Mahkamah: Mazlan Diarah Bayar RM350,000 Kepada Felda


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat memerintahkan  Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan sebuah syarikat membayar ganti rugi RM350,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah lembaga itu dalam sebuah buku.
Hakim Datuk Su Geok Yiam turut memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd yang menerbitkan buku "FELDA... Dulu tolong  Sekarang Ah Long" membayar kos guaman sebanyak RM150,00 kepada Felda.
Sementara jumlah RM350,000 adalah bagi ganti rugi am dan teruk. Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.
Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.
Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.
Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, manakala peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd tidak hadir. #sumber
Share:

DUN Pahang Luluskan Kenaikan 160% Elaun Wakil Rakyat !


KUANTAN: Dewan Undangan Negeri Pahang pada Jumaat meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan berkata elaun Adun Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.

"Cadangan pindaan ini kita telah ambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Jika elaun dinaikkan para Adun dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya yang kemudian mendapat sokongan majoriti Adun termasuk Adun pembangkang.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada Adun menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.


"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Persidangan itu juga meluluskan usul mencadangkan pelantikan Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Wanita Umno Kuala Krau Norahan Abu Bakar sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. #sumber
Share:

MB Pahang: Petani Di Cameron Highlands, Akan Di Beri TOL


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang akan mengeluarkan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada petani yang layak di Cameron Highlands.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri telah diberi hak untuk membantu pekebun kecil selepas berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami telah membuat keputusan untuk meluluskan TOL kepada petani yang telah lama menanam sayur-sayuran atau mereka yang telah bercucuk tanam di situ secara turun-temurun. Mereka boleh meneruskan penanaman mereka seperti biasa tetapi mereka mesti melakukannya mengikut peraturan.

"Tidak akan ada kompromi terhadap penerokaan tanah haram berskala besar. Kita kemudiannya akan membuat penyelarasan plot tanah yang mana yang akan ditanam semula dengan pokok dan yang mana sesuai untuk pertanian," katanya ketika menggulung ucapan sidang DUN di sini.

Adnan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah bersetuju untuk menghentikan operasi terhadap petani.

"Kami memberitahu MKN walaupun mereka mahu mengambil tindakan terhadap petani untuk menunggu dahulu sehingga hasil telah dituai," katanya. #sumber
Share:

Gempar: Awan Berbentuk UFO, Muncul Di Amerika Syarikat


Mutakhir ini berbagai-bagai kejadian aneh menimpa bumi. Sama ada ia disedari atau tidak hanya mereka yang menyaksikannya sahaja benar-benar mengetahui. Sebelum ini kita digemparkan dengan tulisan khalimah Allah muncul di awan, kini muncul pula imej-imej berbentuk UFO di awan.



Terkini, seorang penduduk Selatan Texas, Amerika Syarikat iaitu M.Davis berjaya merakamkan gumpalan awan berbentuk UFO yang seakan-akan mahu menyerang bumi. Keadaan ini mencemaskan penduduk setempat yang bergegas keluar dari rumah masing-masing untuk melihat sendiri kejadian tersebut.


Apa yang disaksikan ini sungguh mengejutkan. Malah ada juga awan-awan putih yang bergumpal menutup ruang angkasa dapat disaksikan juga di Amerika Syarikat. Apapun semua ini hanya Allah jua maha mengetahuinya. Sama-sama kita ambil ikhtibar atas apa yang disaksikan ini. #sumber
Share:

Saham FGV Jatuh Menjunam, Pahang Rugi RM478.66 Juta !


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang menanggung kerugian sebanyak RM478.66 juta berikutan kejatuhan harga saham Felda Global Venture (FGV).

Ia menjunam sehingga kurang daripada RM2 iaitu harga terendah dalam sejarah tercatat semalam hanya RM1.92 sahaja.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, Kerajaan Negeri Pahang memegang lima peratus saham FGV atau bersamaan dengan 182 juta unit saham.

"Nilai buku saham berkenaan pada tahun 2013 adalah RM829,954,466.25. Harga pasaran saham pada ketika itu adalah RM4.55 seunit.

"Namun, nilai saham FGV telah jatuh secara mendadak sejak beberapa bulan ini, dan telah mencatat nilai terendah semalam di Bursa Malaysia, iaitu hanya bernilai RM1.92 sahaja," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi peneroka yang telah membeli 800 unit saham dengan membayar RM3,560 semasa ianya disenaraikan, nilai tersebut hanya tinggal RM1,536 sekarang menjadikan pemegangnya rugi RM2,024.

Tambahnya lagi, ramai peneroka membuat pinjaman bank bagi membeli saham tersebut.
"Bagi Kerajaan Pahang, ini bermaksud nilai saham pegangannya hanya bernilai RM349,440,000. Kerugian yang tercatat adalah sebanyak RM478,660,000, ataupun 2.5 kali ganda Anggaran Perbelanjaan Mengurus (RM185.09 juta) Negeri Pahang untuk tahun 2015.

"Saya faham bahawa Felda merupakan asset penting dan sentimental bagi Pahang dan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) membuat pelaburan saham berkenaan, mungkin dengan niat untuk menjana pendapatan.

"Namun, keputusan tersebut kelihatan kurang tepat sehingga warga Pahang mungkin terpaksa menanggung kerugian beratusan juta atas kesilapan kerajaan ini," katanya lagi.

Beliau yang juga Ketua Penerangan AMK Malaysia turut menggesa Kerajaan Pahang memberi penjelasan tentang kesan terhadap kewangan negeri berikutan kejatuhan harga saham tersebut.

"Kita ingin tahu adakah saham lima peratus itu dibeli melalui pinjaman bank serta pihak manakah yang mewakili kerajaan negeri untu mengurusan pelaburan FGV.

"Selain itu apa stragegi Kerajaan Pahang untuk berhadapan dengan kemerosotan nilai pelaburan, malah strategi untuk membantu peneroka yang mengalami kerugian?" soalnya. #sumber
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.